Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

June 01, 2009

Ceramah Politik PAS di Felda Air Tawar 2

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah swt atas kurniaan nikmatnya dan keizinannya untuk PAS Kota Tinggi menganjurkan ceramah di tempat yang paling gah UMNOnya di dunia. Bertempat di rumah Saudara Sagi, ceramah yang berlangsung dalam keadaan dingin berikutan hujan yang lebat turun disebelah petangnya tidak mematahkan semangat PAS Kota Tinggi untuk memulakan ceramahnya di sini. Bermula dengan ucapan YDP, Tn. Hj. Kamaldin Bin Hj. Tahir dengan ucapan alu-aluannya kepada hadirin yang hadir diikuti oleh Sdr Abd. Razak Bin Hj. Esa selaku Naib Ketua Bahagian PKR Kota Tinggi merangkap Ketua Penerangan Sekretariat Pakatan Rakyat Kota Tinggi dengan menyentuh sedikit sebanyak isu yang berlaku di Penanti dan Kota Tinggi amnya.

Sdr Mazlan Aliman meneruskan slot ceramah pada malam tersebut dengan kupasan bernasnya berkaitan isu-isu peneroka yang kian mencengkam warga peneroka Felda. Mazlan menyatakan bahawa Felda merupakan agensi kerajaan kedua terkaya dengan pendapatan Pengerusinya sahaja menjangkau puluhan ribu sebulan tetapi hasil kekayaan tersebut tidak diagihkan kepada rakyat dengan sewajarnya. Pihak pengurusan Felda masih dengan sikap gangsterismenya iaitu menggugut peneroka yang tidak sehaluan dengan Umno, kekangan yang kuat untuk generasi Felda dalam usaha untuk membuat pembaharuan. Ianya dilihat sebagai satu perubahan menentang arus dan pihak Felda masih mengamalkan dasar yang tidak demokratik. Seterusnya beliau mengaitkan dengan dasar-dasar Felda yang pelik seperti mewujudkan Felda Plantation yang jelas hanya untuk mengkayakan kroni-kroni sahaja. Manakala Tekno Plant yang diwujudkan Najib pula dilihat sekadar satu saluran untuk menyalurkan hasil kekayaan Felda kepada kroni-kroni sahaja. Ceramah Mazlan pada malam itu cukup menghangatkan kedinginan di Felda Air Tawar 2 tersebut dengan fakta-fakta jelas akan kebobrokan pengurusan Felda.

Slot terakhir pada malam tersebut adalah milik Al-Fadhil Ust Abd Hamid Derani, merupakan bekas penceramah tersohor Umno dan merupakan bekas penceramah Jasa. Beliau memulakan ceramahnya dengan menyatakan bahawa isu felda bukan hanya berlaku di Johor sahaja tetapi berlaku juga di Kelantan seperti kes di felda tanah jajahan Tanah Merah dimana peneroka memfailkan saman terhapad felda dengan keputusannya pihak felda diarah membayar sejumlah wang kepada peneroka. Dimaklumkan walaupun kes tersebut menyebelahi peneroka namun sehingga kini jumlah wang yang diarahkan pihak mahkamah masih belum diterima oleh peneroka yang terbabit. Ini menunjukkan perjalanan sebenarnya mahkamah memihak kepada keadilan tetapi disebabkan adanya tangan-tangan politik, mengganggu prinsip keadilan itu tertegak.

Beliau turut menegaskan bahawa dalam Umno, kegiatan rasuah memang menjadi darah daging mereka. Dalam Umno juga boleh didefinasikan rasuah itu sebagai rasuah baik dan rasuah tidak baik. Beliau juga menyedari akan kerosakan yang parah berlaku dalam Umno. Hidup Umno bergelumang dengan rasuah dan ini salah satu faktor beliau keluar meninggalkan perjuangan Umno. Beliau menjelaskan bahawa beliau sanggup menolak kesenangan dunia di dalam Umno dan sanggup berjuang di dalam PAS demi untuk memperkasakan Islam. Dalam ceramah beliau mengingatkan warga felda agar usah takut untuk penyokong PAS dan mengundi PAS pada PRU 13 nanti.

Diakhir ucapannya, beliau memetik petikan ayat Al-Quran dalam urusan memilih pemimpin sepertimana yang telah digariskan iaitu :
1. Pilih pemimpin yang takut melakukan dosa dan cepat bertaubat apabila melakukan kesalahan
2. Pilih pemimpin dari kalangan kamu daripada mereka yang 'alil abid' iaitu yang ahli ibadah
3. Pilih pemimpin yang suka bertasbih memuji kebesaran Allah sebagai pencipta alam
4. Pilih pemimpin yang sanggup keluar mencari ilmu dan dipergunakan ilmu tersebut untuk kepentingan rakyat
5. Pemimpin dikalangan ahli-ahli ruku' @ sujud - pendapat ulama adalah dikalangan ahli solat
6. Pilih pemimpin apabila diberikan kuasa, digunakan kuasa tersebut untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar
7. Pemimpin yang di pilih berikhtiar melaksanakan hukum Allah agar hak Allah ini tertegak di muka bumi
8. Pemimpin yang dipilih dapat melaksanakan hukum Islam agar kerahmatan dan keselamatan negara hatta rakyatnya terjamin

~matahijauku~