Pilihan Anda di PRU 13?

Ruang Aduan

Sebarang aduan bolehlah di salurkan kepada kami untuk di siarkan di dalam blog ini. Aduan boleh di emailkan ke paskotatinggi@gmail.com

Terima kasih.

December 05, 2009

Angkara siapakah ini?


Ada sesuatu yang hendak di gambarkan dan dimaksudkan oleh pelaku ini?


Tiap kali kemelut melanda Umno, pasti akan diluahkan untuk tatapan umum melalui karya-karya yang kreatif. Baru-baru ini skuad ‘paparazzi’ dapat menghidu perbuatan tersebut di tempat terbuka, berhampiran dengan komplek beli belah Plaza Kota dan sebuah hotel ‘budget’ yang berhampiran. Walaupun di fahamkan terdapat tempat lain yang mengalami hasil frustasi yang sama seperti yang terdapat berhampiran padang kerajaan dengan luahan yang cukup mamalukan.



Acap kali perkara ini terjadi. Apakah motif kejadian yang cuba di gambarkan oleh pelaku tersebut? Jika di teliti dengan lebih mendalam, kebanyakannya terhasil ketika mana pergolakan dalaman Umno cukup serius sehingga membawa kepada perletakan jawatan dan siasatan SPRM ke atas ahli-ahlinya.



Sebelum inipun, 'billboard' ahli parlimen Kota Tinggi di conteng dengan perkataan-perkataan yang berbaur penghinaan ketika masalah antara perebutan Ketua Bahagian iaitu Tan Sri Hamid Albar dan Daeng Malik. Permusuhan tersebut turut membawa kepada siri-siri pencontengan yang selanjutnya seperti dalam 'banner' ahli parlimen tersebut.


Yang terbaru ini berlaku ketika Umno Kota Tinggi berdepan dengan perletakan jawatan pemuda Umno serta penangkapan dan penyiasatan rasuah pemuda Umno. Ternyata ada kebenaran daripada tulisan Tun Dr. Mahathir bahawa Umno memang sudah busuk dari kepala hingga ke usus.

~matahijauku~

December 04, 2009

Ceramah sempena penubuhan Pas Cawangan Kg. Gembut

Seluruh kepimpinan Pas Kawasan Kota Tinggi serta ahli-ahlinya mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga atas nikmat Allah SWT. Asalnya amat sukar untuk mempercayainya malah bimbang akan di tertawakan. Segunung penghargaan di ucapkan kepada Ketua Cawangan Pas Kg. Gembut berserta dengan AJKnya atas inisiatif mereka untuk mengadakan ceramah sempena penubuhan Pas cawangan di sana. Apakan tidak, ceramah yang direncanakan tersebut hendak di adakan di dewan serbaguna Kg. Gembut?

Maklumlah, kalau berbicara tentang penggunaan dewan ini bagi aktiviti Pas adalah sesuatu yang sukar untuk diterima akal. Walaupun berbayar tapi itulah mentaliti mereka-mereka yang di pertanggungjawabkan menjaga dewan tersebut. Kita tiada halangan walaupun di kenakan dengan bayaran untuk menggunakan dewan cuma pastinya ada golongan lain yang akan membantah seolah-olah dewan yang ada di muka bumi ini mereka yang empunyanya.

Segunung tahniah dan syabas patut diberikan kepada pasukan keselamatan yang berjaya mengawal situasi di tempat ceramah daripada sebarang anasir provokasi daripada pihak Umno yang dimaklumkan akan melakukan bantahan dan gangguan semasa majlis ceramah tersebut. Terserlah sikap profesionalisme anggota keselamatan dalam memberi hak secara demokrasi kepada aktiviti parti yang berdaftar di Malaysia ini. Sikap begini amat disanjungi dalam merealisasikan inspirasi kerajaan 1 Malaysia, Rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan.



Mazlan Aliman selaku penceramah utama


Penceramah pertama pada malam tersebut ialah Saudara Mazlan Aliman (AJK Pas Pusat merangkap presiden NGO ANAK). Beliau mengupas isu-isu semasa terutama kes-kes rasuah yang melibatkan pemimpin utama negara yang seperti biasa masih di selindungi oleh pihak SPRM. Terlalu banyak kes-kes tertunggak yang masih tidak selesai yang kononnya masih dalam siasatan SPRM.

Di dalam ceramahnya, beliau juga menyelar sikap pemimpin tempatan Umno serta penyokongnya yang tidak memahami erti demokrasi yang sebenarnya apabila cuba mengganggu program ceramah pada malam tersebut. Mazlan menyifatkan sikap pemimpin Umno tersebut sebagai penakut dengan bayang-bayang sendiri apabila mengetahui satu lagi cawangan Pas akan di tubuhkan di DUN nya.


Majlis penyerahan borang PAS

Sebelum YB Dato' Nik Mohd Amar Nik Abdullah menyampaikan ceramahnya, terlebih dahulu Ketua Pas Cawangan Kg. Gembut, Saudara Azmi telah menyampaikan borang permohonan keahlian kepada YB Dato’ Nik Mohd Amar.

Dalam ceramah yang di sampaikan oleh YB Dato’ Nik Amar, beliau mengajak pendengar-pendengar yang hadir pada malam tersebut dapat berfikir akan hujah-hujah yang bakal di sampaikan olehnya. Beliau meminta hadirin dapat berfikir secara rasional mengapa perlu lagi untuk mereka terus menyokong perjuangan Umno ataupun meninggalkan parti yang sudah busuk tersebut. Ini di kuatkan lagi dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir di dalam laman Che Det bahawa Umno sudah busuk dari kepala hingga ke ususnya.


YB Dato' Nik Mohd Amar Nik Abdullah sedang berceramah

Bagi menghadapi hujah Umno yang sering di perkatakan oleh mereka bahawa Umno merupakan parti yang membela orang Melayu serta mendaulatkan Islam di Malaysia maka seeloknya kita menilai akan kenyataan tersebut. Apakah ianya selari dengan apa yang di perkatakan oleh mereka ataupun hanya omongan kosong belaka.

Melihat kepada kenyataan Umno yang sering melagukan bahawa merekalah yang selama ini menjaga kepentingan orang melayu dapat di teliti dengan fakta-fakta berikut. Pertamanya, selama 52 tahun Umno memerintah Malaysia, ternyata ianya gagal dalam memelihara kepentingan orang melayu.

Buktinya, Singapura yang terlepas ke tangan orang lain. Mana perginya kenyataan Pemuda Umno ketika itu iaitu Dato’ Albar untuk melangkah mayatnya dahulu demi mempertahankan kedaulatan tanah melayu. Malah legasi itu turut di warisi oleh pewarisnya yang ketika itu menjadi Menteri Luar yang turut sama melepaskan Pulau Batu Putih kepada Singapura.

Malaysia yang merdeka pada tahun 1957, pada ketika itu statistik menunjukkan populasi penduduk melayu adalah seramai 82%. Angka tersebut semakin menurun sehingga kini iaitu 52% seperti yang di laporkan. Semakin lama Umno merintah maka semakin mengecil populasi bangsa melayu di bumi Malaysia ini. Jika di biarkan berlarutan maka bangsa melayu kelak akan menjadi golongan minoriti di bumi Malaysia ini.

Menyentuh kepada kepentingan orang melayu pula, YB Dato’ Nik Amar menyatakan ianya semakin merosot dan kalau adapun hanya berkisar pada segelintir elit orang melayu sahaja.

Dato’ Nik Amar juga menyatakan bahawa dalam masa pemerintahan Umno, Melayu menjadi juara dalam hal-hal berkaitan maksiat, penagihan najis dadah, rasuah, masalah sosial dan sebagainya yang di sifatkan amat kronik. Beliau turut menyatakan selama 52 tahun Umno menerajui pemerintahan Negara, menurut kenyataan Mufti Perak sebelum ini iaitu terdapat lebih dua ratus ribu orang melayu yang murtad. Angka ini begitu membimbangkan malah jika di bandingkan dengan penjajah yang menjajah bumi Malaysia selama lebih lima ratus tahun, tidak terdapat di dalam buku sejarah yang menunjukkan angka orang melayu yang telah murtad ketika itu.

Seterusnya beliau menerangkan kepada hadirin semua akan fitnah yang berleluasa ketika ini yang cuba menjatuhkan kredibiliti Tuab Guru. Beliau juga menjelaskan akan isu-isu terkini yang heboh di perdagangkan oleh media yang kuasai Umno. Alhamdulillah semuanya dapat di atasi dengan bijaksana.


~matahijauku~



December 02, 2009

Pijak poster

UMNO kelihatan seolah-olah ingin menjadi juara berkenaan soal moral samada pemimpin mereka atau pun ahli-ahlinya. Isu mengenai gambar ketiga-tiga wakil rakyat yang tidak bermaruah menggadaikan prinsip perjuangan yang di pijak oleh pemimpin DAP seolah-olah di gambarkan sebagai perbuatan tidak bertamadun. Gegak gempita di buatnya melihat kepada ulasan-ulasan pengampu yang masing-masing cuba menunjukkan kehandalannya. Memang betullah sepertimana yang digambarkan oleh Tun Mahathir dalam tulisan beliau baru-baru ini, Umno memang busuk dari kepala hingga ke ususnya. Dua senario berbeza yang di tunjukkan di sini siapakah yang lebih tidak bertamadun dan beretika?


Bagaimana pula dengan gambar di bawah ini? Mengapakah mereka senyap membisu. Ini menandakan Umno memang gagal mentarbiah ahli-ahlinya dalam soal akhlak. Busuk dari kepala hingga ke usus!!!



Catatan Mazlan Aliman berkenaan BTN

Sebenarnya, pada awal tahun 2006, Dewan Pemuda PAS Pusat pernah menghantar satu memorandum kepada Biro Tatanegara (BTN) bagi menuntut satu pengubahsuaian besar terhadap kandungan kursus-kursus anjuran BTN yang sememangnya dipenuhi dengan propaganda politik dan perkauman sempit.

Elok juga disiarkan kembali memorandum ini sebagai mempertegaskan kembali bahawa PAS, sebagaimana parti-parti lain di dalam Pakatan Rakyat turut membantah penggunaan BTN untuk agenda politik sempit UMNO/BN.


MEMO Kepada Biro Tatanegara Oleh Dewan Pemuda PAS Pusat


BIRO TATANEGARA : AGEN PROVOKASI DAN PROPAGANDA ?

PENDAHULUAN ( PENDIRIAN DAN PRINSIP )

Secara prinsipnya Dewan Pemuda PAS Pusat ( DPPP ) menyokong pada setiap usaha dan tindakan yang mendorong kepada :-

1. Pemupukkan rasa cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa.
2. Pemupukkan dan penyemarakkan semangat patriotisme dikalangan rakyat negara ini.
3. Pembinaan masyarakat Melayu yang berdaya maju dan berdaya saing.

Ini adalah prinsip yang jelas dipegang teguh oleh DPPP. Malah kerana kejituan prinsip inilah juga DPPP kerap kali dengan beraninya bangkit secara vokal dan aksi dalam beberapa isu yang melanda negara ini, lebih-lebih lagi pada isu yang melibatkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pimpinan kerajaan. Malah kerana keberanian itulah juga bukan sedikit daripada pimpinan dan ahli DPPP di’rehat’kan samada di penjara mahupun di ‘Resort Kemunting’. Bagi DPPP ianya adalah cerminan kepada perasaan cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa. Ianya juga adalah kemuncak kepada semangat patriotisme, memberi yang terbaik untuk mempertahankan maruah agama, negara dan bangsa. Ini adalah prinsipnya. Bertitik tolak daripada inilah DPPP secara tegasnya menyatakan bahawa kenyataan memorandum ini :

1. Tidak menyentuh atau berbangkit tentang penolakan DPPP kepada usaha bagi memupuk semangat patriotisme dikalangan rakyat.

2. Ianya juga tidak menyentuh atau berbangkit tentang penolakan DPPP kepada usaha bagi menyemarakkan rasa cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa.

3. Kenyataan memorandum ini juga tidak menyentuh dan berbangkit tentang penolakan DPPP terhadap usaha untuk membangunkan masyarakat Melayu dinegara ini.

Malah secara simboliknya memorandum ini dengan sendirinya adalah cetusan daripada semangat patriotisme DPPP dan ianya juga luahan rasa cinta, kasih dan sayang DPPP kepada agama, negara dan bangsa.

ASAS KEPADA MEMORANDUM

Memorandum ini diasaskan atas laporan dan aduan ‘keterlanjuran terancang’ Biro Tatanegara ( BTN ) dalam penganjuran dan pengendalian kursus, latihan dan kem mereka. Keterlanjuran ini sesuatu yang menyentuh kepada :

1. Modul latihan yang dilihat dengan sengaja membangkitkan persoalan isu perkauman yang melampau dan tidak berasas. Kesannya timbul perasaan curiga dan ketidakpuashatian sesama kaum yang mampu menjadi “time bomb” kepada permasalahan yang lebih serius;ketegangan kaum.

ISU PERKAUMAN DALAM PROSES LATIHAN.

1. Petikan daripada salah satu modul sessi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang digunakan oleh Jurulatih (Fasilitator) Bertauliah BTN dalam satu Bengkel Kepimpinan &Pengurusan Persatuan Belia ( Peserta terdiri daripada pimpinan dan ahli persatuan belia sepenuhnya berbangsa Melayu ) :

Senario yang diberikan

a. Sepasang suami isteri – tinggal disebuah kampung – suatu petang bersiar-siar dipantai, jumpa orang tua – pinjam sampan – pergi ketengah laut – leka – sampan pecah dipukul ribut – Uda terdampar di pulau lain – Dara di pulau lain – sedih – Juragan Cina ( Ah Chong ) datang naik tongkang – simpati pada Dara – minta ganjaran iaitu menyerah kehormatan – cari Uda – jumpa – marah pada Dara – tolak Dara – kena batu – Ah Chong dan Uda bertengkar. Datang Muthu, bunuh kedua-duanya sekali.

Di dalam ulasan antara falsafah yang disampaikan oleh fasilitator ialah :

a. Terdapat watak manusia ( merujuk kepada watak Ah Chong ) yang pentingkan diri sendiri. Pertolongan yang diberi tidak ikhlas. Terdapat udang disebalik batu, lintah darat, mengambil kesempatan daripada kesusahan orang lain.

2. Di dalam satu sessi ceramah motivasi pada program Motivasi Kepimpinan ( melibatkan peserta pimpinan dan ahli persatuan belia ) penceramah yang merupakan Jurulatih ( Fasilitator ) Bertauliah BTN membangkitkan tentang bahawa satu hari nanti jika orang Melayu tidak bersatu ( pastinya merujuk kepada bersatu di dalam UMNO ) mereka akan diinjak oleh C_ _ _ .

3. Dalam satu program anjuran BTN diatas nama Kursus Kenegaraan yang diadakan disebuah kem BTN, khusus untuk pekerja sebuah agensi kerajaan ( kursus wajib dibawah Sistem Saraan Malaysia ) jurulatih atau fasilitator dalam satu sessi LDK mengaitkan orang-orang C_ _ _ sebagai komunis.

Jelas sekali di dalam contoh-contoh di atas satu gambaran buruk diberikan kepada suatu kaum. Gambaran buruk sebegini adalah sesuatu yang keterlaluan dan mampu mencetuskan permasalahan yang lebih serius dimasa hadapan.

JANGAN BERMAIN API !
Bagi DPPP ianya merupakan sesuatu yang amat dikesali, BTN sebagai sebuah agensi kerajaan yang diberikan peranan dan tanggungjawab yang begitu luas bagi menjalankan aktiviti dan program ke arah membentuk masyarakat yang berjiwa patriot, serta terpupuk rasa cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa tetapi pada hakikatnya melihat perspektif patriotisme itu dari sudut yang amat sempit dan bias. Lebih menyedihkan BTN kini dilihat oleh sebahagian rakyat negara ini sebagai kelompok cauvinis Melayu yang diperkudakan oleh UMNO sebagai agen provokasi dan propaganda.

Tegas DPPP jangan bermain api ! Persoalan hubungan kaum adalah isu sensitif yang perlu ditangani secara matang dan berhati-hati. Persoalan hubungan kaum ini bersangkut secara terus kepada perpaduan dan keharmonian negara ini, maka adalah suatu tidakan yang tidak wajar sama sekali, di dalam apa cara sekali pun ianya dijadikan hujah retorik oleh mana-mana individu mahupun kumpulan, lebih-lebih lagi agensi di bawah kerajaan. Malah ianya menjadi satu polisi yang amat tegas diamalkan oleh kerajaan.

Persoalannya mengapa di dalam hal ini BTN dilihat begitu berani untuk menggunakan logik lucah dan dangkal ini dalam modul latihan mereka. Jelas sekali sudah sampai masanya BTN itu sendiri disemak dan dinilai semula kerelevanan fungsi dan peranannya. Untuk itu DPPP menggariskan perkara-perkara dibawah sebagai desakan yang perlu kepada tindakan segera :-

1. Penyemakan semula modul latihan BTN perlu dilakukan. Modul BTN perlu dibersihkan sepenuhnya daripada:

o Unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman
o Unsur-unsur propaganda UMNO.
o Penekanan modul latihan perlu menekankan kepada melahirkan individu yang mampu untuk membuat penilaian sendiri, tegas dalam pendirian, teguh semagat patriotisme dan mantap peribadinya.

2. Fungsi dan peranan BTN perlu dihadkan. Penghadan fungsi dan peranan BTN bertujuan untuk memastikan tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan fungsi dan peranan mereka. Di dalam situasi seperti yang ada ketika ini BTN dilihat begitu mudah diperalatkan sebagai alat politik dan agenda peribadi pihak tertentu.

3. Program wajib BTN untuk golongan mahasiswa perlu dimansuhkan kerana ianya tidak lagi relevan lagi dengan wujudnya Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ). Ianya juga sesuai dengan status universiti sebagai sebuah autonomi yang membentuk generasi intelektual.

4. Kaedah pemilihan, latihan dan pentauliahan jurulatih-jurulatih ( fasilitator ) BTN perlu di dedahkan dan dilakukan secara telus. Kepincangan BTN kini dilihat banyak berpunca daripada sistem pentauliahan jurulatih ( fasilitator ). Jurulatih tauliahan BTN dilihat bebas menggunakan modul latihan tanpa pemantauan, ini secara tidak langsung dilihat mendedahkan BTN untuk dijadikan alat untuk kepentingan UMNO.

Kedudukan BTN dibawah Jabatan Perdana Menteri dengan fungsi yang begitu luas, menjadikan BTN sebuah agensi yang penting. Penglibatan BTN dalam proses penilaian penjawat awam ( Kursus Kenegaraan ), mahasiswa ( Kursus Bina Negara Mahasiswa ), remaja ( Kursus Bina Sahsiah Remaja ) dan banyak lagi menjadikan ia sebuah agensi yang mudah terdedah kepada salah laku amalan. Bagi mengekang semua ini samada yang telah, sedang atau pun akan berlaku suatu tindakan konkrit dan tegas perlu dilakukan. DPPP mendesak sebelum keterlanjuran yang telah berlaku menjadi parah dan mengundang sesuatu yang buruk kepada rakyat dan negara maka proses penilaian semula terhadap fungsi dan peranan BTN perlu disegerakan. Sekiranya jelas kewujudan BTN ini lebih kepada menjadi perkakas politik dan agenda individu maka tindakan terbaik yang perlu dilakukan kerajaan ialah dengan sama sekali memansuhkannya.

Mazlan bin Aliman
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

December 01, 2009

UMNO membusuk hingga ke ususnya

Umno di lihat tidak mampu untuk memperbaiki kelemahannya sehinggakan mantan Presidennya sekali lagi menyuarakan pandangannya di dalam laman web beliau tentang senario tersebut. Sebagai parti yang dianggap keramat di Malaysia ini, Umno sewajarnya di tanam cepat-cepat sebelum kudis yang sudah membusuk memecahkan baunya yang pasti kurang menyenangkan jirannya.


1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

Kepada pengikut-pengikut Umno yang ada di Kota Tinggi ini khususnya, sedarlah dari lamunan. Marilah bersama-sama dengan PAS dan Pakatan Rakyat amnya untuk membentuk kerajaan yang lebih adil, terbuka, telus dan yang penting berlandaskan Islam.

November 30, 2009

Kemelut Royalti

Nik Aziz pertahan isu doa

KOTA BAHARU- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah daripada segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.

Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.

"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.

"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya. Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media hari ini dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir.


"Hormati perjanjian royalti 5 peratus"



SHAH ALAM - Tindakan Kerajaan Pusat dan Petronas yang masih berdegil untuk memberi wang royalti kepada Kelantan akan memberi implikasi besar kepada negeri berkenaan dan negara secara keseluruhan.

Ahli Parlimen Gua Musang dari UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Petronas diwujudkan untuk menyatukan negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia di bawah satu formula ringkas untuk berkongsi sumber petroleum negara.

Menurutnya, sebarang tindakan untuk menidakkan hak negeri-negeri yang mempunyai aktiviti petroleum untuk mendapatkan wang royalti dan mengganggu formula ringkas ini akan mengakibatkan kesan yang serius kepada Persekutuan Malaysia.

“Saya membantu membentuk dan membincangkan Akta Petroleum Negara dan sebagai bekas Pengerusi Petronas, saya menandatangani perjanjian berasingan mengenai pembayaran kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.

“Saya ingin tegaskan di sini bahawa Petronas terikat perjanjian tersebut dan Kerajaan Pusat tidak seharusnya mengganggu perjanjian itu, perjanjian terbabit dibuat dengan amat ringkas sehinggakan budak sekolah pun memahaminya,” katanya dalam blognya, semalam.

Razaleigh berkata, keengganan Kerajaan Pusat membuat pengumuman secara jujur mengenai kewajipan Petronas membayar wang royalti sebanyak 5 peratus kepada Kelantan boleh menyebabkan negeri yang mempunyai aktiviti petroleum lain mempersoalkan status pembayaran mereka.

“Hak royalti 5 peratus negeri-negeri tersebut dibuat berdasarkan jumlah keseluruhan aktiviti petroleum yang dilakukan di negeri berkenaan. Sebagai ganti rugi, Petronas wajib membayar wang royalti secara terus kepada negeri tersebut," katanya.











November 26, 2009

Selamat Hari Raya Haji











Assalamualaikum..
Bagi pihak PAS Kaw Kota Tinggi mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Eidul Adha, insyaAllah umat Islam akan menyambutnya pada hari Jumaat 27 November 2009. Bagi anak-anak perantau yang akan pulang berhari raya bersama keluarga masing-masing di harap dapat memandu dengan selamat dan bersabar dalam menempuh perjalanan. Semuga kita semua dapat menghayati erti kata ibadah kurban dengan sebenar-benarnya.

Wassalam.

~matahijauku~

November 24, 2009

Eye opener...must read

This one here is a real eye opener !!...For those of you who are old enough, you might be able to relate to the prices /cost of living comparisons !!...so anybody here who stilll want to believe all the BS dished out by our current Govmen ,go ahead and vote BN for the next GE !!!

Where is our direction for our next generation...?


Greetings to all,

For those who started work around 1973, a 1.3 Litre Japaness car was RM 7000

Today the equivalent is..... let's say RM 60000...........8.5 times

In 1973 a double storey house was about RM 45,000..or less Today it is about RM 300,000............6.6 times
(It was advertised in a school magazine at 37,000, Taman Lumba Kuda)

This makes it 8.1 times

In 1973 an Engineer's pay was RM 1000
Today it is about RM 2000 +/-...............2 times.....

>From 1973 to 2008........35 years......what is the Trend.? Bearish !!!!
In a stock market when the trend is bearish , what do we do?...Exit !!!

When a country's trend is bearish what do we do?

This Bearish trend is more difficult to turn around as compared to the stock market.

I have used these 3 items House, Car & Salary as a measurement of the country' s performance for the past 35 years......

Foreigners also ask about these 3 items to gauge our standard of living.

There is a book I saw in MPH bookshop entitled :

Malaysia : The Failed Nation some of you may be interested to read it.

I agreed with the writer.....

This morning I was having Coffee at McDonald ( now the coffee..100 % Arabica beans..is quite good@ RM 2.90......free refill!! I asked how much per hour is their pay?
RM 3.00 ! x 8 hours = RM 24 per day... x 25 days = RM 600 per month

In Australia my daughter works part-time during her University days..she worked at Gloria Jeans Coffee.... the pay?
A$ 14.00 ( @ 3.15 = RM 44 per hour.......x 8 = RM 352 per day !!! x 25 days = RM 8800

13.3 times more !!!!! ......Price of houses in Perth is about the same in KL

Price of cars are about 23 % cheaper....in Perth.( Australia )

I think more and more people are becoming aware of this Bearish trend.

Developed country by 2020?...means High income country

Let's look at some as of year 2005 ( Financial Times )

USA GNP per capita US$ 35400

UK GNP per capita US$ 25510

Australia GNP per capita US$ 19530

Singapore GNP per capita US $ 20690

These are developed countries by income measurement

Malaysia 's GNP per capita US$ 3540 ( sTILL 4 FIGURES - rIGHT ??? )

Year 2020..developed country?
Really...a sad story.

Worrying Trends, isn't it??
Ringgit sliding further and further under BN

Gan | Jul 8, 08 4:03pm

Recently, I interviewed some fresh graduates applying for jobs with my engineering company. I accepted two applicants on a starting salary of RM1600. It struck me as odd that 15 years ago, I myself started work as a fresh graduate engineer for the same pay.

Indeed, if you compare the salaries of graduates now and 15 or even 20 years ago, you'll find little difference but that their purchasing power is vastly different. It's the same story when you compare salaries of shop assistants, office staff, factory workers and others.

To compound the effect of inflation, the ringgit has depreciated
greatly against all major currencies. The real income of most
Malaysians has moved backwards.

This is why many Malaysians suffer under the petrol hike. The root of the problem is that our real incomes have shrunk in the face of
inflation and depreciated currency.. Malaysians have not been spoiled by subsidy but are unable to move out of the time lock of stagnated and depreciated incomes..

If you compare the per capita incomes of Singapore , Hong Kong , Taiwan and South Korea , they are a few multiples of ours although at independence all these countries were the on the same economic level as Malaysia .

What has gone wrong? We were the rising star of East Asia , a country rich in natural resources with the most promising potential.

The reason is massive corruption, plundering of resources, wastage of funds for huge non- economic projects, anti-public interest deals with politically-linked companies and passing-of-the -buck to the man in the street..

Four decades of NEP where education, economic and employment policies are defined by race ensured that meritocracy took a back seat.

Our university standard has declined and the today best and brightest of our youths emigrate to escape the racial inequility only to contribute to the economies of foreign lands.

The reputation of our judiciary which was held in high esteem worldwide has sunk so low that foreign investors now insist on arbitration in Singapore in case of any dispute.

We also have a slew of oppressive laws such as the ISA, OSA, Uuca and PPPA which stifle free speech and are designed to keep the ruling parties in power..

We have become less attractive to foreign investors and now lag behind our neighbours in Asean for foreign direct investment. Even some corporations who have established themselves here are moving out.

All the economic and social malaise cannot help but affect the value of our currency. The strength of a country's currency is after all, a reflection of its fundamentals.

Furthermore, Bank Negara has a policy of weak ringgit to help
exporters, never mind the burden on the common folk. The government is pro-corporation, not pro-rakyat. (no different from singapore which is also pro foreign talent!)

While the poor and middle-class are squeezed, an elite group gets
breathtakingly rich. We have the distinction of having the worse
income disparity in Asean. A re-distribution of wealth is under way
from the poor and middle-class to a select group of politically-connected elite.

The end result of this re-distribution will be a small group of super-rich while the majority are pushed into poverty and the middle-class shrinks. This is what happens when the rich gets richer and the poor get poorer.

There is much that is wrong with Malaysia . The responsibility for
pulling the country backwards can be laid squarely at the door of the ruling regime. It is BN's mis-governance, racial politics and culture of patronage which has seen the country regress economically and socially..

We seem to be sliding down a slippery slope, further down with each passing year of BN's rule. Another five years of BN rule and we'll be at Indonesia 's standard under Suharto. Another 10 years and we'll be touching the African standard.. What a way to greet 2020.

Is there any hope for Malaysia ?

Faced with the reality that BN will never change, many Malaysians desperate for change turn their lonely eyes to Anwar Ibrahim.

Pakatan Raykat has promised to treat all races fairly, to plug wastage, fight corruption, reform the judiciary and make Malaysia more competitive.

But some have questioned whether we can trust Anwar and his loose coalition of disparate parties..

The question is not whether we can trust Anwar and Pakatan Rakyat but whether we can afford not to.

Can we afford another ten years of BN's misrule?

November 23, 2009

Biar Ketagih Rokok..Daripada Ketagih Utusan...hancurr..

 "Biar ketagih rokok daripada ketagih Utusan"kata kawan wa yang memang kaki rokok,bila wa tanya ngapa? Dia jawab "Ketagih rokok tak nyusahkan orang,tapi bila ketagih Utusan satu Malaysia kecoh,dengan orang-oarang Pas sekali pulak tu..."keluhnya lagi.

"Apa yang lu mengarut ni mamat?"tanya wa lagi..."Ada dikalangan ahli Pas yang dulu beria-ria memboikot Utusan dan Media Umno kini kembali sayang dan rindu terhadap akhbar tersebut,sehinggakan mereka terpegaruh dengan mainan isu-isu untuk menghancurkan Pas itu sendiri,udah tahu kerojenya melaga-lagakan kite (Pas) ngapa baca dan percaya pulak."

"Sedangkan Nik Aziz denga Husam Musa elok aje..kita pulak yang sibuk memanas isu ini,udah le..cari le keroje lain yeop.deme serang kita tahan,deme fitnah kita jawab..itu aje ke keroje orang Pas ni yeop,lama-lama keroje kite untuk masyarakat tak dibuat,bila pilihanraya lebuhhhh.."katanya sambil menghembus asap rokok daun yang baunya memahitkan tekak.

Mungkin isu yang diceritakan oleh mamat di atas ada hubungkait dengan berita di bawah :

Mingguan Malaysia ada mengeluarkan berita tentang perletakan jawatan oleh Husam dan beliau pula akan menjalani pembedahan tulang belakang yang ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

Mengulas mengenai perkara itu dalam mstar, Husam berkata: "Cuti? Cuti apa pula? Saya tak tahu apa-apa pun, nampaknya sumber akhbar berkenaan lebih tahu daripada saya.

"Mengapa pula nak bedah tulang belakang saya? Bukannya ada bengkok... Alhamdulillah saya sihat saja."

Jelas Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan itu lagi, sehingga kini beliau tidak dimaklumkan mengenai arahan cuti oleh Nik Abdul Aziz seperti yang dilaporkan itu.

"Saya tak tahu, hari ini kalau tak silap Tok Guru (Nik Abdul Aziz) ada majlis, kamu pergi tanya beliau sendiri... kalau tak dapat, pergi tanya pihak akhbar berkenaan.

"Buat masa ini saya tak bercuti, saya akan bertugas macam biasa, saya sihat," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak akhbar berkenaan kerana menyiarkan laporan seumpama itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata: "Tengoklah nanti macam mana, hari ini hari Ahad, saya nak berehat...

Sumber: sendiri-mau-ingatlah.blogspot

UMNO makin terdesak

Nampaknya UMNO Johor semakin terdesak, sepanjang malam semalam kami AMK Johor terpaksa berjaga sepanjang malam akibat perangai KEJI UMNO, mereka membuat operasi menggantung benner yang tertulis dengan perkataan dan ayat kotor dengan niat ingin mensabotaj Program PKR yang bakal berlagsung esok. AMK johor keseluruhannya telah menurunkan hampir 30 benner yang digantung oleh PEMUDA balaci UMNgOk ni.

Namun dengan semangat tabah dan menghoramati tatasusila politik di negara Malaysia ini, AMK Johor mangambill keputusan utk tidak membuat kacau di dalam sepanjang urusan mereka mengantung benner tersebut. AMK Johor bertindak menurunkan semua benner tersebut setelah semua PEMUDA balaci UMNgOk ini selesai memasangnya.

Namun AMK Johor berbesar hati menyerahkan semula benner ini semua kepada mereka jika mereka mahu. Kepada PEMUDA balaci UMNgok kalau kamu anak meLAYU?!! boleh datang ke Kem AMK untuk ambil semula semua benner2 tersebut.

Malam ini sekali lagi kami AMK johor akan berjaga untuk memastikan kerja terkutuk UMNgOk haram jadah ini dapat di kawal.

Mereka juga dijangka akan menggerakkan 1 demostrasi BODOH membantah lokasi program PKR yang dijadualkan esok. Ternyata mereka cukup takut dengan gelombang yang bakal menghanyutkan mereka di Johor ini. Lokasi yang dimaksudkan adalah tanah milik individu seluas 6 ekar yang bakal di gunakan untuk program ceramah pada malam selepas selesai Konvensyen PKR Johor esok.

AMK Johor juga akan berdepan dengan demonstrasi bodoh UMNgOk pada esok hari. Kami akan terus BERJUANG..UMNO.!!mari kita berentap dengan adat dan tatasusila politik..

Tindakan UMNO Kulai mendesak pihak polis agar menyekat permit ceramah Dato Seri Anwar adalah 1 tindakan melayu bacul yang tidak berpegang pada prinsip demokrasi. Kerana takut dengan gelombang yang di bawa oleh manusia yang bernama ANWAR IBRAHIM, parti yang bacul ini akan melakukan apa saja, serta menggunakan sepenuhnya kuasa mereka untuk menghalang segala berita, kisah dan pekong mereka daripada di sebarkan kepada pengetahuan rakyat jelata.

Sesungguhnya mereka sedang berada di dalam keadaan ketakutan. Walau apa pun kami bertekad akan terus berusaha membenam mereka biar apa pun yang datang kami tetap dengan pendirian berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Kepada UMNO bahagian Kulai...Kalu benar kamu berjiwa Pahlawan Melayu...mari kita berentap dengan adat dan tatasusila politik. Apabila pengishtiharan perang dilaungkan, kami akan LAWAN, bila kami LAWAN, kami akan LAWAN sampai MENANG...
LAWAN TETAP LAWAN!!!



Petikan daripada:
Ketua Penerangan AMK Cabang Batu Pahat