Bagan Pinang 09 Oktober 2009 - Setelah siri serangan terhadap petugas PAS tempohari, sekali lagi dikejutkan dengan perbuatan tidak bermoral apabila sebuah banner “PAS FOR ALL” yang dibina berdekatan dengan Station Petrol Shell Teluk Kemang di sini, dibakar serta diruntuhkan. Pekerja station petrol tersebut, tidak dapat memastikan waktu ia dibakar kerana ketika itu mereka sedang tidur.
Perbuatan ini dianggap sebagai desperade/terdesak kerana bagi Umno mereka memerlukan kemenangan di dalam pilihanraya kecil kali ini setelah kalah di dalam lapan PRK yang lepas. Justeru itu, kemenangan di Bagan Pinang ini di lihat akan dapat memulihkan reputasi Umno yang ketika ini di lihat begitu lemah dengan masalah dalaman yang mereka hadapi.