Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?

Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

September 28, 2009

Banner raya di conteng lagi

Salam Idulfitri.

Penulis balik ke Kota Tinggi setelah bercuti menyambut hari raya pada hari Jumaat minggu lepas. Pada keesokkannya, penulis keluar untuk mencari suratkhabar dan terlihat satu fenomena yang pada asalnya menjadi satu kebiasaan bagi banner-banner ucapan hari raya daripada wakil rakyat yang bebas diletakkan di mana-mana sudut di bandar Kota ini. Tetapi pada kali ini, mata penulis tertumpu pada muka Dato' Seri Hamid Albar (DSHA) wakil parlimen Kota Tinggi yang menjadi mangsa serangan vendalisme ataupun tindakan yang bermotifkan lain.

Sebelum ini dalam blog ini juga, penulis pernah menyiarkan gambar-gambar papan kenyataan wakil perlimen tersebut yang di conteng dengan perkataan-perkataan yang cukup menghinakan. Rupanya perkara tersebut tidak berakhir pada hari kejadian tersebut sahaja dan masih terbawa-bawa hingga ke hari ini. Buktinya, banner ucapan hari raya DSHA ini masih menerima nasib yang sama dengan papan-papan kenyataan milik beliau sebelum ini. Yang lebih menghairankannya pula, warna yang sama juga di gunakan untuk menconteng?

Rasanya, masih lagi terbuku perasaan tidak puas hati terhadap DSHA ini. Mungkinkah ini petanda karier politik beliau sudah sampai ke penghujung? Atau populariti beliau telah menurun di kalangan ahli-ahli Umno Kota Tinggi?

Pada keesokkannya, penulis cuba meninjau kembali tempat banner tersebut namun banner tersebut telah tiada di tempatnya. Mungkin seseorang telah menyedari bahawa gambar pemimpin kesayangan mereka telah di conteng dan sebelum semua menyedari akan kejadian tersebut maka wajarlah banner tersebut di turunkan.

Susah juga menjadi wakil rakyat Umno ini, walaupun bebas sesuka hati menggantung banner di mana-mana tetapi terbatas juga dek kerana ada sesetengah pihak yang tidak menyukainya. Berbeza dengan PAS, kalau boleh hendak menggantung banner sepertimana keistimewaan yang diperolehi oleh Umno, tetapi pegawai-pegawai pengguatkuasa/musuh-musuh politik lebih pantas menghilangkannya.






~matahijauku~

September 17, 2009

Perutusan Hari Raya Aidilfitri Oleh Presiden PAS


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.


Ramadhan Al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.

Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ianya merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita : bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.


Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan “Eid Mubarak” kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Jualan Amal Palestin



Di penghujung Ramadhan yang Allah menjanjikan pelepasan dari api neraka begitu di hayati oleh sahabat kita yang prihatin akan nasib saudara seagamanya di Palestin. Di kala umat Islam di Malaysia sibuk ketika ini dengan aktiviti membeli belah sempena kedatangan hari raya Aidilfitri yang tidak lama lagi, saudara seagama kita yang berada di Palestin berperang dengan kelaparan walaupun Ramadhan akan menutup tirainya.





Terimakasih kepada anda yang telah memberi sumbangan untuk tabung amal Palestin ini. Keperihatinan anda menambahkan lagi keyakinan kami untuk meneruskan kerja-kerja amal begini. JZK pada semua.

~matahijauku~

Perjalanan Terakhir

KOTA TINGGI - Mariam Johari, 88, wanita Malaysia yang terkandas 64 tahun di Korea Selatan dan meninggal dunia 11 hari lalu, kini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Makam Tauhid, semalam.

Jenazah Mariam yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Korea Selatan itu selamat dikebumikan selepas solat Asar jam 5.40 petang selepas dimandi dan dikafankan di Hospital Daerah Kota Tinggi.

Jelani Sonni, 72, anak kedua Mariam bersama anak saudaranya Ahmad Onn, 43, dan tiga lagi saudara yang lain tiba jam 10.50 pagi di KLIA bagi menyambut jenazah yang tiba jam 11.50 pagi.

Menurutnya, segala urusan membawa jenazah balik dari KLIA dengan menaiki van Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjalan lancar tanpa sebarang masalah, diiringi tiga kenderaan polis sepanjang perjalanan.

“Isteri dan kakak saya yang memandikan jenazah bersama seorang kakitangan hospital manakala jenazah kemudian dikapankan,” katanya.

Jelani berkata, dia berasa bersyukur kerana akhirnya ibunya itu dapat dibawa pulang untuk dikebumikan di negara ini.

Ramlah Sonni, 74, anak sulung Mariam pula berasa sedih sehingga tidak dapat berkata apa-apa, sebaliknya hanya mampu mengalirkan air mata apabila ditanya.

Jenazah Mariam dibawa ke Masjid Jamek Kota Tinggi untuk disembahyangkan dan diimamkan imam masjid itu, Nazri Ali.

Sementara adik bongsu Mariam, Iash Johari,76, tiba di tanah perkuburan itu ketika talkin mula dibacakan.

Mariam, anak sulung daripada enam beradik itu meninggalkan selain tiga anaknya, juga dua adiknya yang masih hidup iaitu Iash dan kakak ketiga Iash yang juga adik ketiga Mariam.






September 16, 2009

ISA : Terimakasih atas penderitaan ini


Mat Sah Mohd Satray bersama empat lagi tahanan Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) itu yang dituduh terlibat dengan gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI) akan dibebaskan. Empat lagi ialah Dr Abdullah Daud, seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang ditahan 3 Jan 2002 serta Mohd Nasir Ismail @ Hassan, Ahmad Kamil Md Hanapiah dan Muhammad Amir Md Hanapiah.




Setelah tujuh tahun menyambut Syawal tanpa bersama keluarga, Mat Sah Mohamad Satray - yang dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam - bersyukur kerana dapat meraikan hari mulia itu kali ini di samping keluarga tercinta.

"Saya tak sabar-sabar untuk berjumpa dengan anak tunggal saya yang kini berusia 16 tahun. Masa saya tinggalkan dia, dia baru berusia 9 tahun.

Antara alasan yang diberikan:
1. Kelima-limanya dibebaskan selepas kementerian mendapati mereka menunjukkan pemulihan yang positif dan tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

2. Manakala Hishammuddin menafikan pembebasan mengejut ini ada kaitan dengan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada awal bulan depan. "Pembebasan mereka hari ini untuk memberi mereka peluang menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing."

Apakah terdapat pembuktian awal yang menunjukkan mereka yang dibebaskan tersebut benar-benar mengancam keselamatan negara? Sepatutnya Hishamuddin perlu buktikan dahulu pertuduhan tersebut sebelum membebaskan tahanan tadi dengan alasan-alasan yang tidak konkrit.

Inilah kezaliman yang sebenarnya, memisahkan seorang ayah dengan keluarga mereka tanpa dibuktikan apa-apa kesalahan. Susulan daripada pengumuman pembebasan tersebut perlukah diucapkan terima kasih kepada pihak KDN yang menterinya merupakan orang politik yang sudah semestinya berkepentingan dalam segala tindak tanduk politiknya?

Maka, jawapan yang selayaknya adalah terima kasih kerana menghadirkan penderitaan dan penyeksaan kepada keluarga mangsa selama mana mereka di zalimi !!


~matahijauku~

September 14, 2009

Sikap "double-standard" SPRM


SPR telah menetapkan tarikh bagi pilihanraya Kecil bagi DUN Bagan Pinang (N31) ialah pada 11 Oktober 2009 (Ahad) dan tarikh bagi penamaan calon pula ialah 03 Oktober 2009(Sabtu) - Malaysiakini.

Sabtu dan Ahad.. hari yang tidak mungkin diberikan kepada PRK bagi kawasan yang dikuasai oleh PR..Semakin terserlah akan sikap yang di pamirkan oleh SPRM ini.

September 10, 2009

Apa khabar saudaraku...




Teruskan sokongan anda terhadap umat Islam Gaza dengan terus memboikot barangan keluaran Amerika/Israel.

September 02, 2009

Memorandum ke Majlis Agama Islam Kota Tinggi



1 September 2009, beberapa kepimpinan PAS Kota Tinggi bersama Tenggara telah menziarahi Pejabat Agama Islam Kota Tinggi untuk bertemu dengan Kadi Daerah Kota Tinggi bagi menyerahkan memorandum berkenaan masalah sosial serta beberapa isu tempatan yang lain yang melibatkan kemaslahatan umat Islam. Pertemuan yang begitu bermakna bagi kedua-dua belah pihak berbincang dan memberi pendapat serta maklum balas berkenaan isu-isu tersebut mendapat reaksi yang cukup baik dari kadi.

Pertemuan bukan untuk mencari kesalahan sebelah pihak sahaja tetapi lebih kepada perbincangan dua hala yang di harapkan dapat meningkatkan persefahaman dalam usaha untuk menyelamatkan ummah daripada masalah yang kian meruncing terutama anak-anak muda Melayu Islam dan juga kariah di satu-satu tempat.

Dalam perbincangan tersebut turut menyentuh isu penjualan arak yang semakin mudah diperolehi di kedai-kedai minuman secara terbuka. Begitu juga dengan laporan yang di buat bagi aktiviti pelacuran yang di kesan telah wujud di daerah ini. Pun begitu, pihak kami mengharapkan tindakan proaktif dapat di ambil oleh pihak Pejabat Agama Islam agar dapat membendung masalah keruntuhan akhlak yang membimbangkan serta masalah-masalah lain yang telah dibangkitkan di dalam pertemua tersebut.

Akhirnya, pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak kadi daerah Kota Tinggi menerima kunjungan kami. Amar maaruf nahi mungkar.







~matahijauku~

September 01, 2009

Mutu perkhidmatan


Pagi Sabtu yang lalu, berlaku kemalangan yang berlaku di simpang Kota Kechil / Tmn Guru. Kemalangan di antara sebuah kereta dan motosikal yang mengakibatkan penunggang motosikal mengalami kecedaraan.

Orang awam yang berada di situ memberi pertolongan untuk membawa mangsa ke hospital, tetapi apabila cuba untuk mengangkat, mangsa tersebut menjerit kesakitan. Bimbang akan memudaratkan lagi keadaan mangsa, maka orang awam bersetuju untuk memanggil paramedik / ambulan yang berhampiran dengan tempat kejadian.

Apa yang hendak dibangkitkan di sini betapa efektifnya pihak-pihak yang di hubungi untuk mengambil tindakan yang perlu. Antaranya yang amat dikesalkan iaitu kelewatan ambulan setelah dihubungi beberapa kali. Mangsa yang kesakitan terpaksa menunggu berjam untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. Yang peliknya, jarak di antara tempat kejadian dan hospital tidaklah jauh mana, kalau merangkak pun masih boleh sampai dalam masa setengah jam.

Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga orang awam yang menghubungi pihak polis untuk menyegerakan penghantaran ambulan melalui kerjasama pihak polis tetapi masih tidak menunjukkan kesan positif. Setelah berhujan dan menunggu sekian lama, rakan mangsa terus ke hospital Kota Tinggi untuk memaklumkan serta mendapatkan ambulan dengan kadar segera.

Apa yang menghairankan sangat, mutu perkhidmatan yang disediakan oleh pihak-pihak yang terlibat baik pihak hospital ataupun polis. Mutu perkhidmatan seolah-olah negara ini masih 20 tahun terbelakang walaupun negara ini akan meraikan hari kemerdekaannya yang ke 52. Nampak sangatlah bahawa konsep 1Malaysia, Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan masih kabur dikalangan penjawat perkhidmatan awam ini. Maka apakah maknanya konsep tersebut jika sekadar menghiasi segenap ruang iklan baik di kaca tv, corong radio dan media-media cetak tetapi penghayatan untuk mengutamakan rakyatnya masih tiada keberkesanannya.





~matahijauku~

Hadiah Kemerdekaan


Negara kita, Malaysia meraikan hari kemerdekaannya yang ke 52 semalam. Namun antara sedar maupun tidak, rakyat telah di hadiahkan oleh kenaikan harga minyak.

Kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05.

Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.

Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.

Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.

Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.

Hari ini, Ismail yang melancarkan petrol RON95 berkata, harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lalu kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini.

"Bagaimanapun harga ini adalah sama dengan harga minyak yang biasa dipakai pengguna sekarang iaitu RON97 (RM1.80 seliter).

"Sepatutnya harga RON95 jika mengikut pasaran dunia ialah RM1.89 seliter, tetapi kerajaan tak mahu rakyat rasa ada kenaikan jadi ditetapkan kepada RM1.80 sahaja," katanya, lapor Bernama.

Ismail Sabri berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengan pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter.

Menurutnya lagi, petrol RON97 pula masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukannya terutama kenderaan berkuasa tinggi.

Persoalannya, adakah kerajaan yang ada ini betul-betul mengutamakan rakyatnya? Di mana umum mengetahui bahawa kebanyakan unat Islam akan meraikan hari raya Aidilfitri tidak lama lagi dan pastinya akan sibuk menyiapkan persiapan untuk perayaan tersebut. Apabila minyak naik, maka secara otomatiknya barangan keperluan lain akan turut meningkat. Maka tatkala negara masih di ambang inflasi dan kesan kemuncupan ekonomi global, tindakan ini terlalu keterlaluan buat rakyat Malaysia.

Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia, inikah yang dinamakan 1Malaysia, rakyat di dah ULU kan, pencapaian di uta MAKAN?



~matahijauku~