Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

March 24, 2009

Harakah di gantung lagi

Apakah rasional disebalik semua tindakan yang diputuskan KDN ini?

Menjelang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai KDN memutuskan untuk menggantung edaran lidah rasmi PAS dan juga PKR iaitu Harakah juga Suara Keadilan sebagai langkah kebelakang dari segi etika demokrasi. Dalam suasana UMNO, BN selesa menggunakan seluruh jentera dan media yang ada di muka bumi Malaysia ini, dari sudut lain pihak lawan dianiya dengan segala sekatan untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat. Memang benar, UMNO ketika ini begitu takut menghadapi Pakatan Rakyat dalam apa jua pilihanraya kerana sebelum ini berbagai strategi yang di gunakan bagi menghadapi PR dalam pilihan raya kecil menemui kegagalan. Sebagai langkah dan strategi ampuh untuk merencatkan maklumat sebenar sampai kepada rakyat maka tindakan ini dilihat begitu perlu dan segera dilaksanakan.

Dari satu segi, tindakan ini juga diharapkan UMNO, BN akan menemui kemenangan di pilihan raya kecil tersebut sebagai imej bahawa peralihan kuasa PM kepada Najib dilihat mendapat restu dan sokongan rakyat. Najib bereksperimen dengan memperjudikan ketiga-tiga pilihan raya kecil ini sebagai menifestasi sokongan rakyat masih menyebelahinya. Kalau tidak, masakan KDN ingin menggantung edaran Harakah dan Suara Keadilan hanya menjelang pilihan raya kecil yang akan menjelang nanti?

Namun, UMNO, BN perlu sedar akan tindakan mereka ini dilihat satu bentuk kezaliman menyekat rakyat daripada mengetahui maklumat-maklumat yang tepat. UMNO, BN tidak mampu untuk menyuap pemikiran rakyat dengan propaganda murahan lagi najis yang dipelopori oleh kesemua media cetak dan elektronik yang ada di Malaysia ini. Rakyat sebenarnya semakin muak dan meloyakan untuk membaca akhbar dan menonton siaran propaganda politik najis UMNO, BN ini. Sebagai rakyat yang produktif, apa juga sekatan yang di berikan untuk rakyat mendapat maklumat tidak akan melemahkan minda dan tahap pemikiran mereka. Memang sifat semulajadi manusia untuk mengetahui dengan lebih mendalam apa juga perkara yang di haramkan atau di sensasikan. Oleh itu, walaupun Harakah dan Suara Keadilan ini di gantung maklumat masih mampu di terokai oleh rakyat. UMNO, BN yang bengap dan mudah lupa akan peranan blog semasa PRU12 yang lepas dilihat menjadi peranan penting selepas ini.

UMNO, BN seharusnya merasa malu akan sistem demokrasi yang di amalkan oleh negara jiran kita, Indonesia. Dalam menghadapi pemilu (pilihan raya), setiap wakil calon parti masing-masing diberikan hak dan peluang untuk muncul di kaca tv bagi memperjelaskan kepada rakyat akan menifesto parti masing-masing. Malulah sedikit pada rakyat negara ini, rakyat dapat melihat bagaimana sikap double standard kepimpinan UMNO, BN dalam melayani erti demokrasi.

Ayuh blogger Rakyat, jangan matikan suara kebenaran anda di sini. Kita sebagai salah seorang yang menyuburkan demokrasi bukan seperti UMNO, BN yang membunuh erti demokrasi. Sama-sama kita menyumbangkan suara rakyat untuk menumbangkan jangka sisa hayat UMNO, BN ini.

~matahijauku~