PAS berharap Barisan Nasional (BN) yang tidak meletakkan calonnya di Penanti, akan turut mengambil langkah serupa di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang bakal menyaksikan pilihan raya kecil.
Pilihan raya kecil Manek Urai merupakan yang ketujuh sejak pilihan raya umum 8 Mac 2008.
BN bertanding di lima pilihan raya kecil kecuali Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang penamaan calonnya diadakan esok dan jika ada pertandingan pengundian berlangsung 31 Mei.
Isnin lalu BN memutuskan untuk tidak bertanding di Penanti, tindakan pertama sejak 8 Mac lalu.
Selain menjimatkan kos, keputusan pilihan raya Manek Urai tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri. Pilihan raya kecil Manek Urai perlu diadakan dalam tempoh 60 hari sejak kekosongan wujud.
Kerusi itu disandang oleh Ismail selama lima penggal kecuali tahun 2004 hingga 2008.
Sebagai memenuhi kenyataan PM sebelum ini bahawa PRK bakal menyaksikan pembaziran duit rakyat begitu sahaja. Jika ini langkah yang dilakukan maka sayugialah rakyat di DUN Manek Urai akan melihat pentadbiran PM ini dengan langkah bijaksana dan berhemah. Ini juga memudahkan kerajaan PAS Kelantan dalam memikirkan halatuju pentadbirannya tanpa perlu memikirkan berlakunya PRK lagi.
Rasanya elok juga BN tidak berhajat bertanding di DUN Manek Urai bagi mengelakkan fitnah dan dosa penyokong mereka. Lihat sahaja gambar di bawah sudah menggambarkan segalanya. Kalau perkara ini jugalah yang mereka bawa di Kelantan maka dikhuatiri akan mencemarkan nama baik Kelantan sebagai Serambi Mekah.
~matahijauku~