Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

March 10, 2009

DSAI Bertemu Pak Lah?

Sesuatu yang tidak diduga berlaku. Mungkin kejutan ini sebagai isyarat yang bakal mengejutkan bakal PM Malaysia. Apapun perkembangan menarik ini menjadi seribu pertanyaan kepada Najib dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Apakah episod ini akan merencatkan pelan peralihan kuasa antara Pak Lah dan Najib. Rakyat Malaysia akan menantikan apakah akan berlaku kejutan selepas ini. Apapun bagi Pakatan Rakyat, ini bukanlah sesuatu yang akan melekakan perjuangan sebenar menghadapi PRK di dua Bukit kelak sebaliknya akan memeningkan Najib yang sedang mengatur strategi menghadapi Pakatan Rakyat dalam tribulasi yang di ciptanya.

Terlalu banyak andaian dan tafsiran mengenai kehadhiran saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi di Hulu Langat tengah hari tadi.

Saya dijadual ke madrasah untuk sambutan Maulidur Rasul dan meraikan Tuan Guru Sheikh Mahmud. Di antara tetamu adalah ulama’ dari Indonesia, Gambia, India, Patani dan lain-lain. Turut sama adalah ketua sami Buddha dari Bangkok serta bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman Thailand Profesor Dr. Bhokin.

Saya dan Azizah terlambat tiba kerana terpaksa melayani karenah dan drama di Mahkamah Tinggi termasuk urusan ikat jamin!

Sebaik menghampiri kawasan madrasah, saya diberitahu Datuk Seri Abdullah telah pun tiba. Saya disambut Sheikh Mahmud dan menjamah hidangan bersama Datuk Seri Abdullah, Profesor Bhokin dan para ulama’ yang hadhir.

Kami dapat ngobrol biasa untuk seketika. Selesai bersama berjemaah Zuhur, kami berlepas ka Parlimen.








~matahijauku~