Risalah-risalah yang memaparkan gambar dan perkataan yang menghina Baginda Sultan Azlan Shah dan Mufti Perak Dato Seri Harussani ditaburkan dijalan Trong ke Changkat Jering ketika jemaaah mengerjakan solat Jumaat. Mengambil kira niat jahat sesetengah pihak yang sudah pasti akan mengaitkan risalah tersebut dengan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sempena Pilihanraya Kecil nanti.
Yang pasti rakyat merasa kesal terhadap apa yang berlaku dan menganggap ini sebagai satu penghinaan kepada Baginda Sultan dan Mufti Perak. Oleh itu, satu laporan Polis telah dibuat berhubung risalah penghinaan ini di Balai Polis Terong. Pihak Pakatan Rakyat menafikan yang pihak Pakatan Rakyat ada mengeluarkan risalah berbentuk seperti ini. Tindakan ini disifatkan sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan pengedar dan pembuat risalah ini harus didakwa kerana menghina Baginda Sultan Perak.
Tindakan ini juga dilihat sebagai helah politik parti lain yang ingin menghubungkaitkan situasi politik di Perak ketika ini dengan Pakatan Rakyat. Tujuannya untuk memainkan sentiment perkauman ataupun kemelayuan kepada pengundi-pengundi di Bukit Gantang. Maka, akan dijangkakan akan berlaku fitnah yang lebih dasyat lagi selepas ini sekiranya tiada tindakan secepat kilat pihak Polis dalam menyiasat perkara ini.