Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

May 04, 2009

Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kesempurnaan yang diberikan kepada Dewan Pemuda Pas Kota Tinggi menghantar perwakilan ke Muktamar Dewan Pemuda Pas Negeri Johor yang melabuhkan tirainya semalam 3 Mei 2009. Setelah dirasmikan pada 2 Mei 2009 oleh Y.B Sallehuddin Ayub, Ketua Pemuda Pas Pusat maka bermulalah pemuda PAS negeri Johor berkumpul, bermuktamar, bermuhasabah dan mencari titik permulaan bagi melangkah menuju kehadapan.

Para muktabirin yang mewakili Dewan Pemuda Pas masing-masing mengambil ruang yang ada bagi menyampaikan, berhujah, mengkritik dan memberi resolusi di atas ucaptema yang telah disampaikan oleh Ketua Pemuda Pas Johor, Saudara Khairul Faizi. Berbagai pandangan mahupun lontaran idea, tidak kurang juga sindiran-sindiran sinis yang menggamatkan dewan yang cukup selesa di Palm Villa Resort yang terletak di Bandar Putra Kulai.

Namun apa yang paling mendebarkan, muktamar kali ini akan berlakunya pemilihan di peringkat negeri dengan kesemua jawatan kali ini akan dipertandingkan. Berbeza dengan sebelum ini yang meletakkan keputusan Majlis Syura dalam melantik tiga jawatan tertinggi tersebut, muktamar yang ke 37 ini membawa perubahan dari segi pemilihan tersebut di mana ianya buat pertama kali akan berlaku pertandingan.

Tidak seperti di dalam UMNO, suasana berlangsung cukup demokrasi. Tiada rasuah politik, tiada kedengaran agen-agen kehulu-hilir mencari habuan. Apa yang berlaku suara akar umbi dilihat akan menentukan siapa Ketua Pemuda pada kali ini.

Setelah para muktabirin selesai melaksanakan tanggungjawab masing-masing dan kesemua perwakilan telah menyempurnakan perbahasan ucaptema, maka saat yang mendebarkan mula menguasai dewan. Apakah akan berlaku tansformasi dalam kepimpinan Dewan Pemuda atau suara akar umbi masih memerlukan Ketua Pemuda yang ada bagi menerajui Dewan Pemuda PAS Negeri Johor?

Keputusan penuh pemilihan Ketua Pemuda bersama barisan EXCO Dewan Pemuda Pas Negeri Johor diumumkan oleh SPR dengan Saudara Khairul Faizi berjaya mempertahankan jawatan beliau. Namun yang teristimewanya pergerakan Dewan Pemuda PAS ini, jawatan bukan menjadi matlamat utama malah jawatan yang diamanahkan adalah satu beban yang berat untuk di pikul. Persaingan bukan menandakan perpecahan tetapi mencari keserasian bagi memicu jentera pemuda dengan lebih energatik. Saudara Suhaizan Kayat dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda manakala Saudara Hamid Jamah melengkapkan kedudukan tiga teratas sebagai Naib Ketua Pemuda. Manakala hampir kebanyakan barisan EXCO Dewan Pemuda di pilih semula bagi mengisi ruang di dalam barisan kepimpinan DPPNJ melainkan beberapa EXCO yang tidak dipilih oleh perwakilan pada sesi 2009/2011 ini.

Salam perpisahan buat Saudara Aminuddin Ayub yang melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Pemuda bagi memberi laluan kepada barisan muda yang baru yang lebih dinamik. Sebagai orang yang paling berpengalaman di dalam dewan pemuda ini segala teguran yang membina perlu diambil kira bagi membina kekuatan pemuda bagi berhadapan dengan musuh selepas ini.















Sebahagian perwakilan mendengar ucapan perasmian oleh Ketua Pemuda PAS Pusat.

~matahijauku~