Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?

Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

October 31, 2009

Semua rezeki datang dari langit

Alangkah sukarnya bila seseorang mengharap rezeki terus daripada sumber alam. Para nelayan dan petani adalah golongan yang harus tunduk kepada alam. Mereka tidak boleh panjang angan-angan. Di setiap hari, empat unsur alam iaitu air, api, angin dan tanah menentukan pasang surut pendapatan mereka. Nasib mereka setiap hari ditentukan oleh empat unsur itu secara langsung.

Seorang nelayan yang bangun tidur di waktu subuh untuk turun ke laut, tidak tahu sama ada dia akan memperoleh rezeki pada pagi itu. Diselubungi kedinginan malam dan kegelapan di tengah laut, dia tahu, kalau ada rezeki, adalah ikan yang tersangkut di jalanya. Andai sebaliknya, dia tahu nasibnya tidak menyebelahinya pada hari itu.

Dalam pada itu, dia sedar, pada bila-bila sahaja ribut akan datang. Gelombang laut akan menolak perahunya setinggi gunung dan menghempasnya pula ke dada laut persis sabut kelapa. Entah perahunya karam dan dirinya sama-sama tenggelam ke dasar laut� di setiap saat, si nelayan sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Seorang petani yang menanam padi, sayur-sayuran atau buah-buahan pula tahu, hasilnya pada tahun lalu bukannya pengukur perolehannya pada tahun ini. Mungkin cuaca pada tahun ini tidak akan menyebelahinya. Jika cuaca tidak memihak kepadanya, tanamannya akan mati di panah mentari kemarau. Mungkin juga tanamannya rebah diserbu arus banjir.

Jika cuaca elok dan tanamannya berbuah, belum tentu lagi dia dapat menikmati hasilnya tak lama lagi. Burung, siput, serangga malah penyakit tanaman boleh menyerang pada bila-bila masa lalu melenyapkan angan-angannya untuk memperoleh rezeki dari hasil usahanya.

Namun, di sebalik segala ketidaktentuan, golongan ini amat beruntung. Ketidakpastian itu sebenarnya membuatkan mereka sentiasa sedar yang mereka tiada kuasa untuk menghadapi kekuatan keempat-empat unsur alam iaitu air, api, angin dan tanah itu. Justeru, kepada siapakah mereka mengharap, kepada siapakah mereka memohon dan kepada siapakah mereka pasrah?

Sudah tentulah kepada Allah SWT, tuan punya air, api, angin dan tanah itu. Tatkala melangkah ke dalam selut sawah atau mengharung laut, kepada Ar-Razzaq atau Yang Maha Menganugerah Rezekilah mereka bermohon. Tatkala sampan dilambung ombak atau ketika banjir melanda tanaman, kepada Al-Qahar atau Yang Maha Keras itulah yang dipohon agar cuaca kembali pulih. Dan kepada Al-Basit atau Yang Melapangkan itulah yang dipohon agar rezeki dapat diperoleh kembali.

Beruntungnya golongan ini kerana saban hari dapat memohon dan merintih mengadu nasib demi sesuap nasi. Cara mereka mencari rezeki yang bersumberkan terus daripada alam itulah yang memungkin mereka sentiasa dapat bertaqqarub kepada Allah SWT.

Bagaimana kita? Sebahagian besar daripada kita mencari rezeki dengan cara makan gaji. Dan bidang kerjaya yang kita ceburi tidak berkait secara langsung dengan alam. Saban hari kita tidak dipanah mentari kecuali disinari cahaya lampu. Tidak diserbu badai kecuali hembusan lembut angin penghawa dingin. Tidak tertelan air laut yang masin kecuali mengogok teh tarik. Tidak memijak tanah dan selut kecuali menginjak simen atau marmar.

Pergi dan pulang kerja dalam keadaan wangi. Peluh tak perlu dikesat dan diperah dengan kain basahan. Memadai hanya dengan menekap-nekap kertas tisu kecil di wajah agar terus kelihatan segar. Penat bekerja boleh bersembang di Facebook atau melayari laman web. Cukup bulan, dapat gaji.

Hari demi hari, tahun demi tahun, kita yang makan gaji, yang rezekinya tidak langsung daripada sumber alam, semakin terlupa bahawa segala-galanya datang dari-Nya jua. Kita terlupa kerana hasil kerja kita diberi secara tetap atas nama upah atau gaji. Yang kita perasan adalah, pendapatan yang diperoleh itu datangnya daripada majikan atau bos!

Kerana apa? Kerana saban hari, boslah yang selalu memberi kita kerja, memotivasi atau memarahi serta menabur janji. Cukup masa, dia memberi kita habuan yang tentunya menggembirakan diri dan juga anak bini. Bisnes baik. Pelaburan berhasil. Kompeni untung. Nah! Ini habuan kerana prestasi cemerlang kamu!

Oleh kerana dialah yang saban hari berdepan dengan kita, kehadirannya di depan mata itu menjadikan lupa siapakah yang sebenarnya pemberi rezeki kita. Yang kita perasan hanyalah bos, kerana dia yang menghulur gaji dan menaikkan pangkat kepada kita.

Kita lupa bahawa Allah SWT yang sebenarnya menganugerahkan rezeki melalui bos kita selama ini. DIA telah secara beransur-ansur dilupakan. Tidak teringat pun yang Dia Ar-Rahman, Yang Maha Pemurah, Ar-Rahim, Yang Maha Mengasihani kerana menghulurkan apa sahaja yang dihajatkan kita selama ini. Kita lupa ini. Malah, kejayaan dunia kerjaya seperti kenaikan pangkat dan harta membuatkan kita beransur-ansur jauh dari-Nya!

Kerana itu, bila prestasi syarikat tidak baik, bonus sudah tiada, gaji dipotong, malah ditawarkan berhenti secara sukarela atau dibuang kerja, kita boleh memarahi bos, memarahi syarikat, memarahi ekonomi, malah memarahi dunia kerana mengambil kelazatan yang kita hirup tahun demi tahun itu.

Kalaulah kita saban hari mengharapkan rezeki kita terus daripada sumber alam, maka kita mudah disedarkan, tahu siapakah diri, malah sentiasa akan teringat daripada manakah rezeki itu datang untuk saraan hidup diri dan anggota keluarga.

Bila kita sedar, kita akan hargai nilai sebutir nasi yang jatuh di luar pinggan!

Oleh NORDEN MOHAMED

October 29, 2009

ADUN keempat keluar PKR

Seorang lagi wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu dan menjadi ADUN bebas - kali ini di Selangor selepas dua di Perak awal tahun ini dan seorang di Kedah pada Ogos.

ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah, sejak beberapa bulan lalu menimbulkan spekulasi bakal menyertai Umno, membuat pengumuman itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebentar tadi.




Beliau sejak sekian lama menimbulkan masalah dalam parti itu apabila didakwa tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat di situ.

Pagi ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengusulkan kepada PKR agar mendesak Badrul Hisham melepaskan jawatan wakil rakyat.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar hari ini, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

Tindakan Badrul Hisham ini mencemarkan lagi imej PKR yang kini sedang bergelut dengan beberapa konflik dalaman yang negatif berhubung kepemimpinan di Sabah dan juga spekulasi peletakan jawatan Setiausaha Agungnya Datuk Salehuddin Hashim.

Laporan Malaysiakini

Kenyataan Media Sivakumar : Siapa yang berbohong?





















Gambar yang ditunjukkan oleh Sivakumar membuktikan bahawa benar beliau dikasari dan dicekik oleh polis.

IPOH, 29 Okt : Saya memanggil sidang media selepas penafian Ketua Polis Perak dalam akhbar Sinar menafikan polis bertindak kasar dan saya berbohong. Demikian kenyataan media oleh Speaker Dun Perak, V.Sivakumar dalam sidang media sebentar tadi di sini.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Adun-Adun Pakatan Rakyat, Drs. Khalil Idham Lim (Titi Serong), Ong Boon Piao (Tebing Tinggi), Chang Min Kai (Simpang Pulai), Tai Sing Eng (Kuala Sepetang), Chen Fok Chai (Keranji) dan Yee Siew Kai (Pokok Asam).


Rakan media ditayangkan rakaman kekasaran polis yang dilakukan terhadap Adun Pakatan Rakyat.

Beliau menegaskan siapa tipu, saya atau akhbar?, tanyanya.

Kenyataan Ketua Polis Perak seperti dibaca dalam Sinar Harian, apa yang dikatakan oleh Adun Pakatan Rakyat tidak benar.

Sivakumar mengatakan mereka merancang untuk membuat kekasaran kepada Adun dalam bangunan SUK. Saya juga mempersoalkan ramai orang lain termasuk peguam UMNO boleh masuk, namun kenapa kami Adun hanya satu persatu dibenar masuk ikut pintu besar yang buka sedikit sahaja.

Siva mengatakan yang sebenarnya yang mengatur drama ialah Zambry.

Bukti saya bukan buat drama ialah cebisan baju yang koyak yang ditunjukkan kepada media kelmarin, katanya lagi.

Saya menegaskan saya bukan menipu dan yang menipu ialah Ketua Polis Perak.

Saya mempersoalkan kenapa Ganesan di kawal oleh 22 orang yang mengelilingi tempat duduk Ganesan. Sedangkan saya pada 7 Mei lalu, saya tidak dijaga langsung oleh polis dan membantu apa yang saya arahkan.

Sementara itu, mengulas di atas isu yang sama menterinya di dalam satu kenyataan media.





KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V Sivakumar dicekik anggota polis ketika hendak menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, berpuas hati dengan perjalanan sidang DUN Perak yang berjalan lancar, walaupun terdapat insiden melibatkan Sivakumar, yang juga bekas Speaker DUN Perak, dengan anggota polis itu.

Menurutnya, Sivakumar tidak sepatutnya memakai jubah speaker kerana beliau bukan lagi memegang jawatan tersebut.

"Disebabkan beliau ingkar arahan, polis terpaksa berusaha menanggalkan jubah itu," katanya.

“Kita lihat pembentangan belanjawan berjalan lancar. Ini perkembangan baik. Saya yang memantau perkembangan bersama Polis Raja Di Malaysia rasa agak lega. Terima kasih kepada semua pihak kerana kita bimbang insiden yang sebelum ini berulang, tetapi jelas hari ini, walaupun terdapat sedikit insiden yang kita akan siasat, saya lihat ia tidaklah berat sangat untuk ditangani,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Beliau berkata, pihaknya akan memeriksa rakaman insiden tersebut dan akan meneliti dakwaan Sivakumar.

Menurutnya, sekiranya benar dicekik, mengapa Sivakumar boleh duduk dalam sidang DUN dan mampu berjalan semula.

Sivakumar bukan macam si Aziz yang harap badan je besar tapi tak kuat. Aziz tu hanya kuat temberang.

"Kalau teruk sangat seperti yang didakwa, tentu tidak mungkin beliau mampu berjalan dengan sihat," katanya.

Belum siasat dah boleh bagi ulasan yang mengatakan Sivakumar hanya berlakon. Masa Aziz dulu..wayang kuat!

Beliau turut mengingatkan polis tidak melakukan perkara "yang melebihi undang-undang" dalam menjalankan tugas dan beliau tidak tidak akan teragak-agak mengambil tindakan.

Satu Lagi Projek 1Malaysia


Sekali lagi konsep 1Malaysia yang cuba diterapkan keatas segelintir kanak-kanak sekolah menerima musibah apabila sekolah tempat di adakan tapak perkhemahan yang terdapat jambatan gantung runtuh. Kelalaian pihak kontraktor dan juga pihak berkuasa yang memantau projek tersebut meragut tiga kanak-kanak sekolah. Inilah akibatnya apa yang di laungkan tidak menggambarkan cara kerja sebenar kerajaan yang di terajui Umno, BN. 1Malaysia rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan bertukar menjadi rakyat dikorbankan, projek di rebutkan.

KAMPAR: Mayat mangsa ketiga dan terakhir yang dihanyutkan arus deras apabila jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberang Sungai Kampar di sini runtuh Isnin lalu ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Aziz Yusof berkata mayat Diryasree a/p Vasudevan, 12, pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng ditemui pada pukul 10.45 pagi tadi berhampiran Tronoh Mine, Sungai Kinta, 25 km dari tempat kejadian.

Mayat mangsa yang ditemui terapung oleh pasukan penyelamat telah dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat, katanya di sini hari ini. BERNAMA

BERITA TERDAHULU

KAMPAR: Mayat seorang lagi murid perempuan yang dihanyutkan arus deras apabila jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberang Sungai Kampar di sini runtuh Isnin lalu, ditemui malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Aziz Yusof berkata mayat Davadharshini a/p Maheswaran, 11, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan ditemui terapung pada pukul 11.30 malam tadi berhampiran Jambatan Mat Selangor, Tanjung Tualang, 15 km dari tempat kejadian.

Mayatnya yang ditemui oleh anggota RELA telah dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita hari ini.

Aziz berkata keluarga mangsa telah diberitahu berhubung penemuan mayat tersebut dan mayat mangsa akan dituntut oleh keluarganya hari ini untuk dikebumikan.

Operasi mencari seorang lagi mangsa, Diryasree a/p Vasudevan, 12, dari Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng masih diteruskan membabitkan lebih 200 anggota penyelamat, katanya.

Sebelum ini mayat mangsa pertama Dina Dewe a/p Nathan, 11, ditemui pada pukul 8.40 pagi Selasa lalu berhampiran loji di sungai itu kira kira empat kilometer dari tempat dia terjatuh.

Tiga mangsa tersebut adalah antara 22 murid yang dihanyutkan arus deras apabila jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberang Sungai Kampar runtuh pada malam Isnin lalu.

Bagaimanapun 19 mangsa berjaya diselamatkan oleh guru dan pengawal sekolah terbabit. BERNAMA

~matahijauku~

October 25, 2009

Ceramah PKR Kota Tinggi

Parti Keadilan Rakyat Cabang Kota Tinggi pada 23 Oktober 2009 yang lepas telah berjaya menganjurkan ceramah penerangannya di Air Tawar 2. Antara catatan yang sempat di coretkan di sini ketika penceramah undangan iaitu Cikgu Bard seperti mana berikut.

Dalam ceramah beliau, menceritakan detik-detik ganas pemuda Umno ketika kempen PRK Bagan Pinang. Bagaimana Umno yang telah bertindak kasar dengan membelakangi konsep ketuanan Melayu seperti mana yang mereka laungkan dengan memukul petugas-petugas Pas yang berketurunan Melayu semasa kempen mereka di PRK Bagan Pinang. Beliau menceritakan bagaimana Umno mempergunakan pemuda-pemuda ini untuk melaksanakan kempen ganas mereka dengan keadaan mulut mereka berbau arak ketika berdepan dengan petugas-petugas Pas yang menjaga pos kawalan masing-masing. Dalam masa yang sama, pihak Polis dilihat seolah-olah berkonspirasi dengan Umno apabila tidak kelihatan seorang pegawai keselamatan yang bertugas ketika malam terakhir kempen yang paling ganas dalam sejarah PRK yang telah di adakan.

Dalam ceramahnya juga, menceritakan pemuda-pemuda Umno ini sanggup bertindak membelasah sesuka hati petugas Pas pada malam kempen terakhir tersebut setelah di jamu dengan arak dan di bayar sedikit wang untuk memukul bangsa sendiri walaupun sekadar berbeza ideologi politik. Sejarah telah membuktikan bahawa parti Umnolah yang banyak membunuh dan bertindak ganas terhadap bangsanya sendiri baik dalam pilihanraya maupun isu-isu yang melibatkan kepentingan segelintir bangsa Melayu.

Mana letaknya Umno dalam persoalan kedaulatan tanahair bilamana pemimpin Umnolah yang paling banyak menggadai tanah melayu kepada orang lain. Contohnya dalam perjanjian air yang melibatkan Singapura, tanah seluas 52 ribu hektar di Bandar Tenggara telah di serahkan kepada Singapura dengan bayaran pampasan tertentu. Perjanjian air yang menguntungkan Singapura dimana Johor menjual air (yang belum di rawat) kepada S’pura dan membeli balik air yang telah di rawat dengan membawa keuntungan kepada Singapura sebanyak 1.2 juta. Dalam masa yang sama, S’pura bertindak menjual air bersih tersebut kepada kapal-kapal dagang dengan keuntungan 6.3 juta. Jadi, di mana rasionalnya kebijaksanaan pemimpin Umno dalam menguruskan harta dan tanah melayu?

Orang melayu cukup risau akan ketuanan malayu, bagi mereka Umno untuk menjaga kepentingan orang melayu. Kalau tidak ada Umno maka tiadalah tempat penggantungan untuk orang melayu. Beliau mengingatkan orang melayu di Felda Air Tawar 2 ini bahawa Umnolah sebenarnya yang banyak mengkhianati amanat dan kepercayaan orang melayu. Contoh isu tanah di Bagan Pinang, dimana tanah pantai semudah-mudahnya di berikan kepada tauke-tauke Cina yang ternyata mengenepikan kanun tanah negara. Sejumlah 446 meter persegi telah di berikan kepada tauke ini di mukim Kg. Panjang Port Dickson dengan premium RM 1000, nilaiannya dua puluh lima sen bagi satu kaki persegi dengan hak milik kekal telah di berikan oleh Tan Sri Isa Samad ketika beliau menjadi Menteri besar ketika itu.

Chegu Bard juga berhujah dengan fakta-fakta yang menyokong hujah beliau yang membuktikan Umno lah selama ini telah mempergunakan orang melayu untuk kepentingan politik dan kocek mereka sendiri. Hasil Negara yang melimpah ruah, hanya sedikit di agihkan kepada rakyat manakala selebihnya di bolot oleh pemimpin-pemimpin Umno di segenap lapisan. Itu lah sebabnya, beliau menggesa orang-orang melayu agar berani untuk melakukan perubahan menyelamatkan Negara ini dari[pada bahana kebuasan pemimpin Umno yang sentiasa dahagakan kepentingan diri sendiri.




Cikgu Bard memulakan ucapannya pada malam tersebut.



Antara kepimpinan Pas Kawasan yang hadir terdiri daripada YDP Pas Kota Tinggi, Tuan Hj. Kamaldin Tahir merangkap penceramah pertama malam tersebut. Turut hadir, Timbalan YDP Pas Kota Tinggi, Tuan Hj. Monaim Bin Hassan dan juga Sdr Razak Bin Hj. Esa selaku pengerusi majlis pada malam tersebut merangkap Naib Ketua Cabang PKR Kota Tinggi.






~matahijauku~


October 19, 2009

Jangan Biarkan Keluarga Anda Di dekati UMNO..

Kalau inilah pendekatan yang digunakan oleh Umno, maka selayaknya mereka di gelar pencetus huru hara.

October 14, 2009

October 13, 2009

Semangat Orang Tua

Husin bin Hassan sudah berumur 59 tahun namun beliau adalah seorang aktivis Unit Amal yang penuh semangat. Beliau bersama rakannya dari Kampung Jeram Tekoh, Gua Musang, Raja Mahasan bin Raja Sulaiman, ditugaskan mengawal Markas Besar PAS di Batu Tiga, Port Dickson.

“Sebelum Bagan Pinang, saya dah bertugas di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan juga Permatang Pasir baru-baru ini,” kata Husin penuh semangat walaupun sudah lanjut usia.

Ekoran kejadian Rabu lalu, para petugas PAS memenuhi Bagan Pinang. Mereka datang bukan untuk bergaduh tetapi bagi memastikan pilihan raya ini berjalan penuh tertib.

“Saya akan memastikan peraturan diikutlah,” kata Husin ketika ditanya apa yang beliau akan buat jika ada mana-mana pihak cuba membuat kacau di situ.


Inilah semangat jitu yang patut di contohi oleh ahli-ahli Pas. Semuga semangat Pakcik Husin dapat meresapi ke dalam diri ahli-ahli Pas yang lain..! Allahhuakbar!


~matahijauku~



Sepintas lalu keputusan PRK Bagan Pinang
























Melihat akan keputusan pilihanraya DUN Bagan Pinang, jelas menggambarkan akan kemerosotan undi yang di perolehi di setiap pusat pengundian. Kemerosotan begitu ketara berbanding pilihanraya umum pada tahun 2008.

Apa-apapun, melihat kepada peningkatan undi pos yang besar memberi jaminan kepada BN untuk memenangi pilihanraya tersebut. Sesuatu yang perlu di segerakan untuk mengambil semula hati rakyat dan pengundi sebelum berhadapan dengan pilihanraya umum yang akan datang.

October 12, 2009

Sekitar PRK Bagan Pinang

Pilihanraya kecil Bagan Pinang berakhir semalam dan umum sudahpun mengetahui keputusannya di mana Barisan Nasional menang dengan kelebihan undi 5435. Kemenangan sulung ini di capai setelah tujuh siri pilihanraya kecil di lalui dan seperti biasa media akan memainkan laporan yang sungguh luar biasa atas kemenangan tersebut.

Seperti kata seorang sahabat, kekalahan PAS pada PRK ini bukan bermakna kita kalah, cuma belum menang sahaja dan kemenangan BN bukan bermakna mereka menang, itu sekadar istidraj. Namun begitu, kekalahan ini bukan satu noktah untuk pejuang Islam mengakhiri perjuangannya. Perjuangan terus di lakukan, kalah dan menang itu bukan persoalan. Apa yang di tuju ialah kemenangan abadi di sisi TuhanNya.

Dalam ruangan ini, pada asalnya ingin berkongsi untuk melaporkan keadaan semasa di dalam blog ini tetapi masa menjadi kekangan untuk berbuat demikian. Dalam keadaan yang begitu teruja untuk menempuh pilihanraya kecil dan di tambah lagi dengan onar yang terpaksa di lalui menjadikan waktu-waktu yang berlalu terlalu pantas dan berharga berbanding untuk melaporkan perjalanan PRK di dalam blog ini.

Sabtu, 10 Oktober 2009.


Petugas Pas Kota Tinggi menggunakan khemah yang didirikan di hadapan Rumah Johor. Keselesaan bukan masalahnya kerana kehadiran kami ke sini bukan untuk melancong tetapi untuk mencurahkan bakti dan usaha untuk Islam. Sekurang-kurangnya usaha yang sedikit ini di beri ganjaran oleh Allah swt.



Dalam perjalanan di sepanjang tempat berlangsungnya pilihanraya kecil ini, boleh di lihat billboard BN dengan begitu banyak sekali. Ada juga billboard yang terpaksa di turunkan lantaran aduan dari PAS kerana lebih berunsurkan provokasi. Pun begitu, billboard ini menarik perhatian kerana menggambarkan bahawa BN banyak berjasa dalam soal pembangunan..maknanya kawasan Bagan Pinang ini begitu terhutang budi dengan kerajaan BN dalam usaha untuk memajukannya. Bukan sahaja di Bagan Pinang, kalau inilah pemikiran Umno untuk mengelirukan rakyat bermakna dalam kontek kerajaan memberikan khidmat kepada rakyatnya juga di kira berjasa? Bukankah ini di kira tanggungjawab kerajaan kepada rakyat setelah wang hasil kutipan cukai di kutip daripada rakyat? Dan semestinya rakyat mahukan hasil daripada kutipan cukai tersebut?

Singapura yang tidak ada Umno juga jauh lebih maju dan berdaya saing berbanding Malaysia yang di terajui oleh Umno yang korup!


Dalam perjalanan di sekitar Bagan Pinang, masih ada lagi projek tahap mee segera sehari sebelum hari pengundian.


Pada petangnya, di beberapa tempat sepanjang pantai Port Dickson, kelihatan Muslimat PAS mula berkempen. Kenderaan yang lalu lalang di situ ada yang memberhentikan kenderaan mereka untuk mendapatkan risalah-risalah dan maklumat terkini sebelum hari pengundian keesokannya.

Ahad, 11 Oktober 2009.

Bergerak ke tempat pengundian di UPU Sek Men Si Rusa. Cuaca di sebelah paginya mendung dan hujan seketika menandakan pilihanraya kecil bermula. Petugas dari Johor bersama-sama dengan petugas dari Kedah di tugaskan untuk merayu undi di UPU tersebut.

Kelihatan petugas BN cuba menyaingi kehadiran petugas Pas. BN di wakili dengan Wanita Umno, Pemuda, Puteri dan Putera Umno di lihat begitu bersemangat menyalak dengan kata-kata yang menyakitkan telinga. Ragam-ragam kurang sopan seperti menunjuk2 kan bontot mereka ke arah petugas Pas menjadi resepi mereka. Putera Umno kalau di renung seolah-olah anak-anak sekolah yang berlagak seperti orang dewasa. Aksi kurang ajar yang di pertontonkan mereka menuntut kesabaran yang mendalam bagi pihak petugas Pas.

Namun, inilah perbezaan yang nyata antara aspek pentarbiahan di dalam Pas berbanding Umno. Mereka sekuatmana melalak dan menyanyikan lagu wajib mereka (Barisan Kita), ada ketika kereka terdiam kerana keletihan tanpa mendapat apa-apa faedah. Petugas Pas, dalam meredakan kepanasan hati di tambah dengan kepanasan terik matahari terus mengalunkan zikrullah dan selawat. Inilah perbezaan yang nyata, penat-penat petugas Pas, insyaAllah Allah kurniakan pahala berzikir.


Suasana genting bilamana salah seorang pemuda Umno cuba merapati petugas Pas di sebabkan perkara kecil yang tidak di sengajakan berlaku. Campurtangan Polis berlaku untuk meredakan kembali keadaan manakala petugas-petugas Pas semakin lantang berzikir...menaikkan lagi semangat yang ada untuk berjihad.


Perjalanan sesingkat di Bagan Pinang menjadi titik permulaan untuk Pas Kota Tinggi terus mengayunkan langkah ke hadapan. Semuga mendapat keredhaan Allah swt...ayuh teruskan sahabat-sahabat ku yang lain...

~matahijauku~

October 09, 2009

Banner PAS di bakar


Bagan Pinang 09 Oktober 2009 - Setelah siri serangan terhadap petugas PAS tempohari, sekali lagi dikejutkan dengan perbuatan tidak bermoral apabila sebuah banner “PAS FOR ALL” yang dibina berdekatan dengan Station Petrol Shell Teluk Kemang di sini, dibakar serta diruntuhkan. Pekerja station petrol tersebut, tidak dapat memastikan waktu ia dibakar kerana ketika itu mereka sedang tidur.

Perbuatan ini dianggap sebagai desperade/terdesak kerana bagi Umno mereka memerlukan kemenangan di dalam pilihanraya kecil kali ini setelah kalah di dalam lapan PRK yang lepas. Justeru itu, kemenangan di Bagan Pinang ini di lihat akan dapat memulihkan reputasi Umno yang ketika ini di lihat begitu lemah dengan masalah dalaman yang mereka hadapi.


October 08, 2009

Panggilan Jihad



Pagi tadi saya menerima sms daripada sahabat-sahabat yang ketika itu sedang bertugas di Bagan Pinang. Malah ada juga sms yang telah di forward oleh Saudara Setiausaha Dewan Pemuda Pas Johor menggesa tenaga pemuda untuk berjihad di Bagan Pinang. Situasi makin gawat dengan tindakan penyokong Umno yang semakin bertindak liar. Bukan untuk membalas tindakan mereka, tetapi khidmat pemuda semua sangat-sangat di perlukan untuk melindungi sahabat-sahabat yang lain.



"KEADAAN SEMAKIN KRITIKAL! RAMAI AHLI PAS DIPUKUL DIBAGAN PINANG! SEMALAM, MARKAZ PEMUDA PAS PUSAT TELAH DICEROBOH DAN PETUGAS DI HALAU KELUAR. DEMI ALLAH DENGAN NAMA JIHAD FI SABILLILLAH, SAYA SELAKU PEMEGANG AMANAH KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT... (DPPP) MENGERAHKAN SERAMAI MUNGKIN PEMUDA DARI SELURUH NEGARA AGAR TURUN KE BAGAN PINANG" - USTAZ NASRUDIN HASSAN TANTAWI.

Kecoh lagi - Pemuda PAS ditetak dengan parang !

BAGAN PINANG, 8 Oktober - Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, sekumpulan 20 lelaki bermotosikal dipercayai penyokong BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.



Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.



(Gambar : salah seorang petugas yang di tetak dengan parang)

Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

"Mereka tuduh kita jatuhkan bendera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong Umno BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang.

"Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya.

Ekoran kejadian tersebut, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini.



Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka.

"Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebgai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain.

"Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.

Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan.

Berikutan itu DPP akan mengadakan satu sidang media tergempar dai Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, jam 11 pagi ini.

Sidang media tersebut akan diketuai Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan dan Suhaizan sendiri.

Turut akan didedahkan dalam sidang media tersebut adalah berkaitan maklumat terbaru penyelewengan undi pos.

Laporan selanjutnya, sila klik DI SINI


October 07, 2009

Siapa yang mengeksploitasi anak-anak?

Setiap kali ada pilihanraya kecil, berbagai poster dengan kenyataan-kenyataan yang pelbagai di hidangkan pada tatapan umum sebagai memperlihatkan mesej yang hendak di sampaikan. Begitu sekali dengan Bagan Pinang ini, yang mana Umno mula melemparkan tuduhan yang tidak berasas terhadap Pas selaku parti yang akan menentangnya di PRK Bagan Pinang ini.

Jika di lihat akan perang poster Umno, menggambarkan bahawa Pas begitu terdesak sehingga sanggup melibatkan anak-anak kecil di dalam kempen mereka. Namun, apa yang mereka tuduh itu sebenarnya memakan diri sendiri.

Cuba lihat gambar di bawah...



Gambar ikhsan syareformis

Anak-anak terpaksa menadah telinga untuk mendengar ceramah politik daripada penceramah bermusim Umno, Roslan Kassim. Tidak tahulah apa yang di hidangkan oleh Roslan Kassim pada anak-anak yang tidak mengerti apa-apa ini.

Siapa yang memesongkan siapa?



Banner ini antara yang dipasang dari berpuluh-puluh yang lain, apa yang membuatkan ia menjadi menarik ialah tulisan ayat di atas banner ini yang mana ia tertulis `Tolak Pas usah Biarkan Diri Anda terus Dipesongkan ' ...emmm mereka seolah - olah mentafsirkan bahawa selama ini rakyat telah dipesongkan oleh Pas dan apa pula pandangan anda mengenai Banner keluaran UMNO ini?

Baik sama-sama kita lihat gambar dibawah ini pula....





Di atas ini antara koleksi banner yang dipasang dan apa yang menjadi persoalan ialah siapa yang memesongkan Akhlak dan Akidah Rakyat di Negara ini. Apa yang di tulis dalam Banner ini ialah `Selama 63 Tahun BN Melindungi anda Jangan Musnahkan Keamanan Negara' dan juga `Selama 63 Tahun Kami Hidup Aman Bersama BN ' cuba kita renungkan ayat diatas ini, apakah ia Tidak MEMESONGKAN AKIDAH KITA?.

Ungkapan yang seolah-olahnya memperbesarkan dan Mengagungkan BN sebagai pembela juga sebagai Penyebab kepada Keamanan Negara ini.Dengan perkataan-perkataan seperti ini maka kita dapat mentafsirkan bahawa BN mahu Rakyat yang ada menanamkan dalam diri mereka bahawa BN lah yang menjadi TUHAN dan penentu hidup dan juga yang menjaga Rakyat dinegara ini. Lihatlah dan fikirkanlah SIAPA yang SEBENARNYA MEMESONGKAN RAKYAT...!!!

Manifesto Pas : Bersama Kehendak Rakyat



Manifesto Calun PAS/PR : N31 Bagan Pinang
BERSAMA KEHENDAK RAKYAT


1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pihak media kerana melaporkan dengan adil aktiviti saya, PAS dan Pakatan Rakyat sehingga petang ini.

2. Kesempatan ini, ingin saya sebutkan beberapa fokus kempen saya serta agenda kesejahteraan yang ingin saya tawarkan kepada pengundi N31 Bagan Pinang.

3. Ikhlas saya katakan bahawa di Port Dickson, khususnya di Dun Bagan Pinang ini terdapat banyak isu malar segar yang perlu ditangani bersama. Daripada 13 permasalahan yang dekat dengan rakyat, umumnya rakyat mahu isu penaiktarafan jalan utama dari Telok Kemang ke Pasir Panjang segera diselesaikan. Kedua, rakyat mahu masalah perparitan yang menjadi punca utama banjir kilat, pembiakan lalat serta nyamuk segera diselesaikan. Ketiga dan terakhir, rakyat mahu isu alam sekitar yang melibatkan Pantai Port Dickson kerana dengan berbuat demikian, bukan sahaja menggamit semula kehadiran pelancong malah menjana ekonomi setempat.


4. Ikhlas saya katakan, kemenangan saya tidak akan mengubah lanskap kuasa kerajaan negeri. Tetapi, kemenangan ini akan membawa satu lagi ‘kehendak rakyat’ ke Dewan Undangan Negeri. Pakatan tambah satu kerusi Adun lagi, menjadikan 16 keseluruhannya. Umno tinggal 18 kerusi sahaja. Beza kerusi kita (Pakatan) dan BN hanya 2 kerusi sahaja. Semoga inilah yang dikatakan bersama kehendak rakyat.

5. Tahun lepas, Datuk Shaziman Abu Mansor kata di Parlimen, tiada peruntukan untuk membaiki jalan di sini. Sedangkan tanggungjawab membina jalan sebenarnya di dalam Senarai Persekutuan (Federal List). Jadi, Umno tidak perlulah memperbodohkan rakyat dengan kempen adakah saya mampu memperbaiki jalan jika saya menang. Sedangkan jika Tan Sri Mohd Isa Samad menang sekalipun, itu bukan tanggungjawabnya untuk membina jalan. Maka, saya akan senantiasa membawa isu penaiktarafan jalan ini di Dun kelak, di samping membantu Ahli Parlimen Telok Kemang membawa isu ini di Parlimen. Sama ada jalan siap dulu, atau Umno tumbang di Negeri Sembilan, biarlah rakyat terus membuat perhitungan.

6. Begitu juga dalam isu perparitan, Port Dickson dikenali khalayak tempatan sebagai Bandar Pembiakan Lalat, Banjir Kilat dan beberapa lagi. Akar masalah pada segala permasalahan kedua ini adalah sistem perparitan yang tidak efisyensi. Pembiakan lalat adalah natijah pada masalah perparitan. Bau busuk juga adalah natijah pada masalah perparitan. Banjir kilat yang berlaku setiap kali musim hujan juga adalah natijah pada masalah perparitan. Selesaikan akan masalah, bermakna selesailah segala natijah/masalah berantai tersebut. Selesaikan masalah perparitan, insyaAllah selesailah segala yang membelenggu rakyat hampir sedekad ini.

7. Saya yakin rakyat tempatan tahu tentang privasi pantai awam oleh segelintir pemimpin Umno bersama-sama pihak tertentu. Saya yakin, rakyat tempatan semuanya tahu isu masalah sampah-sarap ini berpunca oleh sistem pengangkutan sampah oleh syarikat SWM. InsyaAllah, pengalaman menjadi sukarelawan dan aktivis alam sekitar dan kemasyarakatan, menjadi pengerusi ‘No Incinerator Broga’; saya sedia mengetengahkan idea-idea yang lebih progresif demi kepentingan rakyat.

8. Dalam maksud yang lebih mudah, manifesto saya untuk rakyat adalah memperjuangkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat khususnya di Telok Kemang. Jadikan Adun Bagan Pinang sebagai satu lagi suara pendesak di Dewan Undangan Negeri (DUN), agent semak dan imbang terhadap projek-projek terbekangkalai serta urus tadbir kerajaan negeri yang dilihat pincang dan pembaziran oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

BERSAMA KEHENDAK RAKYAT

Zulkefly Mohamad Omar
Calon Pakatan Rakyat

October 06, 2009

Mentaliti calon Umno


Berikut adalah petikan daripada jawapan yang telah di berikan oleh Isa mengenai kesalahan disiplin yang pernah dikenakan ke atasnya kerana terlibat dengan politik wang pada pemilihan Umno, Isa dengan tenang menjawab, perkara itu sudah dijelaskan dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

"Saya bukan melakukan jenayah, ini merupakan pelanggaran kod etika pemilihan, itu istilah yang pertama kita gunakan. Saya telah jalankan hukuman selama tiga tahun, jadi benda tu tak timbul lagi.

"Malah kes-kes jenayah pun orang boleh terima, ada yang dah jadi Ketua Menteri, ada dah jadi Menteri dan ada yang bercita-cita nak jadi Perdana Menteri lagi, semua ada, jadi apa masalah dengan saya?" katanya.

Inilah apa yang di katakan siakap senohong, gelama ikan duri...bercakap bohong lama-lama boleh jadi menteri..!

Apa punya mentaliti apabila menyatakan rakyat sudah boleh menerima akan Ketua Menteri yang punyai rekod jenayah? Patutlah Malaysia tidak habis-habis di timpa musibah..



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, imej UMNO tercalar disebabkan budaya rasuah diamalkan sebahagian pemimpin dan ahlinya yang berleluasa semasa era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, masalah tersebut timbul semasa Abdullah menjadi Presiden UMNO apabila sebahagian ahli dan juga pemimpin UMN0 tetap diberi sokongan walaupun mereka didapati secara jelas melakukan kerosakan atau terlibat dengan rasuah.

Beliau berkata, perkara itu berlaku mungkin kerana pemimpin terlibat menerima sogokan dalam bentuk wang, kontrak atau kerana takut kepada pemimpin mereka.

“Kalau kita bertindak dalam politik berasaskan kepentingan diri bukan kerana kepentingan bangsa, agama dan tanah air, maka sudah tentulah kepentingan bangsa dan tanah air akan rosak dan matlamat tidak tercapai,” katanya pada satu sidang media selepas menyampaikan ucaptama bertajuk Ketuanan Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar setiap ahli dan pemimpin UMNO bersungguh-sungguh menangani gejala rasuah dalam parti sekiranya mereka ingin melihat parti itu terus relevan dan diterima rakyat.

Dr Mahathir menegaskan, jika ada pemimpin UMNO yang melakukan sesuatu bertentangan dengan peraturan dan etika, maka ahlinya mesti berani membuat teguran.

Sementara itu, Dr Mahathir menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya tidak akan berkempen untuk membantu calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Beliau yang sebelum ini mahu supaya Mohd Isa yang juga Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang itu tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil di kawasan terbabit mendakwa, beliau amat tegas dengan pendiriannya kerana tidak ingin berkempen bagi calon yang sudah terbukti terlibat dengan rasuah seperti mana pendiriannya sebelum ini.

Dr Mahathir berkata beliau enggan berkempen kerana tidak ingin orang berpandangan negatif terhadap calon yang dikatakan pernah terlibat dengan gejala politik wang.

“Saya tidak boleh berkempen dan berkata benda yang saya kata berlainan dahulu, jadi orang akan kata apa orang ini, sekejap kata macam ini, sekejap kata macam tu, bagilah orang lain kempen,” kata nya.

Bagi mereka yang bersetuju dengan pandangan bekas Presiden Umno, Mahathir Mohamad tentu teruja dengan pemilihan Isa. Umno Negeri Sembilan sungguh berani kerana meletakkan Isa sebagai calon.

Dari sudut lain pemilihan Isa itu menjelaskan Umno sudah tidak mempedulikan lagi pandangan Dr Mahathir.

Apakah ketidakpedulian Umno itu bakal memberi risiko kepadanya? Sekiranya pandangan Mahathir itu benar bahawa dengan mencalonkan Isa ia menjejaskan Umno, nampaknya Umno tidak mempedulikan nasihat bekas presiden mereka itu.

Pemilihan Mohd Isa yang pernah digantung kerana penglibatan dalam rasuah politik itu menurut Muhyiddin adalah atas kehendak akar umbi Umno bahagian Teluk Kemang. Umno bahagian berkenaan terus mahukan Isa walaupun bekas MB itu seeloknya bersara dalam politik dan sepatutnya bersedia menyokong calon lain.

Kelebihan Mohd Isa beliau mendapat sokongan akar umbi yang turut mendesak Umno bahagian Telok Kemang agar mempertahankan Isa. Situasi itulah menyebabkan Umno serba salah dan tidak ada pilihan lain melainkan mencalonkan Isa kandatipun Isa bermasalah.

Apa yang jelasnya pencalonan itu menunjukkan pengaruh peribadi Isa masih kuat di Negeri Sembilan khasnya di Teluk Kemang. Pemilihan Isa sebagai calon Umno menjelaskan Isa bukan calon parti tetapi calon dari orang kampungnya sendiri!


Dari sudut lain pencalonan Isa dilihat sebagai satu perjudian besar oleh Umno. Umno seakan memberi ruang kepada pembangkang untuk menjadikan masalah peribadi Isa sebagai modal kempen Pas.

Sudah pasti penggantungan Isa sebagai ahli selama tiga tahun akan menjadi bahan kempen utama. Pembangkang akan menjaja kepada pengundi yang calon UBN tidak mempunyai intergriti dan seorang yang korup.

Dengan pemilihan Isa itu ertinya Umno lebih mementingkan kepada kemenangan parti daripada mengutamakan intergriti parti berkenaan. Umno cukup yakin hanya Isa yang mampu membawa kemenangan kepada parti itu.

Dan kerana demi kemenangan Umno yang dikenali sebagai sebuah parti yang tidak mengutamakan soal syaksiah, soal ketelusan dan kebersihan pemimpin rela mengambil sesiapa saja menjadi calon mereka termasuk 'banduan politik wang' seperti Isa asalnya ia bakal memberi kemenangan!