Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

July 24, 2008

SEMBANG WARONG LILIN

UMNO TERDESAK?

Gawat, haru-biru, tonggang terbalik. Itulah ungkapan sesuai bagi menilai iklim politik tanahair. Bermula dengan kisah Altantuya, gadis rupawan Mongolia yang menjadi mangsa kerakusan manusia Melayu, keberanian Raja Petra dengan akuan bersumpahnya yang mengaitkan dengan golongan bangsatwan UMNO, diikuti rapat dengan akuan bercelaru penyiasat persendirian P. Bala, memesongkan pandangan tadi kepada isu kaum Nabi Luth yang boleh dikatakan satu kenangan yang berdarah kembali dan klimaknya isu muzakarah UMNO-PAS, dua entiti berbeza sama sekali walaupun mempunyai persamaan dari segi keahliannya.

Umum menyedari, polemik politik tanahair cuba di alih pandang dengan membangkitkan isu-isu yang boleh mencetuskan pro dan kontra di kalangan rakyat bawahan. Ketika UMNO bergolak dengan masalah dalaman yang tiada berkesudahan dan menunggu masa untuk tercabut nyawanya oleh golakan perasaan rakyat yang mula menyedari akan ketemberangan pemimpin UMNO yang gemar mencetuskan isu perkauman di kala tersepit di celah-celah kebangkitan rakyat untuk menerima perubahan. UMNO cuba mengalihkan bahang tsunami yang melanda mereka dengan cuba berkongsi bahang tersebut dengan PAS yang ketika ini cukup bersyukur dengan nikmat kemenangan yang Allah berikan pada PRU 12 yang lepas. UMNO memang tersepit ketika ini, seperti anjing yang tersepit di celah-celah tayar lori tangki najis Indah Water dan menyalak sekuat hati meminta perhatian. UMNO menyalak di media perdana dengan menyatakan ingin bermuzakarah dengan PAS seolah-olah minta PAS melepaskan anjing yang tersepit tadi. Tapi PAS lebih awal menyedari dan belajar dari kesilapan lalu. Anjing yang tersepit jika di lepaskan dari celah-celah tayar tersebut besar natijahnya untuk di gigit kembali. PAS tidak mudah menari mengikut gelanggang tarian yang di sediakan oleh UMNO.

Apa sebenarnya yang ingin di sembunyikan dengan membangkitkan isu muzakarah ini yang akhirnya di tukar kepada muqabalah oleh Majlis Syura semalam? Banyak sekali kebobrokan pemerintahan kerajaan yang di pimpin UMNO, BN ini yang tidak mampu lagi di tutup umpama bangkai gajah yang hendak di tutup dengan daun pisang. Inilah pegangan pemimpin UMNO yang mengamalkan politik Machivali iaitu matlamat menghalalkan cara. Mereka bukan serius hendak mengembalikan ekonomi negara ke landasan yang betul sebaliknya sibuk mengalpakan pandangan rakyat untuk terus membongkar kisah pemimpin UMNO ini. Lihatlah ketika ini dengan kenaikan inflasi yang meningkat seperti yang di umumkan oleh Menteri Shahrir Samad bahawa negara sekarang sedang berhadapan dengan indek harga pengguna (CPI-Consumer Price Index) yang paling tinggi dalam sejarah negara selama 27 yang lepas iaitu pada tahap 7.7% kesan daripada kebijaksanaan pemimpin UMNO menaikkan harga bahanapi baru-baru ini. Bulan Mei yang lepas, indeks harga pengguna ini baru sekitar 3.8% dan baru dua bulan berlalu kesannya terus di rasai. Rakyat makin merasai penderitaan kesan kenaikan harga bahanapi tersebut. Kemarahan rakyat masih belum reda walaupun di gula-gulakan dengan pemberian rebat baru-baru ini. Rakyat sebenarnya menantikan suatu perubahan pemerintahan yang lebih berkalibar dan berkeupayaan menerajui ekonomi negara ke tahap yang lebih selesa. Rakyat bukannya hendak mendengar tukang-tukang karut pemimpin UMNO yang hanya pandai berpura-pura kononnya turut sama merasai penderitaan rakyat bawahan.

Kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), permaianan UMNO ini layaknya di mainkan di gelanggang gasing yang di bina mereka di persimpangan Kg. Makam. Biar mereka yang menjerut gasing tersebut tanpa Pakatan Rakyat perlu gusar. Manusia belajar dari sejarah. Allah menurunkan Al-Quran yang di dalamnya penuh dengan pengajaran yang di ambil dari sejarah silam. Allah mengajar manusia melalui junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w supaya mengkaji isi kandungan Al-Quran untuk dijadikan sebagai rujukan. Bukannya membongkar kitab suci hanya untuk di jadikan puisi dan mencari harta peninggalan abadi untuk anak bini.

~matahijauku~

July 17, 2008

"Subsidi" - Bila Raayat adalah" Sang Bedal yang dibodohi Sang Kancil"

Inilah salah satu perkataan yang tidak ramai raayat ingin ambil berat dan ambil tahu disegi makna dan pengertian sebenar. Yang pastinya perkataan “subsidi’ inilah menjadi bahan mempertahankan kewajaran politik pemerintah hari ini-BN. Saban hari melalui media massa milik parti politik BN baik surat khabar harian, mingguan, tv dan apa sahaja sistem penyampaian maklumat digunakan bagi menterjemahkan perkataan subsidi mengikut pandangan dan pengertian politik dari kerajaan yang diteraju BN.

Subsidi, dijadikan alasan dan faktor perbandingan dalam apa juga bentuk tindakan dan rasional bilamana satu-satu keputusan yang dibuat melibatkan kepentingan raayat.

Tiada ketelusan, tiadanya keikhlasan malah kerana tiada sikap keadilan inilah perkataan subsidi terus digunakan sebagai, gendang propaganda politik yang meloyakan lagi murahan. Saya kira majoriti raayat dinegara tidak pasti apakah subsidi itu sebenarnya, makna serta tujuannya.

Maka raayat terus merasa, kerajaan pemerintahan BN selama lebih 50 tahun ini telah melakukan yang terbaik untuk mereka. Dimana subsidi yang diberikan kerajaan inilah justifikasi kenapa masih ada lagi segolongan raayat terus menyokong dan mengundi BN.

Kononnya kerajaan pimpinan BN ini baik, dan selalu mendahulukan raayat terbanyak dengan ungkapan propaganda “tradisi membela raayat” “Jasa kepada Raayat –JKR” terus dicanangkan dan ditanam dalam jiwa setiap raayat yang lemah dan kurang daya berfikir.

Jadi raayat memahamkan subsidi itu samalah dengan bantuan bukannya kewajipan. “Not A Responsibility, but given”

Kita ambil contoh ini sebagai pemahaman tentang subsidi:
Tuan Abdullah adalah pelombong pasir, yang diberi lesen oleh Pejabat Tanah Daerah. Setiap 5 tan pasir yang dijual harganya RM500.00. Harganya memanglah murah sedikit dari harga pasaran semasa iaitu RM700.00 setiap 5 tan. Pasir sememangnya hasil bumi yang banyak terdapat terutamanya di pisisiran pantai-anugerah tuhan yang tiada tanda harga.

Jadi Tuan Abdullah mengatakan, walaupun harga pasaran RM700.00 setiap 5 tan, tetapi dia menjual hanya pada kadar RM500.00 setiap 5 tan, secara tak langsung dia memberi subsidi RM200.00 setiap 5 tan. Walaupun dia rugi sedikit tak apalah kerana “tradisi membela” dan “Jasa pada raayat” itu lebih utama.

Soalan: Adakah Tuan Abdullah rugi RM200.00 atau untung RM500.00? dan RM200.00 itu dipanggilnya subsidi.
Jawapannya: Tuan Abdullah masih lagi untung RM500.00 (tolak kos melombong pasir/cukai RM50.00 setiap 5 tan) RM 450.00. Kerana pasir adalah anugerah tuhan tak payah buat pasir pun. Jadi yang sebenar tidak tepat mengunakan perkataan subsidi itu sendiri.

Kerajaan BN mengatakan itulah subsidi, kerana menganggap minyak yang dihasilkan oleh bumi bertuah ini adalah milik seseorang. Disini milik kerajaan BN yang memerintah. Raayat mesti akur dan mesti menerima kenyataan ini – kerana subsidi yang diberi kerajaan BN adalah kebaikan dan keprihatinan kerajaan BN terhadap raayat. Soalnya siapakah itu kerajaan? Adakah kerajaan BN ini sama dengan Barisan Nasional Sdn Bhd atau entiti niaga korporat multinational yang tersenarai di BSKL?

Maka subsidi yang diberikan adalah pemberian syarikat BN diatas dan bukan hak raayat!!!

Raayat mesti ingat “ tangan yang memberi subsidi lebih mulia dari tangan yang menerima – raayat” itulah hujah keparat yang membungkam fikiran raayat yang diperkudakan dan dibodohkan.

Seharusnya raayat mesti sedar, minyak adalah milik raayat dinegara ini kerajaan BN hanyalah pemegang amanah bagi pihak raayat.

Jadi, ungkapan subsidi tidaklah tepat sejak dari mula lagi. Inilah istilah-istilah negatif serta busuk dan hina yang tanam dalam pemikiran raayat teritamanya kepada orang melayu.
Tiada negara-negara membangun dan yang telah membangun mengunakan istilah ini kepada raayatnya.

Hanya negara yang dipimpin oleh mereka yang tidak telus,diktator dan salah guna kuasa sahaja yang seringkali mengungkapkannya.
Malah istilah atau perkataan subsidi begitu leluasa digunakan oleh mereka yang memegang tampuk pemerintahan. Hampir semua harga barangan keperluan harian untuk raayat diberikan subsidi oleh kerajaan. Inilah jasa kerajaan yang paling besar kepada raayat… kononnya, supaya raayat dapat hidup dalam keadaan selesa.

Hakikatnya…… raayat bertambah susah dan perit untuk menjalani hidup seharian,keperluan keluarga dan rapuhnya masa depan yang makin menyesakan nafas.
Kadar inflasi yang melonjak naik di sebabkan tingginya harga minyak, bilamana setiap barangan dan kos perkhidmatan turut naik setiap tahun tanpa nampak noktahnya.
Umumnya, kesannya kepada raayat dalam pelbagai bentuk dan pada kadar yang berbeza, mengikut jumlah pendapatan isi-rumah.Ada yang terjejas sedikit ada yang menderita teruk setelah harga minyak dinaikan begitu tinggi.

Tetapi yang pastinya, majoriti raayat yang terkesan diatas kenaikan harga minyak kali ini. Malah visi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada dekad yang akan datang semakin kabur dan tidak jelas lagi. Bilamana taraf dan mutu kehidupan raayat terus merosot dan tercicir jika dibandingkan dengan negara sedang menuju maju yang lain.

Kerajaan BN yang ada sekarang terus, memberi alasan yang retorik tidak mampunya kerajaan BN meneruskan subsidi kerana harga minyak yang melambong naik dipasaran global.

Kita tidap menafikan akan kesannya kepada negara,secara relatif teori ekonomi pasaran bebas yang kita sertai.Sudah pasti kenaikan kos baik dalam apa juga bentuk kegiatan akan meningkat disebabkan kenaikan harga minyak di peringkat global.

Soalnya mengapa kenaikan harga minyak dinegara ini terlalu tinggi?
Janganlah dibuat perbandingan dengan negara-negara yang tidak pun ada minyak untuk digali. Mengapa harus dibandingkan taraf pembangunan dan harga minyak yang tinggi dengan negara-negara yang telah maju dimana kadar pendapatan dan taraf hidup raayat jauh lebih baik dari raayat negara ini?

Ini satu helah jijik dan bodoh untuk menidakan ilmu ekonomi yang sebenar.Janganlah mengangap raayat tidak ada pengetahuan tentang ekonomi, asas dan makronya.
Itulah, kebenarannya, raayat terus disuap dengan alasan-alasan yang begitu murah setaraf dengan hujah sang-kancil membodohi sang bedal.

July 16, 2008

Debat "Hari Ini Memerintah : Esok Minyak Turun"

Maka berakhirlah bicara diskusi atau debat yang selama ini dinanti-nantikan oleh sekalian rakyat Malaysia. Biarpun ada yang menjangkakan ia akan dibatalkan atau tidak dibuat secara langsung. Namun semuanya kini menjadi kenyataan. Debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan UMNO , Shabery Chek telah disiarkan terus menerus selama satu jam iaitu kurang dari jadual asalnya. Pengantara popular Johan Jaafar sekali lagi dipilih untuk menjadi hos rancangan berkenaan. Tahniah diucapkan kepada Johan Jaafar yang lebih nampak profesional pada kali ini cuma ada ketikanya mirip kepada membela Shabery Chek ketika lari dari topik apabila di ajukan soalan oleh Saudara Zilkifli Sulong. Apabila Saudara Zulkifli Sulong cuba untuk mengembalikan soalan yang tadinya masih tidak di jawab malah Shabery Chek dilihat merapu meraban untuk kembali ke soalan dasarnya maka tugas Johan Jaafar memainkan peranan utama dalam menjaga maruah Shabery Chek. Nampaknya tidak sia-sia di beri nama Johan kerana ianya sentiasa membesar sebagai Johan..(macam iklan susu). Ternyata homework yang dilakukan oleh Shabery Chek dengan lawatan ke Venezuale bagi mengkaji dan membandingkan kesan inflasi kenaikan harga minyak di negara tersebut seperti yang diperkatakan oleh beliau sendiri hanyalah retorik dan membuang duit rakyat sekiranya lawatan tersebut atas nama kementerian penerangan yang mana hasilnya dapat diterjemahkan dengan isikandung yang diluahkan dalam perdebadatan tersebut.

Debat yang dibahagikan kepada beberapa segmen itu turut menampilkan wakil masing-masing iaitu Nordin Kadri untuk Shabery dan Zulkifli Sulong dari Siasah untuk Anwar. Biar pun masa yang diambil untuk kedua-dua pendebat agak pendek dan terlalu cepat namun jelas dapat dilihat kewibaan terletak kepada mantan TPM, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Benarlah kata beliau sebelum ini Menteri UMNO itu tidak layak untuk berdebat dengannya. Beliau lebih rela berhadapan dengan Pak Lah dan Najib, daripada budak hingusan seperti Ahli Parlimen Kemaman yang tidak sedar diri itu.

Banyak soalan dan kenyataan merapu telah dikeluarkan oleh Shabery. Anwar beberapa kali menempelak beliau kerana lari dari tajuk dan membuat hujah peribadi pasal Anwar. Tajuk debat "Hari Ini Memerintah: Esok Minyak Turun" tidak sesuai untuk Shabery. Beliau lebih banyak mengungkit kisah lama, dan menggunakan isu yang sama bahawa minyak naik kerana mengikut harga minyak dunia. Dari segi kadar inflasi pula, beliau banyak membandingkan dengan negara yang harga minyaknya lebih rendah seperti Venezuale, Iran, Iraq dan lain-lain lagi. Pernyataan beliau itu banyak dimatikan oleh Anwar dengan hujah-hujah yang cukup bernas dan bertenaga.

Antara hujah Anwar yang cukup melekat dihati rakyat ialah , jika kerajaan boleh berbelanja hampir RM13 bilion untuk menyelamatkan Perwaja kenapa kerajaan tidak boleh langsung untuk belanja hanya RM1 bilion untuk turunkan harga minyak sekitar 50 sen. Itu belum lagi dengan langkah kerajaan yang lain. Kenapa bila membantu rakyat dikatakan "subsidi" tapi bila membantu syarikat kroni dikatakan "bail-out", bila bantu golongan korporat dikatakan "insentif". Kenapa berlaku begitu? Anwar kecewa dengan istilah subsidi yang dikaitkan dengan bantuan untuk rakyat. Kenapa dibeza-bezakan oleh kerajaan?

Dalam pada itu, Shabery pula lebih banyak merapu dan tidak menjawab soalan yang ditanya. Hinggakan Zulkifli Sulong agak pening dengan jawapan beliau perihal kerajan menyelamatkan hampir RM4.2 bilion ketika minyak naik 30 sen awal tahun lalu. Janji kerajaan untuk menaiktaraf prasarana pengangkutan awam, tapi hanya sekitar RM700 juta sahaja yang digunakan sehingga kini. Maka apa lagi alasan dengan naik 78 sen dan kerajaan bakal perolehi keuntungan hampir RM13 bilion. Apakah lagi alasan kerajaan untuk membelanja wang sebanyak itu, jika sebelum inipun kerajaan sudah tipu rakyat bagaimana pula kali ini. Namun jawapan profesional yang dinantikan dari Shabery ternyata gagal. Hujah beliau mengarut dan merapu. Banyak menghentam peribadi Anwar hingga sesekali Anwar menjeling tanda kecewa.

Banyak lagi hujah lain Anwar yang ternyata memberi impak positif kepada rakyat dan Pakatan Rakyat. Maklumat yang diterima, ramai rakan-rakan dalam UMNO yakin dengan hujjah bernas Anwar. Mereka juga kecewa dengan Shabery yang tidak setaraf dengan jawatannya sebagai Menteri Penerangan yang masih tidak terang-terang hatinya menerima kebenaran dan kenyataan. Maka itu, seperti yang dijanjikan Shabery harus meletak jawatan dan Pak Lah perlu mencari orang lain untuk mengambil alih jawatan tersebut. Itulah "cagaran" yang dibuat oleh beliau sebelum ini. Beliau bolehlah diistilahkan "syok sendiri" dan meraban semacam. Beliau langsung tidak fikir yang berada dihadapannya adalah golongan cendiakawan, profesional, terpelajar dan bangsawan. Mereka semua memandang sinis kepada kedangkalan hujah Shabery Chek, si Menteri UMNO yang tidak sedar diri itu. Shabery Chek perlu bertanggungjawab atas kegagalan dan kedengkilan mutu perbahasan beliau dengan mengotakan janji beliau iaitu meletakkan jawatannya sebagai Menteri. Apapun kita nantikan apa pula cerita terbaru Anwar selepas ini.








~matahijauku~

July 04, 2008

Demonstrasi Turun Harga Minyak

Jumaat, 4 Julai 2008 jam 1:45 petang bertempat di perkarangan tempat letak kereta berhampiran dengan Plaza Kotaraya Johor Bahru, perhimpunan aman menuntut tindakan siuman Kerajaan Be End agar menurunkan harga minyak yang sukar di terima oleh kebanyakan rakyat pertengahan dan bawahan. Perhimpunan di anjurkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat Negeri Johor dengan ucapan bersilih ganti bermula dengan Sdr Onn Jaafar selaku penyelaras program, Tn Hj. Zulkifli (TPJ), Ust Abdullah Hussin (Dewan Ulama), Ketua Pemuda PAS Sdr Khairul Faizi, dan lain-lainnya daripada kepimpinan PAS Negeri Johor, bekas calon Tanjung Puteri, kepimpinan Kelab Penyokong PAS Kaum India, kepimpinan DAP dan PKR. Laungan takbir di selang seli dengan laungan turun BeEnd, Makhal Sakhti bergema memecah kesibukan persekitaran Kompleks Kotaraya. Perhimpunan yang berlangsung dengan aman ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pasukan keselamatan yang mengawal perhimpunan ini daripada gangguan pihak luar. Maknanya para demontrasi tersebut mendapat pengawalan yang kemas daripada pihak berkuasa dengan mengawasi setiap pergerakan kumpulan ini untuk memastikan setiap rakyat yang turun berdemonstrasi berada dalam keadaan selamat daripada provokasi pihak luar.

Syabas kepada semua yang turut menjayakan perhimpunan menuntut penurunan harga minyak. Sekurang-kurangnya kita bukanlah tergolong daripada golongan burung belatuk UMNO, Be End (UMNO GLOKAL - baca : UMNO goblok yang kekal) yang merestui pemimpin mereka menyokong kenaikan harga minyak semasa di Parlimen baru-baru ini. Ini menunjukkan cara protes kita agar pemimpin melihat ketidakpuasan hati rakyat bawahan mereka. Bukannya dengan cara memperbodohkan pemikiran rakyat dengan sogokan propaganda murahan tentang perubahan gaya hidup, kena mengamalkan sikap berjimat cermat dalam perbelanjaan harian, mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan sebagainya nasihat yang memualkan seolah-olah selama ini rakyat memang hidup bermewah-mewahan, berpoya-poya dengan kekayaan, bercuti ke luar negara dan mengamalkan cara hidup yang boros. Mereka lupa bahawa segala nasihat tersebut hanya layak diberikan kepada pemimpin di kalangan UMNO, Be End yang hidup kaya melebihi pendapatan mereka. Bukannya rakyat pertengahan dan bawahan yang perlu di nasihati kerana bagi golongan ini mereka memang cukup berhati-hati dalam mengeluarkan setiap sen yang perlu di belanjakan.

Dalam perhimpunan tadi juga memperlihatkan sokongan daripada pemandu-pemandu yang melalui jalan tersebut yang turut membunyikan hon kenderaan masing-masing. Lucu sekali apabila terdapat pegawai keselamatan memarahi pemandu yang membunyikan hon kenderaan masing-masing apabila melintasi kawasan perhimpunan. Mungkin selepas ini pegawai keselamatan yang di tugaskan mengawal perhimpunan seperti ini di galakkan memakai ’ear plug’ kalau tidak menyukai bunyi hon kenderaan. Sekali lagi syabas kepada semua yang terlibat, terutama sekali kepada kepimpinan PAS Kaw Kota Tinggi berserta dengan Dewan Pemuda & Dewan Muslimat yang prihatin di atas kesengsaraan rakyat bawahan atas sikap pemimpin UMNO Be End yang seronok menzalimi rakyatnya apabila mereka di lantik oleh rakyat yang menyokongnya. Namun ini adalah saat-saat awal bahawa isyarat yang disampaikan oleh rakyat atas tindakan tidak logik kerajaan dalam menaikkan harga minyak. Kita nantikan protes rakyat dalam siri perhimpunan yang lainnya.










~matahijauku~

July 03, 2008

Saiful Bukhari Azlan Mempunyai Rekod Polis

Percaya atau tidak, mamat sorang ni yang mendakwa di liwat oleh DSAI mempunyai 7 rekod saman PDRM. Kesemuanya melibatkan kes bawa kenderaan laju pada waktu 10 ~ 11 am. Rasanya mamat ni dah desperade kot! Maklumlah nak selesaikan 7 saman ni..kalau tak kene masuk lokap lak!!



~matahijauku~