Alhamdulillah, memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt atas keizinannya dapat Pas dan PKR Kota Tinggi atas wadah perjuangan Pakatan Rakyat berhasil menganjurkan ceramah dengan dihadiri oleh kesemua penceramah yang di undang. Malam yang pada awalnya kelihatan lesu dapat dihangatkan oleh hujah-hujah penceramah yang sememangnya berpotensi menjadi penceramah yang disegani.
Bermula dengan ucapan Saudara Onn Bin Jafar selaku mantan calon PAS bagi Parlimen Kota Tinggi yang bertanding semasa PRU 12 yang lepas, menggantikan YDP Pas Kota Tinggi menyampaikan ucapan alu-aluannya dengan ungkapan mengutuk keganasan dan kezaliman Polis yang secara sah diperkudakan oleh pemimpin Umno. Umno yang ketika ini dilihat semakin lemah, hanya bergantung pada beberapa kerat pegawai kerajaan untuk memberi bantuan oksigen pada mereka. Tindakan ganas pihak Polis semasa perhimpunan Mansuhkan ISA tempohari membuktikan Umno sebenarnya sedang menggunakan talian hayat untuk mereka terus berkuasa.
Penceramah seterusnya iaitu Saudara Ahmad Bin Ton selaku Naib Pengerusi DAP Johor pula mengajak orang Melayu agar tidak terus dimomok-momokkan dengan parti DAP kerana terbukti DAP bukanlah parti racist atau perkauman yang hanya membenarkan satu kaum sahaja menjadi ahlinya. Tindakan Umno memainkan isu perkauman kepada orang Melayu dengan menakut-nakutkan orang Melayu akan nasib mereka sama seperti orang Melayu di Singapura apabila kekuasaan politik diberikan kepada DAP. Sebaliknya beliau menegaskan Umno, BN lah parti yang mengamalkan dasar perkauman dengan menyatakan MCA lebih kepada perjuangan bagi kepentingan kaum mereka, begitu juga dengan MIC dan Umno itu sendiri. Masing-masing mengejar kepentingan sendiri.
Slot berikutnya di isi oleh Ust Mohd Azam bin Abd Razak selaku Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor. Atas kapasiti beliau sebagai Ketua Penerangan, beliau menjelaskan dalam ceramah tersebut soal akidah, soal perjuangan yang di bawa oleh PAS berbanding Umno yang lebih mementingkan soal assobiyah. Beliau menjelaskan dalam perbandingan pemerintahan Nabi Muhammad saw dan pemerintahan yang dilakukan oleh Umno yang kabur dalam mengambil dasar pemerintahan dan perjuangannya. Umno atas nama itu sendiri tidak memperlihatkan dasar perjuangannya..melayukah atau golongan bangsawan di dalam Umno? Sebaliknya tegas beliau, PAS sentiasa mendukung undang-undang Islam yang terkandung di dalamnya suatu hukum yang lengkap sebagai pedoman untuk manusia. Bodohlah manusia yang tidak mengambil isi kandungan tersebut yang di cipta oleh penciptanya iaitu Allah yang lebih mengetahui akan manusia sebagai makhluk ciptaannya. Atas dasar inilah, PAS sentiasa komited dalam memartabatkan daulah Islamiyah terus subur di muka bumi ini.
Mempersoalkan akan ISA yang sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri yang meletakkan hak keadilan di peringkat tertinggi dalam menghukum sesuatu perkara, PAS sentiasa menyokong akta zalim ISA ini di hapuskan terus. Bayangkan, hanya dengan pendapat dan arahan seorang Menteri, seseorang itu boleh ditangkap dan disumbat ke penjara atas nama menjaga ketenteraman awam sedangkan tiada pembuktian tentang kesalahan yang di lakukannya. Beliau menegaskan lagi, semasa di zaman Tun Razak, ISA ini khusus di gunakan untuk membenteras kegiatan komunis di tanah air ini tetapi selapas daripada itu ISA digunakan sewenang-wenangnya kepada musuh politik mereka. Beliau juga mengambil contoh di zaman Nabi Musa a.s ketika berdepan dengan Firaun yang terkenal dengan kezalimannya, Firaun masih mangajak Nabi Musa memperlihatkan mukjizatnya bilamana berdepan dengan tukang-tukang sihir mereka. Bermakna, Firaun masih memberi ruang dan membuktikan kenabian Nabi Musa dalam membuktikan beliau sebenarnya utusan Allah. Kalau Firaun masih menggunakan ruang untuk Nabi Musa membuktikan beliau seorang Rasul, apakah istimewanya ISA ini yang menafikan hak seseorang yang disyaki bersalah tanpa di buktikan kesalahannya?
Yang terakhir berceramah pada malam tersebut iaitu Saudara Fariz Musa, Timbalan AMK Pusat. Beliau yang sebelum ini merupakan bekas ahli Umno merangkap Ketua Penerangan Pemuda, melemparkan kenyataan bahawa Umno memang tidak berniat untuk meletakkan siasah di dalam agama. Sepertimana yang dinyatakan, manusia dipilih untuk menjadi khalifah bagi memakmurkan muka bumi ini mengikut acuan yang telah di gariskan oleh Islam. Meletakkan agama dalam semua urusan dunia, bukannya mengasingkan antara agama dan politik. Beliau menjelaskan, Umno lebih dilihat sebagai parti yang kuat menipu..UMNO ialah Umno, Menipu NOmbor 1. Dalam Umno pula, yang dikatakan pengkhianat besar ketika ini adalah Muhyiddin Yassin yang sebelumnya ini pernah menjadi Menteri Besar Johor yang menjual tanah-tanah orang Melayu kepada taukeh-taukeh padang golf, Nirvana serta kondo mewah ketika itu. Siapa yang menukarkan cuti mingguan Johor daripada Jumaat kepada Ahad? Bagaimana pula dengan skim ASJ?
Dalam ceramahnya lagi, Umno ketika ini cukup bernafsu untuk merampas Selangor daripada tangan Pakatan Rakyat sepertimana yang telah diusahakannya di Perak dengan sekali lagi memperkudakan institusi kerajaan seperti Polis, SPRM dan Jabatan Kehakiman. Ini diperlihatkan dengan jelas akan keterlibatan Ketua Hakim dan Polis dalam usaha menyelamatkan Umno daripada terus longlai selepas kekalahan teruk PRU yang lepas. Juga atas usaha mereka merampas Perak ketika itu. Terlalu banyak bukti-bukti yang sehingga kini masih dibekukan seperti dulunya kes di Bt Burok yang mana mangsa kekejaman Polis di dakwa, manakala kes Beng Hock ini di segerakan siasatannya sehingga membawa kepada kematiannya sedangkan kes Khir Toyo dengan rumah ala Balinya terus di peti sejukkan.
Diakhir ucapannya, beliau mengajak pendengar yang hadir pada malam tersebut agar berani membuat perubahan. Tinggalkan label Umno itu Felda dan Felda itu Umno. Buat perubahan untuk kesejahteraan dan keadilan semua.
~matahijauku~