Sedili, 17.4.2013. Setelah pengumuman calon yang layak (winnable candidate) di umumkan oleh Dato' Ghani Othman di MSuite Hotel Johor Bahru tempohari, maka tercatat untuk calon yang bertanding di DUN Sedili merupakan penyandangnya. Nampaknya apa yang di bayangkan Umno, BN tidaklah indah selamanya bilamana keadaan di lihat semakin bergelora.
Tanda-tanda protes mula kelihatan di sekitar pekan Sedili. Tinjauan daripada skuad peninjau Pas Cawangan Tg. Sedili yang sempat merakamkan billboard yang di naikkan disekitar pekan ini yang menterjemahkan hasrat sebenar suara akar umbi tentang calon yang akan mewakili mereka di DUN Sedili.
Masih ada nilai murni di sanubari setiap ahli Umno yang cukup teliti mengenai nilai kredibiliti calon yang ingin di angkat oleh mereka sebagai pemimpin. Masih ada kesedaran mengenai akhlak pemimpin yang ingin di lantik. Juga begitu, Umno, BN kelihatan masih tidak menghiraukan suara akar umbi.
Seterusnya kita lihat episod yang berlaku selepas ini.