Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

March 05, 2009

Persidangan Bawah Pokok

3 March, Kuala Lumpur - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, YB Dato’ Sri Azalina Othman, berkata tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, dan 27 anggota dewan yang terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas menghadiri persidangan dewan di bawah pokok adalah satu tindakan yang tidak bertamadun.

“Ia juga satu penghinaan kepada Sultan Perak (Sultan Azlan Shah). Apa yang pembangkang buat ialah melaksanakan undang-undang rimba,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Azalina yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian merangkap Ahli Parlimen Pengerang berkata, tidak pernah dalam sejarah negara ini persidangan dewan undangan negeri diadakan di bawah pokok dan perkara itu menandakan partigabungan DAP-PKR-Pas tidak menghormati status dewan sebagai sebuah institusi yang mulia.

“Mereka telah tunjukkan belang mereka, sanggup menghalalkan apa saja asalkan dapat memerintah,” katanya.

Persidangan pada 10.20 pagi itu adalah bagi meluluskan tiga usul, termasuk mengesahkan keputusan Sivakumar melarang Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, dan enam ahli Exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

Usul lain ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar dan membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Persidangan itu ditangguhkan 25 minit kemudian selepas ketiga-tiga usul itu diluluskan.


Lima komen yang di buat daripada perempuan UMNO (Dato Seri Rafidah tidak mengiktiraf dia ni wanita UMNO) yang bernama Azalina, berkenaan sidang DUN Perak yang berlangsung di bawah pokok:

1) Persidangan Tergempar DUN Perak Tidak Bertamadun

2) Ia suatu penghinaan kepada Sultan Perak
3) Apa yang pembangkang buat ialah melaksanakan undang-undang rimba.
4) Pembangkang tidak menghormati status dewan yang mulia
5) Mereka telah tunjukkan belang mereka, sanggup menghalalkan apa saja asalkan dapat memerintah

Perempuan UMNO ini umpama "buang najis merata, tapi kata orang lain buang". Semua komen yang dihamburkan itu sebenarnya adalah sifat dan sikap kerajaan UMNO/BN yang menjadi partinya.

Semua orang tahu bahawa :

UMNOlah yang sebenarnya tidak bertamadun apabila merampas negeri Perak dengan membelakangkan perlembagaan.

UMNOlah yang menjadikan maruah Sultan Perak jatuh dimata rakyat, apabila menjadikan belakang Sultan tempat bersembunyi. Sehingga Sultan yang terpalit dengan segala kekotoran yang UMNO sendiri cipta.

UMNOlah yang mengamalkan undang-undang rimba bilamana menindas dan mengugut rakyat dengan kuasa mereka. Selama lebih 50 tahun memerintah mengaut kekayaan dan membiarkan rakyat papa kedana.

Kementerian Dalam Negerilah yang menghina kemuliaan dewan bila mengarahkan polis dan FRU menghalang ADUN-ADUN daripada bersidang di dewan hari ini. Sebelum ini pun polis sendiri pernah menghina Dewan Rakyat bila menangkap tetamu ahli parlimen di dalam kawasan parlimen dan membiarkan pemuda UMNO memukul dan mengugut Ahli Parlimen Bukit Gelugor di dalam kawasan parlimen.

Najib dan UMNOlah juga yang menghalalkan semua cara demi mendapat kekuasaan. Menculik dan merasuah ADUN supaya melompat parti. Dewan undangan negeri belum bersidang dah umum bentuk kerajaan. Perlembagaan dibelakangkan.

Ini lah contoh sikap pemimpin UMNO yang tiada maruah. Dah takde cara nak promosi diri melainkan mengutuk dan memfitnah orang lain.