Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?

Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

May 26, 2009

Mogok lapar juga tidak di benarkan

Lapan wakil rakyat pembangkang termasuk ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran ditahan polis selepas perasmian mogok lapar Pakatan Rakyat untuk mendesak DUN dibubarkan.

Mereka ditangkap sewaktu berarak dari tapak program tersebut di pejabat DAP Perak ke mahkamah tinggi untuk menyaksikan satu saman difailkan terhadap kerajaan negeri BN yang memecat ketua-ketua kampung.

Tujuh ADUN yang ditahan: Speaker yang digugurkan V Sivakumar (DAP-Tronoh), Keshwinder Singh (DAP-Malim Nawar), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Chang Lih Kang (PKR-Teja), Leong Mee Meng (DAP-Jalong), Thomas Su (DAP-Pasir Pinji) dan Lim Pek Har (DAP-Menglembu).

Mereka antara 14 orang yang ditahan pagi ini, tidak termasuk lima pekerja syarikat pengurusan acara yang sedang menyiapkan khemah untuk acara tersebut.

Kelima-lima ditangkap di depan Wisma DAP di Ipoh selepas jam 6 pagi ini. Tiada maklumat lengkap diperolehi tentang status mereka, setakat ini.

Belon udara besar dengan tulisan 'Bubar DUN' turut dirampas. Difahamkan kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh cuba meruntuh khemah untuk majlis pelancaran tetapi tidak meneruskan niat mereka.

Sekurang-kurangnya 50 anggota polis termasuk yang berpakaian biasa dan pasukan pencegah rusuhan kelihatan di sekitar ibu pejabat DAP negeri itu.

Pakatan Rakyat melancarkan mogok lapar selama 72 jam di ibu pejabat DAP itu mulai 11 pagi bagi mendesak dewan dibubarkan untuk memboleh satu pilihanraya negeri dipanggil sebagai langkah penyelesaian kemelut politik yang berlarutan sejak Februari lalu.

Menteri besar mereka Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker gabungan pembangkang itu V Sivakumar dijadual melancarkan dan menyertai mogok tersebut.

Beberapa ADUN Pakatan dan penyokong DAP, PAS dan PKR dijangka menyertainya sebagai bantahan terhadap rampasan kuasa BN.

Mogok lapar ini akan berakhir di pejabat PAS Perak petang Khamis ini.

Kira-kira jam 4.20 petang ini, semua 19 orang itu dibebaskan dari ibu pejabat polis kontinjen Perak di Ipoh.

Sebagai peringatan kepada anda yang berhajat untuk ke Ipoh, anda hendaklah membawa bekal sebagai bukti anda tidak menyertai mogok lapar dan bagi mengelakkan anda ditangkap oleh pihak keselamatan. Atau yang terbaik bawa kelengkapan berkelah untuk ke Ipoh sehingga hari Khamis ini bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang berbangkit.

Sumber : Malaysiakini

May 23, 2009

Konvensyen Kelab Penyokong PAS

Eli - Perubahan yang positif

Anggota Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong menjelaskan sejak peristiwa kontroversi membabitkan dirinya dicetus, kini beliau berasa lebih tenang dan bersemangat.

Beliau berkata, biar pun terus diserang, namun tidak mudah patah semangat untuk meneruskan perjuangan bersama rakyat.




“Apa yang mereka lakukan ialah untuk menghalang saya dari melaksanakan tanggungjawab. Ini memang boleh dilihat. Semasa saya bercuti, tidak ada cerita atau gambar atau khabar angin tersebar.

“Apabila saya pulang dan mengambil keputusan untuk menerima tawaran dari kerajaan Selangor, bermulalah serangan,” katanya Adun Bukit Lanjan itu ketika ditemui selepas ceramah di Taman Puspa, Kok Lanas, baru-baru ini.

Menurutnya selepas kejadian itu beliau tidak membaca blog-blog mengarut dan media konvensional yang cuba menyerang peribadinya. Oleh itu beliau mencabar pihak terbabit kalau beriya-iya mahu menentangnya tunggu pada pilihan raya yang akan datang.

Beliau juga mengakui sebagai anggota Exco wanita beliau sering terdedah kepada fitnah daripada pemimpin parti lawan.

Bagaimanapun beliau menghargai hubungan pimpinan Pakatan Rakyat yang terus menyokongnya ketika berada dalam tekanan baru-baru ini.

“Orang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat boleh mendekati orang Islam, masing-masing mampu memahami antara satu dengan lain.

“Kita mahu menghormati orang Islam, memahami orang Islam dan belajar dari orang Islam,” katanya.

Beliau juga memberitahu amat menghargai nasihat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditimpa musibah.

“Tuan Guru Nik Aziz menasihati saya supaya jangan dendam, jangan dengki. Saya dengar, saya menerima nasihat Tuan Guru. Saya rasa ini nasihat yang amat tepat.

“Orang mengenakan saya, tapi saya tak dendam dan tak nak dengki juga, dan itu menyebabkan saya lebih tenang sekarang,” katanya.

May 22, 2009

Perlukah BN bertanding di Manek Urai?












PAS berharap Barisan Nasional (BN) yang tidak meletakkan calonnya di Penanti, akan turut mengambil langkah serupa di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang bakal menyaksikan pilihan raya kecil.

Pilihan raya kecil Manek Urai merupakan yang ketujuh sejak pilihan raya umum 8 Mac 2008.

BN bertanding di lima pilihan raya kecil kecuali Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang penamaan calonnya diadakan esok dan jika ada pertandingan pengundian berlangsung 31 Mei.

Isnin lalu BN memutuskan untuk tidak bertanding di Penanti, tindakan pertama sejak 8 Mac lalu.

Selain menjimatkan kos, keputusan pilihan raya Manek Urai tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri. Pilihan raya kecil Manek Urai perlu diadakan dalam tempoh 60 hari sejak kekosongan wujud.

Kerusi itu disandang oleh Ismail selama lima penggal kecuali tahun 2004 hingga 2008.

Sebagai memenuhi kenyataan PM sebelum ini bahawa PRK bakal menyaksikan pembaziran duit rakyat begitu sahaja. Jika ini langkah yang dilakukan maka sayugialah rakyat di DUN Manek Urai akan melihat pentadbiran PM ini dengan langkah bijaksana dan berhemah. Ini juga memudahkan kerajaan PAS Kelantan dalam memikirkan halatuju pentadbirannya tanpa perlu memikirkan berlakunya PRK lagi.

Rasanya elok juga BN tidak berhajat bertanding di DUN Manek Urai bagi mengelakkan fitnah dan dosa penyokong mereka. Lihat sahaja gambar di bawah sudah menggambarkan segalanya. Kalau perkara ini jugalah yang mereka bawa di Kelantan maka dikhuatiri akan mencemarkan nama baik Kelantan sebagai Serambi Mekah.














~matahijauku~

Serahkan pada rakyat tentukan keadilan


















PUTRAJAYA – Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, prosiding mahkamah yang dilalui Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) sekarang berhubung isu kerajaan negeri Perak sekadar mengikuti proses undang-undang semata-mata.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, keputusan muktamad sebenarnya adalah di tangan rakyat Perak kerana mereka yang berhak membuat pemilihan yang baru, sekali gus menamatkan krisis politik terburuk dilalui negeri tersebut.

“Kami memohon Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan untuk memenuhi kehendak rakyat. Kita tidak akan bergantung dengan keputusan mahkamah selain dari keputusan rakyat,” katanya pada sidang media selepas mahkamah ditangguhkan semalam.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Raus Md Shariff yang bersidang bersama Hakim Datuk Ahmad Maarop dan Hakim Datuk Zainun Ali.

Zambry diwakili oleh peguamnya Datuk Cecil Abraham manakala Nizar diwakili peguam Sulaiman Abdullah.

11 Mei lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Zambry bagaimanapun membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga kes rayuan Zambry selesai.

DS Ir. Nizar bagaimanapun sudah menjangkakan keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada Zambry. Maka selepas ini, Zambry bolehlah berbangga menjadi Menteri Besar melalui keputusan mahkamah tidak seperti biasa melalui pilihan rakyatnya. Mungkin rakyat Perak umumnya melihat perlantikan ini sebagai permulaan perundangan negeri yang boleh berubah bergantung kepada keadaan bagi menentukan siapa yang berhak menduduki kerusi MB selepas ini. Apapun bagi menghormati keputusan Mahkamah Rayuan ini, rakyat di minta bertenang dan kita tunggu selepas ini pada PRU 13 bagi menentukan kembali Zambry ini.

~matahijauku~

Ribuan iringi perjalanan akhir Paksu Mail

KUALA KRAI, 22 Mei (Hrkh) - Ribuan penduduk menunaikan solat jenazah ke atas Adun Manek Urai, Haji Ismail Yaakob, 60, di Masjid Kampung Manek Urai Lama sebaik sahaja selepas solat Jumaat tadi.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimamkan solat tersebut yang melimpah sehingga ke luar masjid.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob; Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan.

Selain itu turut hadir wakil-wakil rakyat, pemimpin PAS kawasan, KeADIlan dan pegawai kerajaan.

Sebelum itu Menteri Besar menyampaikan khutbah Jumaat dan sempat bertakzirah ringkas mengenai kematian.

Ramai melihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz sekali sekala sebak mengenangkan Paksu Mail, seorang pemimpin yang begitu rapat dengan masyarakat.

Selain itu jenazah Paksu Mail, terdapat satu lagi jenazah iaitu wanita yang juga meninggal dunia hari ini turut disembahyangkan serentak.

Kehadiran orang ramai menyebabkan Kampung Manek Urai Lama menjadi sendat dan berlaku kesesakan luar biasa di jambatan memandangkan ia hanya boleh dilalui sehala sahaja.

Kedua-dua jenazah kemudian diusung ke tanah perkuburan yang terletak tidak jauh dari rumah Paksu Mail. Jenazahnya dibawa turun ke liang lahad kira-kira jam 2.05 petang.

Anggota parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli ketika ditemui melahirkan rasa terharu di atas kematian Paksu Mail biar pun beliau baru dikenali secara dekat hampir dua tahun lalu.

Katanya, biar pun baru kenal namun hubungan dengannya begitu mesra dan mudah diajak berunding.

"Personaliti Paksu Mail memang cukup hebat di kalangan masyarakat kampung. Semua orang yang ditemui kenal beliau. Allahyarham bersikap sederhana biar pun sudah lama menjadi wakil rakyat.

"Pemimpin sepertinya memang sukar untuk dicari ganti. Kita sama-sama doakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beramal soleh," katanya ketika ditemui di sini.

Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, nama Paksu Mail sudah sinonim dengan penduduk Manek Urai kerana semua orang mengenalinya.

Menurutnya Paksu Mail merupakan penggerak utama kepada bahagian keselamatan PAS ketika berlangsung pilihan raya atau sesuatu program besar.

Kata beliau watak yang ada padanya biar pun tegas namun mudah didekati kawan dan lawan.

~ melukut.com ~

Al-Fatihah: ADUN Manik Urai meninggal dunia


KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manik Urai, Haji Ismail Yaacob (gambar), 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kira-kira 5.55 pagi tadi kerana sakit jantung.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan untuk menerima rawatan sejak bulan lalu.

Allahyarham meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak.

Ismail yang mewakili Pas mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada pilihan raya umum 1985.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak mempertahankan kerusi itu, sebaliknya diwakili oleh Zamzuri Mat Lazim.

Namun Ismail dipilih semula bertanding di DUN berkenaan pada pilihan raya umum tahun lalu dan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Beliau merupakan Timbalan Yang Dipertua Pas bahagian Kuala Krai.

Manik Urai terletak di dalam kawasan Parlimen Kuala Krai, yang turut mempunyai DUN Dabung, Guchil dan Mengkembang.

~melukut.com~

May 18, 2009

Majlis Ramah Mesra & Dialog

Kota Tinggi : Ahad 17 Mei 2009.
Alhamdulillah, PAS Kota Tinggi dalam gerak kerja penerangannya berhasil menganjurkan program ramah mesra bersama Y.B Dato' Paduka Hj Husam Musa dan Mazlan Aliman yang di hadiri oleh warga Kota Tinggi serta yang berhampiran dengannya. Majlis yang julung kalinya di adakan pada siang hari bermula pada awal 10 pagi dengan kehadiran yang cukup menggalakkan. Mungkin ini yang dikatakan momentum kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam menjuarai isu-isu rakyat serta memenangi siri-siri pilihanraya kecil sebelum ini. Apa yang menarik, warga Kota Tinggi tidak malu-malu lagi untuk menghadiri majlis seumpama ini di tempat terbuka hatta di siang hari.

Dalam Majlis tersebut yang turut di serikan dengan kehadiran YDP PAS Pengerang, Tuan Hj. Sabtu Bin Talib, YDP PAS Tenggara iaitu Saudara Mazlan Aliman, Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kota Tinggi, Saudara Abdul Razak Bin Hj. Esa serta kepimpinan Kelab Penyokong PAS bagi Kaum India. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan YDP PAS Kota Tinggi, Tuan Hj Kamaldin Bin Hj Tahir sebelum disambung dengan ucapan Saudara Mazlan Aliman merangkap Ketua Penerangan PAS Johor dengan sedikit maklumat tentang mood rakyat yang dilihat begitu baik ketika ini. Lantaran itu, kerja-kerja penerangan perlu diambil serius bagi memberikan kefahaman yang cukup kepada rakyat khususnya mereka yang menetap di tanah-tanah rancangan.

Sebelum majlis dialog dimulakan, terlebih dahulu ruang diberikan kepada Y.B Dato' Paduka Hj. Husam Musa menyampaikan sedikit ceramah pada pagi yang berbahagia tersebut. Beliau menyentuh sedikit sebanyak isu terkini terutamanya di Perak serta matlamat perjuangan PAS yang berbeza berbanding UMNO di mana rakyat memerhatikan kepimpinan UMNO, BN dalam menguruskan pengagihan kekayaan negara dalam keadaan yang cukup mencurigakan. Beliau juga menyentuh isu penggabungan PAS-UMNO yang menurutnya tidak akan menerima sama sekali pelawaan UMNO menjadi 'imam' didalam rancangan penggabungan tersebut yang mana di ketahui tahap keimanan UMNO untuk melayakkan menjadi 'imam'. Beliau juga menyangkal sesetengah pendapat orang melayu bahawa sekiranya terkuburnya UMNO maka orang melayu akan turut sama terkubur. Sebaliknya beliau menegaskan bahawa terkuburnya jahiliah UMNO akan membawa rahmat kepada orang melayu malah akan memajukan orang melayu itu sendiri.

Dalam sesi dialog pula, Y.B di ajukan dengan persoalan-persoalan yang panas terutamanya berkenaan isu-isu hangat terkini yang melibatkan beliau secara langsung baik dalam pemilihan kepimpinan menjelang Muktamar pada bulan Jun ini maupun isu rakyat di DUN yang beliau wakili. Juga tidak lengkap sekiranya ada persoalan yang tidak menyentuh isu kerajaan haram BN di Perak yang di ajukan oleh rakan dari Kelab Penyokong PAS Kaum India yang ingin mendengar terus dari kepimpinan PAS berkenaan isu tersebut. Namun semuanya dapat dijawab dengan penuh keyakinan bagi memuaskan para hadirin.

Namun sesuatu yang menarik ketika sesi dialog tersebut bilamana salah seorang hadirin sempat memberi kiasan akan konflik politik dan persepsi rakyat terhadap UMNO, BN ini. Beliau menceritakan pada suatu dahulu, orang tua-tua selalu berpesan kepada anak-anaknya bahawa jika hendak berjalan kemana-mana hendaklah menaiki bas MARA kerana diyakini keselamatan dan keselesaannya berbanding bas-bas lain yang ada. Pada ketika itu digambarkan kenikmatan menaiki bas MARA begitu lunak sekali dan suasana itu berbeza sekali ketika ini dimana ketika beliau pula menjadi bapa menasihati anak-anaknya untuk bergerak kemana-mana arah jangan hanya tau menaiki bas MARA sahaja malah cubalah bas 'double-decker' yang lebih selesa dan nikmat sekali. Itulah perumpamaan UMNO ketika ini berbanding zaman datuk nenek kita dulu-dulu, Allah sudah menarik balik nikmat yang diberikan kepada UMNO.
















Y.B Dato' Paduka Hj. Husam Musa memulakan ceramahnya
















Turut hadir daripada Kelab Penyokong PAS bagi Kaum India Kota Tinggi, jamuan ringan turut disediakan.















Hadirin khusyuk mendengar ceramah dari Y.B Dato' Paduka Hj. Husam Musa
















Suasana di dalam yang menempatkan Muslimah yang turut mendengar ceramah tetamu undangan.
















Bas MARA dah tua..naik bas double decker lagi seronok..itulah kiasan yang diberikan oleh pendengar tersebut.
















Seperti biasa, sesi bergambar setelah program berakhir..
















Muslimat turut tidak melepaskan peluang bergambar dengan Y.B, turut kelihatan sama Ketua Muslimat PAS Kota Tinggi (bertudung hitam) serta AJKnya
















Bersama kepimpinan Seretariat Pakatan Rakyat Kota Tinggi dan Saudara Ram Kumar (Kelab Penyokong PAS)


~matahijauku~

May 16, 2009

Rasuah Dalam Pas?

Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau yakin memang berlaku rasuah di dalam Pas memandangkan perkara itu semakin berleluasa di negara ini. Bekas Perdana Menteri itu memberitahu, jangan kata dalam Pas tidak berlaku rasuah kerana parti itu juga seperti parti-parti lain di mana berlaku rasuah. ``Saya tidak hairan anggota parti itu buat benda yang bertentangan dengan ajaran Islam,’’ katanya.

Sekiranya Che Det begitu yakin terdapat rasuah di dalam pemilihan kepimpinan dalam PAS, maka silalah kerahkan seluruh tenaga SPRM menyiasat. Jangan pandai berkata-kata tanpa ada bukti. Sejak bila Che Det pernah menjadi ahli PAS dan menghadiri Muktamar dalam usaha memilih kepimpinan PAS. Jangan cuba menyamakan perjuangan PAS dengan UMNO yang jauh terpesong? Semua mengetahui bahawa UMNO yang galak dengan rasuah wang. Tidak percaya? Lihatlah sahaja pemilihan UMNO baru-baru ini, rakyat tidak mudah lupa..siapa yang di gantung? Siapa yang menang tapi tiada jawatan dalam kerajaan?

Che Det cuba mengembalikan zaman putar belitnya semula dengan melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Cukup-cukuplah dengan apa yang telah di tinggalkan kepada Malaysia..

~matahijauku~

Perdana Menteri Rakyat?

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau mahu dikenali sebagai ‘Perdana Menteri Rakyat’ yang mesra dengan rakyat dan dapat memahami kehendak rakyat.

“Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama rakyat,”

“Kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya,”

‘1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’

Sehubungan itu, Najib berkata, sebaik sahaja beliau mengambil alih pentadbiran negara, agenda pertama yang dilakukan ialah turun padang yang disifatkannya sebagai tinjauan mesra seperti di Puduraya.

Ada sesuatu yang janggal diatas ucapan yang disampaikan. Adakah ianya seiringan dengan suasana politik yang berlaku ketika ini lebih-lebih lagi dengan pergolakan politik yang berlaku di Perak? Umum memahami apa yang berlaku di Perak adalah hasil air tangan Najib namun di sebalik ungkapan di atas tidak seiringan dengan nadi rakyat? Adakah ini cakap-cakap ahli politik yang baru memegang tampuk kerajaan? Perkara yang sama juga di tonjolkan oleh Perdana Menteri sebelum ini dengan penonjolan aksi Imam Besar Islam Hadhari. Kini ianya cuba dilakonkan semula dengan bezanya lokasi dan skrip yang berbeza ditambah dengan sutradara yang berlaianan mungkin bagi memperlihatkan perbezaan di antara dua tokoh yang berbeza kegemilangannya. Atau adakah ini sebagai retorik PM yang baru semata-mata?

Masa terus berlalu dengan rakyat memerhatikan tingkah laku PM yang baru ini. Pemerhatian rakyat terus merekodkan segala perjalanan diari PM bagi diadili dalam PRU13 nanti. Adakah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan akan memakan diri sendiri? Adakah terbukti 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dalam pengagihan kekayaan negara atau rakyat masih menanggung kepayahan dengan polemik politik? Adakah pencapaian kemajuan negara menjadi kayu ukuran dengan tidak seiringan daripada hasil kekayaan negara?

~matahijauku~




May 14, 2009

1001 Makna

Manusia mengabdikan kenangan yang boleh dipotretkan di dalam memori manusia ataupun melalui medium cetak. Kenangan di gambarkan sebagai ingatan diatas kejadian sesuatu sebelum ini yang tidak mudah dilupakan oleh manusia baik kenangan manis maupun pahit.

Begitu juga dengan kenangan yang digambarkan seperti dibawah. Menceritakan seribu satu makna yang akan ditafsirkan mengikut citarasa seseorang itu. Segala yang berlaku di dalam politik tanahair akan diungkapkan melalui detik-detik seperti di dalam gambar tersebut. Nilailah mengikut perspektif anda sendiri!!