Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

March 19, 2009

Isu moral, suami kacau isteri orang dan rasuah politik dalam Umno

PENOLONG Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN dan jurugambar NASIR SUDIN baru-baru ini bersua muka dengan suami Senator Datin Paduka Norhayati Onn, Ir Mohd Suffian Abdul Aziz membicarakan salah laku moral isterinya, politik wang dan isu bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo. Sembang-sembang santai dengan bekas Ketua Pemuda Umno Klang itu berlangsung di salah sebuah hotel di ibu negara 12 Mac lalu.


HARAKAH: Apa status kes nusyuz isteri saudara, Senator Norhayati Onn?

SUFFIAN: Pada 23 April depan ia akan dibacakan di Mahkamah Syariah Shah Alam dan peguam beritahu jika dia tak hadir, satu waran tangkap akan dikeluarkan kerana ingkar. Seingat saya sudah 10 kali saya hadir tetapi dia langsung tak datang.

Apa yang saudara mahukan dari kes ini sebenarnya?

Saya nak isteri saya itu tidak ada sebarang tuntutan ke atas saya dan ada apa-apa hak ke atas anak-anak. Saya mahu buktikan kebenaran dalam masalah rumah tangga saya dan saya juga mahu nama baik saya dibersihkan.

Dia dakwa saya macam-macam ... 'the damage is done' walaupun dia sudah tarik balik saman fasakh ke atas saya. Dia kata dia nak berbaik-baik semula dengan anaknya dan sanggup pergi kaunseling ... tetapi sampai sekarang dah setengah tahun lebih, tiada apa-apa yang berlaku. Tidak pernah berinteraksi dengan anak-anak.

Merujuk gambar Norhayati dengan bekas Ahli Parlimen Gombak, di mana kejadian ini berlaku?

Ketika Pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir, Kelantan pada 2005. Berlaku di bilik salah sebuah hotel di Kota Bharu. Semuanya ada terkandung dalam surat akuan bersumpah saya bertarikh 12 Oktober, 2006 dan juga sembilan laporan polis dibuat termasuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor.

Setakat ini status laporan polis bagaimana?

Tiada sebarang tindakan dan sudah empat tahun ia terjadi. Tapi kes Elizabeth Wong, cepat betul tindakan polis. Tukar polis Wilayahlah, cari orang itu, ini sampai nak cari luar negara sedangkan kes itu berbeza dengan kes isteri saya yang lebih teruk moralnya.

Elizabeth, dia bukan Islam ... malah isunya ialah orang menceroboh 'privasi'. Tapi kes isteri saya ialah adakan hubungan sulit dengan orang lain. Ada gambar, video dan rakaman perbualan. Kenapa tiada tindakan? Ia melibatkan seorang Senator Dewan Negara dan pemimpin Wanita Umno.

Selain polis, kepada siapa saudara mengadu?

Dato' Seri Khir Toyo ... tetapi Khir kata itu hal rumah tangga. Selesaikanlah sendiri dan dia tak buat apa-apa tindakan. Dia lindungi Norhayati kerana mahu sokongan untuk bertanding pemilihan Umno dulu dan jaga reputasinya sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu. Kini nak jadi calon Ketua Pemuda Umno pula. Dia kena jaga orang-orang ini yang ada pengaruh nak sokong dia dalam pemilihan UMNO nanti.
Bukan masalah berpuas hati atau cukup hukuman kepada Norhayati. Memang bekas ahli Parlimen Gombak itu digugurkan tetapi kenapa Norhayati masih dilantik semula sebagai Senator Oktober tahun lepas.

Sudah berapa kali kejadian itu berlaku?

Banyak dah berlaku. Antaranya di Kuala Lumpur, Petaling Jaya (beberapa nama hotel disebut) malah setiap kali dia tangkap gambar, telefon bimbit itu ada tarikh dan masa. Apabila saya 'check' memang tepat.

Ada yang kata teknik super-impose (cantuman, tindanan)?

Dia cakap berbelit-belit. Mari masuk mahkamah dan bawa pakar-pakar teknologi ... tengok. Super-impose ke tidak?

Ada saudara bertemu sendiri dengan bekas ahli Parlimen Gombak itu?

Ada, saya pergi rumahnya dengan abang saya. Rahman kata biasalah gambar itu ... hubungan antara pesakit dan doktor. Menyirap darah saya ... yang peluk-peluk itu apa, apa lagi saya pun bergasak .... Lepas itu saya buat laporan polis dan dia juga buat tetapi tiada sebarang siasatan.

Apa lagi bukti?

Ada video rakaman yang mungkin jauh lebih teruk daripada kes Elizabeth. Malu saya nak siarkan dan kasihan anak-anak malu ... (Suffian mengalirkan air mata)

Bukankah saudara 'orang kuat' Khir Toyo suatu ketika dulu sehingga saudara pernah diarah oleh beliau untuk 'mencari' dan menggertak Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman yang mendedahkan kes rasuah beliau dulu?

Ya betul, saya memang orang kuat dia ... dan memang saya disuruh cari Lutfi. Khir Toyo siap cabar lagi, "dia ingat aku ni siapa, aku ni Menteri Besarlah".

Berpengalaman sebagai bekas Ketua Pemuda Umno Klang, apakah ini insiden pertama melibatkan moral dan salah laku pemimpin Umno?

Saya dah lama dalam sistem ini. Ini bukan kali pertama, ada pemimpin Umno yang terlibat, ada yang ada bukti dan ada yang tidak diketahui. Cuma saya 'respect' juga yang bukan Islam ini, dia buat dia mengaku bertanggungjawab macam Dato' Chua Soi Lek dan Elizabeth Wong tetapi pemimpin Umno yang macam ni (tunjukkan gambar isteri) sampai sekarang tak mengaku. Jujurlah.

Adakah saudara pernah kena ugut dan diancam keselamatan?

Ada, banyak kali malah anak-anak saya diugut untuk tidak mendedahkan keburukan moral ibu mereka dan membawa ke mahkamah. Anak lelaki saya dipukul, anak perempuan disergah dan macam-macam lagi.

Status saudara dengan Norhayati masih suami isteri?

Ya, tetapi itulah dia tak serik. Baru-baru ini anak saya beritahu terserempak dengan ibunya dengan ....
Malu nak cakap tetapi orang macam ini tidak layak jadi pemimpin, apatah lagi ada jawatan berprestij seperti Senator. Saya dapat tahu dia 'lobi' pemimpin Umno untuk dapat jawatan itu.

Sebagai orang yang rapat dengan dengan Khir Toyo, apakah persepsi saudara dan layakkah dia bertanding Ketua Pemuda Umno?

Jangan jadi sombong. Ingat asal dan sejarah dulu sebelum jadi Menteri Besar. Sedarlah sikit. Jangan kata orang lain rasuah atau tuduh orang tak bermoral. Saya rasa orang macam ini lupakan sahajalah. Kalau nak jadi Ketua Pemuda Umno dia mesti ada karektor dan watak nasional. Ini bukan bertanding Ketua Umno Sabak Bernam. Mesti mahir berbahasa Inggeris kerana Ketua Pemuda akan bertemu dengan pemimpin dunia.

Begitu juga dengan Norhayati yang akan bertanding Exco Wanita Umno ..

Inikah yang akan memimpin bangsa dan agama? Kalau hobinya buat kerja lain, baik lupakan saja dan letakkan jawatan Senator. Kalau buat silap minta ampun dengan Allah, kalau salah pikul sendiri, jangan sampai aniaya orang lain terutamanya anak-anak ... Anak saya yang kecil tiga tahun...kasihan dia (mengalir air mata). Mungkin orang tak percaya, dan jarang-jarang berlaku tetapi ketiga-tiga anak saya yang jaga sejak kes itu ... ayah yang menjaga bukan ibunya.

Saudara bersediakah untuk menghadapi sebarang tindakan undang-undang seperti saman atas pendedahan isu salah laku moral ini?

Saya berani hadapinya. Cabarlah di mahkamah khususnya melibatkan Norhayati.

Tentang politik wang dalam Umno, termasuk 900 aduan rasuah dan dapatkah dibendung, apatah lagi dengan wujud SPRM?

Ia dah berakar umbi. Dahsyat dan kronik. Macam mana nak buktikan pun susah juga. Kalau belanja makan, beri duit minyak RM300 seorang untuk datang, itu pun politik wang. Sembang-sembang sedikit, sedekah duit ... macam mana tu?

Dah jadi budaya. Duduk jumpa perwakilan belanja teh tarik pun dikira politik wang. Definasinya tak jelas tapi memang wujud. Budaya kita lebih kepada kebendaan. 'What can I get? At the end of the day' hanya beberapa orang perwakilan yang ada 'kuasa' untuk memilih kita.

Payah nak ubah. Kalau tak boleh bagi tunai, mereka masuk dalam akaun bank. Dulu tahun 90-an ada duit RM1,000. Koyak dua. Satu kau ambil dan satu lagi pemimpin pegang. Menang cantum balik. Boleh pakai.

Selain politik wang, adakah proses pemilihan undi juga dicemari?

Umno ini, macam-macam kepakaran dia ada. Saya tak nak cerita banyak. Ada kes, tertutup lampu di PWTC sekejap waktu proses kira undi. Ada yang seluk kertas undi simpan dalam seluar dalam pun ada. Pernah beberapa ahli akademik buat penilaian semula proses kiraan undi pemilihan agung Umno menyatakan bahawa ia dibuat dengan tidak betul. Tapi itu semua tidak didedahkan.

Semua 'korupsi' dan tiada seorang pun yang bersih?

Ada yang baik malah mereka ini kita tengok cara kerja dan bercakap memang benar-benar ikhlas. Tak perlu pakai wang dan mereka juga tak pernah tawar wang dan kita tahu mereka ini pemimpin yang 'genuine'. Saya suka macam Allahyarham Dato' Harun Idris dulu, itu betul-betul pejuang.

Bagaimana dengan tindakan anak Dato' Haron untuk dapatkan injuksi mahkamah halang Perhimpunan Agung Umno 27 Mac ini?

Tak boleh buat injuksi. Dalam Perlembagaan Umno, mana-mana ahli yang bawa kes ke Mahkamah akan dipecat.

Bagaimana isu rampasan kuasa di Perak?

Saya rasa kalau Tun Mahathir dulu dia ikut 'procedure'. Dia akan buat 'smart move'. Bawa ke Dun, buat undi tak percaya. Ikut proses. Ini semua orang nampak macam 'hijack'.

Sebagai renungan untuk ahli UMNO, inikah perjuangan sebenar anda? Seharusnya anda berasa malu mewarisi kekuasaan dengan cara yang kotor. Sedarlah keseluruhan UMNO sudah terpalit dengan najis.

Sumber : http://www.detidaily.net/v5/