Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

May 30, 2010

Program Ceramah Penerangan PAS Caw Tg. Sedili

Kota Tinggi, 28 Mei 2010 bertempat di Markas Pas Tg. Sedili program penerangan seperti yang dirancang berjaya di rencanakan bagi memberi penerangan kepada rakyat khususnya penduduk di sini akan pergolakan politik yang sedang melanda negara ini.

Program pada malam tersebut yang menampilkan penceramah yang terdiri daripada Ketua Penerangan sayap Pas Negeri Johor iaitu daripada Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Johor, Puan Fatimah Binti Ismail dan juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Johor, Ust Azam Bin Abd Razak. Turut menampilkan ucapan YDP, Tuan Hj Kamaldin Bin Hj Tahir serta ucapan Ketua Dewan Muslimat Pas Kota Tinggi, Puan Rosnani Jusoh.




Seperti biasa, ucapan alu-aluan di sampaikan oleh YDP Pas Kota Tinggi dengan sedikit ulasan isu-isu terkini untuk di sampaikan dan dikongsikan bersama dengan para hadirin yang mula memenuhi ruang ceramah. YDP juga menyentuh isu tempatan yang perlu di ketengahkan buat perhatian hadirin sekelian.

Sementara itu, buat pertama kalinya menjemput Ketua Muslimat Pas Kota Tinggi bagi memberikan ucapannya pada malam tersebut. Bersesuaian dengan jemputan penceramah daripada Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Johor maka amatlah tepat pada masanya Ketua Muslimat Pas Kota Tinggi ini tampil di atas pentas ceramah Pas.

Ternyata beliau begitu petah mengulas isu-isu gejala sosial yang cukup membarah di dalam masyarakat kita ini. Sesuai dengan sifat keibuaan, beliau menyentuh isu pembuangan bayi yang di lihat begitu zalim mengalahkan zaman jahiliah malah tidak keterlaluan di katakan ini merupakan zaman jahiliah moden yang lebih dasyat. Membuang anak tanpa mengira jantina. Puan Rosnani juga mengajak masyarakat agar menjadi mata dan telinga kepada jaringan tanggungjawab sosial dengan membuka mata dan hati melihat apa yang berlaku di persekitaran.




Manakala ucapan Puan Fatimah merangkap Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Johor menyentuh akan ketidakadilan kerajaan Umno, BN dalam memberikan hak dan peluang yang sama rata antara parti-parti yang berdaftar di Malaysia ini. Beliau menegaskan bahawa medium Pas yang ada ini perlu dipergiatkan lagi bagi menyalurkan maklumat kepada rakyat bawahan berbanding Umno, BN yang menguasai segala-galanya teknologi maklumat di Malaysia ini. Ketidakadilan ini tidak akan mematahkan semangat pejuang-pejuang Parti Islam ini untuk terus memberikan sumbangan tenaga melawan ketidakadilan Umno, BN.

Beliau turut menyentuh akan masalah kebejatan sosial yang makin membarah dalam masrakat kita. Mengikut perangkaan dari tahun 2007 hingga 2010, statistik sejumlah 17 ribu anak luar nikah dilahirkan mambayangkan begitu parahnya penyakit ini. Namun begitu apa yang dilihat kerajaan Umno, BN begitu tidak mengambil peduli akan statistik ini malah mengambil tindakan membuka pusat pengumpulan anak-anak luar nikah sebagai jalan penyelesaian.

Tegas beliau, dalam dunia haiwan tidak terdapat dunia manusia tetapi dalam dunia manusia banyak terdapat sifat dunia haiwan malah lebih teruk daripada haiwan. Begitulah manusia yang dikurniakan akal jika tidak dipandu dengan undang-undang ciptaan PenciptaNya akan jauh lebih hina daripada haiwan.

Maka, moralnya hendaklah kita kembali kepada fitrah kejadian manusia. Ambil Islam sebagai The Way Of Life secara total. Lihat akan inisiatif pemerintah dalam menangani masalah ini yang menggunakan logik akal sedangkan Allah sebagai pencipta dan sebaik-baik pencipta telah menyediakan manual untuk kegunaan manusia. Tetapi atas dasar keegoaan manusia yang mendakwa lebih bijak dan di dorong dengan fahaman sekular maka inilah kesannya seperti yang dapat di lihat sekarang.



Slot terakhir ceramah pada malam tersebut iaitu Ust Azam selaku Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Johor memulakan ceramahnya dengan mengajak hadirin berfikir melihat segala permasalahan yang melanda tanah air kita ini. Yang terbaru dengan perkenan Perdana Menteri telah meluluskan lesen judi bola yang diberikan kepada Berjaya Group di bawah pengaruh Vincent Tan.

Begitu banyak perungkaian yang tidak di jawab oleh Umno, BN dalam menghalalkan lesen judi ini namun Pas akan terus membantah pemberian lesen tersebut. Pas akan bergerak memberikan penerangan serupa ini dalam memberikan kesedaran kepada rakyat akan kaitan pengundi dan pemerintah. Perlu di fahami, apa juga tindakan yang dilakukan oleh pemerintah mempunyai kaitan secara langsung akan dosa pahala kepada pengundi. Hakikat ini perlu difahami oleh rakyat yang berhasrat memilih pemimpin yang akan melaksanakan perkara-perkara mungkar apabila berkuasa kelak.

Oleh sebab itu, rakyat perlu diberikan maklumat yang sebenarnya agar dapat menimbang baik buruknya sebelum memilih pemimpin yang akan menetukan hala tuju negara. Semuga rakyat bijak memilih uamarak dalam PRU yang akan datang.

May 27, 2010

Kempen Membantah Judi Bola


1. Membantah Lesen Judi Bola atau sukan yang diluluskan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional membawa kepada tindakan tegas dari pihak Dewan Pemuda PAS Pusat .


Pertama : Himpunan 3 Julai 2010

Himpunan Besaran - besaran pada 3 Julai 2010 akan diadakan di perkarangan Masjid Negara dan kemudian berarak ke Istana negera mengiringi pimpinan Pemuda Pakatan rakyat untuk menyerahkan memorandum bantah Lesen Judi serta merayu campur tangan Raja - Raja Melayu untuk mendesak agar Kerajaan memansukhkan Lesen Judi Bola atau sukan tersebut .

Kedua : Himpunan 21 Mei 2010 [ jumaat ]

Himpunan besar - besaran yang mensasarkan penyertaan 5 ribu rakyat di setiap masjid negeri di seluruh negara pada 21 Mei 2010 untuk tujuan menyuarakan bantahan rakyat terhadap tindakan Kerajaan meluluskan Lesen Judi Bola dan sukan ini .

Ketiga : Memorandum kepada Mufti - Mufti Negeri [ tempoh 21 Mei hingga 30 June ]

Satu rally Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri akan menganjurkan satu siri penyerahan Memorandum Bantah Lesen Judi tersebut kepada mufti - mufti di setiap negeri sepanjang tempoh sebulan ini dari 21 Mei hingga 21 June 2010 . Mendesak agar mufti - mufti negeri membawa isu ini ke Majlis Mufti Kebangsaan lalu mendesak kerajaan agar menarik balik kelulusan Lesen Judi Bola yang telah dianugerahkan kepada Berjaya Group .

Keempat : Roadshow Mendidik rakyat [ sepanjang tempoih 21 Mei hingga 30 June ]

Dewan Pemuda PAS Pusat juga akan mengadakan Roadshow ke seluruh negara dalam tempoh sebulan ini bagi menjelaskan kepada rakyat mengenai keburukan dan kesan negatif judi bola yang akan dilaksanakan ini sekaligus mendidik rakyat agar tidak terjebak dalam perangkap judi yang diharamkan oleh semua agama .

Kelima : Edaran Risalah Hindari Judi

Risalah Hindari Judi [ Ya untuk Bola , Tidak untuk Judi ] akan diedarkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri kepada semua khasnya peminat sukan bolasepak terutamanya di sepanjang musim FIFA WORLD CUP dan EPL pada musim depan .

2. Dewan Pemuda PAS Pusat juga akan memanafaatkan segala ruang dan peluang yang wujud sepanjang tempoh itu untuk menganjurkan apa jua tindakan berkesan ke arah mendesak Kerajaan menarik balik lesen judi yang telas diluluskan itu . Dalam masa yang sama peranan besar Dewan Pemuda PAS Pusat ialah mendidik rakyat agar menyedari keburukan judi lantas menjauhkan diri daripadanya .

3. Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan penyertaan semua warga prihatin termasuklah badan - badan bukan kerajaan dan juga golongan non muslim agar turut menjayakan hasrat rakyat yang insaf dan sedar tentang implikasi buruk dari angkara judi tersebut .

Keterangan lanjut boleh hubungi sekteriat Dewan Pemuda PAS Pusat di talian : 03 269 25000

Mengapa Melayu Ditipu Melayu ?

Oleh : Nash Ar- Rawy
( www.nasharrawy.blogspot.com )

Memang Melayu ditipu Melayu kerna Melayu tanpa Islam . Hanya Islam ( yang Mukmin ) sahaja yang tiada bisa ditipu oleh sesiapa pun, insyaAllah. Kalau tertipu pun, hanya sekali sahaja, tiada bisa dua, tiga kali pilihanraya . Justeru itu, hadis Rasulullah menyatakan ; “ Sesungguhnya orang mukmin tiada selayaknya dipatuk ular dua kali dalam satu lubang“ ( oleh ularnya yang sama ). Contohnya, ular yang sama pernah patuk PAS dan tendang PAS keluar daripada BN kerna takabur dan sombong terasa sudah cukup kuat. Inilah watak tipikal Umno yang sebenarnya! Yang jelas menolak Sistem Islam yang lebih baik daripada demokrasi ciptaan manusia seperti majoriti menghalalkan yang haram seperti perlesenan judi dan arak oleh kerajaan Pusat (UBN).

Pernahkah PERKASA yang menjadi PEKASAM UMNO menentang kerajaan pusat dan yang terkini lesen judi bola piala dunia, dan liga bolasepak, Itali, Sepanyol, England dan German. Justeru kerana taukeh judi penyumbang terbesar Umno dalam pilihanraya. Inilah Umno tiada agama dan mana Menteri agama Umno kerana Umno bawa akidah yang sesat lagi menyesatkan!!

Najib yang merasmikan mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam ke 51 di Putrajaya pada 25.5.10 mahu supaya sijil Halal diseragamkan bagi mengelak kekeliruan umat Islam . Mana isu lesen judi bola piala dunia? Ternyata Melayu (Umno) tipu agama, tipu tuhan, tipu nabi dan tipu Qur’an !!!! bahaya ajaran sesat Umno ini kerna Melayu(Umno) ternyata menolak Sistem Islam dan hipokrat!!! Menipu!!

Melayu ditipu Melayu oleh Umno. Melalui DEB yang mengkayakan segelintir orang kaya Melayu; disalahgunakan sehingga peruntukan PPRT untuk orang Melayu miskin pun disapu habis oleh menteri Melayu Umno yang menelan dan menipu orang Melayu kerana orang Melayu dalam Umno menjadi Melayu tiada mahu menjadi Islam ( Mukmin) seperti masksud hadis di atas.

Segelintir kroni melayu elit umnoputra bertambah kaya yang kenyang membuncitkan perut sendiri berselindung dan bersandiwara di atas nama Bumputra dan DEP dan MEB kerna acuan yang sama . Begitu jugalah Cina tipu Cina ( MCA) dan India tipu India ( MIC ) yang menipu kaum masing-masing dan bermain dengan sentimen perkauman untuk meraih undi dalam pilihanraya semata-mata . UBN melahirkan kroni elit suku-sakat seperti Anaconda Krishnan, Mukriz dan Vincent Tan yang diperkayakan lagi dengan lesen judi bola (MEB jelmaan DEB) yang berterusan dalam sistem sekuler acuan UBN yang menolak sistem Islam. SMS ( SATU MALAYSIA SEKULAR )

Bukti yang mutaakir, Melayu tipu Melayu adalah lesapnya RM52 BILLION saham bumiputra oleh Umno parti penipu” Melayu yang tak jadi Islam” . Melayu tipu kerajaan apabila kaki judi Rosmahnajib memperjudikan wang negara dalam Forex sebanyak RM32 Billion lesap seperti yang didedahkan KULI namum broker kenyang sapu keliling.

Melayu menggadaikan kedaulatan dan maruah bangsa dan Negara apabila dua telaga minyak di serahkan kepada Brunei; Melayu Brunei tipu Melayu Umno dan bersandiwara bersama kerana kroni masing-masing mengusahasama syarikat gali minyak tersebut . Ternyata Umno pengkhianat dan petualang bangsa, agama dan Negara! Demi kroni dan kerakusan qorun dan fir’aun; Melayu tipu Melayu dan jual wilayah negara tanpa kelulusan parlimen dan Yang DiPertuan Agung; diluluskan antara pengkhianat negara dalam kabinet pengkhianat semata-mata . Ternyata Umno derhaka ke pada Raja dan Negara.

Tidak cukup dengan itu sudahlah wilayah Negara yakni Wilayah tanah jajahan dan kedaulatan Al Sultan Johor iaitu Pulau Temasik ( Singapura) diserahkan Umno kepada Singapura oleh pengkhianat agama, bangsa dan negara: Umno Si Petualang; kerna Pulau Singapura sebenarnya milik Malaysia apabila Malaysia merdeka kerna semua perjanjian dengan bekas penjajah British semuanya terbatal dengan sendirinya dan Malaysia kembali berdaulat ke atas setiap wilayahnya. Ini termasuk Pulau Pinang milik Al Sultan Kedah kesan daripada kemerdekaan daripada kolonial Inggeris itu tadi seperti kata almarhum mantan Presiden PAS, Dr. Burhanuddin El- Helmy. Terbukti Melayu Brunei dan Cina Singapura tipu Melayu dalam Umno kerana pemimpin kroni kaya raya dengan projek mega mereka. Rakyat marhein hidup terdesak, terhimpit di tipu dek Melayu Umno.

Yang paling mutaakhir, wilayah yang paling bersejarah di Woodlands, Keranji, Bukit Merah dan Tanjong Pagar( milik KTMB ) tiada bisa dipagari lagi kerna Umno( Najib); sekali lagi melakukan pengkhianatan menggadaikan wilayah tersebut kepada Singapura demi kepentingan kroni negara masing-masing untuk kepentingan usahasama syarikat Malaysia-Singapura usahasama perjudian seperti di Marina Bay.

Ternyata Melayu( Umno) jual negeri untuk kepentingan kroni dan hilang dan terhapuslah satu lagi wilayah negara kepada Singapura kerna bukan milik negara lagi tetapi milik syarikat kroni sepertimana dua telaga minyak yang tergadai kepada Brunei. Malaysia kehilangan kedaulatan dan maruah setelah pulau Si Putih lebuh kepada Singapura . Dan sekarang, dua telaga minyak dan tanah KTMB.

Inilah petualangan yang di lakukan Umno, dahulu sekarang dan akan datang. Melayu ( Umno) bukan sahaja tipu Melayu akan tetapi Melayu ( Umno ) tipu satu Malaysia pada keseluruhannya termasuk Cina, India, Iban, Kadazan, Melanau yang merupakan rakyat Malaysia yang berhak ke atas negara kecuali warga Sibu! Syabas! Permulaan perubahan Sarawak dan Sabah barganding bahu dengan PAKATAN semenanjung bermula dari sini menuju ke Putrajaya ; kerna Umno sebu di sibu dan gabra; ditolak rakyat!

Namun PAS , parti yang tidak bernaunsakan kaumiyyah samasekali ; sudah membuktikan keterbukaan sistem Islamnya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS( DHPP) membuktikan ‘Islamik System For All “ dan ‘Justice For All” bersama DAP dan Keadilan yang menentang perkauman dan kezaliman dalam apa bentuk sekalipun.

Justeru itu, demi menyelamatkan agama , bangsa dan negara daripada terus ditipu Melayu( Umno) dan UBN sokonglah PAS/PAKATAN daripada membiarkan negara terus diperintah oleh parti pemerintah yang “ MELAYU TIPU MELAYU” assobiyyah dan perkauman, autokrasi, rasuah , kroni dan kezaliman ; kerna ini adalah virus yang bisa merosakkan agama , bangsa dan negara dan tersangatlah merbahaya untuk generasi yang akan datang . “ For the sake of the future : SAVE ONE MALAYSIA THROUGH PAKATAN !
“ GOD IS THE GREATEST ! “

PILIHANRAYA SUDAH LAMA : SPR MASIH KABUR ISTILAH RASUAH


Parti Islam Semalaysia (PAS) merasa pelik SPR baru hendak merujuk dan hendak belajar istilah kesalahan dalam pilihanraya berhubung dengan perbezaan janji piliharaya dan rasuah dalam pilihanraya kepada Jabatan Peguam Negara. Menurut Datuk Wan Ahmad Timbalan pengerusi SPR, pihaknya banyak menerima pelbagai maklum balas berhubung perkara ini selepas pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor dan Sibu. Ia mempunyai kaitan langsung dengan seksyen 10 kesalahan Akta Kesalahan pilihanraya 1954.

Pas yakin, SPR begitu resah dengan laporan kesalahan yang dilakukan oleh “bapa SPR” iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Presiden Umno/BN telah membuat janji sewaktu saat-saat akhir sebelum kempen berakhir di kubu kuat DAP bahawa akan menyediakan peruntukan RM5 juta bagi projek mitigasi banjir di Rejang Park jika calon Barisan Nasional (BN) Robert Lau diundi. Beliau menyatakan, 'kalau Robert Lau dipilih pada hari Ahad 16 hb Mei 2010, pada hari Isnin saya akan meminta supaya cek disediakan.' Ini merupakan satu kempen yang berupa rasuah dan ugutan. Nampaknya senjata makan tuan berkenaan dengan akta ini.

Pas mengharapkan bahawa SPRM kena menyiasat Presiden Umno berkenaan laporan kesalahan yang melampau. Manakala pihak SPR cubalah bebaskan diri supaya menampakkan mereka boleh berjalan sendiri tanpa bergantung kepada tongkat sakti Umno/BN yang semakin reput. Pengawai SPR perlu ingat supaya mereka bekerja untuk rakyat dan menegakkan demokrasi untuk rakyat di negara ini.

Mereka akan pencen dan akan berhadapan dengan masyarakat apabila mereka tidak ada kuasa. Biarlah ada keberanian bukan menjadi singa tua yang tidak ada gusi ketika berhadapan dengan parti pemerintah. Jika sekiranya SPR tidak boleh bebas, maka janganlah SPR diletakkan di bawah suruhanjaya, eloklah ditukar kepada Jawatankuasa Pilihanraya Barisan Nasional sahaja.

Ustaz Idris Haji Ahmad

Ketua Penerangan Pas Pusat

May 09, 2010

Umno Mahu Jadikan Malaysia Serambi Las Vegas


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan pemimpin Umno melalui Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein yang mahu menimbangkan sekali lagi cadangan meluluskan lesen judi Bolapsepak Piala Dunia 2010.

Hal ini sudah jelas mendapat tentangan rakyat sejak cadangan pertamanya tahun lepas. Namun kali ini ia berbangkit lagi dengan alasan bahawa kerajaan gagal membanteras aktiviti sindiket perjudian haram. Alasan ini dengan sendirinya membuktikan kelemahan sistem pentadbiran dan penguatkuasaan kerajaan. Bila sudah gagal mereka keluarkan lesen untuk menghalalkan pula.

Kempen memerangi dadah masih diteruskan walaupun belum berjaya menghapuskan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah. Dadah diistihar sebagai musuh negara. Kenapa selepas bertahun-tahun gagal membasmi dadah hingga ke akar umbi Kerajaan tidak mengeluarkan lesen pengedaran dadah pula.

Kerajaan kata dadah itu merosakan rakyat dan menjadi ancaman kepada negara kerana menyebabkan ketagihan serta dorongan melakukan jenayah. Apakah judi tidak memainkan peranan yang sama. Berapa ramai rakyat Malaysia yang jadi kaki judi mengabaikan keluarga mereka, malah ada yang sanggup jadi penjenayah untuk mendapatkan modal berjudi. Sepatutnya judi diistihar sebagai musuh utama negara juga.

Rakyat Kelantan khususnya pasti bersyukur dengan kekalahan Umno dan Awang Adek dalam pilihanraya lalu di negeri itu. Jika beliau menang dan Umno rampas kerajaan Kelantan, pastilah beliau yang kononnya mahu diangkat menjadi Menteri Besar akan menjadikan Kelantan sebagai Negeri Serambi Las Vegas bukan lagi Serambi Mekah.

Disebabkan gagal di Kelantan beliau yang mendapat peluang jadi Menteri melalui ehsan Najib mahu jadikan Malaysia pula sebagai serambi Las Vegas. Tak dapat Kelantan, satu negara diperjudikannya.

Mungkin tindakan ini terdorong dek peluang yang dinikmati Singapura yang baru-baru ini mendapat suntikan pelaburan sebanyak USD 5.7 Bilion dari Las Vegas Sand Corp yang mahu membina sebuah Resort Perjudian mewah dinegara itu bagi menyaingi Genting Highland. Projek Marina Bay Sand itu dijangkakan mendatangkan pulangan USD 2 Bilion setahun dan menjadi antara sumber kewangan baru bagi Kerajaan Singapura.

Oleh itu, Awang Adek cuba menunjukan Malaysia lebih terbuka dari Singapura dengan harapan syarikat Perjudian antarabangsa berminat membuka resortnya di Malaysia pada masa akan datang. Krisis kewangan global menjadikan pemimpin Umno buta mata, dan sanggup mengambil apa sahaja peluang untuk mengaut keuntungan bagi membiayai projek-projek politik yang mereka janjikan kepada rakyat sejak PRU-12.

Tahun ini usia Umno 64 tahun, bermakna sudah lebih 64 tahun mereka bergelumang dengan perjudian. Di awal penubuhannya berbondong-bondong Ulama' dan Ustaz-Ustazah keluar dari Umno menubuhkan PAS kerana kedegilan pemimpin Umno yang tekad menjadikan loteri kebajikan dan pelbagai jenis judi sebagai aktiviti ekonomi mereka hingga ke hari ini.

Hari ini Umno masih bersandarkan hasil judi untuk terus berdiri megah di PWTC. Lihat sahaja senarai pemegang saham dan ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat judi dalam negara. Malah, bila sebut pasal tokoh pelaburan judi dalam Umno rakyat akan terbayang wajah Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor.

PAS berharap agar rakyat membuka mata dan bangkit menolak dasar-dasar perjudian yang cuba dihalalkan Umno. PAS yakin, tanpa duit hasil judi, ekonomi negara ini mampu melangkah jauh ke hadapan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

PERKESO dalam Syarikat Arak

Berdasarkan laporan tahunan bermula 2007 hingga 2009 dari Syarikat Carlsberg Brewery Malaysia Berhad telah membuktikan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial [ PERKESO ] merupakan pemegang saham terbesar di dalam syarikat tersebut .




PERKESO merupakan sebuah entiti kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia dan polisinya adalah memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja - pekerja serta tanggungan yang layak . PERKESO memperolehi dananya melalui kutipan caruman yang dikutip setiap bulan dari potongan gaji pekerja .

Persoalannya ialah hampir 90% kakitangan PERKESO merupakan kakitangan yang beragama Islam dan ini akan menimbulkan kerunsingan dan kerisauan yang serius kepada mereka apabila sumber pendapatan mereka diragui halal dan bersih .

Sebagai sebuah negara ummat Islam , sepatutnya kerajaan peka perkara ini dan tidak meletakkan rakyat rasa terhina dengan perkara seperti ini . Apakah tidak syarikat lain untuk PERKESO miliki sahamnya sedang mereka menyedari sebahagian besar kakitangan mereka adalah muslim .

Kerajaan sewajarnya bertanggungjawab lantaran PERKESO adalah sebuah entiti kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia .

May 01, 2010

Harga Kickdefella RM 4 Juta, Apco RM 77 juta untuk lawan Pakatan


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak terkejut dengan dakwaan penulis blog Kickdefella, Syed Azizi Syed Abdul Aziz berhubung isu RM 4 juta yang digunakannya bagi melawan Kerajaan BN selama ini.


PAS mahu Kickdefella menyatakan apakah bentuk-bentuk fitnah dan pembohongan yang beliau lakukan untuk memburukan BN dan siapakah yang memberikan kebenaran kepada beliau untuk menyebarkan berita fitnah itu.


PAS yakin, setiap jentera Kerajaan Kelantan telah berkerja bersungguh-sungguh untuk membina imej Kerajaan PAS Kelantan. Namun kita tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk menaburkan fitnah dan pembohongan. Hatta bagi jentera penerangan parti sekalipun, kita hanya membuat pendedahan yang mempunyai fakta dan kebenaran.


Seandainya terdapat fitnah dan pembohongan yang dibuat oleh blogger itu, jelas beliau sengaja menciptanya dan berbohong kepada semua termasuk kepada orang yang membayar gajinya. Kickdefella perlu membuktikan siapakah yang mencipta pembohongan itu, adakah pimpinan PAS atau dia sendiri yang merekanya demi untuk membodek Kerajaan PAS selama ini.


PAS mencabar Kickdefella untuk membuat laporan kepada pihak Polis dan SPRM jika benar beliau mempunyai bukti yang menunjukan pimpinan PAS mencipta pembohongan dan memaksa beliau menjadikannya sebagai bahan propaganda.


Beliau kini terdesak untuk kembali bersama Umno-BN yang baru-baru ini sanggup membayar RM 77 juta kepada APCO Worldwide untuk mencita Slogan 1 Malaysia dan menjadi perunding kepada Kerajaan BN bagi melawan kebangkitan Pakatan Rakyat.


Kickdefella meletakan harga dirinya RM 4 juta dengan harapan pihak tertentu menawarkan harga yang lebih tinggi supaya beliau terus menyebarkan cerita untuk menjatuhkan imej Kerajaan Kelantan dan Tok Guru Nik Aziz.


Perkara sebegini adalah lumrah dalam dunia politik kerana ada manusia yang sanggup menjual diri demi untuk mencari makan dan hidup mewah. PAS sudah lama bersedia dengan propaganda media sebegini.


Agen propanganda media seperti Kickdefella hari ini sanggup menjual penulisan mereka untuk mendapat bayaran tertentu dari pihak tertentu untuk mengkhianati rakan dan majikan. Mereka hidup bersendirian, kiri kanan ditikamnya. Bila duduk berhadapan mereka membodek, bila dibelakang mereka bekerjasama dengan musuh.


PAS berharap agar jentera penerangan PAS terus berusaha membongkar kezaliman BN dan menyampaikannya pada rakyat. Setiap fakta dan kebenaran harus dibawa kepada rakyat supaya mereka boleh menilai siapa pembohong, siapa pengkhianat dan siapa pejuang sebenar.


Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat