Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?

Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

March 28, 2010

Fatwa Mutakhir Tokoh Maal Hijrah 2009 Malaysia

Video Perobohan Setinggan Denai Pinggiran

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Tapi tidak semestinya hujan batu di negeri sendiri lebih baik berbanding hujan emas di negeri orang. Hujan emas di Pulau Pinang, penduduk Kg. Buah Pala mendapat pampasan oleh kerajaan PR, penduduk Kg. Beremban mendapat pampasan dari kerajaan PR, Selangor.

Penduduk Denai Pinggiran, dipinggirkan atas nama pembangunan atau kerajaan negeri sudah hendak bankrup sehinggakan sukar mencari pendapatan untuk menampung perbelanjaan defisit belanjawan Johor? Jalan paling mudah ialah dengan menjual tanah Melayu? Apakah Umno masih ingin menafikannya? Bandingkan di zaman Muhyiden dengan tanah melayu dijual kepada tauke-tauke golf, taman Nirvana dan kondo-kondo?

Tanda-tanda kehancuran Umno di bumi Johor dan akan disemadikan bersama-sama tangisan penduduk setinggan yang mula mengenal intan dan permata. Lebih meluat lagi bilamana YB Umno ketika itu hanya lalu dan memerhatikan sahaja penduduk Denai Pinggiran dengan sinis.





Selamatkan Malaysia













Hulu Selangor : UMNO vs MIC


Pilihanraya kecil di P94, Hulu Selangor perlu di adakan selepas kematian Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad. Semuga Allah mencucuri rahmah keatas roh beliau dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Namun begitu, komponen parti rasis mula mencongak strategi untuk menentukan parti mana yang layak bertanding di situ. MIC yang memegang hak status quo ingin mempertahankan kerusi mereka manakala Umno yang mendakwa mereka mempunyai kekuatan yang luar biasa teringin untuk merampas status tersebut daripada MIC.

Melihat begitu penting bagi BN untuk merebut kembali kerusi P94 daripada Pakatan Rakyat bagi memperlihatkan kepada rakyat akan transformasi yang di dewa-dewakan oleh pengikut mereka akan kebersanan pentadbiran Najib Al-Tantuya bersama pasangannya Big Mama. Ianya perlu diterjemahkan kepada kemenangan di P94 ini, bagaimana caranya, berapa duit rakyat yang perlu ditaburkan di sana tidak perlu di ambil kira. Pokoknya, BN perlu menang kerana bagi mereka matlamat menghalalkan cara.

Buatlah apa sahaja yang jelek bagi rakyat dan tahulah media propaganda Umno, BN ini memanipulasikan cerita untuk memperlihatkan ianya cantik di mata rakyat jelata.

Bagi merebut kerusi tersebut, Umno seperti biasa akan mendakwa mereka begitu mantap untuk bertanding di sana. Melihat akan kenyataan-kenyataan penyokong tegar mereka menunjukkan Umno bersungguh-sungguh untuk bertanding di P94 ini.

"Tiada jalan kompromi lagi dan kita tidak perlu menjaga hati mana mana pihak jika ianya mendatangkan kemudaratan pada diri sendiri. Memang betul DUN Hulu Selangor di peruntukan kepada MIC. Parti ini kurang mendapat kepercayaan dari rakyat , trek rekod mereka adalah yang paling buruk dan jika di bandingkan dengan parti IPF penyokong BN yang di asas kan oleh Mendiang Tan Sri Pandithan parti ini mempunyai imej yang lebih baik sekarang.

Presiden Timbalan Presiden semua tewas dalam pilihan raya yang lalu. Parti ini sepatutnya menolak Sany Vellu dan sekiranya BN memilih juga MIC dalam pilihan raya ini, Samy Vellu perlu dihalang untuk berkempen. MIC perlu menerima hakikat bahawa mereka kini adalah sebuah parti yang mewakili minoriti rakyat dan sesuatu yang drastik perlu dilakukan oleh mereka untuk memulihkan kepercayaan rakyat kepada MIC. UMNO adalah parti yang lebih relevan untuk bertanding di Hulu Selangor." Dipetik dari sini.




Perkasa : Jangan tunduk ugutan parti Cina

Perkasa yang mengadakan mesyuarat agung tahunan yang pertama hari ini membuat ketetapan tegas dengan meminta agar parti-parti Melayu — Umno dan PAS — supaya “duduk semeja” bagi menyatukan orang Melayu dan Islam.

Selain itu, Perkasa meminta agar PAS dan Umno mengadakan kerjasama strategik bagi menjaga hak-hak Melayu dan Bumiputera berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Perkasa, yang diketuai Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali , berkata langkah itu penting kerana wujud perpecahan serius di kalangan parti Melayu, menyebabkan kaum minoriti menguasai kerajaan.

Ibrahim ketika ditemui wartawan di akhir mesyuarat agung tahunannya pula memberitahu pihaknya memerlukan kira-kira dua tahun untuk menyatupadukan orang Melayu, yang keretakan mereka dirasakan dua tahun lalu.

“Saya yakin dalam dua tahun kita boleh mencapai sasaran untuk menyatukan kembali orang Melayu yang sudah berpecah,” kata beliau.

Usul politik itu membuat ketetapan bahawa Perkasa akan menentang sekeras-kerasnya usaha mana-mana pihak dalam kerajaan tunduk kepada desakan dan ugutan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan kaum Cina.

“Perkasa menentang sekeras-kerasnya cadangan untuk mengorbankan hak-hak Bumiputera bagi mendapatkan undi daripada kaum Cina,” kata usul politik itu.

Usul politik itu menerangkan bahawa satu demi satu tuntutan kaum Cina berjaya dipenuhi kerajaan selepas pilihan raya umum ke-12.

Antaranya ialah jumlah biasiswa bukan Bumiputera dinaikkan daripada 10 peratus kepada 45 peratus mulai 2008 dan jumlah pelajar bukan Bumiputera ke Maktab Tentera Diraja juga telah dinaikkan dari 10 peratus kepada 30 peratus.

Hasil desakan mereka, kata Perkasa, Kementerian Pelajaran telah memberi peruntukan RM1.8 bilion untuk sekolah-sekolah Cina.

Usul itu menyebut ramai penganalisis politik meramalkan bahawa majoriti orang Cina di seluruh negara tidak akan memberi undi kepada BN-Umno dalam pilihan raya umum akan datang.

Malah kata usul itu pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Cina seperti Dong Zong dan Dewan Perniagaan Cina telah menggunakan sepenuhnya kesempatan dengan mendesak kerajaan dengan pelbagai desakan yang menguntungkan kaum Cina.

“Jika sekiranya tuntutan mereka tidak diterima, maka mereka akan mengugut akan mengundi Pakatan Rakyat yang mana sanggup menyerahkan apa sahaja yang kaum Cina mahu,” tambah usul itu.

Sementara usul agama Perkasa pula mendesak kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas mereka yang mempersendakan agama Islam termasuk kesucian kalimah Allah.

Selain itu di bawah usul agama, Perkasa mendesak kerajaan memperkemas Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan nama Allah hanya boleh digunakan oleh agama dan orang Islam.

“Perlembagaan sedia ada kini banyak disalah tafsir dan digunakan sesuka hati oleh individu tidak bertanggungjawab hingga menimbulkan konflik.

“Perlembagaan yang sudah diperkemas ini tidak boleh diganggu gugat untuk menimbulkan sebarang kekecohan dalam masyarakat di negara ini,” katanya.

Kata usul itu, memandangkan biarpun Islam merupakan agama rasmi negara seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan, namun kedudukan istimewa ini nampaknya tidak membantu untuk memelihara akidah umat Islam dari dipesongkan dan dikelirukan oleh golongan bukan Islam.

Mengenai ISA, Perkasa mahu undang-undang itu dikekalkan.

Perkasa juga meluluskan usul berkaitan dengan model ekonomi baru.

Perkasa menggesa agar model ekonomi baru membentuk instrumen yang betul-betul berkesan bagi memastikan orang Melayu dapat meningkatkan pemilikan bangunan dan premis.

“Jika sekiranya Ekuinas ditubuhkan bagi memastikan penyertaan Bumiputera dalam pelaburan sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi, maka adalah perlu HartaTanah Nasional ditubuhkan,” katanya.

Katanya, HartaTanah Nasional ini perlu ditubuhkan dengan modal permulaan sebanyak RM1 billion dan akan berkembang sehingga RM90 bilion bagi membantu orang Melayu.

Katak yang bersuara bagi membela orang Melayu dalam nada yang prejudis sekali. Percakapannya seolah-olah parti yang sama-sama duduk di dalam BN yang dikenali sebagai parti rasis begitu murni dan terhindar daripada segala perkara-perkara yang menjerumus ke arah kejatuhan hak-hak melayu.

Katak spesis ini bila bercakap memanggil hujan begitu suka mengadu domba. Lihatlah akan kenyataan-kenyataan yang dilemparkan beliau, kalau diteliti ianya berlaku dalam pemerintahan BN lagi.

Nantikanlah episod-episod akan datang yang akan menggalakkan lagi tabiat katak ini untuk membiak dan mencetuskan polemik-polemik politik mengadu domba memanggil hujan.

March 25, 2010

Ceramah Penerangan PAS Kota Tinggi


Tuan-tuan & puan-puan dijemput hadir mendengar ceramah penerangan daripada Ketua Penerangan PAS Pusat bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor dalam isu-isu tempatan dan negara yang semakin hangat ini.

Jangan ketinggalan untuk mendengar pelbagai ulasan isu-isu terkini. Jom datang beramai-ramai.

March 16, 2010

Ceramah Misbahul Munir

KOTA TINGGI, 15 MAC 2010 Ceramah penerangan Pas Kota Tinggi dilangsungkan dalam suasana masyarakat terus dahagakan maklumat alternatif berhubung isu-isu semasa yang melanda negara ini. Momentum pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat terus hangat untuk mengikuti setiap program ceramah anjuran Pakatan Rakyat Kota Tinggi setelah insiden Restoran Bergelap Jumaat yang lalu mempopularkan Pakatan Rakyat tidak secara langsung. Sekali lagi, terima kasih TNB kerana menjadi keldai tunggangan Umno,BN yang bakal bertukar kepada Tenaga Barisan Nasional, TBN selepas ini.



Penceramah pertama iaitu Saudara Rosli Kemin, YDP Pas Johor Bahru cukup berpengalaman dalam membela peneroka bandar berhadapan dengan karenah pemimpin Umno, BN yang cekap bermain kata-kata memperdayakan mereka. Masalah utama penduduk setinggan ini tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya walaupun telah menetap di perkampungan mereka dalam masa yang lama.

Beliau menceritakan bagaimana permainan politik pemimpin tempatan Umno,BN dalam kes penduduk setinggan yang mempergunakan mereka semata-mata untuk kepentingan politik sempit Umno,BN. Menceritakan penduduk setinggan ini akan dijanjikan dengan pelbagai angan-angan manis sebelum pilihanraya tetapi akan di lupakan apabila kemenangan telah dikecapinya.

Beliau meminta orang melayu agar sedar akan mainan politik pemimpin Umno, BN ini yang tidak serius dalam membela nasib mereka. Orang melayu harus menggunakan kebijaksanaan mereka dalam berpolitik dengan menghukum pemimpin Umno,BN ini dengan tidak memangkah calun mereka dalam pilihanraya yang akan datang.



Seterusnya, penceramah terakhir setelah Onn bin Jaafar berucap iaitu Ustaz Misbahul Munir Masduki, setiausaha Perhubungan Pas Perak merangkap setiausaha kepada Menteri Besar ketika itu, Ir Hj. Nizar.

Antara topik perbahasan beliau tidak lain mengenai isu politik di Perak. Bagaimana Umno,BN merampas kepimpinan negeri tersebut daripada Pakatan Rakyat. Bagaimana Umno, BN menuduh Pas sebagai boneka DAP, pemberian tanah dan kemajuan disepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat menjadi topik utama. Semuanya diperjelaskan kepada pendengar agar lebih memahami situasi yang sebenar setelah media perdana memberikan maklumat di satu pihak sahaja yang semestinya fakta-fakta dongeng yang memualkan.

Beliau meminta agar pendengar yang ada ini terus mengikuti setiap perkembangan politik semasa melalui ceramah-ceramah seperti ini selain membaca akhbar-akhbar alternatif maupun pautan-pautan di internet yang lebih terbuka dan telus. Sekiranya ini dapat dipertahankan maka menjadi sesuatu kesukaran bagi Umno,BN untuk menipu rakyat kerana rakyat lebih bermaklumat.

~matahijauku~

March 14, 2010

Ceramah Penerangan PAS Kota Tinggi



Anda yang menetap di sekitar Kota Tinggi ini di jemput hadir ke program ceramah penerangan Pas Kota Tinggi sepertimana yang tercatat di atas. Terima kasih.

March 13, 2010

DSAI at Kota Tinggi

Dapatkan liputan terkini mengenai ceramah DSAI dengan KLIK dan SINI. Kredit diberikan kepada MediaRakyat's Channel atas inisiatif tersebut.

DSAI at Kota Tinggi

Part 2

DSAI at Kota Tinggi

Part 1

Majlis Makan Malam

Kota Tinggi, 12 Mac 2010. Majlis makan malam yang berlangsung di Restoran Public mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat. Jamuan yang bertemakan "Bersepadu Ke-Era Baru" mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak yang terlibat secara langsung bagi menjayakan jamuan tersebut.



Dengan dihadiri pemimpin tertinggi PKR antaranya Dato' Seri Anwar Inrahim, YB Saudara Tian Chua, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dato' Seri Chua Jui Ming, Adun Rawang YB Gan Pei Nei berserta kepimpinan negeri antaranya Tuan Hj Anuar B. Salleh (Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor), Naib Pengerusi PKR Johor, En. Lee Sang merangkap Ketua PKR Cabang Kluang, En Bariman Bin Hj. Hashim selaku Ketua Cabang PKR Kota Tinggi.

Turut berada dalam senarai jemputan, kepimpinan PAS dan AJKnya yang di ketuai oleh YDP PAS Kota Tinggi, Tuan Hj. Kamaldin Bin Hj Tahir, Saudara Onn Bin Jaafar selaku bekas calun Parlimen Kota Tinggi serta kepimpinan Pakatan Rakyat di semua peringkat.

Ruang dewan makan yang hanya boleh menampung kehadiran manusia di sekitar lapan ratus sahaja cukup sesak dengan kehadiran penyokong Pakatan Rakyat yang berhimpit-himpit melihat dan mendengar amanat dari kepimpinan yang hadir. Walaupun premis perniagaan dua tingkat tersebut di sediakan dengan projector di setiap ruangnya namun hadirin yang hadir masih ingin melihat secara live wajah pemimpin mereka.

Slot pertama di isi dengan ucapan penuh semangat oleh YB Tian Chua yang ucapannya menyentuh isu wakil rakyat yang melompat parti ini. Beliau dengan tegas membidas sikap meraka yang mengkhianati amanat rakyat dan parti hanya semata-mata habuan material yang di sajikan di depan mata mereka. Malah ibaratnya mereka ini adalah najis yang dibuang oleh parti tapi di hidang bagaikan emas oleh Umno, BN.



Dato' Seri Anwar Ibrahim mengambil slot yang berikutnya kerana selepas ini beliau dan rombongannya akan bertolak ke Mersing untuk sesi ceramah menggempur Johor. Seperti biasa, seorang pemidato yang hebat yang cukup digeruni oleh Umno, BN sehinggakan Umno, BN sanggup melakukan apa jua tindakan dan fitnah untuk membunuh karisma DSAI.


Ketika DSAI sedang berucap dengan penuh semangat, suasana menjadi gawat seketika apabila bekalan elektrik tiba-tiba terputus. Hadirin yang ada menjerit dan mengatakan ini adalah angkara Umno, BN yang cuba mensabotaj program tersebut. Namun, suasana dapat di kawal dengan hadirin di minta bertenang bagi mengelakkkan anasir provakasi. Selang dua puluh minit, bekalan kembali pulih dan ceramah DSAI dapat diteruskan kembali. Seperkara lagi, terima kasih TNB kerana menjadikan perbuatan tersebut menjadi duri dalam daging kepada Umno, BN. Hadirin cukup memahami bahawa perkara tersebut memang di dalangi Umno, BN. Maka berbakul-bakullah sumpah seranah yang dihemburkan kepada Umno, BN hanya pada saat itu sahaja. Masyarakat Tionghua turut sama menyedari taktik Umno, BN yang akan memakan diri mereka sendiri.


Seusainya DSAI berucap, ruang yang ada di isi oleh ucapan Dato' Seri Chua Jui Ming dan YB Saudari Gan Pei Nei yang menfokuskan kepada pendengar berbangsa Cina. Menceritakan pengalaman masing-masing berserta intonasi yang cukup memukau hadirin yang hadir pada malam tersebut.

Saya kira ianya permulaan yang baik bagi Pakatan Rakyat Kota Tinggi untuk merangka program seterusnya memandangkan program ini mendapat sambutan di luar jangkaan daripada masyarakat di Kota Tinggi ini. Terima kasih pada semua yang terlibat juga kepada pasukan keselamatan yang bertungkus lumus mengawal keadaan dan lalulintas sepanjang program berjalan.

~matahijauku~

March 12, 2010

PAS Kutuk Penahanan Mazlan, Felda Talian Hayat Umno


Mazlan Aliman, yang masih dalam tahanan Polis


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk penahanan Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman. Penahanan beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub petang semalam merupakan penahanan politik.

PAS melihat bahawa beliau menjadi mangsa atas daya usahanya yang memimpin peneroka Felda dalam Persatuan Anak yang berjuang untuk mempertahankan hak para peneroka. Penahan ini juga dilihat sebagai usaha untuk menakut-nakutkan para peneroka lain agar tidak memberikan kerjasama atau menyertai Anak ini.

Felda-Talian Hayat Umno

Felda sebenarnya menjadi 'anak emas' Presiden Umno yang kini menjadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dengan mempunyai lebih dari 113,000 orang peneroka (Tidak termasuk keluarga mereka), Felda merupakan talian hayat terakhir bagi Umno dibeberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada Pilihanraya lalu.

PAS berjaya menembusi Pahang di DUN Semantan dan Berserah, dimana kedua-duanya bukanlah kawasan Felda dan Umno masih boleh menang selesa di Pahang kerana bantuan pengurusan Felda yang menyekat masyarakat Felda menerima informasi yang betul.

Kezaliman Felda

Felda yang dulunya adalah satu projek perladangan untuk menjana ekonomi rakyat dibawah program DEB kini diuruskan oleh Syarikat milik Kerajaan iaitu FELDA Holdings yang memiliki lebih 60 buah anak syarikat yang beroperasi di dalam dan luar negara. Pada tahun 2008 jumlah hasil perniagaannya mencecah jumlah RM15.4 bilion.

Walaupun pendapatan Felda Holding begitu besar, namun peneroka menjadi mangsa bila mana Peneroka tidak dibenarkan menanam semula sendiri kelapa sawit. Mereka diberikan hutang untuk membayar semua kerja ini yang diswastakan kepada anak syarikat Felda Holding iaitu Technoplant.

Selain itu, Felda melakukan pelbagai strategi bagi memaksa peneroka menyerahkan tanah mereka. Felda Plantations menawarkan mereka untuk menjadi pemegang saham dengan kadar bayaran pulangan bulanan adalah RM 1,500-RM 2,100 tanpa perlu bersusah payah bekerja diladang seperti dahulu. Namun mereka yang bersetuju dipaksa membuat pinjaman kos menanam semula kebun dan membina rumah baru. Jumlah hutang ini sekitar RM70,000-RM 90,000 sedangkan mereka yang menolak masih mampu hidup tanpa hutang dengan hasil sekitar RM 4,000-RM 7,000 sebulan.

Itu adalah sebahagian kecil fakta yang menjadi rintihan peneroka Felda. Namun, usaha membongkar lebih banyak penindas semakin cuba dihalang. Umno juga dilihat mempergunakan sentimen Melayu bagi menghasut peneroka menolak Anak, walhal Pengerusinya sanggup ke penjara untuk perjuangkan masa depan mereka.

PAS menyokong perjuangan Anak dibebaskan dan mahu hak peneroka Felda untuk bersuara tidak disekat. Peneroka Felda bukan banduan, mereka adalah rakyat yang merdeka dan berhak untuk bertemu sesiapa yang mereka suka. Jadi tidak ada salahnya jika Mazlan ingin bertemu mereka. Dan sebagai Pengerusi Anak, beliau berhak untuk meninjau ahli-ahlinya disemua kawasan kerana hak untuk berpersatuan dijamin oleh perlembagaan negara ini.

PAS bantah Kerajaan kecualikan cukai kereta buggy untuk Kelab Golf

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak melihat apa-apa faedah kepada rakyat terhadap dasar Kerajaan BN yang secara tiba-tiba mengumumkan pemansuhan cukai import bagi pembelian baru kereta buggy untuk kegunaan kelab-kelab golf di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta.


Pada masa ini sebuah kereta buggy yang standard diperingkat antarabangsa boleh memuatkan dua orang pemain dengan membawa peralatannya sekali adalah berharga sekitar RM 12 ribu-RM 60 ribu, tidak termasuk harga cukai.


Namun, penggunaan kenderaan jenis ini adalah terhad untuk kegunaan di padang-padang golf mewah untuk pemain-pemain golf. Menurut laman web golf-malaysia.com, Malaysia cuma mempunyai 162 Kelab golf sahaja diseluruh negara dengan kadar yuran keahlian paling rendah adalah RM 4,000 setahun.


Pemain-pemain Golf tempatan kebanyakannya terdiri dari kalangan mereka yang berpendapatan tinggi. Walaupun sudah ada mereka yang berpendapat sederhana bermain golf tetapi hanya sebagai aktiviti santai dan riadah, bukannya untuk menjana pendapatan negara. Mereka yang mengunakan Kereta buggy ini pula hanya golongan mewah, sedangkan pemain golf yang biasa hanya berjalan kaki keliling padang golf.


Di Malaysia kita mempunyai kurang 20 orang pemain profesional yang didahului oleh Danny Chia dan M. Sasidaran. Sedangkan ramai yang lain adalah pemain amatur dan Golf bukanlah kerjaya tetap mereka.


Harapan Malaysia menjadikan 162 Kelab yang ada sebagai destinasi pelancongan bagi peminat Golf tetap boleh terlaksana walaupun Kerajaan tidak mengenakan pengecualian cukai.


Rakyat semakin pelik dengan dasar Kerajaan hari ini, minggu lepas Kementerian kewangan mengumumkan bakal mengurangkan kadar Cukai pendapatan dan Cukai Syarikat. Semalam, cukai kereta buggy pula. Yang pasti Kerajaan cuba mengurangkan cukai-cukai yang dinikmati oleh orang-orang kaya dinegara ini dan kemudiannya mengalihkan beban cukai itu kepada skim cukai baru bernama cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dikenakan ke atas semua barangan. Kesannya akan dirasai oleh semua lapisan rakyat bukan golongan kaya sahaja.


Walaupun cukai ini hanya 4 peratus, tetapi ianya dimasukkan secara langsung dalam harga barangan keseluruhan yang dibeli melalui pengusaha-pengusaha kilang, pasaraya dan sebagainya. Tiada rakyat yang akan terkecuali dalam cukai ini dan ia jelas akan membebankan semua pihak tanpa mengira berapa jumlah pendapatan mereka.


Jika beginilah keadaannya rakyat yang kaya akan terus kaya. Setiap tahun rakyat yang miskin hanya mampu melihat senarai 40 orang terkaya di Malaysia termasuk adik Perdana Menteri, sedang mereka menjadi semakin miskin kerana terpaksa membeli barang-barang dengan harga yang mahal.


Orang-orang kaya mungkin tiada masalah membayar RM 4 ribu setahun untuk jadi ahli Kelab Golf, tetapi bagi orang miskin mereka terpaksa belanjakan jumlah yang sama pula untuk tampung kos GST yang dikenakan ke atas mereka.


PAS tidak setuju Kerajaan memansuhkan cukai kereta Buggy dan menolak GST dilaksanakan dinegara ini. Sewajarnya Kerajaan menyusun struktur cukai agar orang-orang kaya dapat memberikan banyak sumbangan pada negara untuk kepentingan rakyat yang miskin yang bekerja untuk mengkayakan mereka. Kerajaan perlu berhemah dalam berbelanja dan bijak menguruskan sistem cukai negara tanpa membebankan rakyat yang tidak sepatutnya dibebankan dengan pelbagai jenis cukai.


Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat.

March 08, 2010

Dua Tahun Pakatan Rakyat, PAS Kekal Sebagai Komponen Yang Penting


Pada hari ini, 8 Mac adalah hari yang paling bermakna buat rakyat dan Pakatan Rakyat (PR). Dua tahun yang lalu iaitu pada 2008 rakyat telah menunjukan betapa seriusnya mereka mahukan perubahan dalam kepimpinan negara. Kelantan kekal di tangan PAS dan lima negeri lagi jatuh ke tangan PAS, PKR, DAP iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan (Mujurlah Wilayah tidak ada DUN).

Dengan kejayaan itu, ia memberikan inspirasi kepada penubuhan PR yang mengukuhkan kedudukan rakyat yang bencikan kezaliman BN. PR menguasai 82 kerusi Parlimen dan BN menguasai 140 kerusi Parlimen.

Selepas 8 Mac 2008, Umno kembali menyedari bahawa mereka kini kembali bersendirian menjadi juara BN selepas kekalahan teruk komponen lain kecuali parti-parti di Sabah Sarawak. Umno cuba memujuk PAS untuk bergabung di Selangor, Perak dan Kedah. Di Perak mereka mengunakan Mufti Negeri itu, Tan Sri Harussani Zakaria untuk memujuk PAS mewujudkan kerajaan campuran dengan Umno. Namun PAS terbukti sebagai parti yang mementingkan persahabatan dan tidak pernah lupa akan dosa-dosa Umno-BN kepada rakyat. Ke semua tawaran penuh tipu muslihat itu ditolak dan PAS nekad mewujudkan Kerajaan Pakatan.

Walaupun ramai yang mempersoalkan pendirian PAS berhubung usaha Umno itu, namun jelas bahawa PAS adalah parti yang berprinsip dan tidak mudah terpengaruh. PAS memiliki 3 Menteri Besar di Kelantan, Kedah dan Perak ketika itu.

Umno yang kecewa dan tidak berpuashati dengan kekalahan teruk itu menukar Presiden mereka pada tahun 2009 dan Tun Abdullah Badawi disingkirkan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penggantinya.

Sedang diperingkat PR, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen dan memberikan laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula di Permatang Pauh sebagai tiket untuk memasuki semula Parlimen sejak dipecat oleh Tun Mahathir pada tahun 1998.

Dengan kembalinya Anwar yang kemudiannya dilantik menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen, PR menjadi lebih kukuh. Usaha mewujudkan PR secara rasmi dibuat dan PR didaftarkan secara rasmi dalam senarai Pendaftar Pertubuhan.

Kerusi PR bertambah selepas PAS kembali menguasai Parlimen Kuala Terengganu dan menjadikan kedudukan di Parlimen 83 PR, 139 BN pada Januari 2009. Dan BN ketika itu terdesak untuk melakukan rombakan strategi.

Tanpa memikirkan kepentingan dan sensitiviti rakyat, Umno-BN melakukan kezaliman terbesarnya dengan merompak Kerajaan PR di Perak melalui strategi membeli 3 orang ADUN- Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.

Gabungan PR yang begitu muda, dengan usia kurang dari dua tahun ketika itu turut menerima pelbagai cabaran.Umpama anak kecil yang belajar bertatih, PR tidak mengenal erti putus asa.

Dengan kesepakatan PR, cadangan DAP Kedah untuk keluar PR ditarik balik dan semua pihak kembali bekerjasama.Di Selangor, Umno cuba melagakan PR dengan isu-isu Kerajaan Perpaduan, isu agama-Arak, Nama Allah, Kepala Lembu dan sebagainya. Namun PAS mempunyai cara yang tersendiri, dan PR tidak dapat digoyahkan.

Tidak cukup menyerang PAS, DAP di Selangor difitnah sebagai parti yang ditaja oleh samseng dan kongsi gelap. Malah isu kematian Teoh Beng Hock juga menjelaskan lagi usaha memfitnah DAP yang dikatakan menyalahgunakan dana rakyat melalui penyelewengan beberapa ADUNnya. Namun hingga kini belum ada ADUN yang disabitkan bersalah. Rakyat pula bertanya, kenapa ADUN PR dikejar oleh SPRM macam mengejar penjenayah besar, sedangkan Khir Toyo dan beberapa ADUN BN yang dilaporkan mengamalkan rasuah semasa memerintah lambat diambil tindakan.

PKR juga diserang dengan pelbagai isu, dari kes ADUN Bukit Lanjan hinggalah kes YBK yang mana jelas Umno cuba menunjukan kepada rakyat yang kononnya PR menindas rakyat.

Di Pulau Pinang, isu kontraktor Melayu tidak habis-habis diungkitkan. Tetapi rakyat tahu bahawa begitu banyak kontraktor Melayu mendapat manfaat dengan pemerintahan PR. Yang gagal dapat projek adalah kontraktor Umno yang selalu mengambil tender kemudian menjualnya pada bukan Melayu.

Di Kelantan, Umno-BN menumpukan serangan kepada batang tubuh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pelbagai isu peribadi beliau dijadikan bahan oleh Umno, namun rakyat Kelantan lebih mengenali beliau menolak fitnah-fitnah yang dilontarkan Umno.

Penat menabur fitnah, kini BN berusaha kembali untuk menguasai 2/3 Parlimen dengan membeli beberapa ahli Parlimen. Bermula dengan Ibrahim Ali di Pasir Mas, BN kemudiannya membeli secara borong 3 ahli Parlimen PKR yang keluar secara bergilir-gilir.Bermula dengan Ahli Parllimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed, kemudian Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri. PKR turut memberikan satu lagi ahli parlimen yang paling bermasalah iaitu ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai 'hadiah'- Beli 3 dapat 1 'percuma'. Yang pasti ramai menganggap mereka adalah 'sampah-sampah' terbuang yang dihambat keluar bagi membersihkan PR.

Walaupun PR kini tinggal 78 kerusi namun, itu sedikitpun tidak melunturkan kekuatan PR. Pergolakan Pakatan secara dalaman dan luaran adalah lumrah bagi mana-mana organisasi. Namun PR masih kekal bersatu walaupun permulaannya seperti anak-anak yang mula bertatih, namun PR cepat belajar dari apa yang berlaku.

PAS mengucapkan tahniah buat seluruh kepimpinan PR, ahli dan mereka yang menyokong PR selama 2 tahun kebelakangan ini. Kekuatan PR bukanlah kerana satu, dua atau tiga individu sahaja. ianya adalah kekuatan semua pihak dari akar umbi hinggalah ke pucuk pimpinan.

Kepada semua wakil rakyat PAS berharap agar anda menunaikan amanah rakyat dengan sebaiknya dan ingatlah, sesungguhnya amanat rakyat yang terpikul dibahu bukanlah barang mainan yang boleh digadai sana sini. Jika hari ini anda fikir boleh menjual diri anda dengan wang ringgit, ketahuilah ketika mati nanti tidak mustahil akan datang orang-orang yang membenci kezaliman itu diatas kubur anda pula.

Di peringkat PAS kita mengharapkan kerjasama dari semua ahli, penyokong dan kepimpinan untuk sama-sama melangkah kehadapan demi untuk kebaikan rakyat dan semua pihak. PAS meletakkan perjuangan Islam sebagai keutamaan dalam memberikan keadilan, kesejahteraan dan manfaat buat semua. Kerana perjuangan Islamlah yang meletakan PAS berdiri teguh pada hari ini dan menjadi komponen Pakatan yang amat penting, efektif dan progresif hari ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

March 05, 2010

GST Forum

GOODS AND SERVICES TAX (GST) FORUM/FORUM CUKAI PERKHIMATAN DAN BARANGAN/物品和服务(消费)税研讨会

Date:6th March, 2010;
Tarikh:6hb Mac 2010; 日期: 二零一零年三月六日
Time:4pm ;
Masa:Jam 4 petang ; 时间: 下午四点

Admission: Free, restricted to 250 seats; Kehadiran: Percuma, terhad kepada 250 orang; 入场: 免费, 仅限两百五十人

Venue/Tempat/地点: Tropical Inn, 15 Jalan Gereja, Johor Bahru, Johor.
Organiser/Penganjur /主办人: PR Events Organiser (Tel/电话: 07-3869488; Fax/传真: 07-3879488; Email/电邮: pkrsjsc@gmail.com)

Give name and mobile number to book/Bagi nama dan nombor bimbit untuk booking/定位请呈上姓名和手机号码:


Name/Nama/姓名: …………………………………………………………………………………………………


HP/Bimbit/手机: ………………………..………


Speakers/Pensyarah/讲解员:

  • YB Tony Pua, MP (P J Utara) Degree in Philosophy, Politics and Economics (Oxford ), ex-CEO of Cyber Village Sdn Bhd, Penang Chief Minister’s investment liaison officer, and National Publicity Secretary of DAP.

  • YB Dr. Dzulkefly Ahmad, MP (Kuala Selangor), BSc. (Birmingham), MSc.(Surrey), PhD (Imperial), ex-lecturer in USM in medical Science and Islamic Civilisation, ex-member of British Toxicology Society and Asia Pacific Association of Medical Toxicology, founder and ex-Chairman of Kolej Jaiputra, Kelantan, ex-consultant of an Asset Management Company, ex-director of a Public Listed Company and ex-senior advisor of a Saudi owned real-estate company in KL.

  • YB Saifuddin Nasution, MP (Machang, Kelantan), MSc. in Agronomy (UPM), Secretary-General of PKR, Member of PKR Political Bureau, Member of PKR Majlis Pimpinan Pusat, Member of Pakatan Rakyat Council, ex-Political Secretary to Datuk Seri Syed Hamid Albar (Defense Minister), ex-Strategic Director of Parti Keadilan Rakyat, ex-Election Committee Director of Parti Keadilan Rakyat.

The Goods and Services Tax (GST) bill has already been tabled in Parliament in December 2009 for first reading and is due for its second hearing in March 2010. There are lot of uncertainties over this tax issue as only few have any idea of what it is and what will be its impact on the life of everyone whether as an individual, a business enterprise, a company, a charity, a school /college/university and etc.

The speakers shall share about what Goods and Services Tax (GST) is and the expected impact on the life of everyone if the bill is passed in Parliament. You will also be given a chance to ask questions in the Q&A session. Do not miss out on this great opportunity to voice your concerns. Block off this date and time to attend.

Bil Cukai Barangan dan Perkhidmatan sudah dibentangkan dalam Parlimen pada bulan Disember 2009 yang lepas. Bil ini akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua dalam Parlimen pada bulan Mac yang akan datang. Terdapat banyak kekaburan mengenai isu cukai ini, kebanyakan tidak memahami bagaimana cukai ini akan memberi kesan pada kehidupan kita sama ada perniagaan-perniagaan, pertubuhan-pertubuhan NGO, syarikat-syarikat, sekolah/kolej/university dan sebagainya.

Penceramah-penceramah akan berkongsi tentang apa sebenarnya Cukai Barangan and Perkhidmatan dan kesan dijangka pada kehidupan kita jika bil ini diluluskan dalam Parlimen. Anda juga diberikan peluang untuk bertanya soalan-soalan dalam sesi Q&A. Jangan lepas peluang ini untuk menyuarakan kebimbangan anda dan jangan lupa tarikh dan masa forum ini.

在去年十二月,我们的第二财长已经在国会提呈物品和服务税法令引来了辩论。今年三月, 国会将会第二次举行辩论。 普通老百姓都为了这项新的税收制度而坐立不安。因为只有少数人了解此项新税法的架构以及它将对我们的日常生活, 商业部门,非营业机构,学校和大专等等的影响程度。
讲解员将为你解释此项新税法的架构和它将对我们的生活到底有何影响。你将有机会向讲解员询问, 解开你心中的疑惑。请别错过良机来解开你对此项新税法的担忧。 请记好时间和地点,我们真心欢迎您届时出席.

March 04, 2010

Jamuan Hi-Tea

Jamuan makan malam dan dialog bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tian Chua & Dato' Chua Jui Ming akan di adakan pada 12 Mac 2010, bertempat di Public Restaurant, Kota Tinggi (bertentang dengan Caltex, jalan Johor).

Bagi yang beragama Islam, makanan halal akan disediakan berserta dengan kelengkapan makan (pinggan, cawan, sudu & garpu) yang ditempah khas dari catering.

Bagi yang berminat, boleh mendapatkan kupon daripada Bendahari PKR Cabang Kota Tinggi (Jumari-0177409145) atau YDP Pas Kota Tinggi (0197324724) atau email ke pemuda_kt@yahoo.com.my

Sedutan Ceramah Maulidur Rasul