Parti Keadilan Rakyat Cabang Kota Tinggi pada 23 Oktober 2009 yang lepas telah berjaya menganjurkan ceramah penerangannya di Air Tawar 2. Antara catatan yang sempat di coretkan di sini ketika penceramah undangan iaitu Cikgu Bard seperti mana berikut.
Dalam ceramah beliau, menceritakan detik-detik ganas pemuda Umno ketika kempen PRK Bagan Pinang. Bagaimana Umno yang telah bertindak kasar dengan membelakangi konsep ketuanan Melayu seperti mana yang mereka laungkan dengan memukul petugas-petugas Pas yang berketurunan Melayu semasa kempen mereka di PRK Bagan Pinang. Beliau menceritakan bagaimana Umno mempergunakan pemuda-pemuda ini untuk melaksanakan kempen ganas mereka dengan keadaan mulut mereka berbau arak ketika berdepan dengan petugas-petugas Pas yang menjaga pos kawalan masing-masing. Dalam masa yang sama, pihak Polis dilihat seolah-olah berkonspirasi dengan Umno apabila tidak kelihatan seorang pegawai keselamatan yang bertugas ketika malam terakhir kempen yang paling ganas dalam sejarah PRK yang telah di adakan.
Dalam ceramahnya juga, menceritakan pemuda-pemuda Umno ini sanggup bertindak membelasah sesuka hati petugas Pas pada malam kempen terakhir tersebut setelah di jamu dengan arak dan di bayar sedikit wang untuk memukul bangsa sendiri walaupun sekadar berbeza ideologi politik. Sejarah telah membuktikan bahawa parti Umnolah yang banyak membunuh dan bertindak ganas terhadap bangsanya sendiri baik dalam pilihanraya maupun isu-isu yang melibatkan kepentingan segelintir bangsa Melayu.
Mana letaknya Umno dalam persoalan kedaulatan tanahair bilamana pemimpin Umnolah yang paling banyak menggadai tanah melayu kepada orang lain. Contohnya dalam perjanjian air yang melibatkan Singapura, tanah seluas 52 ribu hektar di Bandar Tenggara telah di serahkan kepada Singapura dengan bayaran pampasan tertentu. Perjanjian air yang menguntungkan Singapura dimana Johor menjual air (yang belum di rawat) kepada S’pura dan membeli balik air yang telah di rawat dengan membawa keuntungan kepada Singapura sebanyak 1.2 juta. Dalam masa yang sama, S’pura bertindak menjual air bersih tersebut kepada kapal-kapal dagang dengan keuntungan 6.3 juta. Jadi, di mana rasionalnya kebijaksanaan pemimpin Umno dalam menguruskan harta dan tanah melayu?
Orang melayu cukup risau akan ketuanan malayu, bagi mereka Umno untuk menjaga kepentingan orang melayu. Kalau tidak ada Umno maka tiadalah tempat penggantungan untuk orang melayu. Beliau mengingatkan orang melayu di Felda Air Tawar 2 ini bahawa Umnolah sebenarnya yang banyak mengkhianati amanat dan kepercayaan orang melayu. Contoh isu tanah di Bagan Pinang, dimana tanah pantai semudah-mudahnya di berikan kepada tauke-tauke Cina yang ternyata mengenepikan kanun tanah negara. Sejumlah 446 meter persegi telah di berikan kepada tauke ini di mukim Kg. Panjang Port Dickson dengan premium RM 1000, nilaiannya dua puluh lima sen bagi satu kaki persegi dengan hak milik kekal telah di berikan oleh Tan Sri Isa Samad ketika beliau menjadi Menteri besar ketika itu.
Chegu Bard juga berhujah dengan fakta-fakta yang menyokong hujah beliau yang membuktikan Umno lah selama ini telah mempergunakan orang melayu untuk kepentingan politik dan kocek mereka sendiri. Hasil Negara yang melimpah ruah, hanya sedikit di agihkan kepada rakyat manakala selebihnya di bolot oleh pemimpin-pemimpin Umno di segenap lapisan. Itu lah sebabnya, beliau menggesa orang-orang melayu agar berani untuk melakukan perubahan menyelamatkan Negara ini dari[pada bahana kebuasan pemimpin Umno yang sentiasa dahagakan kepentingan diri sendiri.
Cikgu Bard memulakan ucapannya pada malam tersebut.
~matahijauku~