Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

March 28, 2010

Perkasa : Jangan tunduk ugutan parti Cina

Perkasa yang mengadakan mesyuarat agung tahunan yang pertama hari ini membuat ketetapan tegas dengan meminta agar parti-parti Melayu — Umno dan PAS — supaya “duduk semeja” bagi menyatukan orang Melayu dan Islam.

Selain itu, Perkasa meminta agar PAS dan Umno mengadakan kerjasama strategik bagi menjaga hak-hak Melayu dan Bumiputera berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Perkasa, yang diketuai Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali , berkata langkah itu penting kerana wujud perpecahan serius di kalangan parti Melayu, menyebabkan kaum minoriti menguasai kerajaan.

Ibrahim ketika ditemui wartawan di akhir mesyuarat agung tahunannya pula memberitahu pihaknya memerlukan kira-kira dua tahun untuk menyatupadukan orang Melayu, yang keretakan mereka dirasakan dua tahun lalu.

“Saya yakin dalam dua tahun kita boleh mencapai sasaran untuk menyatukan kembali orang Melayu yang sudah berpecah,” kata beliau.

Usul politik itu membuat ketetapan bahawa Perkasa akan menentang sekeras-kerasnya usaha mana-mana pihak dalam kerajaan tunduk kepada desakan dan ugutan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan kaum Cina.

“Perkasa menentang sekeras-kerasnya cadangan untuk mengorbankan hak-hak Bumiputera bagi mendapatkan undi daripada kaum Cina,” kata usul politik itu.

Usul politik itu menerangkan bahawa satu demi satu tuntutan kaum Cina berjaya dipenuhi kerajaan selepas pilihan raya umum ke-12.

Antaranya ialah jumlah biasiswa bukan Bumiputera dinaikkan daripada 10 peratus kepada 45 peratus mulai 2008 dan jumlah pelajar bukan Bumiputera ke Maktab Tentera Diraja juga telah dinaikkan dari 10 peratus kepada 30 peratus.

Hasil desakan mereka, kata Perkasa, Kementerian Pelajaran telah memberi peruntukan RM1.8 bilion untuk sekolah-sekolah Cina.

Usul itu menyebut ramai penganalisis politik meramalkan bahawa majoriti orang Cina di seluruh negara tidak akan memberi undi kepada BN-Umno dalam pilihan raya umum akan datang.

Malah kata usul itu pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Cina seperti Dong Zong dan Dewan Perniagaan Cina telah menggunakan sepenuhnya kesempatan dengan mendesak kerajaan dengan pelbagai desakan yang menguntungkan kaum Cina.

“Jika sekiranya tuntutan mereka tidak diterima, maka mereka akan mengugut akan mengundi Pakatan Rakyat yang mana sanggup menyerahkan apa sahaja yang kaum Cina mahu,” tambah usul itu.

Sementara usul agama Perkasa pula mendesak kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas mereka yang mempersendakan agama Islam termasuk kesucian kalimah Allah.

Selain itu di bawah usul agama, Perkasa mendesak kerajaan memperkemas Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan nama Allah hanya boleh digunakan oleh agama dan orang Islam.

“Perlembagaan sedia ada kini banyak disalah tafsir dan digunakan sesuka hati oleh individu tidak bertanggungjawab hingga menimbulkan konflik.

“Perlembagaan yang sudah diperkemas ini tidak boleh diganggu gugat untuk menimbulkan sebarang kekecohan dalam masyarakat di negara ini,” katanya.

Kata usul itu, memandangkan biarpun Islam merupakan agama rasmi negara seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan, namun kedudukan istimewa ini nampaknya tidak membantu untuk memelihara akidah umat Islam dari dipesongkan dan dikelirukan oleh golongan bukan Islam.

Mengenai ISA, Perkasa mahu undang-undang itu dikekalkan.

Perkasa juga meluluskan usul berkaitan dengan model ekonomi baru.

Perkasa menggesa agar model ekonomi baru membentuk instrumen yang betul-betul berkesan bagi memastikan orang Melayu dapat meningkatkan pemilikan bangunan dan premis.

“Jika sekiranya Ekuinas ditubuhkan bagi memastikan penyertaan Bumiputera dalam pelaburan sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi, maka adalah perlu HartaTanah Nasional ditubuhkan,” katanya.

Katanya, HartaTanah Nasional ini perlu ditubuhkan dengan modal permulaan sebanyak RM1 billion dan akan berkembang sehingga RM90 bilion bagi membantu orang Melayu.

Katak yang bersuara bagi membela orang Melayu dalam nada yang prejudis sekali. Percakapannya seolah-olah parti yang sama-sama duduk di dalam BN yang dikenali sebagai parti rasis begitu murni dan terhindar daripada segala perkara-perkara yang menjerumus ke arah kejatuhan hak-hak melayu.

Katak spesis ini bila bercakap memanggil hujan begitu suka mengadu domba. Lihatlah akan kenyataan-kenyataan yang dilemparkan beliau, kalau diteliti ianya berlaku dalam pemerintahan BN lagi.

Nantikanlah episod-episod akan datang yang akan menggalakkan lagi tabiat katak ini untuk membiak dan mencetuskan polemik-polemik politik mengadu domba memanggil hujan.