Pilihanraya kecil Bagan Pinang berakhir semalam dan umum sudahpun mengetahui keputusannya di mana Barisan Nasional menang dengan kelebihan undi 5435. Kemenangan sulung ini di capai setelah tujuh siri pilihanraya kecil di lalui dan seperti biasa media akan memainkan laporan yang sungguh luar biasa atas kemenangan tersebut.
Seperti kata seorang sahabat, kekalahan PAS pada PRK ini bukan bermakna kita kalah, cuma belum menang sahaja dan kemenangan BN bukan bermakna mereka menang, itu sekadar istidraj. Namun begitu, kekalahan ini bukan satu noktah untuk pejuang Islam mengakhiri perjuangannya. Perjuangan terus di lakukan, kalah dan menang itu bukan persoalan. Apa yang di tuju ialah kemenangan abadi di sisi TuhanNya.
Dalam ruangan ini, pada asalnya ingin berkongsi untuk melaporkan keadaan semasa di dalam blog ini tetapi masa menjadi kekangan untuk berbuat demikian. Dalam keadaan yang begitu teruja untuk menempuh pilihanraya kecil dan di tambah lagi dengan onar yang terpaksa di lalui menjadikan waktu-waktu yang berlalu terlalu pantas dan berharga berbanding untuk melaporkan perjalanan PRK di dalam blog ini.

Sabtu, 10 Oktober 2009.
Petugas Pas Kota Tinggi menggunakan khemah yang didirikan di hadapan Rumah Johor. Keselesaan bukan masalahnya kerana kehadiran kami ke sini bukan untuk melancong tetapi untuk mencurahkan bakti dan usaha untuk Islam. Sekurang-kurangnya usaha yang sedikit ini di beri ganjaran oleh Allah swt.
Dalam perjalanan di sepanjang tempat berlangsungnya pilihanraya kecil ini, boleh di lihat billboard BN dengan begitu banyak sekali. Ada juga billboard yang terpaksa di turunkan lantaran aduan dari PAS kerana lebih berunsurkan provokasi. Pun begitu, billboard ini menarik perhatian kerana menggambarkan bahawa BN banyak berjasa dalam soal pembangunan..maknanya kawasan Bagan Pinang ini begitu terhutang budi dengan kerajaan BN dalam usaha untuk memajukannya. Bukan sahaja di Bagan Pinang, kalau inilah pemikiran Umno untuk mengelirukan rakyat bermakna dalam kontek kerajaan memberikan khidmat kepada rakyatnya juga di kira berjasa? Bukankah ini di kira tanggungjawab kerajaan kepada rakyat setelah wang hasil kutipan cukai di kutip daripada rakyat? Dan semestinya rakyat mahukan hasil daripada kutipan cukai tersebut?
Singapura yang tidak ada Umno juga jauh lebih maju dan berdaya saing berbanding Malaysia yang di terajui oleh Umno yang korup!
Dalam perjalanan di sekitar Bagan Pinang, masih ada lagi projek tahap mee segera sehari sebelum hari pengundian.
Pada petangnya, di beberapa tempat sepanjang pantai Port Dickson, kelihatan Muslimat PAS mula berkempen. Kenderaan yang lalu lalang di situ ada yang memberhentikan kenderaan mereka untuk mendapatkan risalah-risalah dan maklumat terkini sebelum hari pengundian keesokannya.
Ahad, 11 Oktober 2009.
Bergerak ke tempat pengundian di UPU Sek Men Si Rusa. Cuaca di sebelah paginya mendung dan hujan seketika menandakan pilihanraya kecil bermula. Petugas dari Johor bersama-sama dengan petugas dari Kedah di tugaskan untuk merayu undi di UPU tersebut.
Kelihatan petugas BN cuba menyaingi kehadiran petugas Pas. BN di wakili dengan Wanita Umno, Pemuda, Puteri dan Putera Umno di lihat begitu bersemangat menyalak dengan kata-kata yang menyakitkan telinga. Ragam-ragam kurang sopan seperti menunjuk2 kan bontot mereka ke arah petugas Pas menjadi resepi mereka. Putera Umno kalau di renung seolah-olah anak-anak sekolah yang berlagak seperti orang dewasa. Aksi kurang ajar yang di pertontonkan mereka menuntut kesabaran yang mendalam bagi pihak petugas Pas.
Namun, inilah perbezaan yang nyata antara aspek pentarbiahan di dalam Pas berbanding Umno. Mereka sekuatmana melalak dan menyanyikan lagu wajib mereka (Barisan Kita), ada ketika kereka terdiam kerana keletihan tanpa mendapat apa-apa faedah. Petugas Pas, dalam meredakan kepanasan hati di tambah dengan kepanasan terik matahari terus mengalunkan zikrullah dan selawat. Inilah perbezaan yang nyata, penat-penat petugas Pas, insyaAllah Allah kurniakan pahala berzikir.

Suasana genting bilamana salah seorang pemuda Umno cuba merapati petugas Pas di sebabkan perkara kecil yang tidak di sengajakan berlaku. Campurtangan Polis berlaku untuk meredakan kembali keadaan manakala petugas-petugas Pas semakin lantang berzikir...menaikkan lagi semangat yang ada untuk berjihad.
Perjalanan sesingkat di Bagan Pinang menjadi titik permulaan untuk Pas Kota Tinggi terus mengayunkan langkah ke hadapan. Semuga mendapat keredhaan Allah swt...ayuh teruskan sahabat-sahabat ku yang lain...
~matahijauku~