Menurutnya, hakikat itu dapat dibuktikan apabila parti pembangkang berkenaan sentiasa mengemukakan bantahan tanpa memberikan alasan kukuh terhadap pembaharuan dan projek pembangunan yang dibawa kerajaan.
“Seluruh warga Pengerang pada dasarnya cukup menghargai dan mengharapkan jambatan ketiga yang menghubungkan Belungkur di Malaysia dan Changi di Singapura kerana ia mampu meningkatkan perkembangan ekonomi.
”Taraf kehidupan masyarakat di sini akan meningkat malah limpahannya turut dinikmati kawasan berhampiran termasuk Kota Tinggi, Mersing dan Pahang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau berkata, limpahan itu dapat dirasakan dalam sektor pelancongan apabila warga Singapura lebih selesa memasuki negara ini menerusi Changi untuk ke Belungkor berbanding Johor Bahru yang sentiasa sesak.
”Selain melancong di Pengerang, mereka akan terus menyusur ke Mersing yang kaya dengan pulau-pulau indah dan Pahang pula terkenal dengan keindahan semula jadi Pulau Tioman,” katanya.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengerang berkata demikian ketika diminta mengulas laman blog Pas Johor yang meminta kerajaan memikirkan tentang keperluan membina jambatan ketiga itu.
Azalina berkata, beliau mengharapkan tidak ada sebarang perubahan dalam keputusan yang dibuat antara Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong sebelum ini.
Rujukan KLIK DI SINI
JAMBATAN BENGKOK:PENASIHAT Najib pulakah MENGARUT kini?
Written by A M Ubaidah S | |
Mengimbas balik sejarah silam, pada suatu masa dahulu, adalah lebih mudah untuk rakyat Singapura untuk ke Sabah dan Sarawak dari rakyat Malaysia sendiri yang dari Semenanjung. Keanehan ini Alhamdulillah sudah tiada lagi, tetapi pada masa tersebut, diperlihatkan seolah-olah Singapura lebih rapat dengan kedua-dua negeri tersebut, hingga timbul ide kiasu Singapura untuk menyatukan ketiga-tiganya ke dalam gagasan '3S' (Singapura-Sarawak-Sabah). Mengimbas kembali sejarah yang lebih dekat, Pak Lah mula tumbang dari tampuk kuasa hasil mendengar kepada ide-ide mengarut para penasihatnya, termasuklah mereka yang suka mengampu Singapura di Tingkat 4. Imbas-imbasan tersebut jelas membawakan kita kepada persoalan merunsingkan yang seiras diajukan kepada Pak lah bertubi-tubi pada suatu masa dahulu dan kini kembali apabila dilihat DS Najib membincang tentang jambatan ketiga menghubung Singapura ke Malaysia sambil bersetuju tambak Johor dikekalkan, yakni, KINI GILIRAN PENASIHAT DATUK SERI NAJIB UNTUK MULA MENGARUT PULAKAH?! Rujuk KLIK DI SINI
|
Pas tidak sesekali menolak pembangunan. Tetapi pembangunan yang dirancang biarlah memberi keuntungan kepada rakyat. Jangan jadi seperti projek jambatan bengkok yang hanya tersadai cerucuknya sahaja yang sudah tentu menyakitkan mata memandang.