Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

March 18, 2009

UMNO Semakin Celaru

Umno ternyata semakin celaru. Kata Pengerusi Lembaga Disiplin Umno calon Timbalan Presiden Umno yang juga Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dilarang bertanding merebut jawatan nombor dua parti itu kerana telah didapati bersalah di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno apabila ejen-ejennya terlibat dalam politik wang.

Walaubagaimanapun ia tetap ahli Umno dan jawatan Ketua Menterinya tidak tergugat.

Apabila ditanya apa bezanya kes Azalina Othman dan Norza Zakaria yang sedang disiasat dan Norza di dakwa oleh SPRM, Ku Din berkata itu kes jenayah, ini kes etika Umno. Bermakna politik wang ataupun menggunakan wang dan pengaruh untuk membeli kuasa dalam Umno, walaupun sama busuk baunya dengan rasuah, ia masih boleh diterima dalam Umno.

Jika anda menggunakan wang untuk membeli kuasa, sebagaimana didakawa ke atas Ali Rustam, anda sekadar hilang kelayakan untuk bertanding, namun segala jawatan dan keahlian parti masih kekal ditangan anda! Itulah Umno.

Tetapi Norza yang telah pun didakwa di mahkamah, tidak pula hilang kelayakannya untuk bertanding, ajaib!

Selain itu dalam kes Naib Ketua Pemuda Umno, beliau juga disiasat dan didapati bersalah melanggar peraturan disiplin yang sama, namun hukumannya sekadar amaran, tidak seperti Ali, Khairy berhak juga bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno. Dalam hal ini kata Ku Din:

Just because the case is the same does not mean the punishment must be the same. It must fit the crime.

Hanya kerana kesnya sama tidak bermakna hukumannya juga perlu sama. Ia mesti setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Lalu dengan panjang lebar Ku Din menjelaskan darihal tahap kesalahan menurut kes jenayah (berdasarkan pengalaman beliau sebagai bekas pendakwaraya) walaupun beliau sendiri mengatakan bahawa kesalahan di bawah lembaga disiplin hanyalah melibatkan tataetika dan bukannya jenayah!

Kalau benar sukar mengaitkan Khairy dengan pertuduhan terhadap beliau, mengapa tidak bebaskan beliau dan isytihar tidak bersalah sebagaimana Khir Toyo, mengapa mesti didapati bersalah tetapi diberi amaran? Mudah-mudahan ia bukan kerana kedudukan dan pertalian darah Khairy dengan orang tertentu………….

Apa pun rumah tangga Umno semakin bergelora. Ada yang menganggap dengan tertendang keluarnya Ali, maka harapan Muhyiddin kini cerah. Pencabar tunggal yang tinggal iaitu Mat Taib dikira bukan lawannya. Ada yang menyatakan Mat Taib mungin kalah teruk sehingga “hilang wang pertaruhan” dan ada pula mengatakan tidak mustahil dengan perkembangan ini, Mat taib sanggup memberi laluan percuma kepada Muhyiddin dengan syarat beliau beroleh “imbuhan” yang berpatutan.

Sementara itu peluang Khairy untuk merebut jawatan nombor satu pemuda dikira terjejas dengan keputusan Lembaga Disiplin ini. Walaupun dibebaskan dengan amaran, tetapi ramai yang akan menganggap bahawa Khairy diberi layanan istimewa semata-mata kerana pertalian darahnya. Akibatnya Khairy akan ditolak perwakilan. Begitu juga dengan harapan Khir Toyo, walaupun bebas, didapati tidak bersalah, namun peluang beliau tidak sebaik Mukhriz yang langsung tidak ada pertuduhan terhadapnya.

Mungkin perwakilan akan melihat Mukhrizlah yang terbersih antara ketiga-tiga calon yang bertanding itu.

Kalut sungguh rumah tangga Umno dan mungkin akan semakin kalut semakin hampir tarikh perhimpunan mereka nanti. Segala perkembangan ini tidak langsung membantu memulihkan imej Umno yang teruk terjejas pasca PRU ke 12 lalu. Malah Umno akan semakin dipandang rendah dan dilihat terus akan gagal dalam memperjuangkan nasib dan masadepan Melayu/Islam.

Semoga apa yang tersingkap di depan mata kita ini akan menjadi iktibar dan pengajaran kepada semua umat Melayu/Islam dalam Negara. Para pengundi di Bukit Gantang khasnya, lihatlah dengan mata kepala anda sendiri, akan apa yang sedang dilalui Umno ini. Masanya sudah tiba untuk kita berhijrah ke arah kebaikan. Meminjam kata-kata Kapten (B) Dato’ Zahar Hashim, bekas Ketua Umno bahagian PJS:

PAS bukan lagi parti alternatif bagi Umno, tetapi PAS hari ini adalah satu-satunya pilihan terbaik buat orang-orang Melayu/Islam.

Ayuh kita berubah ke arah kebaikan. Ayuh kita meneruskan perjuangan keramat ini melalui PAS. Jumpa anda di Bukit Gantang insyallah.