Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?

Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

April 24, 2013

Undilah Calon Pakatan Rakyat



Majlis Perasmian Bilik Gerakan Pakatan Rakyat Daerah Kota Tinggi

Kota Tinggi 23.4.2013, Selasa.

Perasmian bilik gerakan Pakatan Rakyat Daerah Kota Tinggi dengan turut sama di selitkan dengan majlis memperkenalkan dan mempromosikan calon-calon yang bertanding di ketiga-tiga parlimen yang terdapat di dalam daerah Kota Tinggi.















Alhamdulillah, sambutan yang tidak kurang hebatnya di terima khususnya pengundi-pengundi Cina yang cukup yakin untuk bersama dengan Pakatan Harapan Rakyat.

Cuma apa yang cukup di kesalkan pada malan tersebut, petugas Unit Amal yang di tanggungjawabkan untuk membantu mengawal lalulintas telah di perlekehkan oleh pengawal keselamatan trafik yang mengarahkan mereka untuk bersurai. Hasilnya, mereka mengawal lalulintas dengan mengeluarkan surat saman kepada pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan mereka di tepi-tepi jalan.

Tidak mengapa, menurut seorang pemimpin kaum Cina di sini, tindakan tersebut yang dijangka datangnya daripada arahan pemimpin Umno dan ini akan meningkatkan lagi rasa kebencian mereka pada Umno dan BN khusunya menjelang pilihanraya nanti.

UBAH...INI KALILAH.

April 18, 2013

Calon DUN Sedili bermasalah?


Sedili, 17.4.2013. Setelah pengumuman calon yang layak (winnable candidate) di umumkan oleh Dato' Ghani Othman di MSuite Hotel Johor Bahru tempohari, maka tercatat untuk calon yang bertanding di DUN Sedili merupakan penyandangnya. Nampaknya apa yang di bayangkan Umno, BN tidaklah indah selamanya bilamana keadaan di lihat semakin bergelora.

Tanda-tanda protes mula kelihatan di sekitar pekan Sedili. Tinjauan daripada skuad peninjau Pas Cawangan Tg. Sedili yang sempat merakamkan billboard yang di naikkan disekitar pekan ini yang menterjemahkan hasrat sebenar suara akar umbi tentang calon yang akan mewakili mereka di DUN Sedili.

Masih ada nilai murni di sanubari setiap ahli Umno yang cukup teliti mengenai nilai kredibiliti calon yang ingin di angkat oleh mereka sebagai pemimpin. Masih ada kesedaran mengenai akhlak pemimpin yang ingin di lantik. Juga begitu, Umno, BN kelihatan masih tidak menghiraukan suara akar umbi.

Seterusnya kita lihat episod yang berlaku selepas ini.