Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

June 27, 2009

Ceramah Sekretariat Pakatan Rakyat Kota Tinggi




























Penceramah Pertama : Tn Hj Kamaldin Bin Hj. Tahir

Ucapan alu-aluan daripada YDP Pas Kota Tinggi. Mengalukan kehadiran para penceramah yang di undang pada malam tadi serta kehadiran hadirin semua. Dalam ucapan ringkasnya sempat juga beliau memberi gambaran kepada hadirin bagaimana Umno Bahagian Kota Tinggi ini sedang bergolak dengan perbuatan vendalisme yang merosakkan papan tanda Ahli Parlimen itu menerusi perkataan-perkataan caci merba terhadap Ahli Parlimen tersebut. Seterusnya beliau menafikan sekeras-kerasnya perbuatan vendalisme tersebut angkara pihak Pakatan Rakyat Kota Tinggi dan meminta pihak yang bertanggungjawab menyiasat akan kejadian tersebut.

Penceramah Kedua : Saudari Nah Budin (Ketua Wanita PKR Negeri Johor)

Dalam ucapannya, Ketua Wanita PKR Johor ini banyak menyentuh tentang isu-isu semasa termasuk menyentuh tentang Kerajaan Perpaduan yang heboh di adu dombakan oleh pihak media. Umno menjadi lebih galak untuk menceritakan akan Kerajaan Perpaduan bilamana kepimpinan dari ketiga-tiga parti tonggak dalam PR menyatakan kesungguhan berada dalam PR. Umno dilihat meroyan dalam menagih kasih daripada Pas untuk menyahut pinangan mereka.

Penceramah Ketiga : Tn Hj. Anuar Salleh (Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Johor)

Orang yang berpengalaman di dalam sistem pendidikan Sekolah Agama Khas Johor. Beliau memberikan ucapannya dengan mengajak hadirin untuk menolak Umno, Barisan Nasional (UBN) dalam pilihanraya akan datang kerana UBN telah melakukan banyak kesalahan kepada rakyat di negara ini. Bagaimana hasil kekayaan negara di bolot sesuka hati oleh mereka.

Penceramah Keempat : Tn Hj. Zulkefli Bin Ahmad (Timbalan PJ Pas Johor & YDP Pas Gelang Patah)

Seorang penggerak yang terlibat dalam Pusat Aduan Rakyat bagi Nusajaya yang melihat pembangunan yang dicanangkan oleh kerajaan sebagai tidak menepati kepentingan rakyat. Apa yang di lihat akan pembangunan Iskandar Malaysia hanyalah menguntungkan satu pihak sahaja manakala nasib kebanyakan rakyat biasa menjadi pertaruhan. Najib yang baru-baru ini mengistiharkan untuk melepaskan "foreign ownership" ke atas kepentingan hartanah di Iskandar Malaysia ini dilihat akan menimbulkan pelbagai permasalahan di kemudian hari. Beliau juga menyatakan bagaimana Sultan Johor yang tidak mempersetujui keputusan untuk membina jambatan ketiga yang terletak di Pengerang itu, dilihat bukan menjadi prioriti. Najib juga dilihat telah memberi respon negatif di atas kehendak Tun Mahathir dalam meneruskan pembinaan jambatan bengkok tersebut. Najib juga dilihat tidak selari dengan kehendak Tun Mahathir dalam beberapa perkara sebelum ini. Ini di lihat sebagai tanda-tanda era Naib juga tidak akan bertahan lama apabila setiap keputusannya mengundang rasa ketidakpuasaan hati sang penasihat Umno ini.

Penceramah Kelima : YB Zuraida Kamaruddin (MP Ampang & Ketua Wanita PKR Malaysia)

Dalam ucapannya beliau menceritakan bagaimana kejayaan pemerintahan di dalam Pakatan Rakyat dalam mentadbir negeri Selangor. Bagaimana kerajaan yang dipimpin oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang menerima tindasan daripada kerajaan Pusat dalam menganggu urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau juga menyentuh bagaimana peristiwa rampasan kuasa yang berlaku di Perak bilamana beliau sendiri turut serta di tangkap oleh pihak Polis. Beliau menceritakan bagaimana Polis menjalankan arahan untuk menangkap sesiapa sahaja yang memakai baju hitam pada waktu tersebut. Bagaimana polis menjalankan siasatan terhadap mereka yang telah di tahan semasa kejadian tersebut. Beliau juga menceritaka bagaimana kehadiran polis yang memakai pakaian preman memenuhi ruang dewan rakyat tersebut siap membawa senjata. Turut diceritakan bagaimana seorang Speaker di dewan yang mulia telah di angkat keluar daripada dewan dengan cara yang sungguh memalukan. Tidak pernah terjadi di dalam dunia sekalipun seorang Speaker diperlakukan sebegitu rupa dengan menghina institusi legislatif yang tertinggi di dalam negeri.

Beliau selaku Ketua Wanita PKR Malaysia menyeru seluruh warga Kota Tinggi agar berani membuat perubahan di dalam sosio politik khususnya di Kota Tinggi ini dengan memberi undi kepada calun-calun daripada Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti. Dengan melihat keatas kesungguhan yang ditonjolkan oleh ahli-ahli Yang Berhormat dalam menjuarai isu-isu tempatan, agar menjadi pemangkin kepada pengundi-pengundi Kota Tinggi supaya berani membuat perubahan.