Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

August 29, 2009

Krisis mengusung kepala lembu di Seksyen 19 dan 23 oleh beberapa penduduk yang membentuk ahli jawatankuasa bertindak berserta NGO selepas sahaja menunaikan solat Jumaat semalam betul-betul memperlihatkan agenda yang sangat mendukacitakan.

Yang pasti, demontrasi tersebut tetap berlaku walaupun tidak mendapat permit polis seperti mana yang diberitahu oleh Ketua Polis Selangor. Dalam kenyataannya, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menasihatkan orang ramai supaya bertenang ekoran protes oleh 50 penduduk di Shah Alam yang berarak membawa kepala lembu sebagai membantah cadangan memindahkan kuil Hindu di situ.

Mereka terdiri daripada penduduk Seksyen 23 Shah Alam bersama beberapa NGO Melayu.

Khalid juga mengingatkan orang ramai supaya jangan mengadakan demonstrasi yang menyentuhkan sensitivi agama.

"Tidak ada permit polis dikeluar bagi mengadakan protes tersebut. Ianya satu perhimpunan haram. Mereka berkumpul selama kira-kira 15 minit dan bersurai selepas diarahkan berbuat demikian.

"Mereka juga diarahkan supaya mengalih kepala lembu itu, dan mereka mematuhinya," katanya kepada Malaysiakini.

Sehingga ini, kata Khalid, tidak ada laporan polis yang dibuat berhubung insiden tersebut.

"Jika ada laporan polis dibuat, pasti kita akan mengambil tindakan sewajarnya," tegasnya.

Apa yang dapat dilihat disini, protes tersebut juga mendapat respon daripada Ketua Pemuda Umno sendiri yang menyatakan tindakan tersebut tidak langsung menyerlahkan sensitiviti dan penghormatan wajar terhadap agama dan kepercayaan orang lain yang perlu demi keharmonian antara kaum.

"Sebaliknya, tindakan emosional dan menghina sebeginilah yang boleh membawa kemudaratan kepada keamanan negara," kata Khairy yang juga pengerusi Pemuda BN, dalam satu kenyataan hari ini.

Polis hanya memerhati

Kira-kira 10 anggota polis hanya memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut.

Selepas kepala haiwan itu diletakkan di depan pintu, timbalan pengerusi jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil itu, Ibrahim Sabri tampil berucap ringkas, tetapi berapi-api.

"Ini amaran. Pindahkan kuil dari Sekysen 23, buatlah di Seksyen 22. Lembu ini kami hadiahkan kepada kerajaan negeri, kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah. Ini hadiah kami."

Siapakah dalang disebalik protes tersebut? Protes tersebut di lihat cuba membakar sentimen perkauman di Selangor setelah isu arak yang melibatkan kaum Cina tidak berkesan di adu dombakan oleh Umno. Kini mereka cuba beralih kepada kaum India dengan memainkan isu pembinaan kuil pula. Berikut sokongan yang semakin menurun dengan siri-siri pilihanraya kecil yang berterusan menerima kekalahan, Umno cuba bangkit untuk menjuarai isu-isu kepentingan Melayu bagi menarik sokongan golongan pertengahan.

Sesungguhnya, propaganda yang mereka canangkan tidak mampu mengubah minda rakyat yang memang telah terbuka dengan persefahaman yang ditunjukkan oleh kepimpinan parti di dalam Pakatan Rakyat.



"Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah kami menjadikan setiap umat menggangap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembalo mereka, lalu dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan." (QS, Al-An'am : 108)



~matahijauku~


August 27, 2009

Himpunan Pemuda Pas Johor

Analisis : Yang tersirat dan tersurat di PRK N11

SATU pengajaran yang boleh ditimba Barisan Nasional (BN) berikutan keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir yang boleh dijadikan bekal menjelang pilihan raya umum Malaysia ke-13 ialah cuba elak daripada menggunakan isu perkauman untuk menambat hati pengundi.

Memang benar ada trend menunjukkan bahawa pengundi Melayu di Malaysia masih berbelah bahagi dalam sokongan mereka kepada BN, khususnya Umno, dan ini dapat dilihat dalam pilihan raya kecil di Manek Urai, Kelantan, bulan lalu.

Namun, tidak semua pengundi Melayu Permatang Pasir mengundi berdasarkan corak pengundian yang dilihat parti itu dalam pilihan raya kecil Manek Urai, kata pengamat dan aktivis politik di Malaysia.

'Strategi menimbulkan isu perkauman dan agama, serta menyerang peribadi pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai pengkhianat orang Melayu menimbulkan kesan sebaliknya ke atas BN,' kata pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang, Dr P. Sivamurugan, ketika dihubungi sejurus selepas keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir diumumkan kelmarin.

Sebaliknya, isu-isu seperti kes kematian Teoh Beng Hock, rasuah, ketelusan, integriti dan moral yang diketengahkan pembangkang lebih melekat di hati pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Calon BN, Rohaizat Othman, yang dibelenggu pelbagai skandal, kalah di tangan calon Parti Islam SeMalaysia (PAS), Ustaz Mohd Salleh Man, dengan majoriti 4,551 undi.

Ustaz Mohd Salleh mendapat sokongan 9,618 undi manakala Rohaizat hanya mampu menarik 5,067 undi.

Majoriti undi Ustaz Mohd Salleh mungkin rendah sedikit berbanding majoriti 5,433 undi yang diraih bekas penyandang kerusi DUN itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, juga daripada PAS, yang meninggal dunia pada 31 Julai lalu, dalam pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Namun, ia boleh dianggap satu kemenangan besar kepada PAS jika diambil kira peratusan jumlah pengundi yang keluar mengundi kelmarin, kata Dr Sivamurugan.

Kelmarin, 73.1 peratus atau 14,832 daripada 20,350 pengundi berdaftar di Permatang Pasir keluar mengundi, berbanding lebih 82 peratus yang keluar mengundi pada 8 Mac 2008.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaafar, semasa dihubungi berkata rakyat sukar menerima pendekatan BN-Umno yang sering menimbulkan isu perkauman dan menyerang para pemimpin Pakatan Rakyat (PR), khususnya Datuk Seri Anwar dan Mursyidul PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dikatakan seorang ulama palsu.

Permatang Pasir terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, kawasan pimpinan Datuk Seri Anwar, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kira-kira 72 peratus pengundinya adalah orang Melayu, hampir 26 peratus pengundi Cina, dan bakinya pengundi kaum lain.

Tindakan BN-Umno memainkan politik perkauman menjauhkan mereka daripada para pengundi Cina, manakala percubaannya memujuk pengundi Melayu dengan memaparkan PAS sebagai parti yang terlalu bertolak ansur dalam melaksanakan nilai Islam dan menjadi konco kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang anti-Islam gagal.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagaimanapun berkata beliau kecewa dengan sikap pengundi kawasan Permatang Pasir yang tidak mahukan perubahan.

Beliau, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata kekalahan BN menunjukkan pengundi terlalu selesa dengan keadaan mereka ketika ini sehingga tidak mahukan pembangunan.

'Kita menerima keputusan ini kerana mengikut apa yang diamalkan dalam demokrasi berparlimen dan kita menghormati keputusan rakyat,' katanya.

Pengarah Pilihan Raya BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi, pula berkata penduduk Permatang Pasir 'sudah memberi mesej bahawa mereka tidak mahukan perubahan, jadi kita jangan salahkan calon, jangan juga salahkan jentera'.

Namun, Dr Sivamurugan menekankan bahawa Rohaizat setakat mampu meraih 5,067 undi - lebih rendah berbanding 5,571 undi yang diraih calon Umno, Ahmad Sahar Shuib, pada pilihan raya umum tahun lalu.

'Ini menunjukkan bahawa penyokong BN sendiri pun tidak mahu mengundi beliau,' ujarnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, dipetik akhbar Utusan Malaysia sebagai berkata pihaknya akan mengkaji semua faktor yang membawa kepada kekalahan BN bagi memastikan ia berjaya dalam pilihan raya pada masa depan.

'Dari satu segi kita dapat kurangkan majoriti undi parti lawan dan dari satu segi lain kita dapati ada faktor-faktor yang telah menyebabkan kekalahan kepada BN.

'Faktor-faktor ini harus diteliti dan diperbaiki supaya usaha kita pada masa depan akan lebih berjaya,' ulas Datuk Seri Najib, sambil menambah bahawa beliau 'tahu apa sebabnya'.

Kajian itu memang perlu dilakukan BN dengan segera.

BN kalah tujuh daripada lapan pilihan raya kecil sejak peristiwa 'tsunami' politik yang berlaku dalam pilihan raya umum Malaysia ke-12 tahun lalu.

Jika BN mahu mengelakkan kejadian 'tsunami politik' 2008 itu daripada berulang pada pilihan raya umum Malaysia ke-13, maka satu kajian jujur dan telus terhadap faktor-faktor yang menyebabkan kekalahannya dalam tujuh pilihan raya kecil itu harus dijalankan secara serius dan terperinci.

Strategi dan taktik pilihan raya baru perlu diterokai, manakala pendekatannya pula perlu diubah supaya lebih sesuai dengan trend perkembangan dan selera politik generasi pengundi masa kini di Malaysia.

Jika tidak, BN berpotensi menghadapi 'bencana politik' lebih mengejutkan berbanding apa yang berlaku pada 8 Mac 2008.

Di petik dari KLpos.com


August 25, 2009

Dimana letaknya perlaksanaan Syariah

Isu Kartini, seorang model yang ditangkap atas dakwaan meminum arak baru-baru ini menimbulkan kekocohan sekali lagi. Beliau yang dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel di Cherating pada jam 11.40 malam 11 Julai 2008.

Pada 18 Ogos, Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus, memerintahkan dia ditahan berkuat kuasa semalam bagi tempoh tujuh hari untuk melaksanakan hukuman sebatan itu. Kartika Sari adalah wanita pertama yang akan disebat akibat kesalahan meminum arak di negara ini.

Keputusan mengejut Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menangguhkan hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno kerana kesalahan meminum arak yang sepatutnya dilaksanakan minggu ini menimbulkan kekecohan di rumah bapanya di sini semalam, selepas model sambilan itu berkeras mahu dibawa ke Penjara Wanita Kajang untuk menjalani hukuman.

Kekecohan berlaku kerana Kartika Sari enggan keluar daripada van Jaip yang hanya bergerak sejauh 200 meter dari rumahnya di Kampung Jawang Utara, di sini, manakala bapanya, Shukarno Mutalib enggan menerimanya apabila pegawai Jaip menyerahkan semula anaknya.

Ketika pegawai Jaip berunding dengan bapanya, Kartika Sari duduk dalam van selama kira-kira sejam mulai jam 9.25 pagi sehingga jam 10.30 pagi sambil diperhatikan ramai penduduk kampung yang sebelum itu mengadakan solat hajat memohon wanita itu tabah menghadapi hukumannya.

Di satu pihak pula, kenyataan Menteri Dalam Negeri mengenai hukuman sebat terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno kerana kesalahan minum arak akan ditangguhkan sehingga Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai kepakaran untuk melaksanakan hukuman itu mengikut undang-undang syariah.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Jabatan Penjara tidak mempunyai tukang sebat yang berkemahiran untuk melaksanakan hukuman mengikut cara dan kaedah syariah.

Selama Umno yang memerintah Malaysia dan acap kali melaungkan merekalah parti yang memperjuangkan Islam dengan berbagai-bagai konsep Islam seperti Islam Hadhari, masih tidak adakah perlaksanaan untuk menegakkan hukuman berlandaskan syariah? Atau selama ini tiada penguatkuasaan dalam hukuman syariah ini. Islam yang ada pada Umno hanyalah untuk menarik sokongan pengundi sahaja bagi membolehkan kuasa terus ada di tangan mereka tanpa berusaha bersungguh-sunguh untuk meletakkan Islam di kedudukan tertinggi di dalam perundangan negara.

~matahijauku~

Tahniah atas kemenangan ini





























BUKIT MERTAJAM, 25 Ogos (Bernama) -- Calon PAS Mohd Salleh Man, 52, hari Selasa memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dengan majoriti 4,551 undi.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu memperolehi 9,618 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman, 38, yang mendapat 5,067 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahaya pada pukul 7.25 malam di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Jalan Berapit, di sini.

Sebaik Mohd Salleh diumumkan sebagai pemenang, kedengaran penyokong yang berada dalam dewan itu bersorak kegembiraan.

Antara pemimpin yang dilihat berada di Dewan Perdana itu ialah Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mansor Othman. Selepas diumumkan sebagai pemenang, Mohd Salleh turun dari pentas dan menjamah kurma untuk berbuka puasa. Calon BN tidak kelihatan di dewan itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lepas kerana serangan jantung.

DUN Permatang Pasir merupakan kubu PAS di Pulau Pinang dan satu-satunya kerusi yang dimenangi parti itu sejak tiga penggal lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohd Hamdan mengalahkan calon BN Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi setelah memperoleh 11,004 undi.

Pada pilihan raya umum itu, 82.6 peratus daripada 20,350 pengundi keluar mengundi manakala pada pilihan raya kecil kali ini, sebanyak 73.1 peratus daripada 20,290 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka.

-- BERNAMA

August 24, 2009

Penjelasan DSAI Mengenai ADUN Lunas

Hari ini saya difahamkan Adun Lunas Sdr Radzhi Salleh telahpun mengisytiharkan keluar dari parti. Pimpinan parti sememangnya memandang serius prestasi beliau yang terbukti lemah sepanjang menjawat jawatan dalam kerajaan negeri.

Turut mengecewakan pimpinan ialah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah dan masalah perkahwinannya di Thailand. Amaran keras telahpun diberikan agar segera meningkatkan prestasi kerja dan memperkukuh khidmatnya di kawasan. Nampaknya nasihat dan amaran kami tidak beliau endahkan, lalu mengambil tindakan mengistiharkan keluar dari parti hari ini.

Apapun alasan yang diberikan oleh beliau, saya berharap Sdr Radzhi sedar bahawa jangan sesekali bertindak mengkhianati amanah rakyat. Kerana “sesiapa yang menyemai angin, dia pastinya menuai badai.”

Berhubung kedudukan Sdr Razhi selaku Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah, saya yakin YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ustaz Azizan akan membuat keputusan yang terbaik selepas membuat pertimbangan sewajarnya.

Seperti yang dijangkakan, mendekati tarikh mengundi Selasa ini, pastinya ada serangan bertujuan mengalih pandangan bersertakan cita-cita menggugat kerjasama kempen Pakatan Rakyat di Permatang Pasir.

Adakah episod ini membabitkan tawaran sogokan jutaan ringgit? Saya tidak yakin SPRM yang dicurigai kewibawaannya mampu menjalankan siasatan tanpa ditunjuki serta berupaya memberi sebarang penjelasan memuaskan.

Izinkan saya menghimbau peristiwa pada tarikh 15 Disember 2008 yang menyaksikan ahli-ahli Dewan Rakyat mula menyertai perbahasan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dengan harapan akan wujud sebuah institusi bebas memerangi rasuah serta penyalahgunaan kuasa. Ternyata ada banyak kelemahan yang ketara terkandung di dalam rang tersebut, malahan telah kami perbahaskan dengan sabar agar ianya dapat diperbaiki demi kemaslahatan negara dan rakyat.

Dinukilkan peringatan Sayidina Ali r.a kepada Malik Ashtar ketika berbahas buat menjadi peringatan kepada diri saya dan rakan-rakan ahli Dewan Rakyat semua agar tidak memandang enteng tanggungjawab yang dipikul, kerana sesungguhnya jawatan ini adalah amanah dan bukannya satu keistimewaan.

Selepas berbahas panjang lebar, makanya Dewan Rakyat meluluskan satu Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008. Riuh rendahlah kononnya kita menuju ke satu era baru yang menjanjikan perubahan. Tidak sampai setahun wujudnya SPRM, institusi tersebut terpalit dengan pelbagai tuduhan yang serius seumpama kematian Teoh Beng Hock serta skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang(PKFZ)

Hatta pendedahan saya ketika menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong juga menemui jalan buntu. Laporan Adun Kulim, Sdr Lim Soo Nee bahawa bekas Menteri Besar Kedah Dato Mahadzir Khalid cuba menyogok beliau dengan jumlah wang sekitar RM 4-5 juta untuk menyertai barisan nasional seumpama mencurah air di daun keladi.

Rakyat turut marah apabila SPRM gagal bertindak terhadap penyelewengan pimpinan umno-bn yang dikatakan memiliki mahligai jutaan ringgit, pembelian pangsapuri mewah menggunakan duit kerajaan negeri dan kemungkinan terlibat menggadai tanah berpuluh ribu hektar kepada negara asing. Timbul pertanyaan kepada rakyat jelata adakah SPRM yang asas penubuhannya untuk berfungsi sebagai sebuah badan bebas dari kongkongan telah menjadi satu lagi perkakas pemerintah?


ANWAR IBRAHIM

ADUN Lunas, keluar dari PKR!

ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh bertindak keluar dari PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini dan menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak (UMNO).

Beliau, yang juga EXCO Pelancongan Kedah, dilaporkan mengisytiharkan sebagai ADUN bebas tetapi tidak akan melepaskan portfolio ahli majlis mesyuarat kerajaan.

Pemangku ketua PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan, juga bertindak meninggalkan parti itu dan seterusnya mengumumkan membubarkan bahagian tersebut.


Di sidang media di Hotel Legend kira-kira 11.30 pagi ini, beliau dilaporkan berbuat demikian dengan alasan "hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PKR dan perjuangan parti itu tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya."

Menurut Bernama, Mohd Radzhi berkata keputusannya sebagai menyatakan sokongan pada tindakan pembubaran bahagian tersebut seperti diumumkan oleh Jamaludin.

"Sebagai wakil rakyat, saya bersimpati dengan keputusan itu (pembubaran) kerana mereka (anggota bahagian) adalah orang yang bertanggungjawab memastikan kemenangan saya dalam pilihan raya lepas," beliau dipetik berkata.

Tambahnya, seramai 200 orang anggota biasa dan 14 anggota jawatankuasa PKR bahagian berkenaan menyokong pembubaran itu.

"Saya tidak sanggup lagi berada dalam PKR kerana rasa bertanggungjawab bersama mereka dan sebagai ahli jawatankuasa bahagian, saya turut keluar (parti) bagi menyokong keputusan itu," kata Mohd Radzhi lagi.

Beliau juga dilaporkan berkata, walaupun meninggalkan PKR, beliau akan terus berkhidmat menjadi wakil rakyat di kawasan itu, "di samping terus memberi sokongan kepada kerajaan pusat dan kepimpinan Perdana Menteri".

Beliau akan terus kekal dengan jawatan EXCO Pelancongan Kedah kerana soal pelantikan EXCO negeri adalah di bawah kuasa Sultan Kedah, lapor agensi berita itu lagi.

Menjawab persoalan sama ada beliau dibeli oleh parti politik tertentu, Mohd Radzhi menafikannya.

"Kalau kena beli, saya sudah tentu akan masuk parti yang membeli tetapi sekarang tidak ada mana-mana parti pun yang beli (saya) sebab tu saya bebas," katanya.

Dalam pilihan raya umum 2008, Mohd Radzhi mengalahkan calon BN, S Ananthan dengan majoriti 10,323 undi.

Menjelang hari pengundian

Kenali calon Pas di Permatang Pasir.



August 22, 2009

Selamat Berpuasa

PAS Kawasan Kota Tinggi mengucapkan Selamat Menyambut Kehadiran Ramadhan dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Kami mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan pada semua. Marilah kita bersama-sama menghidupkan bulan yang barakah ini dengan pengisian yang bermanfaat.


August 21, 2009

Pendedahan Berani

Sesuatu yang perlu di ambil perhatian.






August 20, 2009

Pembongkaran Rakan Kongsi

Saudara Yusri menunjukkan dokumen sambil di perhatikan SB


















Saudara Yusri dikelilingi SB




















10.08 pg : Yusri Ishak sedang membentangkan kes salahlaku pengurusan jual beli tanah koperasi..
Beliau (Yusri Ishak) sedang membentangkan kes salahlaku pengurusan jual beli tanah koperasi dan telah menandatangani cek..
Rohaizat berbincang untuk mengambil alih tanah..

10:13 pg : Rakan-rakan peguam Yusri sedang dalam proses mengambil tindakan undang2 kerana kes yg beliau dikambing hitamkan..
Yusri menafikan bahawa beliau melarikan dan pecah amanah terhadap kewangan syarikat ,ini kerana akaun diupdate setiap pagi dan sekiranya berlaku abnormal terhadap akaun, tentulah laporan polis akan dibuat ketika itu..

10:27 pg : Yusri tidak takut dgn pendedahan ini demi membersihkan nama beliau dari dikambing hitamkan...beliau juga bersedia utk berada diatas pentas terbuka untuk menyatakan apa yg sebenar berlaku..dan menidakkan fitnah tersebut

10:30 pg : salinan dokumen/surat dari koperasi dan semua yang terlibat akan disiarkan

10:34 pg : Berlaku gangguan sekarang. SB sudah merapat...

10:50 pg : Encik Yusri Ishak kini berada dalam keadaan selamat dan kini sedang berada di markas Induk PAS untuk sidang meda akhbar, yang akan turut berada disana ialah YB Mahfuz, DSAI dan lain-lain pimpinan

10:55 pg : Sidang LIVE ini akan berakhir pada jam 11 pagi..selepas ini beliau akan bersama media di Markas Induk pula..harap maklum !
Calon yang dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yang bersih kerana "kita meminta rakyat meletak kepercayaan kepadanya sebagai ketua mereka", kata bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

"Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita. Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu," tulis Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dalam blognya.

Beliau merujuk kepada pemilihan Rohaizat Othman - yang telah dibatalkan lesen guamannya - sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir. Majlis Peguam telah membatalkan lesen guamannya pada 7 Mac 2008 ekoran dikaitkan dengan kes pecah amanah wang anak guam.

Rayuan Rohaizat ke Mahkamah Tinggi juga ditolak pada 12 Ogos lalu. Menurut Tengku Razaleigh perkara itu seumpama itu tidak akan melayakkannya menjadi calon bagi jawatan awam dalam mana-mana parti politik.

















Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apakah Umno kekurangan calon sehingga terpaksa memilih Rohaizat bertanding di Permatang Pasir. "Apakah salahlaku kewangan seumpama itu sudah menjadi perkara biasa sehingga tidak lagi menjadi faktor dalam memilih calon yang sesuai.

"Pemimpin parti yang memilih dan menyaring calon-calon mesti sudah tahu kecacatan itu tetapi menganggap salahlaku kewngan itu sebagai satu perkara yang remeh," tambahnya. Menurut Tengku Razaleigh lagi, kejujuran merupakan syarat minimum untuk memegang jawatan awam.

"Apa jua pun kebaikan-kebaiakan yang lain yang dimilik calon berkenaan, jua pun kebaikan-kebaikan yang lain yang dimilik calon berkenaan, beliau tidak boleh dipertimbangkan sekiranya beliau gagal ujian ini.

"Calon yang hendak kita pilih bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yan bersih kerana kita meminta rakyat meletakkan keyakinan mereka kepadanya sebagai pemimpin mereka.

"Dan kerajaan yang demokratik akan runtuh tanpa mendapat keyakinan rakyat," tambahnya.

Oleh itu, Tengku Razaleigh berkata, dengan meletak seorang yang telah dilucut kelayakannya menjadi peguam, maka Umno menonjolkan imej bahawa ia mengamalkan kod moral yang berbeza dengan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.

"Satu set peraturan untuk Umno dan yang lain pula untuk orang lain," katanya..

Ni kira yang terbaik dah ni Tengku..pasal dia songlap sikit saja.. kalau yang lain-lain tu depa songlap lagi banyak..


Mainan politik BN di Permatang Pasir

Ini adalah risalah yang di jumpai oleh petugas-petugas Pas semasa meninjau di persekitaran UPU Pelet. Di percayai ianya diedarkan diseluruh DUN Permatang Pasir. Siapakah empunya angkara yang masih mengamalkan propaganda era 80 an ini? Perkara ini telah lama diperjelaskan oleh kepimpinan Pas tetapi malangnya Umno yang tidak mempunyai modal untuk menghentam Pas telah memilih untuk menggunakan kaedah ini. Adakah pengundi di Permatang Pasir mudah termakan akan dakyah seperti ini?

Kita lihat keputusannya nanti yang akan menterjemahkan segalanya.


































































































Kerja propaganda Umno, BN.

August 15, 2009

Surau yang terbiar

Dalam seminggu yang lepas, YDP bersama-sama dengan kepimpinan Pas Cawangan Tanjung Sedili telah meninjau ke sebuah surau yang terbiar tanpa apa-apa tindakan lanjutan daripada pihak Jabatan Agama Islam Kota Tinggi. Berikutan aduan yang di terima daripada penduduk setempat, pihak kami terpanggil untuk melihat sendiri akan keadaan yang sebenar.

Apa yang begitu dikhuatiri oleh penduduk setempat, surau yang terbiar tersebut kini di jadikan tempat penginapan beberapa pekerja warga Indonesia yang di katakan berkerja di kampung tersebut. Yang menjadi persoalan di situ akan kebenaran yang di perolehi untuk membenarkan surau tersebut di jadikan sebagai tempat penginapan. Perlu ada tindakan susulan daripada pihak Jabatan Agama dalam persoalan ini samada untuk memelihara surau tersebut atau sebaliknya. Di maklumkan kepada kami bahawa kebenaran menempatkan sekumpulan pekerja Indonesia di situ atas kebenaran salah seorang daripada penduduk kampung yang dipercayai mempunyai kekuasaan politik di situ.

Semuga pendedahan ini mendapat tindakan selanjutnya daripada agensi yang terlibat.

































Sekelilingi surau di penuhi dengan semak samun.





























































Anjing kelihatan berkeliaran di sekitar tapak surau. Sementara itu, YDP menunjukkan tempat penternakan ikan yang bersebelahan dengan surau tersebut.

August 14, 2009

Lawatan Timbalan Presiden













































































































































Memorandum Bantahan Sek Agama Johor














































Gambar penyerahan memorandum bantahan keatas masa depan Sekolah Agama Johor yang dilaporkan bakal berkubur menjelang 2011. Bagi anda yang perihatin tentang sistem persekolahan agama tradisi Johor, sama-samalah berdoa akan kesinambungan sistem pendidikan agama yang telah lama diterajui oleh Kerajaan Negeri Johor. Yang paling mudah untuk mempertahankan sistem pendidikan ini ialah dengan menumbangkan Umno dalam pilihanraya yang akan datang.

August 12, 2009

Local Agenda 21 Di batalkan?


























Setelah hampir sebulan wakil setiap taman yang terlibat di dalam program Local Agenda seperti yang di rancang oleh Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) bermesyuarat untuk menjayakan program tersebut tiba-tiba dua hari sebelum tarikh yang di persetujui bersama iaitu berlangsungnya seisi dialog bersama rakyat pada 9 Ogos 2009 di batalkan dengan tergesa-gesa. Pembatalan program tersebut hanya di maklumkan melalui surat yang di edarkan kepada setiap wakil daripada taman masing-masing seperti Taman Hijrah, Taman Guru, Jalan Kota Kechil, Jalan Mohideen serta Jalan Mohaman tanpa sebarang alasan. Ini menimbulkan pelbagai spekulasi di atas tindakan tersebut.

Seperti yang di ketahui, setiap taman yang terlibat didalam Local Agenda ini telah bermesyuarat dan melantik ahli jawatankuasa masing-masing bagi melibatkan dengan sebarang program seperti gotong royong dan sebagainya. Kebanyakan daripada mereka juga telah bersedia dengan soalan masing-masing untuk seisi dialog. Kerana telah dimaklumkan kepada mereka bahawa di dalam seisi dialog tersebut yang melibatkan berbagai agensi kerajaan yang lain yang akan responsif segala pertanyaan penduduk yang berkaitan dengan keselesaan mereka. Sememangnya daripada responsif penduduk yang terlibat, masing-masing begitu teruja dengan soalan masing-masing yang sekian lama terpendam ataupun sebelum ini yang telah membuat laporan tetapi masih di peram oleh agensi yang terlibat.

Berpegang pada aspirasi PM, Rakyat di utamakan, Pencapaian di dahulukan, kami menuntut kepada MDKT agar dapat meneruskan Local Agenda ini bagi kepentingan rakyat. Jangan biarkan penduduk yang terlibat dalam Local Agenda tersebut tertanya-tanya akan pembatalan program tersebut. Ketepikan soal politik, setiap agensi yang terlibat perlu melihat akan keutamaan penduduk yang membayar cukai kepada mereka dan sememangnya menjadi hak mereka menuntut sesuatu yang bermanfaat daripada agensi kerajaan yang terlibat. Jangan di sebabkan segelintir makhluk yang terdapat di dalam struktur kerajaan tersebut yang mempunyai kepentingan politik maka hak penduduk di ketepikan begitu sahaja. Agensi kerajaan tempatan perlulah bertindak proaktif dalam hal berkaitan, jika rakyat lewat membayar cukai sudah tentu akan di kenakan kompaun tetapi jika kerajaan tempatan melengah-lengahkan kepentingan rakyat...kemanakah aduan hendak di buat? Selama ini pelbagai laporan kerosakan telah di adukan kepada agensi-agensi tertentu tapi tindakan susulan teramatlah mendukakan.

Jadi, minta kepada MDKT agar dapat bertindak secara rasional akan program Local Agenda ini. Kami menantikan jawapan yang lebih rasional.

~matahijauku~

August 11, 2009

Majlis Ceramah Pakatan Rakyat Kota Tinggi

Alhamdulillah, memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt atas keizinannya dapat Pas dan PKR Kota Tinggi atas wadah perjuangan Pakatan Rakyat berhasil menganjurkan ceramah dengan dihadiri oleh kesemua penceramah yang di undang. Malam yang pada awalnya kelihatan lesu dapat dihangatkan oleh hujah-hujah penceramah yang sememangnya berpotensi menjadi penceramah yang disegani.

Bermula dengan ucapan Saudara Onn Bin Jafar selaku mantan calon PAS bagi Parlimen Kota Tinggi yang bertanding semasa PRU 12 yang lepas, menggantikan YDP Pas Kota Tinggi menyampaikan ucapan alu-aluannya dengan ungkapan mengutuk keganasan dan kezaliman Polis yang secara sah diperkudakan oleh pemimpin Umno. Umno yang ketika ini dilihat semakin lemah, hanya bergantung pada beberapa kerat pegawai kerajaan untuk memberi bantuan oksigen pada mereka. Tindakan ganas pihak Polis semasa perhimpunan Mansuhkan ISA tempohari membuktikan Umno sebenarnya sedang menggunakan talian hayat untuk mereka terus berkuasa.

Penceramah seterusnya iaitu Saudara Ahmad Bin Ton selaku Naib Pengerusi DAP Johor pula mengajak orang Melayu agar tidak terus dimomok-momokkan dengan parti DAP kerana terbukti DAP bukanlah parti racist atau perkauman yang hanya membenarkan satu kaum sahaja menjadi ahlinya. Tindakan Umno memainkan isu perkauman kepada orang Melayu dengan menakut-nakutkan orang Melayu akan nasib mereka sama seperti orang Melayu di Singapura apabila kekuasaan politik diberikan kepada DAP. Sebaliknya beliau menegaskan Umno, BN lah parti yang mengamalkan dasar perkauman dengan menyatakan MCA lebih kepada perjuangan bagi kepentingan kaum mereka, begitu juga dengan MIC dan Umno itu sendiri. Masing-masing mengejar kepentingan sendiri.


Slot berikutnya di isi oleh Ust Mohd Azam bin Abd Razak selaku Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor. Atas kapasiti beliau sebagai Ketua Penerangan, beliau menjelaskan dalam ceramah tersebut soal akidah, soal perjuangan yang di bawa oleh PAS berbanding Umno yang lebih mementingkan soal assobiyah. Beliau menjelaskan dalam perbandingan pemerintahan Nabi Muhammad saw dan pemerintahan yang dilakukan oleh Umno yang kabur dalam mengambil dasar pemerintahan dan perjuangannya. Umno atas nama itu sendiri tidak memperlihatkan dasar perjuangannya..melayukah atau golongan bangsawan di dalam Umno? Sebaliknya tegas beliau, PAS sentiasa mendukung undang-undang Islam yang terkandung di dalamnya suatu hukum yang lengkap sebagai pedoman untuk manusia. Bodohlah manusia yang tidak mengambil isi kandungan tersebut yang di cipta oleh penciptanya iaitu Allah yang lebih mengetahui akan manusia sebagai makhluk ciptaannya. Atas dasar inilah, PAS sentiasa komited dalam memartabatkan daulah Islamiyah terus subur di muka bumi ini.

Mempersoalkan akan ISA yang sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri yang meletakkan hak keadilan di peringkat tertinggi dalam menghukum sesuatu perkara, PAS sentiasa menyokong akta zalim ISA ini di hapuskan terus. Bayangkan, hanya dengan pendapat dan arahan seorang Menteri, seseorang itu boleh ditangkap dan disumbat ke penjara atas nama menjaga ketenteraman awam sedangkan tiada pembuktian tentang kesalahan yang di lakukannya. Beliau menegaskan lagi, semasa di zaman Tun Razak, ISA ini khusus di gunakan untuk membenteras kegiatan komunis di tanah air ini tetapi selapas daripada itu ISA digunakan sewenang-wenangnya kepada musuh politik mereka. Beliau juga mengambil contoh di zaman Nabi Musa a.s ketika berdepan dengan Firaun yang terkenal dengan kezalimannya, Firaun masih mangajak Nabi Musa memperlihatkan mukjizatnya bilamana berdepan dengan tukang-tukang sihir mereka. Bermakna, Firaun masih memberi ruang dan membuktikan kenabian Nabi Musa dalam membuktikan beliau sebenarnya utusan Allah. Kalau Firaun masih menggunakan ruang untuk Nabi Musa membuktikan beliau seorang Rasul, apakah istimewanya ISA ini yang menafikan hak seseorang yang disyaki bersalah tanpa di buktikan kesalahannya?


Yang terakhir berceramah pada malam tersebut iaitu Saudara Fariz Musa, Timbalan AMK Pusat. Beliau yang sebelum ini merupakan bekas ahli Umno merangkap Ketua Penerangan Pemuda, melemparkan kenyataan bahawa Umno memang tidak berniat untuk meletakkan siasah di dalam agama. Sepertimana yang dinyatakan, manusia dipilih untuk menjadi khalifah bagi memakmurkan muka bumi ini mengikut acuan yang telah di gariskan oleh Islam. Meletakkan agama dalam semua urusan dunia, bukannya mengasingkan antara agama dan politik. Beliau menjelaskan, Umno lebih dilihat sebagai parti yang kuat menipu..UMNO ialah Umno, Menipu NOmbor 1. Dalam Umno pula, yang dikatakan pengkhianat besar ketika ini adalah Muhyiddin Yassin yang sebelumnya ini pernah menjadi Menteri Besar Johor yang menjual tanah-tanah orang Melayu kepada taukeh-taukeh padang golf, Nirvana serta kondo mewah ketika itu. Siapa yang menukarkan cuti mingguan Johor daripada Jumaat kepada Ahad? Bagaimana pula dengan skim ASJ?

Dalam ceramahnya lagi, Umno ketika ini cukup bernafsu untuk merampas Selangor daripada tangan Pakatan Rakyat sepertimana yang telah diusahakannya di Perak dengan sekali lagi memperkudakan institusi kerajaan seperti Polis, SPRM dan Jabatan Kehakiman. Ini diperlihatkan dengan jelas akan keterlibatan Ketua Hakim dan Polis dalam usaha menyelamatkan Umno daripada terus longlai selepas kekalahan teruk PRU yang lepas. Juga atas usaha mereka merampas Perak ketika itu. Terlalu banyak bukti-bukti yang sehingga kini masih dibekukan seperti dulunya kes di Bt Burok yang mana mangsa kekejaman Polis di dakwa, manakala kes Beng Hock ini di segerakan siasatannya sehingga membawa kepada kematiannya sedangkan kes Khir Toyo dengan rumah ala Balinya terus di peti sejukkan.

Diakhir ucapannya, beliau mengajak pendengar yang hadir pada malam tersebut agar berani membuat perubahan. Tinggalkan label Umno itu Felda dan Felda itu Umno. Buat perubahan untuk kesejahteraan dan keadilan semua.

~matahijauku~