Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

May 18, 2009

Majlis Ramah Mesra & Dialog

Kota Tinggi : Ahad 17 Mei 2009.
Alhamdulillah, PAS Kota Tinggi dalam gerak kerja penerangannya berhasil menganjurkan program ramah mesra bersama Y.B Dato' Paduka Hj Husam Musa dan Mazlan Aliman yang di hadiri oleh warga Kota Tinggi serta yang berhampiran dengannya. Majlis yang julung kalinya di adakan pada siang hari bermula pada awal 10 pagi dengan kehadiran yang cukup menggalakkan. Mungkin ini yang dikatakan momentum kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam menjuarai isu-isu rakyat serta memenangi siri-siri pilihanraya kecil sebelum ini. Apa yang menarik, warga Kota Tinggi tidak malu-malu lagi untuk menghadiri majlis seumpama ini di tempat terbuka hatta di siang hari.

Dalam Majlis tersebut yang turut di serikan dengan kehadiran YDP PAS Pengerang, Tuan Hj. Sabtu Bin Talib, YDP PAS Tenggara iaitu Saudara Mazlan Aliman, Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kota Tinggi, Saudara Abdul Razak Bin Hj. Esa serta kepimpinan Kelab Penyokong PAS bagi Kaum India. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan YDP PAS Kota Tinggi, Tuan Hj Kamaldin Bin Hj Tahir sebelum disambung dengan ucapan Saudara Mazlan Aliman merangkap Ketua Penerangan PAS Johor dengan sedikit maklumat tentang mood rakyat yang dilihat begitu baik ketika ini. Lantaran itu, kerja-kerja penerangan perlu diambil serius bagi memberikan kefahaman yang cukup kepada rakyat khususnya mereka yang menetap di tanah-tanah rancangan.

Sebelum majlis dialog dimulakan, terlebih dahulu ruang diberikan kepada Y.B Dato' Paduka Hj. Husam Musa menyampaikan sedikit ceramah pada pagi yang berbahagia tersebut. Beliau menyentuh sedikit sebanyak isu terkini terutamanya di Perak serta matlamat perjuangan PAS yang berbeza berbanding UMNO di mana rakyat memerhatikan kepimpinan UMNO, BN dalam menguruskan pengagihan kekayaan negara dalam keadaan yang cukup mencurigakan. Beliau juga menyentuh isu penggabungan PAS-UMNO yang menurutnya tidak akan menerima sama sekali pelawaan UMNO menjadi 'imam' didalam rancangan penggabungan tersebut yang mana di ketahui tahap keimanan UMNO untuk melayakkan menjadi 'imam'. Beliau juga menyangkal sesetengah pendapat orang melayu bahawa sekiranya terkuburnya UMNO maka orang melayu akan turut sama terkubur. Sebaliknya beliau menegaskan bahawa terkuburnya jahiliah UMNO akan membawa rahmat kepada orang melayu malah akan memajukan orang melayu itu sendiri.

Dalam sesi dialog pula, Y.B di ajukan dengan persoalan-persoalan yang panas terutamanya berkenaan isu-isu hangat terkini yang melibatkan beliau secara langsung baik dalam pemilihan kepimpinan menjelang Muktamar pada bulan Jun ini maupun isu rakyat di DUN yang beliau wakili. Juga tidak lengkap sekiranya ada persoalan yang tidak menyentuh isu kerajaan haram BN di Perak yang di ajukan oleh rakan dari Kelab Penyokong PAS Kaum India yang ingin mendengar terus dari kepimpinan PAS berkenaan isu tersebut. Namun semuanya dapat dijawab dengan penuh keyakinan bagi memuaskan para hadirin.

Namun sesuatu yang menarik ketika sesi dialog tersebut bilamana salah seorang hadirin sempat memberi kiasan akan konflik politik dan persepsi rakyat terhadap UMNO, BN ini. Beliau menceritakan pada suatu dahulu, orang tua-tua selalu berpesan kepada anak-anaknya bahawa jika hendak berjalan kemana-mana hendaklah menaiki bas MARA kerana diyakini keselamatan dan keselesaannya berbanding bas-bas lain yang ada. Pada ketika itu digambarkan kenikmatan menaiki bas MARA begitu lunak sekali dan suasana itu berbeza sekali ketika ini dimana ketika beliau pula menjadi bapa menasihati anak-anaknya untuk bergerak kemana-mana arah jangan hanya tau menaiki bas MARA sahaja malah cubalah bas 'double-decker' yang lebih selesa dan nikmat sekali. Itulah perumpamaan UMNO ketika ini berbanding zaman datuk nenek kita dulu-dulu, Allah sudah menarik balik nikmat yang diberikan kepada UMNO.
















Y.B Dato' Paduka Hj. Husam Musa memulakan ceramahnya
















Turut hadir daripada Kelab Penyokong PAS bagi Kaum India Kota Tinggi, jamuan ringan turut disediakan.















Hadirin khusyuk mendengar ceramah dari Y.B Dato' Paduka Hj. Husam Musa
















Suasana di dalam yang menempatkan Muslimah yang turut mendengar ceramah tetamu undangan.
















Bas MARA dah tua..naik bas double decker lagi seronok..itulah kiasan yang diberikan oleh pendengar tersebut.
















Seperti biasa, sesi bergambar setelah program berakhir..
















Muslimat turut tidak melepaskan peluang bergambar dengan Y.B, turut kelihatan sama Ketua Muslimat PAS Kota Tinggi (bertudung hitam) serta AJKnya
















Bersama kepimpinan Seretariat Pakatan Rakyat Kota Tinggi dan Saudara Ram Kumar (Kelab Penyokong PAS)


~matahijauku~