Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

March 07, 2009

Segala-galanya tentang KUASA

Abdullah Badawi akan serah kuasa dalam masa beberapa hari lagi. Khalid Ibrahim diperangkap dalam skandal salahguna kuasa. Liz Wong mangsa caturan kuasa. Ir Nizar dirampas kuasanya. Dr Zambry digantung kuasanya. Kita semua jadi gawat tengok orang bermain kuasa.

Lepas tu, ada kuasa di belakang tabir. Ada kuasa di balik dapur. Ada dalang kuasa. Ada broker kuasa. Kita semua jadi bingung kerana tak tau kuasa mana yang menguasai pihak berkuasa.

Hari ini banyak politikus nak beli kuasa. Bila dah berkuasa dia akan gunakan kuasa itu untuk memperkukuhkan kuasanya. Dia tak peduli, guna kuasa cara betul atau guna kuasa secara salah. Pokoknya dia mesti tunjuk dia ada kuasa.

Najib yang akan mewarisi kuasa Abdullah akan gunakan kuasa untuk memperlihatkan kekuasaanya. Lihat sahaja isu di Perak ini, yang punya kuasa tapi di buatnya macam tidak berkuasa. Yang kuasanya tidak lah ke mana tapi dipergunakannya untuk menyangkal orang yang lebih berkuasa daripadanya. Yang berkuasa secara demokrasi sekarang ini di momokkan sebagai gila kuasa. Yang gila kuasa di jaja seluruh Negara sebagai golongan yang mendapat kuasa secara sah. Istana di gunakan sebagai pelindung daripada sebarang kuasa. Sebelumnya istana di lucutkan kuasanya tapi kini istana dilacurkan pula kuasanya semata-mata memenuhi nafsu untuk berkuasa.

Namun, hakikat sebenarnya kuasa yang ada pada mereka yang gila kuasa merampas hak orang yang berkuasa secara tidak kuasa untuk dinyatakan di sini, merupakan episod awal kehancuran kuasa pada parti yang telah lama berkuasa. Allah memberikan amanah dan kuasa untuk mentadbir negara ini bagi memberikan kesejahteraan kepada hamba-hambaNya yang lain yang sememangnya mengharapkan kekuasaan pemerintah memberikan keharmonian yang sejagat. Namun di akhir hayat parti yang tamak haloba untuk berkuasa, memikirkan hanya mereka sahajalah yang layak berkuasa dan memakmurkan perut mereka dan sekutu-sekutunya dengan kuasa yang ada. Menjadi celaru lagi apabila pihak yang berkuasa menggunakan kuasanya menghalang pihak yang hendak menegakkan kekuasaan melalui kuasa yang di amanahkan rakyat kepadanya.

Oleh itu rakyat jangan main-main dengan kuasa undi masing-masing. Gunakan kuasa itu sebaik-baiknya. Kita tak mau orang yang menang jadi gila kuasa, melompat untuk menunjukkan ia berkuasa atau salahguna kuasa. Kita juga tak suka tengok orang lupa bahawa kuasa mereka datangnya dari rakyat jelata.

Kepada pejuang-pejuang Islam, jangan ada rasa tak kuasa untuk terus istiqamah menentang golongan yang menggunakan kuasa bagi kepentingan sendiri dan enggan meletakkan Islam secara total sementara ia masih di ulit kuasa.

~matahijauku~