Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

May 01, 2009

Muktamar
















Kebiasaannya bulan Mei dan Jun merupakan bulan yang sibuk bagi parti Islam PAS. Bulan Mei 2-3 ini akan berlangsungnya Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Johor. Maka sayugianya akan penuhlah dewan tersebut dengan perwakilan dari segenap kawasan. Muktamar bagi tahun ini juga di adakan pemilihan bagi memilih AJK Pemuda negeri samada akan berlaku transformasi ataupun sebaliknya.

Berbalik kepada pemilihan, di sini terletaknya kewajaran setiap perwakilan untuk mengenali setiap inci bakal-bakal pemimpin yang akan di lantik. Kerana ia akan menentukan halatuju pemuda itu sendiri. Dalam arus perubahan yang semakin ketara, kepimpinan yang jitu diperlukan bagi mengemudi dewan pemuda selaras dengan aspirasi parti. Pemuda memang tidak ketandusan pelapis kepimpinan, sebagai kilang tenaga yang bersihat Islamik, Dewan Pemuda dilihat sebagai human resources bagi PAS itu sendiri dimana disini pemuda akan di latih seterusnya ditarbiah selaras dengan ajaran Islam yang syumul.

Pemimpin yang bakal dilantik, sekurang-kurangnya perlu memiliki idealisme serta karisma yang mantap. Mengikut kajian barat, setiap individu (dalam memberikan / menerima tugas atau tanggungjawab) dilihat dalam 3 aspek utama iaitu :
1) Ilmu Pengetahuan (knowledge)
2) Kemahiran (skill)
3) Keupayaan (ability)
Pendekatan seperti ini amat perlu diadaptasikan kepada organisasi politik Islam yang terbesar di Malaysia. Maka dapat digariskan beberapa perkara disini sepertimana berikut :

Ilmu Pengetahuan
Perlu melengkapkan diri dengan ilmu khususnya ilmu berkaitan dengan syariat Islam. Selain itu, perlu menimba ilmu duniawi seperti ekonomi, teknologi, siasah dan seumpamanya. Ilmu-ilmu ini akan berkeupayaan seseorang pemimpin itu menganalisa dan memikirkan rasionalnya sesuatu kenyataan dan tindakan masyarakat sekeliling. Lantas, memberi kelangsungan kepada seseorang pemimpin itu untuk mentarbiah masyarakat sekitar kelompok tersebut.

Kemahiran
Kebiasaannya dikaitkan dengan kemahiran dalam melakukan sesuatu kerja atau tugas. Contohnya, berkemahiran dalam memberikan ceramah/berucap yang mampu menarik perhadiran hadirin. Selain itu, kemahiran yang difikirkan penting adalah 'pengurusan'. Penggurusan dalam penggunaan masa, sumber tenaga dan wang ringgit yang efisien.

Keupayaan
Seseorang pemimpin perlu menilai kebolehannya berinteraksi dengan masyarakat, menyelesaikan sesuatu permasalahan dan juga kemampuannya mengenalpasti kuasa serta pengaruh seseorang individu. Keupayaan juga meliputu aspek mendorong untuk menggerakkan jentera jawatankuasa.
Ringkasnya, keupayaan menjurus kepada sahsiah diri yang merangkumi pelbagai aspek. Sebagai pemimpin, kebolehan menggunankan kurniaan Allah merupakan aset yang berharga.

Sebagai natijah, walaupun 3 ciri di atas dilihat penting untuk bersedia menjadi pemimpin, sebagai pendokong PAS kita perlulah juga melihat aqidah dan iman sebagai keperluan paling utama. Untuk ahli PAS pula, janganlah dijadikan alasan ketiadaan ciri di atas sebagai alasan/halangan untuk menolak tugas berjuang dan berjihad di jalan Allah. Wallahualam.

~matahijauku~