Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

April 30, 2011

Gambar Lucah Di Media; Mana Peranan KDN


Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap media perdana yang dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar di dalam akhbar mereka. Ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka. Pada mereka soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi. Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahannya.

Sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anuar Ibrahim.

PAS ingin mengingatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah. Sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah. Begitu juga berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk "Lelaki Y ialah Anwar". Ini merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar. Lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya. Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan? Ini sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.

PAS hairan ke mana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja. Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan. Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno/BN yang ternyata busuk sampai ke usus-usunya?

April 27, 2011

Sorotan Gambar Sepanjang Ceramah Tuan Haji Mohamad Sabu


Saudara Jeya (Timb Ketua Cabang PKR Kota Tinggi) turut meraikan kehadiran penceramah pada malam tersebut


Timbalan YDP, Tuan Haji Monaim menemani Tuan Hj Mohamad Sabu


Ketua Muslimat DMP, Puan Rosnani bersama Cikgu Normala



Saudara Onn Bin Jaafar menyampaikan ucapan alu-aluannya mewakili YDP pada malam tersebut


Cikgu Normala sedang berucap dengan gaya seorang pendidik yang mampu memikat hadirin yang hadir


Tuan Hj Mohamad Sabu yang di gelar oleh Cikgu Mala sebagai penceramah tersohor


Barisan kepimpinan DMP bergambar bersama Cikgu Mala seusai program berakhir

April 25, 2011

Buru Guru Sokong Pembangkang, Kebajikan Guru Terabai

Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap sikap Kementerian Pelajaran dibawah kendalian Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Dr Fuad Zarkashi yang sibuk memburu guru-guru yang terlibat dengan pembangkang sebaliknya mengabaikan kebajikan guru-guru di sekolah.

Terkini tindakan pertukaran Cikgu Maaruf Mutalib daripada Sekolah Menengah Tenang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pengelih Pengerang Kota Tinggi, adalah satu contoh "politik babarian" yang diulang semula di Kementerian Pelajaran. Pertukaran kerana surat cuti sakit Cikgu Maaruf semasa pilihanraya kecil Tenang. Persoalannya surat sakit yang dikemukakan ialah daripada doktor hospital kerajaan, bukan daripada dukun.

Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad kena turun ke padang melihat sendiri kebajikan guru-guru yang dibebankan dengan berbagai tugas. Pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengenai tuntutan perjalanan yang dibuat oleh guru-guru di yang pergi kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah sejak bulan Mac 2010 masih tidak dapat. Begitu juga lambakan guru Sains dan Metematik seramai 26,000 satu lagi ukuran gagal Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad Zarkashi untuk membuat unjuran keperluan guru-guru di sekolah-sekolah. Akhirnya guru ini terpaksa mengajar mata pelajaran lain daripada pengkhususannya. Apabila keadaan ini berlaku yang menjadi mangsanya ialah murid-murid.

Disamping itu, guru-guru kini di bebani pula dengan tanggungjawab menyelia anak murid mereka dalam mengetahui tahap kesihatan atau cara pemakanan untuk mengetahui tahap obesiti mereka.

Sedangkan Tan Sri Muhyiddin begitu lantang mengkritik tawaran Pakatan Rakyat kepada guru-guru, imbuhan bulanan RM500.00, sehingga menuduh negara akan hancur dan bankrap. Nampaknya sekarang siapa yang bangkrap? Sehingga peruntukan untuk Kementerian beliau tidak cukup.

Jika inilah watak menteri yang menguruskan kilang yang melahirkan modal insan maka negara akan hancur kerana meritnya bukan kebolehan tetapi ketaksuban kepada Umno. Kenapa Pengarah Pendidikan Johor Tuan Haji Markom Giran tidak diambil tindakan kerana berkempen kepada guru-guru ketika pilihanraya kecil Tenang.

Akhirnya kita ingin mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin janganlah kamu melakukan kezaliman, kerana doa orang yang zalim tidak ada hijab dengan Allah. Ingatlah bahawa kamu ada anak isteri dan keluarga, kalau kamu tidak suka dizalimi, cikgu Maaruf dan Cikgu Normala juga tidak suka dizalimi. Peringatan khas untuk Datuk Fuad Zarkashi mengenai kata-kata Assyahid Syed Qutb buku yang dibaca sewaktu bersama PAS dahulu" Kezaliman walaupun nampak kuat, ia tidak kekal, sedangkan kebenaran walaupun nampak lemah, ia akan menang".

April 22, 2011

Program Ceramah Terkini

April 11, 2011

Ceramah Pakatan Rakyat bersama YB Ng Suee Lim

Bertarikh 9 April 2011, Sabtu bermula jam 9 malam, ceramah isu-isu semasa anjuran Pakatan Rakyat Kota Tinggi di adakan di Pasti Al-Falah (2) Taman Hijrah Kota Tinggi dengan menjemput penceramah YB Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan, Selangor pada malam tersebut.

Program ceramah yang di pengerusikan oleh Saudara Jaya yang merupakan juga Timbalan PKR Cabang Kota Tinggi berjalan dengan lancar.


Saudara Jaya sedang berucap mempengerusikan program ceramah



Turut berucap pada malam tersebut, Saudara Abdul Razak Bin Hj Esa selaku Ketua PKR Cabang Kota Tinggi dengan membawa isu-isu tempatan yang begitu hebat dan bersemangat.


Saudara Abdul Razak ketika berucap dalam ceramah tersebut




Sebahagian daripada hadirin yang hadir tekun mendengar ceramah







Pemuda mengambil peluang bergambar dengan YB





Naib YDP PAS Kota Tinggi turut tidak ketinggalan untuk merakamkan kenangan bersama YB

April 08, 2011

Gambar sekitar Mesyuarat Dewan Muslimat Kota Tinggi

Syukur ke hadrat Allah SWT atas keizinannya Dewan Muslimat PAS Kota Tinggi berhasil mengadakan mesyuarat agungnya yang ke-4 baru-baru ini. Semuga kehadirannya memberi impak yang maksima kepada PAS Kota Tinggi untuk menghadapi Umno-BN.



Ucapan Ketua Dewan Muslimat PAS Kota Tinggi


Ucapan YDP sempena ucapan alu-aluan



Ucapan perasmi



Penyampaian cenderahati kepada perasmi



Sebahagian muslimat yang hadir ke mesyuarat agung

Tan Sri Muhyiddin, Selesaikan Segera Tuntutan Perjalanan Guru-Guru

Parti Islam Se-Malaysia PAS, simpati dengan nasib guru-guru Kementerian Pelajaran yang lambat menerima tuntutan. Menurut Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendedahkan ada Jabatan Pelajaran Negeri belum membayar tuntutan perjalanan pegawai pendidik walaupun selepas lebih setahun tuntutan dibuat. Ia membabitkan tuntutan perjalanan ke program dan kursus anjuran Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) sejak Februari serta Mac tahun 2010. Difahamkan perkara ini berlaku kerana peruntukan Kementerian Pelajaran dikurangkan.

Fenomena ini amat memalukan ketika Timbalan Presiden Umno yang juga Menteri Pelajaran sibuk temberang rakyat Sarawak dengan berbagai projek sempena pilihanraya Negeri Sarawak. PAS hendak menasihat Tan Sri Muhyiddin Yasin sebelum ke Sarawak selesai dahulu nasib guru-guru di bawah kementerian beliau dahulu. Di dalam Islam, kalau hendak bersedekah dekat orang lain biarlah anak kita tidak mengemis kepada orang lain. Nampaknya Tan Sri Muhyiddin sibuk buat amal sunat, perkara wajib diabaikan.

Nampaknya Kementerian Pelajaran sejak di bawah beliau semakin bercelaru. Sebelumnya berlaku lambakan lebihan guru Sains dan Metematik seramai 26,000. Mungkin beliau pening hendak menjawab tawaran Pakatan Rakyat yang dianggap satu cabaran kepada beliau apabila guru-guru akan diberikan imbuhan khas sebanyak RM500.00 setiap bulan. Untuk melindungi kelemahan beliau maka beliau memberi kenyataan jika ikut Buku Jingga negara bankrap. Sekarang siapa yang bankrap? Sehingga guru-guru tidak dapat tuntutan perjalanan walaupun hampir setahun.

PAS menasihatkan Timbalan Presiden Umno jagalah kebajikan anak kandung dulu sebelum memperdulikan anak orang. Negara akan runtuh jika memperolehi kerajaan yang tidak mengambil berat kepada guru-guru kerana mereka ialah orang yang bertanggungjawab menyediakan sumber tenaga manusia pada masa akan datang.

Video Seks; Rakyat Lupa Kelemahan BN


Isu video telah memerangkap rakyat Malaysia sehingga hilang fokus kepada isu yang sebenar. Ketika rakyat sibuk membincangkan isu video, kerajaan BN telah menaikkan minyak RON 97 sebanyak 20 sen seliter manakala SPRM mengumumkan negara rugi RM108 bilion setiap tahun angkara rasuah dan aktiviti haram yang lain.

Kebijaksanaan pemimpin BN mengalihkan isu sebenar dengan permainan media mereka sehingga lupa kepada isu tidak kemampuan BN menguruskan negara. Begitu juga dengan buku jingga sampai sekarang tidak ada jawapan yang mantap untuk menjawabnya. Mereka hanya mampu mengatakan buku jingga boleh bawa bankrap jika Pakatan Rakyat laksanakan apabila mereka memerintah. Walaupun jawapan balas sudah diberikan dengan fakta tentang kemampuan PR melaksanakan agenda buku jingga.

Pakatan Rakyat jangan pula lalai dengan isu video sehingga lupa untuk agenda perubahan untuk rakyat. Semua maklum isu buku jingga pihak BN berada dalam keadaan defensif. Mereka hanya upah pemimpin Umno Sabah untuk bercakap mengenai buku jingga di dalam parlimen walaupun kadang-kadang tidak masuk station. Sehingga di dalam parlimen askar upahan BN membincang buku jingga dan terlupa bincang titah Diraja di dalam sesi palimen.

Pas yakin isu video, akan menjadi senjata makan tuan. Rakyat sudah mual dengan politik lucah yang tidak berkesudahan. Apakah ini politik transformasi Datuk Seri Najib Tun Razak? Apakah rakyat boleh kenyang dengan video lucah? Apakah dengan isu ini inflasi negara akan menurun?.

April 02, 2011

Sebelum Temberang Di Sarawak ,Tan Sri Muhyiddin Selesaikan Masalah Kementerian Pelajaran Dahulu


Sebelum berkempen di Sarawak, Tan Sri Muhyiddin Yasin diminta memantau perjalanan di Kementerian Pelajaran di bawah kendalian beliau dahulu. Masalah lebihan guru seramai 26,000 guru opsyen Matematik dan Sains terpaksa mengajar pelbagai subjek lain, termasuk Pendidikan Jasmani dan Pengetahuan Agama Islam berikutan lebihan guru di sekolah di seluruh negara.

Menurut sumber, lambakan serius membabitkan 14,000 guru subjek Sains dan 12,000 guru Matematik itu menyebabkan mereka yang diarah mengajar opsyen lain tidak dapat menjayakan tugas dengan penuh semangat. Ada antara mereka hilang motivasi diri dan begitu emosi untuk meneruskan kerjaya murni itu. Guru terbabit mengakui, pada peringkat awal bersemangat mendidik pelajar untuk lulus cemerlang Sains dan Matematik. Namun, selepas lima tahun mengajar subjek lain, mereka lemah semangat dan terpaksa melupakan cita-cita untuk bergelar guru Sains dan Matematik berwibawa.

Persoalannya bagaimana boleh terjadi? Kalau dengar ucapan Tan Seri Muhyiddin seolah-olah mutu dan pentadbiran Kementerian Pelajaran semacam bertaraf dunia. Sekarang beliau sibuk janji bermacam-macam projek di Sarawak sehingga sanggup mengatakan mereka yang menentang BN di Sarawak hantu dan jembalang.

PAS mengharapkan beliau juga jangan jadi raja temberang pula sepanjang kempen di Sarawak. Apa pula yang hendak dijanjikan di Sarawak. Kita akan tengok sekolah di Sarawak yang cukup dhaif dan tidak mempunyai kemudahan asas yang cukup menyedihkan. Sedangkan Sarawak kaya dengan hasil mahsul minyak dan balak. Semuanya petanda BN gagal melaksanakan amanah rakyat di Sarawak.

Apa kerja Tan Sri Muhyiddin yang menjaga Kementerian Pelajaran? Kenapa beliau tidak arahkan buat unjuran setiap keperluan guru, sehingga berlaku lambakan guru Sains dan Matematik?. Mungkin beliau tidak sempat memantau Kementerian Pelajaran kerana sibuk berpolitik dan menziarahi surau dan solat berjamaah di dalam negeri Selangor, sebagai operasi tawan Selangor.