KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan parti minggu hadapan setelah didapati bersalah melibatkan politik wang.
Lembaga Disiplin UMNO mendapati beliau melakukan kesalahan mengikut Perkara 10.1 tataetika ahli UMNO, demikian diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail pada sidang akhbar di sini semalam.
“Kesalahannya disebabkan ada sabit atau kaitan, iaitu pekerja dia ke, apa saja yang buat salah, dia yang dianggap sebagai prinsipal (ketua), juga dianggap buat salah. Tetapi kesalahan dia tidak begitu seperti yang dilakukan oleh ejennya. Maka dia boleh diambil tindakan di bawah Perkara 10.1,” katanya pada sidang media di ibu pejabat UMNO di Menara Onn di sini.
Lembaga Disiplin katanya, turut mendapati Khairy Jamaluddin, calon Ketua Pemuda, bersalah kerana melanggar perkara yang sama tetapi hanya diberi amaran dan layak bertanding jawatan berkenaan 25 Mac ini.
“Seorang lagi calon Ketua Pemuda UMNO, yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut disiasat atas perkara yang sama dan didapati tidak bersalah melanggar tataetika,” katanya.
Ahmad Ritahaudden berkata, Setiausaha Politik, Ketua Menteri Melaka iaitu, Saadun Basirun turut didapati bersalah termasuk ahli jawatankuasa Bahagian UMNO Bukit Katil, Rosli Hasan dan Naib Ketua Puteri UMNO Bukit Katil, Zalina Ismail.
“Saadun yang juga ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil, digantung keahlian selama tiga tahun atau satu penggal pemilihan berkuatkuasa 12 Mac lepas,” katanya.
Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, keahlian Ali bagaimanapun tidak digantung dan beliau masih menjadi anggota perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO, yang dijadual berlangsung dari 24 hingga 28 Mac ini.
“Mohd Ali dibenarkan untuk membuat rayuan terhadap keputusan itu,” katanya.