Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

March 04, 2009

Kerajaan "Pasola" Di Perak

Pernah menonton cerita Laksamana Do Re Mi, lakonan Allahyarham P. Ramlee? Saya menontonnya masa masih di bangku sekolah rendah lagi.

Di antara adegan dalam cerita tersebut ialah kisah Raja Pasir Dua Butir yang terpaksa 'bersidang' di bawah pokok kerana gara-gara diserang oleh Raja Pasola dari Negeri Pasir Berdengung.


Ceritanya mencuit hati menyebabkan ramai yang ketawa geli hati. Ingatkan cerita itu hanya cerita komedi biasa yang mustahil berlaku dalam zaman moden. Namun di sebabkan ilmu nujum pak belalang yang dimiliki oleh Tan Sri P.Ramle memungkinkan beliau bakal di anugerahkan Tun pula selepas ini. Ternyata andaian saya dan ramai pihak silap.

Hari ini, skrip dalam cerita itu seperti berulang kembali. Gara-gara rampasan kuasa, maka Speaker DUN Perak, 27 wakil rakyat dan Menteri Besar Perak Dato Seri Ir Nizar Jamaludin terpaksa 'bersidang' di bawah pokok.

Cuma dalam skrip ini, tidak ada 'pertumpahan darah' berlaku. Persidangan 'kerajaan buangan' di bawah pokok ini disebabkan terdapat pihak yang terlalu kemaruk untuk berkuasa. Rampasan kuasa yang dilakukan oleh 'Raja Pasola' dari negeri Pasir Berdengung begitu caca marba sehingga menjadi lawak jenaka dan perhatian dunia. Pertembungan yang melibatkan kuasa dan maruah.

Sekali lagi saya nak kemukakan soalan kepada 'kerajaan Raja Pasola' di Perak, kenapa takut dengan sidang DUN? Kenapa takut untuk membubarkan DUN? Tidakkah anda mempunyai maruah dan harga diri. Menjadi kerajaan yang menjadi bahan kejian dan kutukan rakyat? Tidak malukah kalian? Atau kalian memang tidak mempunyai maruah dan harga diri?

Buktikan secara 'anak jantan' bahawa kerajaan "Raja Pasola' di Perak mendapat sokongan rakyat. Hanya mereka yang dayus dan bacul sahaja yang tidak berani bersemuka dengan rakyat melalui dalam pilihanraya! Mereka tenyata telah melakukan kesilapan besar dengan merampas kuasa tanpa perancangan yang teratur dan teliti. Hanya pilihanraya dengan pembubaran DUN Perak sahaja yang dapat menebus dosa dan kesilapan yang telah dilakukan.

Jika DUN tidak dibubarkan maka selepas ini dunia akan menyaksikan lebih banyak persidangan DUN di bawah pokok macam dalam cerita Laksamana Do Re Mi. Mungkin akan datang bakal
diadakan di bawah pokok durian atau pokok ketapang pula!

Sedikit penambahan, sekiranya di dalam filem karya Tan Sri P. Ramlee tidak ketinggalan akan diketengahkan watak samseng yang sinonim dengan panggilan Sarip Dol dan bersamaan dengan episod di Perak di mana individu yang berlagak samseng cuba memprovokasikan lagi keadaan. Dan secara kebetulan, samseng yang di maksudkan tersebut mempunyai wajah yang mirip dengan Sarip Dol di dalam filem karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Di petik dari detikdaily.