Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?

Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

June 29, 2009

Ajal PPSMI semakin hampir.

Jika membaca komen daripada MB Johor, boleh kita simpulkan di sini bahawa usia PPSMI semakin pendek. Setelah pelbagai usaha dilakukan oleh rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan PPSMI ini sehingga terpaksa turun ke jalan raya bagi menyatakan pendirian mereka, kini salah seorang menteri besar dari puak UMNO telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

- Tidak wajar sesuatu dasar pendidikan negara – seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) – diputuskan berasaskan emosi dan persepsi, tanpa kajian dan perancangan rapi, kata menteri besar Johor."Adalah salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya," kata Datuk Abdul Ghani Othman."Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membentuk dasar pendidikannya secara mendadak, tanpa memikirkan kepentingan murid dan kesediaan guru, melainkan Malaysia." -

*maklumat lanjut sila layari malaysiakini.

Cuma yang menjadi kemusykilan kita ialah kenapa hari ini baru Ghani Othman mengeluarkan kenyataan seperti ini? Mengapa tidak sewaktu zaman Che Det dulu? Kenapa Ghani Othman tidak membantah semasa Che Det mengeluarkan arahan supaya bahasa pengantar matapelajaran matematik dan sains ditukar dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris?

June 28, 2009

Kursus IT Pas Kota Tinggi

Kursus IT Pas Kota Tinggi yang di adakan di Restoran Cengkih pada 28 Jun 2009. Merupakan kursus yang di kelokakan oleh Unit Lujnah ICT Pas Kota Tinggi yang telah di hadiri oleh bakal-bakal blogger yang pastinya akan menyumbang sesuatu untuk kemenangan Islam.
















June 27, 2009

Sekitar Program Ziarah
















YB Zuraida bersama Ketua Muslimat, Puan Rosnani menyerahkan sedikit sumbangan di dalam lawatan tersebut.
















Menziarahi kanak-kanak istimewa dan memberi buah tangan.
















Turut dilawati dalam program tersebut ialah salah seorang rumah berbangsa Cina di mana anaknya mengidap down sindrom.






























Ceramah Sekretariat Pakatan Rakyat Kota Tinggi




























Penceramah Pertama : Tn Hj Kamaldin Bin Hj. Tahir

Ucapan alu-aluan daripada YDP Pas Kota Tinggi. Mengalukan kehadiran para penceramah yang di undang pada malam tadi serta kehadiran hadirin semua. Dalam ucapan ringkasnya sempat juga beliau memberi gambaran kepada hadirin bagaimana Umno Bahagian Kota Tinggi ini sedang bergolak dengan perbuatan vendalisme yang merosakkan papan tanda Ahli Parlimen itu menerusi perkataan-perkataan caci merba terhadap Ahli Parlimen tersebut. Seterusnya beliau menafikan sekeras-kerasnya perbuatan vendalisme tersebut angkara pihak Pakatan Rakyat Kota Tinggi dan meminta pihak yang bertanggungjawab menyiasat akan kejadian tersebut.

Penceramah Kedua : Saudari Nah Budin (Ketua Wanita PKR Negeri Johor)

Dalam ucapannya, Ketua Wanita PKR Johor ini banyak menyentuh tentang isu-isu semasa termasuk menyentuh tentang Kerajaan Perpaduan yang heboh di adu dombakan oleh pihak media. Umno menjadi lebih galak untuk menceritakan akan Kerajaan Perpaduan bilamana kepimpinan dari ketiga-tiga parti tonggak dalam PR menyatakan kesungguhan berada dalam PR. Umno dilihat meroyan dalam menagih kasih daripada Pas untuk menyahut pinangan mereka.

Penceramah Ketiga : Tn Hj. Anuar Salleh (Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Johor)

Orang yang berpengalaman di dalam sistem pendidikan Sekolah Agama Khas Johor. Beliau memberikan ucapannya dengan mengajak hadirin untuk menolak Umno, Barisan Nasional (UBN) dalam pilihanraya akan datang kerana UBN telah melakukan banyak kesalahan kepada rakyat di negara ini. Bagaimana hasil kekayaan negara di bolot sesuka hati oleh mereka.

Penceramah Keempat : Tn Hj. Zulkefli Bin Ahmad (Timbalan PJ Pas Johor & YDP Pas Gelang Patah)

Seorang penggerak yang terlibat dalam Pusat Aduan Rakyat bagi Nusajaya yang melihat pembangunan yang dicanangkan oleh kerajaan sebagai tidak menepati kepentingan rakyat. Apa yang di lihat akan pembangunan Iskandar Malaysia hanyalah menguntungkan satu pihak sahaja manakala nasib kebanyakan rakyat biasa menjadi pertaruhan. Najib yang baru-baru ini mengistiharkan untuk melepaskan "foreign ownership" ke atas kepentingan hartanah di Iskandar Malaysia ini dilihat akan menimbulkan pelbagai permasalahan di kemudian hari. Beliau juga menyatakan bagaimana Sultan Johor yang tidak mempersetujui keputusan untuk membina jambatan ketiga yang terletak di Pengerang itu, dilihat bukan menjadi prioriti. Najib juga dilihat telah memberi respon negatif di atas kehendak Tun Mahathir dalam meneruskan pembinaan jambatan bengkok tersebut. Najib juga dilihat tidak selari dengan kehendak Tun Mahathir dalam beberapa perkara sebelum ini. Ini di lihat sebagai tanda-tanda era Naib juga tidak akan bertahan lama apabila setiap keputusannya mengundang rasa ketidakpuasaan hati sang penasihat Umno ini.

Penceramah Kelima : YB Zuraida Kamaruddin (MP Ampang & Ketua Wanita PKR Malaysia)

Dalam ucapannya beliau menceritakan bagaimana kejayaan pemerintahan di dalam Pakatan Rakyat dalam mentadbir negeri Selangor. Bagaimana kerajaan yang dipimpin oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang menerima tindasan daripada kerajaan Pusat dalam menganggu urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau juga menyentuh bagaimana peristiwa rampasan kuasa yang berlaku di Perak bilamana beliau sendiri turut serta di tangkap oleh pihak Polis. Beliau menceritakan bagaimana Polis menjalankan arahan untuk menangkap sesiapa sahaja yang memakai baju hitam pada waktu tersebut. Bagaimana polis menjalankan siasatan terhadap mereka yang telah di tahan semasa kejadian tersebut. Beliau juga menceritaka bagaimana kehadiran polis yang memakai pakaian preman memenuhi ruang dewan rakyat tersebut siap membawa senjata. Turut diceritakan bagaimana seorang Speaker di dewan yang mulia telah di angkat keluar daripada dewan dengan cara yang sungguh memalukan. Tidak pernah terjadi di dalam dunia sekalipun seorang Speaker diperlakukan sebegitu rupa dengan menghina institusi legislatif yang tertinggi di dalam negeri.

Beliau selaku Ketua Wanita PKR Malaysia menyeru seluruh warga Kota Tinggi agar berani membuat perubahan di dalam sosio politik khususnya di Kota Tinggi ini dengan memberi undi kepada calun-calun daripada Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti. Dengan melihat keatas kesungguhan yang ditonjolkan oleh ahli-ahli Yang Berhormat dalam menjuarai isu-isu tempatan, agar menjadi pemangkin kepada pengundi-pengundi Kota Tinggi supaya berani membuat perubahan.

June 23, 2009

Najib, 17 tahun yang lalu...




















Pernahkah anda melihat atau membeli serta membaca majalah ini..
Majalah ini diterbitkan pada November 1999..Penerbitnya adalah Purnama Gemilang Sdn Bhd yg beralamat Taman Sri Gombak Batu Caves Selangor Darul Ehsan..
Pengarangnya pula adalah A.Ahmade A,Rahman (Kalam Melayu)...
Saya membelinya dan masih menyimpanya dan ia masih kekal berkeadaan baik..
sudah 10 tahun ianya tersimpan didalam kotak..dan petang tadi semasa saya melakukan 5S dirumah saya menjumpainya semula..




















Apa yang menariknya tentang majalah ini ianya bukan sekadar "menyerang" DR M..tetapi terselit satu kenyataan Dato Seri Najib Tun Razak yang perlu kita fikirkan bersama dan membuat keputusan "menolaknya" dari memimpin negara serta tidak layak untuk memimpin umat Islam di negara kita...

















Adakah kenyataan seperti ini mencerminkan seorang pemimpin yang beragama Islam..sama-sama kita renungkan...
Mungkin beliau sudah lupa (almaklumlah beliau ini tergolong "Melayu Mudah Lupa") ..namun sejarah tidak melupakan beliau...walaupun sudah berlalu 17 tahun lamanya...dan mungkin untuk selama-lamanya..sejarah sentiasa mengingatinya...
Kemungkinan disebabkan kenyataan seperti inilah yang menyebabkan Tok Guru Nik Aziz langsung tidak memandang atau menjeling cadangan dan menentang keras cadangan "Kerajaan Perpaduan" bersama UMNO/BN..
Kepada penyokong UG...selamilah kenyataan Najib ini 17 tahun yang lalu...

Dipetik dari http://apadianie.blogspot.com/

June 22, 2009

Program Ceramah Pakatan Rakyat

Sekretariat Pakatan Rakyat Kota Tinggi menjemput anda ke Majlis Ceramah bersama
YB Zuraida Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang & Ketua Wanita PKR) &
Tn. Hj Dzulkifli Ahmad (Timb Pesuruhjaya PAS Johor & YDP PAS Gelang Patah)
pada 26 Jun 2009, bertempat di Tmn Hijrah bermula 9 malam.
Semua di jemput hadir.

June 20, 2009

Penubuhan PAS Caw Kg. Gembut

Ketika suasana politik ini di gembar gemburkan oleh media perdana akan perbincangan Kera jaan Perpaduan dan menggambarkan berlaku perselisihan faham di kalangan kepimpinan PAS, sedikit pun tidak melemahkan PAS di Kg. Gembut, Tg. Sedili untuk menubuhkan PAS Cawangan di sana. Suasana yang berlaku biarlah diselesaikan secara bijaksana oleh kepimpinan parti dan bagi peringkat ahli sewajibnya wala' atas kepimpinan yang telah dilantik.

Ketika membicarakan usul untuk menubuhkan PAS Cawangan di sana, sedikit ucapan daripada YDP Kota Tinggi, Hj. Kamaldin akan pentingnya PAS cawangan di tubuhkan memandangkan PAS bakal berdepan dengan Pilihanraya Umum ke 13 dan pentingnya di wujudkan UPU di sana. YDP juga mengulas akan situasi terkini polemik politik yang sengaja di jana oleh pihak musuh semata-mata untuk merealisasikan impian musuh untuk memporak perandakan keharmonian Pakatan Rakyat. Namun berbekalkan semangat ukhuwah dan setia kawan yang padu, tindakan tersebut bakal berkubur bersama-sama berkuburnya Umno, BN pada PRU yang akan datang.

Meneruskan agenda pada malam itu, tazkirah daripada salah seorang tenaga pengajar yang ditugaskan mengendalikan usrah di sana dengan memupuk rasa sayang pada jemaah dan pentingnya sebagai gerakan Islam mempunyai sifat wala' kepada kepimpinan. Seterusnya beliau turut mengulas isu semasa demi untuk menerangkan kepada ahli PAS di sana bahawa perpecahan yang di harapkan berlaku di dalam PAS hanya tinggal omongan Umno, BN sahaja. Beliau percaya, ahli PAS di Kg. Gembut tidak termakan dengan propaganda Umno, BN malah lebih istiqomah untuk membentuk PAS Cawangan di sana dan meneruskan perjuangan dakwah untuk kepentingan Islam. Perjuangan ini tidak akan terhenti di sini sahaja, kita perlu menjadi salah satu mata rantai daripada perjuangan ini. Tanpa kita, Islam pasti terpelihara dan kemenangan seperti yang di janjikan Allah. Islam tidak memerlukan kita malah kitalah yang memerlukan Islam.

Teruskan perjuangan!

~matahijauku~

June 19, 2009

Rosmah Perempuan Puaka..Part 3

Video pendedahan ekslusif penggunaan ilmu hitam, gangster, serta pembunuhan altantuya yang dikaitkan dengan Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri Malaysia.


June 17, 2009

Nasyid: Cita-citaku

Posted by: melukut.com

Hayatilah nasyid ini, moga dapat menguatkan semangat juang kita semua...

June 12, 2009

Misteri Wanita Puaka

Sesuatu yang menjadi persoalan di sebalik pendedahan kontroversi ini. Apakah ini gambaran sebenarnya atau hanyalah rekaan bagi menjatuhkan kredibiliti/mengaibkan seseorang?

Lihatlah dan buat tafsiran sendiri..



June 11, 2009

Apakah maksud di sebaliknya...?

Jika anda datang ke bandar Kota Tinggi, bagi yang berketurunan Bentan mungkin igauan sumpahan Sultan Mahmood masih menghantui mereka. Tapi berlainan dengan yang ini, jika anda berdarah keris, mungkin panorama ini akan membuatkan anda memuntahkan kemarahan yang teramat sangat.

Manakan tidak, sesuatu yang menjadi kebanggaan anda telah di perlakukan dengan sewenang-wenangnya. Suatu panorama yang tidak sepatutnya di biarkan menjadi tatapan umum malah pelancong-pelancong yang berkunjung ke bandar Kota Tinggi sempena cuti sekolah ini pasti terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Apakah motif disebaliknya? Adakah ini menggambarkan kemarahan atau tanda protes di atas seseorang yang tidak mampu di luahkan melalui saluran dalaman yang betul? Atau adakah tiada ruang di dalam parti keris bagi mereka yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan seseorang? Atau adakah ini hasil lantaran perasaan dendam di atas kejadian dalaman yang berlaku sebelum ini? Semua ini persoalan yang bermain di fikiran mereka yang terlihat akan vandalisme tersebut. Malangnya, kejadian vandalisme tersebut hampir kebanyakannya berlaku ke atas premis-premis milik parti mereka dan tempat-tempat yang seumpama dengannya.

Buatlah sesuatu bagi menghilangkan angkara perbuatan vandalime tersebut atau sengaja di biarkan begitu bagi memperlihatkan kepada semua..Hanya anda yang berhak menilaikannya.

Gambar-gambar ini dirakamkan pada malam 11 Jun 2009, jam 11.00 malam. Ini adalah kejadian kali kedua yang berlaku di Bandar Kota Tinggi. Apakah yang sebenarnya berlaku? Adakah ini merupakan satu perbuatan vandalisme ataupun satu luahan perasaan yang terbuku sekian lama. Anda nilailah sendiri......






































Keputusan Mesyuarat Pertama AJK Pas Pusat

Datuk Mustafa Ali hari ini dilantik sebagai setiausaha agung baru PAS manakala Dr Hatta Ramli kekal memegang jawatan bendahari.

Manakala bekas dua naib presiden - Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu - yang tewas dalam pertandingan jawatan timbalan presiden - dilantik menganggotai jawatankuasa PAS pusat.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Husam dan Mohamad dilantik sebagai AJK dengan tugas-tugas khas perancangan dan strategi parti.

Manakala bekas timbalan ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Idris Ahmad dilantik sebagai ketua penerangan.

Pelantikan mereka diputuskan dalam mesyuarat pertama jawatankuasa pusat di ibu negara hari ini.

Mustapa menggantikan Datuk Kamaruddin Jaafar yang menang jawatan AJK dalam pemilihan di muktamar parti itu minggu lepas.

Pelantikan Mustafa, yang juga pesuruhjaya PAS Terengganu, sudah dijangka kerana beliau merupakan penyokong kuat idea-idea yang dibawa oleh Abdul Hadi, termasuk kerajaan perpaduan.

Beliau juga pengerusi akhbar rasmi PAS Harakah dan juga memegang jawatan pengarah pilihanraya PAS sebelum rombakan yang diumumkan hari ini.

Bagi jawatan pengarah pilihanraya dan pesuruhjaya Terengganu, kekosongan yang ditinggalkan Mustafa diganti masing-masing oleh Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Datuk Harun Taib.

Abdul Halim, bekas timbalan menteri besar Kelantan itu, kini ahli parlimen Pengkalan Chepa. Manakala Harun yang kini ketua Dewan Ulama diberikan memimpin Terengganu sekali lagi.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat AJK itu, Abdul Hadi berkata mesyuarat tidak menyentuh langsung mengenai isu kerajaan perpaduan.

Ditanya mengenai perjumpaan sulit Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan beberapa pemimpin pemimpin yang menolak kerajaan perpaduan, Abdul Hadi berkata beliau "tidak tahu".

Beliau juga menyentuh tentang pertemuannya dengan menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew semalam.

Abdul Hadi berkata, pertemuan tersebut atas undangan Lee yang ingin tahu dasar luar PAS, termasuk terhadap republik itu.

Ahli jawatankuasa baru yang dilantik:

Datuk Husam Musa, bekas naib presiden
Mohamad Sabu, bekas naib presiden
Mohd Anuar Tahir, bekas setiausaha agung PKR
Mohd Taufik Abdul Ghani, ADUN Paroi
Dr Mariah Mahamud, ahli parlimen Kota Raja
Wan Ubaidah Wan Omar, exco kerajaan Kelantan
Asmuni Awi, timbalan pesuruhajaya PAS Perak
Ahmad Dollah, timbalan pesuruhajaya PAS Sabah

Senarai pesuruhjaya PAS negeri

Hashim Jasin (Perlis)
Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Kedah)
Saleh Man (Pulau Pinang)
Abu Bakar Husin (Perak) – dulu Ahmad Awang
Datuk Nik Aziz Nik Mat(Kelantan)
Datuk Harun Taib (Terengganu) – dulu Datuk Mustafa Ali
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang)
Datuk Dr Hassan Ali (Selangor)
Mohd Noor Mohamad (Wilayah Persekutuan)
Zulkifli Mohd Omar (Negeri Sembilan)
Abdul Ghani Abdul Rahman (Melaka)
Datuk Mahfodz Mohamad (Johor)
Mohamad Abdullah (Sabah)
Osman Moras (Sarawak)

Sumber : malaysiakini

June 10, 2009

Pas tidak menolak pembangunan

Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato’ Sri Dr. Azalina Othman Said membidas sikap pemimpin Pas Johor yang sering berfikiran negatif terhadap setiap pembangunan atau pembaharuan yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, hakikat itu dapat dibuktikan apabila parti pembangkang berkenaan sentiasa mengemukakan bantahan tanpa memberikan alasan kukuh terhadap pembaharuan dan projek pembangunan yang dibawa kerajaan.

“Seluruh warga Pengerang pada dasarnya cukup menghargai dan mengharapkan jambatan ketiga yang menghubungkan Belungkur di Malaysia dan Changi di Singapura kerana ia mampu meningkatkan perkembangan ekonomi.

”Taraf kehidupan masyarakat di sini akan meningkat malah limpahannya turut dinikmati kawasan berhampiran termasuk Kota Tinggi, Mersing dan Pahang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata, limpahan itu dapat dirasakan dalam sektor pelancongan apabila warga Singapura lebih selesa memasuki negara ini menerusi Changi untuk ke Belungkor berbanding Johor Bahru yang sentiasa sesak.

”Selain melancong di Pengerang, mereka akan terus menyusur ke Mersing yang kaya dengan pulau-pulau indah dan Pahang pula terkenal dengan keindahan semula jadi Pulau Tioman,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengerang berkata demikian ketika diminta mengulas laman blog Pas Johor yang meminta kerajaan memikirkan tentang keperluan membina jambatan ketiga itu.

Azalina berkata, beliau mengharapkan tidak ada sebarang perubahan dalam keputusan yang dibuat antara Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong sebelum ini.

Rujukan KLIK DI SINI

JAMBATAN BENGKOK:PENASIHAT Najib pulakah MENGARUT kini?

Written by A M Ubaidah S

Mengimbas balik sejarah silam, pada suatu masa dahulu, adalah lebih mudah untuk rakyat Singapura untuk ke Sabah dan Sarawak dari rakyat Malaysia sendiri yang dari Semenanjung. Keanehan ini Alhamdulillah sudah tiada lagi, tetapi pada masa tersebut, diperlihatkan seolah-olah Singapura lebih rapat dengan kedua-dua negeri tersebut, hingga timbul ide kiasu Singapura untuk menyatukan ketiga-tiganya ke dalam gagasan '3S' (Singapura-Sarawak-Sabah).

Mengimbas kembali sejarah yang lebih dekat, Pak Lah mula tumbang dari tampuk kuasa hasil mendengar kepada ide-ide mengarut para penasihatnya, termasuklah mereka yang suka mengampu Singapura di Tingkat 4.

Imbas-imbasan tersebut jelas membawakan kita kepada persoalan merunsingkan yang seiras diajukan kepada Pak lah bertubi-tubi pada suatu masa dahulu dan kini kembali apabila dilihat DS Najib membincang tentang jambatan ketiga menghubung Singapura ke Malaysia sambil bersetuju tambak Johor dikekalkan, yakni,

KINI GILIRAN PENASIHAT DATUK SERI NAJIB UNTUK MULA MENGARUT PULAKAH?!

Rujuk KLIK DI SINI

Pas tidak sesekali menolak pembangunan. Tetapi pembangunan yang dirancang biarlah memberi keuntungan kepada rakyat. Jangan jadi seperti projek jambatan bengkok yang hanya tersadai cerucuknya sahaja yang sudah tentu menyakitkan mata memandang.



June 09, 2009

Laporan Polis - Penemuan Kad Pengenalan

Hari ini Dewan Pemuda PAS Negeri Johor telah membuat satu laporan Polis di Balai Polis Skudai, Batu Sepuluh Johor Bahru berkaitan dengan penemuan 14 keping kad pengenalan bersama beberapa keping kad perwakilan UMNO oleh Sdr Za’aba Bin Haji Ibrahim, Ketua Pemuda PAS Kawasan Pulai pada 6 Jun 2009 lebih kurang pukul 6.15 petang di tempat pembuangan sampah berdekatan Taman Dahlia, Tampoi.

Penemuan ini merupakan satu sejarah yang cukup besar ertinya kepada politik negara kerana ia sudah pasti akan menguatkan bukti bahawa berlakunya penyelewengan terhadap sistem pengundian di dalam pilihanraya Malaysia.

DPPNJ mempersoalkan bagaimana kad pengenalan sebanyak ini boleh dijumpai dalam keadaan yang elok tanpa ada tanda-tanda ianya telah dilupuskan dan lebih mencurigakan ianya dijumpai bersama-sama kad perwakilan serta baju dan topi berlambangkan UMNO.

DPPNJ mendesak agar PDRM akan membuat penyiasatan segara terhadap laporan polis ini terutamanya kepada seorang Naib Ketua Wanita UMNO Cawangan Taman Baru yang mana kad perwakilannya turut sama dijumpai bersama-sama IC tersebut.

DPPNJ tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini ke peringkat atasan termasuklah kepada ahli Parlimen PAS/PR untuk dibentangkan di dalam persidangan.


Dipetik dari Kembara Minda Perjuangan








































June 07, 2009

Menarik Sekitar Muktamar

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt, segala puji-pujian hanyalah kepada-Mu, Ya Allah, Tuhan pentadbir sekelian alam. Berkat keizinan-Mu, kami mampu dan sentiasa berusaha meneruskan kehidupan yang penuh ujian, cabaran, mehnah dan tribulasi ini.

Selawat dan salam untukmu, Ya Rasulullah. Penghulu umat juga utusan terakhir untuk sekalian alam. Sesungguhnya kami amat terhutang budi kepadamu. Berkat usaha gigihmu, kami menikmati Islam sebagai agama dan cara hidup. Tatkala ini, kami berhempas pulas menegak dan mempertahankan keagongannya. Tidak lupa juga kami berselawat dan berkirim salam kepada ahli keluargamu dan sekalian sahabatmu. Jejak perjuangan mereka kami susuli dengan penuh ketabahan dan kecekalan.

Kita hadir dalam muktamar tahunan bagi membincangkan agenda siasah politik Islam. Kita meneruskan perjuangan kesinambungan daripada perjuangan para Nabi serta sahabatnya. Perjuangan ini tidak akan terhenti tanpa kita, namun kita wajib menjadi satu mata rantai kepada perjuangan ini. Islam tidak memerlukan kita, malah kitalah yang memerlukan Islam. Kalau kita tidak berjuang di muka bumi Malaysia ini bagi menjadi salah satu daripada mata rantai tersebut, Allah swt tidak rugi sesen pun.

Alhamdulillah, pada muktamar kali ini PAS Kota Tinggi dengan keazaman yang tinggi berjaya menghantar wakil bagi muktamar Dewan Pemuda, Dewan Ulamak serta lima orang ke muktamar tahunan PAS. Perwakilan Kota Tinggi serta Pengerang menginap di salah satu Pasti yang terletak di Seksyen 18 Shah Alam (kurang pasti nama Pasti tersebut). Ternyata pihak urusetia Muktamar begitu bersedia dengan masalah penginapan perwakilan.

Apa yang menarik di sini ketika hari pertama muktamar tahunan dan dalam perjalanan ke Stadium secara berkonvoi dengan di iringi seorang tunjuk arah yang memang di tugaskan untuk perwakilan dari Kota Tinggi serta Pengerang, kami berhenti di tepi jalan semantara menunggu kenderaan perwakilan sampai kesemuanya. Mata kami terlihat seorang penjual surat khabar berbangsa India di tepi jalan yang turut menjual suratkhabar Harakah. Lantas kami memberhentikan kenderaan untuk mendapatkan senaskah suratkhabar Harakah yang terbaru.

Apa yang menariknya, penjual tersebut tanpa rasa takut untuk menayangkan naskah Harakah untuk di jual walaupun berniaga di tepi jalan sahaja. Situasi ini cukup berbeza dengan sikap peniaga di Johor terutama di Kota Tinggi. Rasanya di Kota Tinggi ini peniaga berbangsa Melayu sendiri rasa takut-takut untuk menjual akhbar Harakah. Tapi berbeza dengan peniaga berbangsa India tersebut, beliau lebih yakin untuk menjual akhbar Harakah secara terbuka kerana ianya lebih cepat habis berbandiang akhbar arus perdana yang lain.

Inilah perbezaan bilamana PAS dan Pakatan Rakyat memerintah sesuatu negeri. Rakyatnya lebih bersikap terbuka tanpa takut dengan kekangan. Demokrasi lebih indah dengan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat. Jadi, kepada rakyat Johor adakah anda selesa hidup di bawah kekangan yang memihak kepada UMNO sahaja? Jadilah agen perubahan dengan membawa keadilan Islam kepada Johor dan Malaysia amnya.
















~matahijauku~

June 06, 2009

Muktamar Tahunan PAS ke 55

Muktamar tahunan Parti Islam SeMalaysia yang di adakan di Stadium Melawati, Shah Alam menyaksikan kebanjiran para muktabirin dan juga pemerhati dari seluruh negara. Muktamar juga dihadiri oleh wakil antarabangsa samada dari kepimpinan parti Islam seperti di Pakistan, Hamas dan sebagainya.

Diperkarangan stadium di banjiri oleh peniaga-peniaga yang memenuhi ruang yang ada dan dianggarkan sekitar beratus buah khemah didirikan oleh pihak penganjur.

Melihat kedalam stadium tempat berlangsungnya muktamar pada tahun ini, suasana yang dizahirkan pada kali menampakkan ciri-ciri persediaan PAS untuk mengambilalih pentadbiran negara.




Presiden parti menyampaikan ucapan dasar.



Kelihatan para perwakilan memberikan tumpuan terhadap ucapan dasar Presiden PAS.



Dalam waktu yang sama, pelancaran e-harakah turut di sempurnakan oleh Tuan Presiden PAS.



Pelancaran pembinaan Kompleks PAS Pusat yang terletak di Putrajaya memperlihatkan keseriusan PAS untuk menduduki Pusat Pentadbiran Kerajaan di Putrajaya.



Penyampaian Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa kepada 2 tokoh terkenal negara.


















Catatan Ketua Pemuda PAS Kota Tinggi.

June 05, 2009

Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat

Muktamar Penuh Dewan Pemuda PAS pada 4 Jun 2009, berlangsung dengan perbahasan ucap tema Ketua Pemuda pada malam semalamnya.

Sementara wakil perwakilan setiap negeri membahaskan ucap tema Ketua Pemuda, perwakilan yang lain meneruskan tanggungjawab bagi memilih kepimpinan baru bagi AJK Pemuda PAS Pusat sesi 2009/2011.

Perbahasan ucap tema pada kali ini mendapat pujian Ketua Pemuda dengan perbahasan yang bermutu dan beliau melahirkan rasa kesyukuran kerana ciri-ciri kepimpinan pemuda yang tidak pudar dengan hujah yang bernas.Pelbagai pandangan yang menjurus kepada membina kekuatan dan ukhuwah pemuda yang mantap telah dilontarkan oleh wakil perwakilan dari setiap negeri.

Dalam pada itu juga, suasana hening ketika ucapan penggulungan Ketua Pemuda sebelum beliau meninggalkan Dewan Pemuda selepas ini. Dengan ucapan yang menyentuh perasaan perwakilan, beliau menceritakan detik-detik awal beliau melibatkan diri secara serius dalam perjuangan PAS ini. Bagaimanapun, anatara nasihat beliau kepada perwakilan agar terus istiqamah dalam perjuangan murni ini dan yakinlah bahawa Allah bersama dengan perjuangan ini.

Ucapan penangguhan oleh Ketua Pemuda yang baru, Al-Fadhil Ust Nasrudin Hassan Tantawi bakal menggerakkan tonggak pemuda sebagai sayap kanan yang efisien bagi menghadapi tentangan pihak lawan. Cabaran terdekat selepas daripada ini adalah Pilihanraya kecil Manek Urai

Muktamar tahun ini mencatatkan sejarah apabila berakhir sehingga jam 12:15 malam.
















Secara rasminya, jawatan Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda PAS di serahkan oleh YB Sallahuddin Ayub kepada Ust. Nasruddin Hassan dan Azman Shapawi bagi menggalas harapan baru pemuda untuk mempersada perjuangan.
















Tunggak kekuatan pemuda selepas ini. Semuga Allah memberi kekuatan kepada kepimpinan pemuda selepas ini bagi mengharungi badai perjuangan menegakkan Islam.
















Perbahasan dihentikan sementara sebelum perbahasan perwakilan dari Perak bagi sama-sama menuntut dan menyokong sebarang usaha untuk membubarkan DUN Perak.




















Wakil dari Johor, Sdr Hamid Jamah ketika membalas perbahasa ucap tema Ketua Pemuda dengan teguran dan cadangan yang membina. Perbahasan beliau mendapat perhatian perwakilan dengan kritikan-kritikan kepada kepimpinan yang membina kembali kekuatan pemuda.
















Wakil dari Hamas turut hadir memberi penghormatan kepada Dewan Pemuda PAS atas komitmen Pemuda PAS dalam menyokong usaha pihak Hamas mempertahankan tanahair mereka. Wakil dari Hamas turut berpeluang menyampaikan ucapan dengan penuh semangat serta mengucapkan terima kasih atas keperihatinan Pemuda dalam memberi bantuan kepada rakyat Palestin.


























Catatan Ketua Pemuda PAS Kota Tinggi

June 04, 2009

Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat

3 Jun 2009, 5 petang bertempat di Markas Tarbiah PAS Tmn Melewar Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat bermula dengan program jamuan petang dan pelancaran album Renggo yang pertama setelah beliau memasuki PAS baru-baru ini.

































Renggo turut menyampaikan beberapa buah lagu daripada album terbaru beliau Pesan Tok Guru









































Turut kelihatan Al-Fadhil Ust Hassan Shukri ketika program pelancaran album Renggo bersama Subky Latiff yang di jemput memeriahkan lagi suasana di petang tersebut.

































YB Sallahuddin Ayub menyampaikan ucap tema beliau pada malam tersebut dengan tema "Mempersada Perjuangan"
















Sasterawan tersohor negara Dato' A. Samad Said mendeklamasikan sajak yang berjudul "Suara Dari Dinding Dewan" turut memeriahkan lagi pembukaan rasmi Muktamar DPPP yang ke 50 ini.

June 02, 2009

Selamat Bermuktamar





Selamat Bermuktamar kepada setiap muktabirin dari segenap pelusuk tanahair. Siaran langsung boleh di ikuti dengan klik di sini.

June 01, 2009

Ceramah Politik PAS di Felda Air Tawar 2

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah swt atas kurniaan nikmatnya dan keizinannya untuk PAS Kota Tinggi menganjurkan ceramah di tempat yang paling gah UMNOnya di dunia. Bertempat di rumah Saudara Sagi, ceramah yang berlangsung dalam keadaan dingin berikutan hujan yang lebat turun disebelah petangnya tidak mematahkan semangat PAS Kota Tinggi untuk memulakan ceramahnya di sini. Bermula dengan ucapan YDP, Tn. Hj. Kamaldin Bin Hj. Tahir dengan ucapan alu-aluannya kepada hadirin yang hadir diikuti oleh Sdr Abd. Razak Bin Hj. Esa selaku Naib Ketua Bahagian PKR Kota Tinggi merangkap Ketua Penerangan Sekretariat Pakatan Rakyat Kota Tinggi dengan menyentuh sedikit sebanyak isu yang berlaku di Penanti dan Kota Tinggi amnya.

Sdr Mazlan Aliman meneruskan slot ceramah pada malam tersebut dengan kupasan bernasnya berkaitan isu-isu peneroka yang kian mencengkam warga peneroka Felda. Mazlan menyatakan bahawa Felda merupakan agensi kerajaan kedua terkaya dengan pendapatan Pengerusinya sahaja menjangkau puluhan ribu sebulan tetapi hasil kekayaan tersebut tidak diagihkan kepada rakyat dengan sewajarnya. Pihak pengurusan Felda masih dengan sikap gangsterismenya iaitu menggugut peneroka yang tidak sehaluan dengan Umno, kekangan yang kuat untuk generasi Felda dalam usaha untuk membuat pembaharuan. Ianya dilihat sebagai satu perubahan menentang arus dan pihak Felda masih mengamalkan dasar yang tidak demokratik. Seterusnya beliau mengaitkan dengan dasar-dasar Felda yang pelik seperti mewujudkan Felda Plantation yang jelas hanya untuk mengkayakan kroni-kroni sahaja. Manakala Tekno Plant yang diwujudkan Najib pula dilihat sekadar satu saluran untuk menyalurkan hasil kekayaan Felda kepada kroni-kroni sahaja. Ceramah Mazlan pada malam itu cukup menghangatkan kedinginan di Felda Air Tawar 2 tersebut dengan fakta-fakta jelas akan kebobrokan pengurusan Felda.

Slot terakhir pada malam tersebut adalah milik Al-Fadhil Ust Abd Hamid Derani, merupakan bekas penceramah tersohor Umno dan merupakan bekas penceramah Jasa. Beliau memulakan ceramahnya dengan menyatakan bahawa isu felda bukan hanya berlaku di Johor sahaja tetapi berlaku juga di Kelantan seperti kes di felda tanah jajahan Tanah Merah dimana peneroka memfailkan saman terhapad felda dengan keputusannya pihak felda diarah membayar sejumlah wang kepada peneroka. Dimaklumkan walaupun kes tersebut menyebelahi peneroka namun sehingga kini jumlah wang yang diarahkan pihak mahkamah masih belum diterima oleh peneroka yang terbabit. Ini menunjukkan perjalanan sebenarnya mahkamah memihak kepada keadilan tetapi disebabkan adanya tangan-tangan politik, mengganggu prinsip keadilan itu tertegak.

Beliau turut menegaskan bahawa dalam Umno, kegiatan rasuah memang menjadi darah daging mereka. Dalam Umno juga boleh didefinasikan rasuah itu sebagai rasuah baik dan rasuah tidak baik. Beliau juga menyedari akan kerosakan yang parah berlaku dalam Umno. Hidup Umno bergelumang dengan rasuah dan ini salah satu faktor beliau keluar meninggalkan perjuangan Umno. Beliau menjelaskan bahawa beliau sanggup menolak kesenangan dunia di dalam Umno dan sanggup berjuang di dalam PAS demi untuk memperkasakan Islam. Dalam ceramah beliau mengingatkan warga felda agar usah takut untuk penyokong PAS dan mengundi PAS pada PRU 13 nanti.

Diakhir ucapannya, beliau memetik petikan ayat Al-Quran dalam urusan memilih pemimpin sepertimana yang telah digariskan iaitu :
1. Pilih pemimpin yang takut melakukan dosa dan cepat bertaubat apabila melakukan kesalahan
2. Pilih pemimpin dari kalangan kamu daripada mereka yang 'alil abid' iaitu yang ahli ibadah
3. Pilih pemimpin yang suka bertasbih memuji kebesaran Allah sebagai pencipta alam
4. Pilih pemimpin yang sanggup keluar mencari ilmu dan dipergunakan ilmu tersebut untuk kepentingan rakyat
5. Pemimpin dikalangan ahli-ahli ruku' @ sujud - pendapat ulama adalah dikalangan ahli solat
6. Pilih pemimpin apabila diberikan kuasa, digunakan kuasa tersebut untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar
7. Pemimpin yang di pilih berikhtiar melaksanakan hukum Allah agar hak Allah ini tertegak di muka bumi
8. Pemimpin yang dipilih dapat melaksanakan hukum Islam agar kerahmatan dan keselamatan negara hatta rakyatnya terjamin

~matahijauku~