Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?

Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

March 30, 2009

Siapa yang mempergunakan masjid?

Nizar 'rampas' acara BN di masjid Bukit Gantang

Berita Harian Online malaporkan, malam tadi, Menteri Besar Perak, Datuk Dr Mohd Zambry Abdul Kadir mendedahkan Nizar merampas mikrofon dari imam masjid untuk memberi ceramah sedangkan ketika itu sepatutnya untuk majlis solat Hajat dan Tahlil ajuran BN.

Dr Zambry berkata Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid itu dan terus mengimamkan solat Maghrib.

"Bagaimanapun, dia kemudian bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak," katanya.

Zambry berkata kejadian turut disaksi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Mustafa juga berkata mendakwa mikrofon berkenaan diserahkan oleh iman masjid kepada Nizar untuk memberi tafsiran mengenai surah yang dibacanya itu.


Bekas Menteri Besar Perak yang juga calon PAS bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin 'bertembung' dengan rombongan Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang malam tadi - mencetuskan sedikit kekecohan.
Semalam merupakan hari pertama kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.
Nizar yang dikatakan hadir tanpa undangan ke majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran BN telah mencuba untuk mengimamkan solat Maghrib.

Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin ketika dihubungi mStar Online berkata, Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib
Isu tersebut dengan pantas disebarkan menerusi SMS, menjadi bahan kempen dalam beberapa ceramah anjuran BN di bahagian Bukit Gantang.
"Orang-orang dia (Nizar) minta mikrofon untuk Nizar berucap selepas Maghrib tetapi tidak diberikan, telah dihalang oleh Pengerusi Masjid (Yahaya Sulaiman).
"Kami berikan beliau peluang sertai majlis ini, anjuran BN tetapi beliau datang untuk buat kacau," kata beliau ketika dihubungi.
Rosli yang turut hadir ketika kejadian berkata, tidak berlaku apa-apa kekecohan besar dan kumpulan Nizar telah meninggalkan majlis selepas itu.
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir pada majlis tersebut.
Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, Nizar bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak.
Ketika bercakap dengan pemberita selepas memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong di sini malam tadi, Zambry berkata, tindakan itu telah dirancang oleh PAS dan sanggup menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik.


Saya Di Jemput Dan Mengimamkan Solat Maghrib.
Oleh Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin


Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha!

Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju.

Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.
Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

Ulasan :
Buat penilaian sendiri, siapakah yang mempergunakan masjid untuk kepentingan politik?

~matahijauku~

March 28, 2009

UMNO Semakin Keliru

Anak menantu menang, anak mamak terbongkang....KHIRTO TERKANGKANG... SEBENARNYA SEMUA RASUAH....YANG MENANG RASUAH BANYAK, YANG KALAH RASUAH KURANG....

Keputusan PAU sekadar satu mesej yang jelas daripada perwakilan kepada pemimpin-pemimpin UMNO bahawa "TANPA RASUAH, PEMIMPIN REBAH"!

Aku yakin Tun Mahadet adalah insan yang paling gumbira kerana anak dia kalah, sekurang-kurangnya beliau boleh mendabik dada " ANAK AKU BERSIH, SEBAB TU DIA KALAH".

Akhirnya jadi begini ....BERI JADI RASUAH, TAK BERI SAH KALAH!

Berita Harian - Datuk Seri Najib (Tun Razak) kata Umno harus berubah atau rebah

Pilihan raya umum ke 12 (8 Mac tahun lalu), Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, rakyat kata Umno mesti ditendang sampai rebah,

Pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Gantang dan Batang Ai mungkin akan talkinkan Umno yang dah jadi jenazah,

Pilihan raya ke 13, khas untuk Umno rakyat akan buat kenduri arwah,

"BERANI RASUAH, BERANI REBAH"!!!!

UMNO Transformasi..UMNO CHANGE..hakikat sebenarnya "UM, NO Change!!", Dulu, Kini dan Selamanya.

Memang patut dan tepat sekali slogan ini..baru padan muka semua orang UMNO kerana tertipu dengan menghantar perwakilan musang berbulu ayam, yang kebanyakannya tidak jujur, tidak amanah, tidak memikirkan survival bangsa, tidak boleh diharap dan kaki rasuah..selepas ini nanti merempatlah kamu orang-orang melayu di bumi yang sedang menggunakan nama MALAY sia ini..janganlah merasa sedih kerana kamu telah diberi pisau dan tangan kamu sendiri yg mencincangnya..rasakanlah!!!!!

Antara Tangan yang kotor dan kain yang bersih.....
Sekiranya tangan itu kotor bagaimanakah ia dapat memegang kain yang bersih.....
Adakah akan disalahgunakan kain yang bersih bagi membersihkan tangannya dahulu.....
Tetapi hakikatnya kain yang bersih akhirnya tidak bersih lagi....
Kain yang bersih itu akan terus dikotorkan....
Bertambah malanglah sekiranya kotoran itu kotoran yang teramat kotor umpama najis berat seperti babi dan anjing.....


Hakikatnya,
Sekiranya kita mahu pastikan kain itu bersih, maka dari awal lagi kita kena pastikan tangan kita bersih dahulu......
Tapi sekiranya tangan kita sudah kotor dengan najis berat babi dan anjing, tiadalah dapat kita memegang kain yang bersih, maka tinggalkanlah kain yang bersih itu pada orang yang bersih....
Jika tidak seluruh DUNIA akan terus menuduh dan membuktikan siapakah sang pengotor sebenar......
Siapa yang malu, dia dan keluarganya....
Siapa yang malu, dia dan negaranya....
Siapa yang malu, dia dan rakyat negaranya.....

Kata orang tua....
Segeralah bertaubat sebelum terlambat....
Taubat tidak akan diterima sekiranya ajar sudah tiba....
Taubat tidak berguna sekiranya sudah ditalkinkan......

Kata Sudin (dalam cerita Pendekar Bujang Lapuk)......
Alif Min Nun Wau = SARKIS

Kata Nabil...LU PIKIRLAH SENDIRI!

~matahijauku~










Semua sedia maklum yang Ketua Pemuda Baru untuk UMNO ialah KJ menantu Abdullah Badawi..Amat benarlah apabila di beritahu bahawasanya ramai pemuda dalam UMNO yang TIDAK suka kepada beliau,maka bergaduh mereka sesama mereka, bertikam lidah dan memberontak...Menampakkan sikap kebudak-budakan mereka..walaupun dah besar panjang...

Antara ayat yang keluar dari mulut-mulut warga umno itu sendiri ialah UMNO RASUAH DAN RASA TAK PUAS HATI!!!! Teriakan nama KJ lalu disambut dengan suara ramai RASUAH!!

Nampaknya ahli UMNO sendiri yang MENGUTUK UMNO sendiri. Sesuatu menarik yang ditunjukkan oleh mereka.

PEMIMPIN UMNO RASUAH???? Aku tak kata tapi ahli UMNO yang KATA PIMPINAN mereka KAKI RASUAH.

Bayangkan dalam UMNO sendiri, mereka angkat orang yang KAKI RASUAH, PENIPU, SAMSENG dan semua yang sewaktu dan seangkatan dengannya...
Tapi aku masih bingung dengan istilah ini, sekejap RASUAH, sekejap pulak kata POLITIK WANG. Mana satu yang betul? Bila di suruh siasat oleh SPRM, di katakan ia adalah POLITIK WANG dan hanya melibatkan disiplin dalaman UMNO. Laa ni, bila KJ menang, orang UMNO berteriak KJ RASUAH pulak? Lepas ni, apa pula tindakan SPRM bila ahli UMNO sendiri yang mengakui berlaku rasuah dalam pemilihan UMNO?

KIRA SEKARANG BUKAN ORANG YANG MENGATA PEMIMPIN UMNO AKAN TETAPI ORANG UMNO SENDIRI YANG TELAH MEROSAKKAN UMNO DAN PIMPINAN UMNO ITU SENDIRI!!!

JADI AHLI UMNO KIRA KENA TERIMA LAH KAKI RASUAH DALAM UMNO SEBAB PEMIMPIN UMNO PUN DAH KAKI RASUAH????? BUKAN AKU YANG CAKAP TAPI AHLI UMNO YANG CAKAP!!!!!

Apa-apa pun, aku tabik pada Menteri rambut putih yang sanggup meletakkan jawatan setelah kalah dalam pemilihan MT UMNO atas dasar prinsip yang ditunjanginya. Yang lain, ada berani ke bertindak begitu? Apa kata Kota Tinggi, Pengerang dan Pasir Gudang tidakkah teringin mengikuti jejak Johor Bahru meletakkan jawatan menteri secara terhormat setelah isyarat jelas di tolak oleh perwakilan UMNO sendiri? Kita saksikan aksi berikutnya..

~matahijauku~

March 26, 2009

Menarik Hari Ini

Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke 59 telah bermula. Semalam sayap-sayap UMNO bersidang dan perayu-perayu undi sudah habis berkempen untuk kemenangan bos mereka. Mungkin hari ini ada di antara mereka berada disekitar shopping complex bagi meraikan kemenangan bos mereka.

Pertembungan dua menteri pencen, Rafidah dan Shahrizat tidak kurang sengitnya. Pewaris keris panca warisan yang menjolok mata rakan-rakan kongsi dalam BN telahpun diketahui malam tadi. KJ ternyata unggul mengatasi Khir Toyo atau Mukhriz bagi mengisi slot drama samarinda yang penuh suspen. Tengok berita NTV7 tadi kata Hishamudin nak jadikan keris panca warisan sebagai hak milik kekalnya.


Nampaknya ketua sayap muda terpaksa cari keris baru dan berikan nama baru untuk kerisnya. Nama Panca Delima dan Panca Sitara tak boleh
pakai lagi pasal dah pattern. Kalau pakai nama Pancasila bakal mengudang kemarahan negara jiran. Biarlah polemik ini menjadi perdebatan mereka asalkan Pakatan Rakyat menang di Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai.

Nak ulas sikit tentang kempen PRK......calon memang ada kredibiliti cuma kempen kita terencat sikit dengan pengharaman akhbar Harakah dan Suara Keadilan dan kekangan FRU apabila melibatkan perhimpunan atau ceramah tanpa permit.

Jentera pilihanraya Pakatan Rakyat perlu bersedia menghadapi segala macam kemungkinan yang berlaku. Selain laman sesawang yang pro Pakatan Rakyat,kita boleh berkempen menggunakan sms atau paling tradisional sembang di kedai kopi. Risalah-risalah atau ceramah kelompok boleh diadakan dari masa ke semasa.

Tentangan pasti sengit kerana UMNO dalam proses merawat kecederaannya sedang sayap mudanya bertindak menjadi gembala kambing dan mula mengkambinghitamkan Anwar sebagai petaka kepada bangsa Melayu. Setahu akulah umur UMNO yang dah cecah 62 tahun, dah tua tu dan cubalah bersikap intelek sikit setaraf dengan umur yang dah pencen. Asal kalah je salahkan pembangkang. Asal pembangkang menang je mula tak keruan.

Matanglah sikit bro, sayap muda UMNO. Patutlah orang muda tak nak join UMNO kerana setiap tindakan yang dilakukan pemimpinnya menampakkan wajah hodoh UMNO sehingga rakyat marhain jadi muak dan benci kepadanya.

Pengharaman akhbar Harakah dan Suara Keadilan tetap dianggap bermotifkan politik walaupun kerajaan BN berulangkali menafikannya. Dah sah dua-dua suratkhabar tu suratkhabar siasah politik. Lainlah kalau URTV atau Mangga yang diharamkan,barulah khalayak ramai menganggapnya bermotifkan hiburan.

Mantan Memanda Menteri, Dr Mahathir juga dijemput menghadiri PAU sebagai status pemerhati. Tak pasti pulak, dalam PAU ada jemput Berahim Ali atau tidak?

Kekalahan Mukhriz dijangka akan membantutkan semula kemasukan mantan memanda menteri ini ke dalam UMNO. Puak-puak dan juak-juak Ali, Mat Taib, Shahrizat, Rafidah, Khaled Nordin, KJ, Norza,Razali dan Azalina pula telah bercadang mengajar keangkuhan memanda menteri yang dah pencen ni dengan tidak mengundi Mukhriz, Hisham, Muhyiddin dan Zahid. Nama Ismail Sabri dan Saifuddin pun masuk senarai calon reject.

Motifnya tentulah politik bro!
Jika hulubalang kanan Najib tumbang, jentera kerajaannya tentulah lemah dan Najib ketika ini dahlah tak popular dan tidak disukai dalam dan luar UMNO. Hayat politiknya tidak lama dan jika jadi PM,diramalkan tak menjangkaui tempoh Pak lah jadi PM. Senang cerita, PM paling sekejap di Malaysia. Itupun kalau Pak Lah serah kuasa. Aku tengok banyak idea Pak Lah tak sempat dilaksanakan. Pak Lah pernah kata setelah perlaksanaan SPRM, Surahanjaya Perlantikan Hakim dan SIAP,barulah dia bercadang letak jawatan. Sekarang SIAP pun belum siap lagi. Konvensyen BN pun ditangguhkan. Semalam cara Pak Lah jawab pertanyaan wartawan macam dia tak nak letak jawatan lagi.

Kita sama-sama tunggu dan lihat. Pinjam kata-kata Ibrahim Pendek dalam cerita Ali Baba dan 40 penyamun...mari..mari..mari…kita lihat siapa yang kene!!!

Sepupu Najib, Hisham jadi sasaran kebencian ahli-ahli mereka. Ada yang cakap peluangnya jadi Naib Presiden berkubur. Kira nasi dah jadi bubur.bubur pulak dah basi. Isu bahasa Melayu jadi senjata makan tuan. Sayap wanita UMNO hari ni pulak luluskan usul tolak PPSMI tanpa bahas. Tak tahulah mana nak letak muka Hisham ni.



macam mulut serigala laa Wanita UMNO nie..takutnye











Terkini, Shahrizat yang menang besar kalahkan opah Pidah untuk merebut
jawatan wanita UMNO apabila mengutip 507 undi berbanding penyandangnya Rafidah Aziz yang meraih 280 undi. Biarlah mereka, apa yang penting kita kena fokus dan aku yakin geng-geng kalah tentu dah patah semangat turun berkempen dan kita anggap semua yang berlaku sebagai bonus untuk kita.

Ketika ini penyokong Pakatan Rakyat kena menyusun gerakan dan bersatu agar kita menang dalam PRK di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Aku hampir lupa, ada ura-ura PDRM nak tubuhkan lagi dua jawatan Timbalan KPN. Tak tahulah jawatan ini untuk Sabah dan Sarawak atau untuk bos FRU dan yang jaga DNA. Tugas dan bidangkuasa MP Pakatan Rakyat untuk bahaskannya di parlimen. Pada rakyat, tak perlu dan membazir. Kena pulak ekonomi sedang meleset dan merudum ni.

~matahijauku~

Pelancaran jentera pilihan raya PAS Bukit Gantang

10,000 DENGAR AMANAT
OLEH JOHARI JAAFAR

TAIPING : Hujan renyai-renyai yang turun di sekitar jam 9.00 malam tidak menghalang 10,000 penyokong Pakatan Rakyat membanjiri kawasan ceramah di Simpang, Taiping untuk mendengar amanat Mursyidul PAS PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sempena Pelancaran Gerak Kerja Pilihan Raya Parlimen Bukit Gantang pada 8 Mac lalu.

Turut memberikan amanat di majlis itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin, Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Ahmad, Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dari DAP, Nga Kor Ming, Adun Aulong, Yew Tian Hoe, dan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Nordin Jaafar.

Nik Aziz dalam amanatnya meminta para pengundi di kawasan Bukit Gantang agar bijak berpolitik dalam menentukan pemimpin yang bakal dipilih nanti. Umno katanya, bukan sahaja tidak boleh diharapkan membela agama dan orang orang Melayu, bahkan parti itu sendiri menderhakai Raja Raja Melayu melalui beberapa siri penderhakaan yang dilancarkan parti ‘Assobiyah Melayu’ itu. Antaranya termasuklah dalam isu menghapuskan imuniti Raja Raja Melayu, tindakan penyokong Bekas Menteri Besar Terengganu yang menghina Sultan Terengganu dan pelbagai siri penderhakaan terhadap Raja Melayu.

Program pada malam tadi juga berjaya menghimpunkan seluruh penyokong dan petugas-petugas Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang. Sebelum itu pada sebelah petangnya Nik Aziz telah melancarkan dan merasmikan Bilik Gerakan Pilihan Raya Kelantan di Kuala Sepetang.

Kelantan dijangka akan menghantar petugas-petugas sepenuh masa bagi membantu Pakatan Rakyat mengekalkan kemenangan dengan majoriti lebih besar lagi. Pelancaran gerak kerja pilihan raya yang dilancarkan Mursyidul Am PAS itu bermakna bermulalah gerak kerja pilihanraya Parlimen Bukit Gantang.

Selepas ini Bukit Gantang yang mempunyai tiga DUN dan 38 daerah mengundi akan didatangi oleh beribu-ribu petugas Pakatan Rakyat dari seluruh negara. Nik Aziz meminta pengundi di kawasan tersebut agar tidak membuat kesilapan dengan memilih calon BN, sewajarnya calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat menjadi pilihan pengundi di kawasan ini sebagai tindakan ‘mengajar’ BN yang bertindak zalim apabila merampas kuasa rakyat di negeri Perak. “Pilihan raya kali ini menjadikan Bukit Gantang sebagai ukuran pengaruh yang sebenar kepada Pakatan Rakyat dan BN,” kata Nik Aziz.

March 24, 2009

Harakah di gantung lagi

Apakah rasional disebalik semua tindakan yang diputuskan KDN ini?

Menjelang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai KDN memutuskan untuk menggantung edaran lidah rasmi PAS dan juga PKR iaitu Harakah juga Suara Keadilan sebagai langkah kebelakang dari segi etika demokrasi. Dalam suasana UMNO, BN selesa menggunakan seluruh jentera dan media yang ada di muka bumi Malaysia ini, dari sudut lain pihak lawan dianiya dengan segala sekatan untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat. Memang benar, UMNO ketika ini begitu takut menghadapi Pakatan Rakyat dalam apa jua pilihanraya kerana sebelum ini berbagai strategi yang di gunakan bagi menghadapi PR dalam pilihan raya kecil menemui kegagalan. Sebagai langkah dan strategi ampuh untuk merencatkan maklumat sebenar sampai kepada rakyat maka tindakan ini dilihat begitu perlu dan segera dilaksanakan.

Dari satu segi, tindakan ini juga diharapkan UMNO, BN akan menemui kemenangan di pilihan raya kecil tersebut sebagai imej bahawa peralihan kuasa PM kepada Najib dilihat mendapat restu dan sokongan rakyat. Najib bereksperimen dengan memperjudikan ketiga-tiga pilihan raya kecil ini sebagai menifestasi sokongan rakyat masih menyebelahinya. Kalau tidak, masakan KDN ingin menggantung edaran Harakah dan Suara Keadilan hanya menjelang pilihan raya kecil yang akan menjelang nanti?

Namun, UMNO, BN perlu sedar akan tindakan mereka ini dilihat satu bentuk kezaliman menyekat rakyat daripada mengetahui maklumat-maklumat yang tepat. UMNO, BN tidak mampu untuk menyuap pemikiran rakyat dengan propaganda murahan lagi najis yang dipelopori oleh kesemua media cetak dan elektronik yang ada di Malaysia ini. Rakyat sebenarnya semakin muak dan meloyakan untuk membaca akhbar dan menonton siaran propaganda politik najis UMNO, BN ini. Sebagai rakyat yang produktif, apa juga sekatan yang di berikan untuk rakyat mendapat maklumat tidak akan melemahkan minda dan tahap pemikiran mereka. Memang sifat semulajadi manusia untuk mengetahui dengan lebih mendalam apa juga perkara yang di haramkan atau di sensasikan. Oleh itu, walaupun Harakah dan Suara Keadilan ini di gantung maklumat masih mampu di terokai oleh rakyat. UMNO, BN yang bengap dan mudah lupa akan peranan blog semasa PRU12 yang lepas dilihat menjadi peranan penting selepas ini.

UMNO, BN seharusnya merasa malu akan sistem demokrasi yang di amalkan oleh negara jiran kita, Indonesia. Dalam menghadapi pemilu (pilihan raya), setiap wakil calon parti masing-masing diberikan hak dan peluang untuk muncul di kaca tv bagi memperjelaskan kepada rakyat akan menifesto parti masing-masing. Malulah sedikit pada rakyat negara ini, rakyat dapat melihat bagaimana sikap double standard kepimpinan UMNO, BN dalam melayani erti demokrasi.

Ayuh blogger Rakyat, jangan matikan suara kebenaran anda di sini. Kita sebagai salah seorang yang menyuburkan demokrasi bukan seperti UMNO, BN yang membunuh erti demokrasi. Sama-sama kita menyumbangkan suara rakyat untuk menumbangkan jangka sisa hayat UMNO, BN ini.

~matahijauku~

March 23, 2009

Angkara siapakah ini?

Risalah-risalah yang memaparkan gambar dan perkataan yang menghina Baginda Sultan Azlan Shah dan Mufti Perak Dato Seri Harussani ditaburkan dijalan Trong ke Changkat Jering ketika jemaaah mengerjakan solat Jumaat. Mengambil kira niat jahat sesetengah pihak yang sudah pasti akan mengaitkan risalah tersebut dengan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sempena Pilihanraya Kecil nanti.


Yang pasti rakyat merasa kesal terhadap apa yang berlaku dan menganggap ini sebagai satu penghinaan kepada Baginda Sultan dan Mufti Perak. Oleh itu, satu laporan Polis telah dibuat berhubung risalah penghinaan ini di Balai Polis Terong. Pihak Pakatan Rakyat menafikan yang pihak Pakatan Rakyat ada mengeluarkan risalah berbentuk seperti ini. Tindakan ini disifatkan sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan pengedar dan pembuat risalah ini harus didakwa kerana menghina Baginda Sultan Perak.

Tindakan ini juga dilihat sebagai helah politik parti lain yang ingin menghubungkaitkan situasi politik di Perak ketika ini dengan Pakatan Rakyat. Tujuannya untuk memainkan sentiment perkauman ataupun kemelayuan kepada pengundi-pengundi di Bukit Gantang. Maka, akan dijangkakan akan berlaku fitnah yang lebih dasyat lagi selepas ini sekiranya tiada tindakan secepat kilat pihak Polis dalam menyiasat perkara ini.