Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

March 19, 2009

Kesedihan Rosmah Hanya Sekelumit duka mangsa ISA

Nukilan rasa isteri kepada salah seorang mangsa tahanan ISA..

Malaysiakini beberapa hari yang lalu melaporkan tentang perasaan isteri bakal PM, Najib Razak yang diberitakan merasa sangat berdukacita dengan segala tuduhan dan tohmahan yang telah dilemparkan oleh rakyat, terutamanya datang dari pihak pembangkang yang mengaitkan suami beliau Najib Razak dengan kematian ngeri seorang wanita Monggolia. Kesihan Rosmah kerana terpaksa menerima segala tuduhan tersebut, hinggakan sentimen itu terbawa-bawa ke Parlimen, dan ada antara ahli Parlimen menuduh suami beliau sebagai “pembunuh”. Siapalah yang akan terima dan sanggup mendengar tuduhan berat seperti itu.

Sekiranya saya di tempat Rosmah, adalah lebih baik tuduhan-tuduhan liar itu diselesaikan di mahkamah saja. Biarlah hakim yang menentukan sama ada segala tuduhan itu benar atau sebaliknya. Bak kata orang tua-tua mulut tempayan boleh ditutup dengan nyiru, tetapi mulut manusia…tiada siapa yang tahu kemana sudahnya hendak dijaja cerita sedemikian rupa.

Rosmah masih beruntung kerana suami beliau hanyalah dituduh oleh pihak pembangkang yang tidak punya kuasa sama sekali. Beliau, sebagai isteri bakal PM, masih punyai 1001 kelebihan lain dibandingkan wanita biasa yang ditimpa fitnah seperti itu. Rosmah mempunyai peluang terbuka untuk meluahkan perasaannya di mana-mana media yang beliau suka sama ada di surat khabar, radio atau televisyen. Beliau juga punya banyak wang untuk mendapatkan khidmat peguam handalan untuk menyaman mana-mana pihak yang begitu celupar itu.

Cuba bandingkan derita Rosmah dengan kesedihan wanita-wanita yang masih menjadi mangsa ISA, milik kerajaan Malaysia.

Puan Hapipah berasal dari Sabah. Suami beliau telah ditahan di bawah ISA bulan Jun 2002. Beliau yang menghidap penyakit jantung lebih empat tahun tidak bertemu suami kerana tidak mampu untuk datang ke Kem Kamunting yang terletak di Semenanjung Malaysia.

Puan Norhata, juga berasal dari Sabah telah dipisahkan dari suaminya yang ditahan di bawah ISA sejak tahun 2006. Beliau terpaksa membesarkan lapan orang anak bersendirian sepanjang ketiadaan suaminya. Sejak hari pertama ditahan di bawah ISA, beliau tidak pernah langsung bertemu suaminya yang kini masih dikurung di Kem Kamunting.

Puan Jo, suaminya ditahan di bawah ISA pada tahun 2006. Beliau juga tidak pernah melawat suaminya di Kem Kamunting kerana tidak mempunyai wang untuk datang ke Taiping, Perak. Pastinya wang lebih diutamakan untuk membiayai makan-minum lima orang anak-anak yang sedang membesar.

Suami saya telah ditahan pada April 2002… hingga kini beliau tidak pernah pulang ke rumah…

Jika nak dibandingkan dengan Rosmah, nasib kami mangsa ISA adalah seperti langit dengan bumi. Suami kami di tuduh dan dinamakan oleh Menteri Dalam Negeri sebagai ahli “pengganas Islam” dan disebarkan oleh semua media kerajaan. Kami tidak pernah diberi peluang di mana-mana akhbar, radio atau televisyen kerajaan untuk meluahkan rasa hati sebagai isteri tahanan ISA.