Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?

Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

April 30, 2010

PAS Hina Sultan atau Umno Yang Maki Sultan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat Umno kini semakin terdesak untuk menarik perhatian rakyat dan Sultan khususnya di Kedah. Mereka mendendangkan lagu "PAS hina Sultan Kedah" hanya kerana mereka kini sudah ketandusan isu untuk menyerang Kerajaan Pakatan Kedah.


Adun PAS Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa membangkitkan dua soalan dibawah ini dalam sidang Dun?


1. Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh kerajaan Pusat?


2.Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh tersebut?


Rakyat yang membaca soalan ini pasti akan ketawa melihat reaksi Umno yang begitu panik dan culas dalam membuat bantahan.


Soalan pertama jelas sebagai sindiran kepada Kerajaan Persekutuan yang ditadbir BN kerana begitu sibuk mencampuri hal ehwal urusan Agama Islam di Kedah. Nasir membuat soalan ini selepas mendapat laporan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom mengunakan JAKIM untuk memanggil imam-imam seluruh negeri Kedah mengadapnya dalam satu program di SP Inn pada 4 April 2010.


Jadi beliau mahu tahu sejauh manakah kuasa Kerajaan Persekutuan dalam hal ini berbanding kuasa Sultan yang menaungi segala program dan aktiviti keagamaan di negeri Kedah.


Soalan kedua jelas menunjukan bahawa beliau mahu satu penjelasan dari pihak Kerajaan berhubung bidang kuasa Kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal Islam dinegeri berkenaan sebagai memudahkan rakyat dikawasannya dan diseluruh negeri melihat kuasa-kuasa Kerajaan negeri dan Sultan dalam urusan berkaitan. Ini adalah satu cara untuk mendidik rakyat melihat hak pemimpin mereka ke atas agama dan diri mereka serta hak mereka terhadap pemimpin mereka.


Dalam kedua-dua soalan ini PAS tidak nampak sebarang unsur penghinaan kepada Sultan dan Umno jelas memutar belitkan fakta sebenar lantaran kedangkalan mereka sendiri.


Rakyat tidak lupa sejarah Umno menghina Sultan-sultan selama ini;


  • Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

  • Tahun 1983, Umno membelasah Raja-Raja Melayu di Parlimen kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.

  • Umno turut berdemo dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan sebagai tanda protes serta mendesak harta DiRaja disiasat.

  • Umno juga cuba merampas kuasa dengan menabalkan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Putera pada 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan.

  • Dato’ Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda Umno ketika itu mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta.

  • Pada 2008 Umno Terengganu mengumpulkan ahli-ahlinya untuk berdemo membantah tindakan Sultan yang kini menjadi Yang DiPertuan Agong kerana memilih Dato’ Mohd Said sebagai Menteri Besar dan menolak cadangan Umno yang mahukan Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Kain rentang menghina Sultan dan memanggil baginda sebagai "Binatang" diarak dalam demontrasi itu.

  • Pada tahun yang sama Perlis menyaksikan Sultannya di boikot oleh Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kasim yang ditolak Istana dalam Istiadat perlantikan Menteri Besar Baru, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.

Banyak lagi kisah-kisah penderhakaan Umno yang tidak pernah serik memaki hamun Sultan hingga ke hari ini. Ternyata sikap PAS dan Umno terhadap Istana begitu jauh berbeza.


Umno menganggap tindakan PAS yang bertanya secara baik dalam DUN sebagai menghina Sultan dan dalam masa yang sama mereka menganggap tindakan mereka memaki Sultan sebagai teguran kepada Istana.


Rakyat perlu melihat perkara ini dan memahami bahawa mereka bukanlah rakyat yang bodoh, yang tidak pandai membezakan soalan atau makian.


Ust. Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Pengundi Cina Hulu Selangor Buktikan Tolak BN, Peruntukan Akan Dapat Juga

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi di Hulu Selangor kerana memberikan sokongan hebat kepada Pakatan khususnya kepada pengundi Cina yang jelas mendukacitakan BN.

Semalam Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengunakan duit peruntukan rakyat untuk Kementerian Pelajaran bagi membayar 'hutangnya' kepada pengundi Cina sebanyak RM 3 juta. SRJK (C) Rasa, Hulu Selangor menerima duit itu walaupun kaum Cina sudah menolak parti berkenaan.

Rakyat yang bijak akan melihat bahawa jika mereka tidak undi BN sekalipun, BN akan berikan bantuan juga akhirnya. Mungkin sesetengah rakyat beranggapan bahawa mereka kalau sokong BN akan dapat lebih.

Tetapi harus diingat BN terdesak berikan bantuan RM 3 juta yang tiada dalam senarai perancangan perbelanjaan Kementerian Pelajaran itu kerana ingin mendapatkan sokongan kaum Cina. Pilihanraya Parlimen Sibu yang majoriti penduduknya adalah kaum Cina menjadi sasaran terbaru mereka selepas dikecewakan oleh pengundi Cina di Hulu Selangor.

Jika BN ikhlas, bantuan berkenaan sudah diterima sejak zaman Palanivel menjadi Wakil Rakyat lagi. Tapi BN sengaja bermain wayang untuk menunjukan lakonan keprihatinan kepada rakyat sedangkan banyak lagi sekolah Cina dan India serta sekolah Agama Rakyat yang belum mendapat bantuan Kerajaan diseluruh negara. Malah nasib empat orang guru yang dilaporkan berumah dibawah kelas tempat mereka mengajar sejak 3 tahun lalu masih belum mendapat bantuan.

PAS baru-baru ini turut menerima aduan bahawa kelas-kelas mengaji dewasa di Masjid-masjid sekitar Wilayah Persekutuan termasuk Masjid Negara terpaksa dikurangkan berikutan kekurangan guru lantaran pihak Kerajaan sudah mengurangkan bantuan. Bantuan tahunan terpaksa dikurangkan bagi menampung belanjawan 'terkejut' Kerajaan BN yang selalu diumumkan masa Pilihanraya kecil.

PAS menyarankan rakyat di Parlimen Sibu menyediakan senarai panjang tuntutan segera mereka kepada BN menjelang pilihanraya kecil nanti. Inilah masa dan peluang untuk mereka menikmati pembangunan dan bantuan Kerajaan secara pantas tanpa perlu menunggu kertas kajian belanjawan dibentangkan kepada kabinet.

PAS berharap agar rakyat terus menolak BN, dan yakinlah bahawa bantuan lebih banyak akan diterima jika rakyat tolak BN kerana mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk berbelanja besar untuk meraih kembali sokongan rakyat bila sudah ditolak seperti yang dilakukan oleh pengundi Cina Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.

Bantuan-bantuan ini belum dicampur lagi dengan bantuan yang akan diberikan Kerajaan Pakatan. Ini bermakna pengundi Hulu Selangor bukan sahaja menikmati bantuan BN, tetapi akan dapat bantuan berganda dari Pakatan kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab kepada rakyat.



Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS cadang Suruhanjaya Khas di bentuk untuk siasat kes Norizan dan Aminulrasyid

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mencadangkan agar satu Suruhanjaya Bebas secara tetap dibentuk bagi menyiasat kes Norizan Salleh dan kematian Aminulrasyid Amzah berikutan pihak ketiga dalam kedua-dua kes ini adalah pihak Polis. Suruhanjaya Bebas secara tetap ini juga perlu bagi menangani pelbagai pertikaian rakyat yang melibatkan perkhidmatan Polis dimasa-masa akan datang.

Selepas lebih 6 bulan trauma, Norizan, 30 yang pernah menjadi mangsa serang hendap Polis masih belum mendapat pembelaan yang dikehendakinya. Kini timbul pula kes remaja 15 tahun, Aminulrasyid yang mati ditembak Polis Isnin baru-baru ini. Kes Norizan belum berjawab, kini Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussien pening kepala pasal Aminulrasyid.

Kedua-dua kes ini menarik perhatian rakyat terutama kematian Aminulrasyid yang dijangka bakal mengambil peperiksaan PMR hujung tahun ini. Polis dan Menterinya tidak boleh memaksa rakyat untuk tutup mulut hanya kerana yang terlibat dalam kes ini adalah anggota mereka sendiri. Rakyat menuntut janji "Selamat, Aman dan Makmur" yang dilaung-laung BN semasa Pilihanraya Umum ke-12.

Kita boleh bersetuju supaya rakyat memberikan ruang kepada pihak berkuasa menyiasat kes ini, tapi adakah kita perlu menunggu enam bulan lagi seperti kes Norizan barulah Polis mahu menyiasat.

Adalah lebih telus dan adil jika pihak ketiga iaitu Suruhanjaya Bebas mengambil alih tugas siasatan ini bagi memastikan mangsa dan keluarganya mendapatkan pembelaan yang sewajarnya.

Kita tidak nafikan sumbangan Polis yang banyak membanteras jenayah serta membantu rakyat. PAS amat berterima kasih diatas apa yang telah dilakukan oleh anggota-anggota Polis yang begitu komited dan berdedikasi dalam tugas mereka.

Namun Polis juga umpama setandan kelapa, pasti ada juga yang busuk, maka mereka harus tegas bagi memastikan imej anggota lain dan pasukan Polis keseluruhannya tidak terjejas.

Malah dalam kes seperti Norizan dan Aminulrasyid ini juga Polis berhak untuk membela anggotanya, tapi biarlah pembelaan itu dibuat melalui Suruhanjaya Bebas bukan melalui siasatan pihak Polis sendiri yang dipertikaikan ketelusannya.

Pertikaian ini mempunyai asas, dimana dalam kes Norizan, selepas 6 bulan berlalu tidak ada apa-apa jawapan yang memuaskan dari pihak Polis dan mangsa terpaksa menanggung kos rawatan bernilai RM 20 ribu secara bersendirian.

PAS berharap agar kedua-dua kes ini dapat diselesaikan secara baik. Rakyat berhak untuk terus menilai prestasi Polis dari semasa ke semasa dan Polis bertanggungjawab untuk terus menjaga imej serta kredibiliti perkhidmatan mereka.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Rasuah 10 Bilion Setahun, Apa Cerita Menteri-Menteri Semua

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berkongsi kebimbangan rakyat di atas kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa perbuatan rasuah dalam perkhidmatan awam berpotensi untuk menyumbang kerugian bernilai RM 10 bilion setahun.

10 billion setahun mampu menghasilkan 400 buah sekolah baru yang bernilai 25 juta sebuah atau membantu 333,333 pelajar untuk melanjutkan pelajar ke universiti jika dijadikan biasiswa. 10 bilion ini juga mampu dijadikan modal untuk membina jalanraya sepanjang 1000 kilometer dari Selatan hingga ke Utara tanahair. 10 bilion ini juga mencukupi untuk membina 10 lagi jambatan Pulau Pinang. Banyak yang boleh dibelanjakan dengan 10 bilion ini.

Jika pegawai perkhidmatan awam juga korup, bagaimanakah rakyat ingin mempercayai sistem pentadbiran negara kini. PAS berharap Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilaung-laungkan mampu membasmi masalah ini. Namun disebalik usaha murni itu, timbul tanda tanya kalangan rakyat. Bagaimana jika Menteri dan Timbalannya rasuah atau menyalah gunakan kuasa mereka dengan mengkambing hitamkan kakitangan awam untuk meluluskan projek demi kroni-kroni mereka?

Adakah SPRM dan program GTP ini mampu untuk menyelongkar jenayah ini atau sekadar membiarkan kambing hitam dibuat 'gulai' bagi mengaburi mata rakyat. Kita tidak lupa dengan skandal PKFZ yang akhirnya siasatan ke atas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat ditutup begitu sahaja dengan alasan tiada bukti.

PAS mempersoalkan prosedur dan ketelusan SPRM dalam membuat siasatan termasuk juga laporan rasuah Mahathir, Pak Lah, Najib, Rafidah dan ramai lagi yang pernah diberikan oleh Ezam Mohd Noor ketika beliau bersama Gerak satu ketika dahulu. Ke mana laporan-laporan itu dibawa. Adakah laporan dan fail berkotak-kotak itu sudah dicampak ke laut selepas Ezam kembali pada Umno.

Apakah program GTP ini juga mempunyai pelan untuk menyiasat skandal rasuah Najib dalam kes pembelian dua unit kapal selam dari Perancis. Kes ini sedang dibawa ke Mahkamah Perancis oleh Suaram memandangkan SPRM tidak berminat untuk menyiasat kes ini.

Ini adalah sesuatu yang amat memalukan bila mana kambing-kambing hitam dan ikan-ikan bilis dalam agensi Kerajaan dikejar sampai ke lubang cacing sedangkan Menteri-menteri bebas sebagai pemimpin maksum yang tidak boleh disiasat dan didakwa.

PAS berharap agar KSN tidak menjadi badut sekadar untuk menghibur pemimpin-pemimpin BN, dan mahu GTP dilaksanakan dalam maksud yang sepenuhnya sama seperti yang rakyat inginkan.

Kita memang khuatir dengan apa yang berlaku pada negara Greece yang kini mempunyai hutang yang sudah dilabelkan bertaraf 'sampah' atau memang mustahil untuk dibayar balik ekoran gejala rasuah yang berleluasa kalangan pemimpin dan penjawat awamnya.

Negara anggota EU itu menjadi negara paling miskin di Eropah ekoran jenayah kapitalisme yang bermula dari pemimpin mereka sendiri. Hari ini Malaysia boleh ketawa, tapi tidak mustahil esok lusa negara jiran akan ketawakan rakyat Malaysia kerana membiarkan amalan rasuah di negara ini terus menerus berlaku dan merugikan pendapatan negara lebih dari RM 10 bilion setahun.

PAS berharap rakyat membuka mata dan sentiasa peka dengan apa yang berlaku sebelum membuat keputusan dalam pilihanraya akan datang.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS sokong calon DAP di Sibu

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah dan menyokong pencalonan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu 16 Mei nanti. Wong yang juga Adun Bukit Asek merupakan pilihan terbaik untuk Pakatan menambahkan kerusi Parlimen di Sarawak.

Pada masa ini Pakatan hanya mempunyai seorang ahli parlimen sahaja dari Sarawak iaitu YB Chong Chieng Jen bagi Parlimen Bandar Kuching. Walaupun Wong tewas kepada mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang menang dengan majoriti 3,549 namun DAP mempunyai pengundi tegar hampir 16000 orang di situ.

Sokongan rakyat mula meningkat sejak DAP mencipta kejutan pada tahun 1982 dengan memenangi kerusi Bandar Sibu melalui Ling Soe Ming, yang mengalahkan Tan Sri Dr Wong Soon Kai yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak ketika itu.

Rekod lama ini tidak boleh dipandang sepi kerana statistik sokongan masyarakat Cina akhir-akhir ini lebih condong kepada Pakatan seperti yang ditunjukan dalam PRK Hulu Selangor baru-baru ini.

Tidak mustahil Sibu yang dihuni 60 peratus pengundi Cina akan memberikan kemenangan kepada Pakatan bagi mengukuhkan suara masyarakat Sarawak yang tertindas sejak sekian lama.

Dengan tidak memandang rendah pengaruh wakil SUPP bagi BN, Robert Lau Hui Yew Pakatan akan berusaha memenangi baki 40 peratus pengundi di Sibu yang terdiri dari 20 peratus Melayu-Melanau, Iban 18 peratus, 1.1 peratus Orang Hulu dan 0.9 peratus lain-lain. PAS melihat bahawa pengundi bukan Cina ini juga sebagai aset penting bagi memastikan Pakatan mampu merampas kerusi itu dengan lebih selesa.

PAS akan mengerakan jentera pakar dari Semenanjung tanahair untuk bersama-sama jentera di Borneo bagi mengempur BN di Sibu. PAS akan terus membiarkan BN bagai ayam berak kapur melihat begitu positifnya kerjasama jentera Pakatan yang kini lebih kuat dengan penyertaan Parti Nasional Sarawak (SNAP) menjelang PRK Sibu nanti.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

April 25, 2010

Laman Zaid Ibrahim

Klik SINI bagi mengikuti setiap proram beliau.

April 20, 2010

Muhyiddin Pembohong Besar, PAS Buktikan BN Memang Zalim

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyifatkan Timbalan Presiden Umno sebagai pembohong besar kerana cuba menafikan kezaliman yang dilakukan oleh Barisan Nasional selama ini.

PAS mempunyai banyak bukti yang nyata tentang kezaliman BN itu. Rakyat kini semakin bijak.Mereka tidak akan lupa apa yang berlaku pada penduduk Berembang di Selangor, Kg Paya Bunga, Kuala Terengganu, Kg Denai Pinggiran, Kempas Johor dan terbaru di Kg. Bakau, Likas Sabah.

Rumah-rumah rakyat marhaien yang selama ini mengundi BN telah dirobohkan oleh jentolak-jentolak yang diarahkan oleh Kerajaan BN. Mereka akhirnya duduk menumpang dirumah saudara mara, malah yang lebih menyedihkan ada kalangan mereka yang merempat dikhemah-khemah sementara seperti pelarian perang.

Begitulah zalimnya BN, rumah-rumah rakyat menjadi mangsa pembangunan yang selalu diwar-warkan oleh BN semasa kempen pilihanraya.

Perkara yang sama tidak mustahil akan berlaku di kawasan Hulu Selangor kerana BN hanya melakukan pembangunan untuk kepentingan mereka.

PAS menasihatkan agar pengundi Hulu Selangor berfikir banyak kali. Mereka telah mengundi BN sejak pilihanraya pertama lagi, malah telah memberikan BN 3 kerusi DUN pada pilihanraya ke-12. Tapi apa mereka dapat?

BN datang dalam Pilihanraya kecil kali ini tapi masih cerita soal pembangunan sedangkan selama 12 penggal mereka tidak berbuat apa-apa yang besar untuk kawasan ini. Itu zalim namanya kerana Pakatan hanya tadbir Selangor dua tahun pula yang dituduh gagal membangunkan Hulu Selangor.

Kezaliman BN hanya akan berhenti jika rakyat menolak mereka secara total dalam Pilihanraya. Maka pengundi Hulu Selangor perlu berani menolak BN untuk menidakkan kezaliman mereka.

Ust. Idris Ahmad

April 18, 2010

Sekitar Penamaan Calon Hulu Selangor

TV Selangor,klik DI SINI

TV Pakatan Rakyat, klik DI SINI




Hubungan Najib dengan Firma Zionis - mana PERKASA?


Mr. Izhak Naskar dan Dr. Ido Schechter (siapa mereka ?) ketika pelancaran bursa saham syarikat TIS di Bursa Saham Tel Aviv pada 3 Disember 2006

Semalam didedahkan di dalam Parlimen oleh YB Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa wujudnya perisik-perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tentunya pendedahan ini telah menggemparkan rakyat dan juga negara setelah isu perlantikan syarikat milik zionis Israel, APCO Worldwide Sdn. Bhd. dengan bayaran sebanyak RM 23 juta oleh PM Najib dibongkar.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata penglibatan syarikat berkenaan adalah melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.

Katanya lagi, kontrak yang dikenali dengan nama APCO 425 itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia pada tahun 2008. Katanya, dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.

“Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC (dan) berpengkalan di Israel,” katanya lagi.

Tambahnya, KDN juga telah dimaklumkan mengenai penglibatan ejen Israel melalui syarikat tersebut. Jelasnya, menteri dalam negeri pada masa itu telah dimaklumkan mengenai kehadiran ejen Israel di bilik server komputer di ibu pejabat PDRM, katanya.

“Ogos 2008, disahkan dalam siasatan cawangan khas PDRM tentang penglibatan Israel melalui syarikat Asiasoft selaku subkontraktor.

“Tapi yang berkaitan di sini ialah surat kepada pengarah logistik (PDRM) Datuk Mahsuri Zainal kepada BPR bertarikh 1 Disember mengenai projek ini yang diserah kepada Masterplan Consultancy Sdn Bhd kemudian subkontrak kepada Asiasoft tanpa mengikut prosedur biasa.

Katanya lagi, perkara itu juga dikesan melalui satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai pasukan tersebut pada tahun sama.
Polis telah menjalankan siasatan ke atas kes berkenaan, namun beliau mendakwa pegawai penyiasat berkenaan kemudiannya ditukarkan.

“Bila ada sedikit kemajuan ASP Saerah dipindah ke Taiping, kes pun jadi perlahan,” katanya.

Katanya lagi, satu laporan juga telah dibuat kepada SPRM (yang dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah pada masa itu) oleh seorang ahli Yayasan Pencegah Rasuah Malaysia Tan Sri Robert Pang berkenaan kes berkenaan.

Apa yang menarik ialah respons awal daripada Musa Hassan. Beliau dilaporkan berkata kalau ada bukti, tolong berikan kepada saya. Pada saya ini jawapan politik. Sepatutnya beliau mempunyai perasaan bertanggungjawab dengan mengarahkan segera perkara ini disiasat. Saya cadangkan Musa Hassan membaca tulisan ini yang telah diletakkan di dalam blog pada 21/8/2008 lagi. Mungkin maklumat ini belum lagi diketahui oleh Musa atau beliau buat-buat tidak tahu !

The Royal Malaysian Police (PDRM) is in the process of computerising its operations so that it is better-equipped to solve and reduce serious crimes such as Bloggers slandering the Deputy Prime Minister’s wife and whatnot. The computerisation program entails various phases as the two-page chart below shows.

Three companies have been short-listed to undertake this work — Master Plan Consulting Sdn Bhd, System Protocol Information Sdn Bhd and D. G. Kom Sdn Bhd. But these three companies were given different phases of these contracts on condition that they all sub-contract the work to Asiasoft (M) Sdn Bhd.

Who are the people behind Asiasoft and how come they wield immense power in the police force? And what is the Israeli link? Let us examine the facts.

Master Plan Consulting Sdn Bhd (357303-V)

The company is owned by Raja Azlina Binti Raja Abdul Jalil (3 million shares) and Ahmad Firdaus Bin Abdul Halim (2 million shares). They are both Directors of the company. The company has RM26 million in assets and RM6.6 million in liabilities with a paid up capital of RM5 million.

System Protocol Information Sdn Bhd (603787-M)

The company is owned by Aswadi Anuar Bin Shamsudin (350,000 shares) and Mohd Supardi Bin Abdul Majid (150,000 shares). The Directors are Aswadi and Raziah Binti Sidek who share the same residential address and therefore could be husband and wife. The company has about RM2.3 million in assets and RM1.8 million in liabilities with a paid up capital of RM500,000.

D. G. Kom Sdn Bhd (87537-V)

The company is owned by Saki Almahdaly Holdings Sdn Bhd (6,075,000 shares), WYN Resources Sdn Bhd (1,215,000 shares), PFB & Anak-anak Holdings Sdn Bhd (405,000 shares) and Prodaya Sdn Bhd (405,000 shares). The Directors are Syed Abd Kadir Bin Ibrahim, Dato’ Mohammad Radzi Bin Salleh and Nor Azman Bin Abdul Karim. The company’s assets are RM26 million against liabilities of RM19 million with paid up capital of RM7.6 million.

Asiasoft (M) Sdn Bhd (150529-H)

The company is owned by Bees System Sdn Bhd (350,000 shares) and Asiasoft (Singapore) Pte Ltd (15,000 shares). The Directors are Toh Kian Hong (Singapore citizen), Lim Tze Kuang and Lim See Hui. The assets of the company are RM4 million against liabilities of RM1.8 million with a paid up capital of RM500,000.

Bees System Sdn Bhd (422358-V)

The company is owned by Lim See Hui (12,500 shares) and Lim Tze Kuang, Lim Mee Yoke, Lim Moi Lan, Lim Mooi Kim and Lim Mee Chin (who own RM2,500 shares each). The Directors are Lim Mooi Kim, Lim Mee Yoke, Lim See Hui, Lim Mee Chin and Seow Bee Ching @ Chee Bee Ching. The company’s assets are RM7.7 million against liabilities of RM4.8 million with a paid up capital of RM25,000.

Asiasoft (Singapore) Pte Ltd

Toh Kian Hong, the Singaporean Director of Asiasoft (M) Sdn Bhd, is also a Director of Asiasoft (S) Pte Ltd. The other Directors are Izhak David Nakar (Israeli), Ido Schechter (Israeli) and Shoshani Eliahou Moshe (Israeli with Singapore PR). The company is wholly-owned by Asiasoft Global Pte Ltd.

Asiasoft Global Pte Ltd

The Directors of the company are Toh Kian Hong (Singapore citizen), Izhak David Nakar (Israeli) and Ido Schechter (Israeli). The shareholders are Toh and Top Image System Limited (Israel).

Izhak David Nakar (Israeli passport number 10902695)

Izhak David Nakar founded Top Image Systems Limited and served as Chairman of the Board and CEO from inception until May 2001. In 2005, he was re-elected as the Chairman of the Board and in this position is responsible for TIS’s strategic M&A activity.

Mr. Nakar served in the Israel Air Force from 1970 to 1987, where he led various large-scale highly technical development projects, including leading a development team that worked in cooperation with the U.S. Air Force. He received his B.Sc. in Computer Science from Bar Ilan University in 1982, and an MBA from Tel-Aviv University in 1984. Mr. Nakar is a recipient of the “Israel Defense Award,” bestowed annually by the President of Israel, for the development of high-tech systems in the field of intelligence for the Israeli Defense Force. He also received the “Man of the Year Award” in Business and Management (‘95-’96) in recognition of his business accomplishments and contributions to the growth and development of Israeli high-tech companies.

In 1998, Mr. Nakar founded NIR4YOU Capital, a privately held investment company specializing in early stage investments in high–tech companies. NIR4YOU Capital has 14 companies on its portfolio including: ForesCout, e-mobilis, TopGuard, Matearis, Video Codes, SundaySky, Secur DI, MomSense, etc. Three of the 14 companies were sold to large enterprises, including SAP and Microsoft. In 2004 Mr. Nakar was elected as a Board member of the Israel-Japan chamber of Commerce.

Ido Schechter (Israeli passport number 56626252)

Dr. Schechter has been with Top Image Systems Limited for 9 years and is serving as the Company’s CEO since January 2002. Prior to that, Dr. Ido Schechter was the Company’s Vice President of Sales and Marketing from August 1996. From January 1995 until August 1996, Mr. Schechter served as General Manager of Super Image, an affiliate of the Company; which operates a form processing service bureau.

From August 1993 to December 1994, Mr. Schechter oversaw the start-up of automatic form processing services at Israel Credit Cards, Ltd. From 1991 to 1993, Mr. Schechter was a research scientist at the Horticultural Research Institute of Ontario, Canada. Mr. Schechter is the recipient of eight Honors and Scholarships, has published or presented more than twenty-five articles and is a Captain in the Israeli Air Force. Mr. Schechter received his Ph.D. and M.Sc. in Plant Physiology from the University of Guelph in Ontario, Canada and his B.Sc. from the Hebrew University in Israel.


April 16, 2010

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Cakap Bohong Memang Kerja Menteri


KUALA LUMPUR, 15 April — MIC Hulu Selangor mempersoalkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Isnin lalu menjanjikan bahawa calon “anak tempatan” akan diturunkan bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor.

“Hari itu (Isnin lalu) timbalan perdana menteri mengatakan anak tempatan... tapi hari ini orang luar dibawa masuk. Apakah ini bukan cakap bohong?

“Kalau mengatakan bahawa hendakkan anak tempatan, dan jika tidak mahu Datuk G. Palanivel juga, lebih baik pilih V. Mugilan atau Balasundram (naib ketua MIC Hulu Selangor,” kata Ketua Penerangan MIC Hulu Selangor Raily Muniandy ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bahagian itu diketuai oleh Palanivel.

“Kami ada ramai calon anak tempatan, yang berpelajaran... mengapa hendak membawa calon luar, dari Bahagian Selayang... calon yang pernah kalah dalam saingan Ketua Pemuda MIC bahagian (di Selayang),” katanya lagi.

Semalam beliau mewakili MIC Hulu Selangor berkata pihaknya hanya mahukan Palanivel, Ahli Parlimen empat penggal tetapi tewas dua tahun lalu, dikembalikan sebagai calon.

Katanya, jika Palanivel yang disyorkan MIC tidak diterima ahli-ahlinya akan protes.

Semalam mereka menegaskan bahawa mereka tidak akan menerima calon lain yang tidak direstui parti, antaranya Mugilan yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda MIC pusat.

Kira-kira 4.30 petang tadi, kemelut calon bakal mewakili MIC berakhir dengan pengumuman rasmi nama Ketua Penerangan pusat parti itu, P. Kamalanathan untuk bersaing di Hulu Selangor.

Dengan pengumuman itu Kamalanathan akan berhadapan dengan calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Pengumuman dibuat oleh Timblan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita memilih beliau kerana pengundi mahukan orang baru sebagai wakil rakyat.

“Beliau seorang yang kuat bekerja, lurus dah seorang yang pegang janji,” kata Muhyiddin ketika mengumumkan Kamalanathan sebagai calon BN di Bilik Gerakan BN Bukit Sentosa, Bukit Beruntung.

Kamalanathan disahkan sebagai calon tengah hari tadi selepas siri perbincangan dan pertemuan dengan Muhyiddin dan kalangan pemimpin MIC hari ini.

Raily mengakui bahawa beliau secara peribadi kecewa dengan keputusan dibuat oleh MIC pusat dan BN hari ini.

“Bagaimana saya hendak keluar dan menjelaskan kepada mereka supaya mengundi. Kami akan pasang bendera seperti tetapi belum pasti sama ada akan keluar mengundi.

“Saya pun tidak boleh kawal ahli-ahli saya daripada keluar mengundi,” kata beliau beberapa cawangan sudah mula tutup bilik operasi mereka dan begitu bilik operasi utama MIC Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru.

“Pejabat Datuk Palani (ibu pejabat MIC Hulu Selangor) sudah ditutup sejak 12 tengah hari. Kalau pejabat utama sudah ditutup, bayangkan sendiri cawangan-cawangan lain,” katanya.

April 14, 2010

PYBK gadai tanah rakyat 102 juta, SPRM buat apa?


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan ke atas Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan anak syarikatnya Permodalan YBK Sdn Bhd (PYBK) yang dilaporkan telah mengadaikan tanah rakyat di Hulu Selangor bernilai RM 102 juta.

Pendedahan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim melalui Kertas Putih Kerajaan Negeri harus diambil tindakan segera. Perkara ini jelas melibatkan kepentingan rakyat dan menyebabkan kerugian yang besar kepada pendapatan Negeri.

Rakyat menuntut penjelasan dimanakah duit RM 102 juta itu sekarang? dan apa kuasa pihak PYBK menjual tanah itu kepada orang ketiga? Siapakah orang ketiga itu? dan bagaimana dia boleh membeli tanah tersebut?

PAS berharap SPRM bertindak pantas, dan mahu semua aduan atau pendedahan yang berlaku di Hulu selangor akhir-akhir ini disiasat.

PAS juga kesal kerana hingga ke hari ini SPRM menutup mata terhadap pengakuan Ketua Kampung Sungai Buaya di Hulu Selangor, Mustafa Talib bahawa Datuk G Palanivel telah meluluskan tiga projek bernilai RM 354 ribu di kampung itu, walhal mereka sedar bahawa beliau bukanlah anggota kabinet atau penjawat awam yang mempunyai kuasa bagi menentukan perbelanjaan wang negara.

SPRM buat apa? kenapa masih enggan bertindak?

PAS Mahu SPRM Siasat Palanivel

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pengakuan Ketua Kampung Sungai Buaya di Hulu Selangor, Mustafa Talib bahawa Datuk G Palanivel telah meluluskan tiga projek bernilai RM 354 ribu di kampung itu.

PAS tidak mempersoalkan keperluan perbelanjaan itu di keluarkan oleh pihak Kerajaan, tetapi mempersoalkan kelayakan dan kredibiliti Palanivel yang tidak mempunyai jawatan dan kuasa dalam kerajaan masih boleh memberi kelulusan projek.

PAS mahu SPRM menyiasat perkara ini kerana beliau bukanlah anggota kabinet atau penjawat awam yang mempunyai kuasa bagi menentukan perbelanjaan wang negara.

Adalah tidak releven seorang bekas wakil rakyat yang kini dilantik sebagai penyelaras sebuah parti politik boleh mengeluarkan duit kerajaan sesukahatinya untuk projek yang ada kepentingan dengan Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Selama dua tahun, Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad menjadi ahli parlimen Hulu Selangor Kerajaan Persekutuan enggan memberikan sebarang peruntukan kepada beliau bagi memajukan kawasan itu. Tetapi, selepas beliau meninggal dunia Kerajaan Persekutuan tiba-tiba sahaja melantik 'wakil rakyat Haram' untuk membelanjakan duit Kerajaan.

PAS menuntut SPRM tidak bermain wayang dan menutup mata terhadap apa yang berlaku di Hulu Selangor sekarang.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Hulu Selangor : PAS kesal Najib ugut dan perdaya Peneroka di Pentas Felda

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengunakan pentas Felda untuk mengugut para peneroka ketika melancarkan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Sabtu lepas.

Beliau yang juga Pengerusi BN mengingatkan para peneroka di Hulu Selangor bahawa BN hanya akan memberikan bantuan dan memacu kepada perubahan jika mereka memberikan kemenangan besar kepada BN dalam Pilihanraya kecil parlimen disitu. Ya! bantuan hanya diberikan jika BN menang. Beliau lupa bahawa BN telah menang besar di kesemua tiga DUN dalam Parlimen Hulu Selangor pada 2008, tapi hari ini baru nak buat ikrar pembangunan dengan nada mengugut.

Ugutan yang berbentuk janji yang ditabur diseluruh negara, sama seperti Timbalannya Muhyiddin yang turut turun berkempen minggu lepas. Sehingga ke hari ini BN gagal memberikan jawapan berhubung isu 4 orang guru yang terpaksa tinggal didalam bilik kecil dibawah kelas tempat mereka mengajar sejak tiga tahun lalu di Ulu Baram.

BN menang di Parlimen Baram pada 2008, namun nasib guru-guru ini tidak berubah. Janji perubahan dan memacu pembangunan hanya tinggal sebagai slogan Pilihanraya. Inilah juga yang akan berlaku kepada Hulu Selangor jika BN kembali disitu. Pengundi juga harus ingat bahawa, jika BN menang sekalipun, mereka hanya mampu memberikan janji kosong kerana Kerajaan negeri masih dalam tangan Pakatan.

Peneroka Felda sentiasa menjadi sasaran Najib, sedangkan hakikatnya beliau hanya menumpang kejayaan Felda yang diwariskan oleh Ayahnya, Tun Razak.

Najib memberi peringatan serius kepada warga Felda di Hulu Selangor bahawa 25 haribulan (hari pengundian) mereka kena undi BN. Hanya dengan memberikan bantuan dan kepercayaan kepada BN barulah Yayasan Kelana Ehsan akan diarahkan untuk membantu mereka. Ini jelas, gula-gula politik Najib.

PAS mengingatkan peneroka Felda agar tidak terpedaya dengan projek perumahan RM 32 juta yang turut diumumkan Najib. Projek yang terletak di kawasan Felda Soeharto seluas 14 hektar yang melibatkan pembinaan sebanyak 250 unit rumah bakal dijual kepada para peneroka dengan harga RM42,000 bagi rumah kos rendah dan RM75,000 bagi rumah kos sederhana rendah.

PAS harap peneroka memahami hak mereka. Rumah ini akan dijual kepada peneroka, bukan diberikan secara percuma. Ya! bukan percuma, kena beli pakai duit peneroka sendiri. Najib mengakui bahawa mana-mana peneroka yang mahu membelinya boleh memohon pinjaman dari mana-mana institusi kewangan (Bank) atau membuat perjanjian sewa beli dengan Felda. Harus diingat bahawa harga RM 42 ribu dan RM 75 ribu ini adalah harga pokok, belum dicampur dengan kadar faedah. Dengan mengambil kira tempoh pinjaman selama 20-30 tahun, nilainya adalah sekitar RM 100 ribu-RM 120 ribu.

Tanpa mengundi BN, para peneroka masih boleh membeli rumah itu atau rumah lain yang lebih baik, kerana rumah yang bakal dibina itu bukan diberikan percuma, masih ada pilihan.

PAS juga mengingatkan para peneroka agar tidak lupa kes 25000 peneroka, yang ditindas oleh Felda. Sehingga kini Felda masih gagal memulangkan RM 425 juta duit peneroka terbabit yang disimpan dalam Tabung Tanam Semula, walaupun mahkamah telah keluarkan arahan. PAS mahu peneroka bertanya kepada Felda, ke manakah duit itu telah pergi hingga mereka tidak mampu mengembalikannya kepada peneroka yang menuntutnya?

Jika wang tabung pun boleh lesap, inikan pula projek perumahan yang baru dipecah tanah. Peneroka juga jangan lupa bahawa banyak lagi projek perumahan yang masih terbengkalai diseluruh negara, dan perkara yang sama tidak mustahil akan berlaku, walaupun ketika itu peneroka sudah dikehendaki membayar duit pinjaman Bank. Di mana Felda mahu cari duit RM 32 juta untuk selesaikan projek berkenaan sedangkan hutang RM 425 juta belum mereka selesaikan?

PAS yakin, peneroka yang bijak akan menolak BN. Fikir-fikirkanlah sebelum anda menyesal dikemudian hari.

PAS mengingatkan Perdana Menteri agar sedar kedudukannya dan tidak mengunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk turun berkempen di Hulu Selangor. Gaji beliau semasa turun memecah tanah pada sabtu lepas di Felda Soeharto adalah dibayar dari duit rakyat bukan duit BN. Beliau perlu hormati tarikh sebenar dan tidak berkempen mengunakan jentera Kerajaan sebelum hari penamaan calon. Kalau mahu berkempen gunalah jentera BN sepenuhnya, jika tidak rakyat dengan jelas sudah melihat bahawa jentera BN begitu lemah sehingga terdesak meminjam jentera Kerajaan yang digajikan dengan duit rakyat.

PAS menyeru agar seluruh jentera Pakatan terus mengasak BN di Hulu Selangor dan seluruh negara. Pastikan gambar-gambar jentera Kerajaan yang BN gunakan diambil dan disebarkan untuk perhatian rakyat.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Hulu Selangor : PAS bidas projek politik Timbalan Perdana Menteri


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membidas pengumuman projek politik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjanjikan empat buah sekolah baru bagi Parlimen Hulu Selangor. Paling menghairankan beliau turut berjanji memperuntukan RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di Kampung Sentosa di batang Kali serta meluluskan permohonan RM 100 ribu pihak Masjid Al-Sajdin di kampung yang sama.

PAS tidak menolak peruntukan itu untuk kebaikan rakyat, tetapi mempersoalkan kredibiliti beliau yang juga Timbalan Presiden Umno yang mengumumkan perkara itu menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Sebagai Timbalan Perdana Menteri yang bukan Menteri Kewangan beliau dengan sewenang-wenangnya mencurahkan peruntukan itu tanpa membuat rujukan kepada Kementerian bertanggungjawab.

Sebagai Menteri Pelajaran beliau memang berhak umumkan peruntukan empat buah sekolah baru yang telah diperuntukan dalam Budget 2010. Tetapi bagi menangani isu banjir, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar kena turun padang. Peruntukan untuk Masjid pula adalah dibawah tanggungjawab Menteri yang jaga JAKIM bukan Timbalan Perdana Menteri. Beliau langsung tidak hormat potfolio Menteri lain dan turut mendahului Perdana Menteri.

Jelas, lawatan beliau adalah lawatan politik dan Muhyiddin pulun habis untuk umumkan semua projek yang sebenarnya diperlukan rakyat sejak zaman BN memerintah lagi.

Malangnya, dalam sibuk pulun semua isu rakyat di Hulu Selangor beliau dimalukan oleh Bernama dengan pendedahan kisah empat orang guru di sebuah sekolah rendah Long Latin Ulu Baram, Sarawak termasuk sepasang guru suami isteri yang terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit seluas 20 x 10 kaki dengan ketinggian hanya tujuh kaki sejak tiga tahun lalu.

Lebih menyedihkan lagi, bilik kediaman guru-guru yang cekal ini adalah dibawah bilik darjah tempat mereka mengajar. Tidak dapat dibayangkan penderitaan yang mereka alami lantaran layanan 'double standard' Menteri Pelajaran yang lebih ghairah mengumumkan projek-projek meganya di Hulu Selangor.

Jika dibandingkan dengan rumah sebahagian guru-guru yang mengajar dan tinggal di Putrajaya, saiz 20x10 kaki itu, bersamaan dengan ruang tempat letak kereta dirumah mereka sahaja. Memang mewah guru di Putrajaya kerana Kerajaan begitu menjaga imej sekolah di Putrajaya berbanding Ulu Baram.

Pendedahan ini amat memalukan kerana guru-guru ini mengajar dikawasan Parlimen BN, yang mana ahli Parlimennya, Datuk Jacob Dungau Sagan adalah Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Apakah Muhyiddin mahu tunggu sampai ahli parlimen Baram ini meninggal dunia baru hendak umumkan peruntukan bagi pembinaan rumah baru bagi guru-guru malang ini. Sewajar sebagai Ahli Parlimen bertaraf Timbalan Menteri, kawasan Jacob mendapat peruntukan yang lebih baik sekarang.

PAS melihat, pendedahan Bernama ini hanyalah sebahagian kecil dari kudis-kudis yang ada dalam pengurusan Menteri Pelajaran dan Kerajaan BN. Diluar bandar sekarang masih banyak kawasan yang belum mendapat peruntukan pembangunan yang sewajarnya. Jika inilah keadaannya, jangan harap guru-guru dari Semenanjung mahu dihantar bertugas disana.

Mereka bukan tidak mahu membantu masyarakat disana. Mereka mahu, tetapi dengan sikap 'double standard' Kerajaan BN mereka khuatir akan diabaikan. PAS mahu BN buktikan keikhlasan mereka dan membantu semua kawasan Parlimen tanpa perlu menunggu ahli Parlimen dikawasan itu meninggal dunia.

PAS yakin rakyat di Hulu Selangor tidak akan tertipu dengan taktik projek politik BN ini. Yakinlah, rakyat di Hulu Selangor akan dapat bantuan yang lebih banyak jika terus mengundi Pakatan. BN akan tabur seberapa banyak yang mereka mahu untuk rampas kembali Hulu Selangor. Inilah peluangnya untuk rakyat Hulu Selangor menuntut hak mereka yang telah diabaikan sejak 50 tahun lalu.

Tetapi jangan sesekali tertipu dan undi BN lagi. Jika tidak, anda akan rugi untuk 50 tahun akan datang pula kerana bantuaan BN hanya datang kali ini sahaja.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

April 12, 2010

KENAPA JANGAN SOKONG UMNO


1. Islam Tidak Menjadi Dasar

Sejak awal lagi penubuhan Umno ialah untuk melawan Malayan Union sahaja. Bukan untuk mempertahankan Islam. Islam hanya alat, bukan sebagai satu asas dalam perjuangan. Kalau Islam sudah menjadi asas perjuangan, tentu mereka akan merujuk kepada Islam dalam semua hal.

2. Dasar Umno yang pragmatis (ikut suasana)

Kita pun tidak tahu apa dasar Umno yang pakai sekarang, Islamkah, Melayukah, mempertahan tanah airkah. Cuma seperti yang pernah disebut oleh YB Dr Fuad Zarkashi sewaktu menjadi Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Johor, perjuangan Umno hanya untuk perut sahaja.

3. Islam hanya kuda tunggangan Umno

Ia bukan menjadikan Islam sebagai pedoman. Peralatkan Islam untuk kepentingan politik. Mereka akan menggunakan program agama sekiranya suatu kawasan kuat agama contohnya di Pantai Timur, Kedah dan Perlis. Sehingga Tan Sri Muhyiddin mengatakan undi BN juga masuk syurga ketika kempen di Manik Urai.

4. Akhlak yang tidak senonoh dengan skandal perempuan seperti yang berlaku kepada bekas ahli parlimen Gombak, ahli Parlimen Ampang Jaya dan Ketua Wanita Umno Kelang. Kebetulan mereka ini tidak bernasib baik kerana media dapat tahu..

5. Matlamat masuk Umno ialah untuk mengumpul kekayaan sebanyak mungkin. Sikap kebendaan yang sudah berakar umbi dalam Umno sukar untuk diubah. Memegang jawatan sebagai tiket untuk kaut keuntungan. Pemimpin makan isi pengikut makan tulang.

6. Umno Tidak Membela Agama. Kita boleh melihat apa yang Umno sudah lakukan untuk membela agama. Orang murtad Umno diam membisu.

7. Orang Agama (ulama’) Umno hanya subang tembaga. Peranan golongan agama hanya untuk menjadi peluru melawan Pas sahaja dan tidak lebih daripada itu. Peranan mereka hanya untuk tukang baca doa, tahlil dan marhaban. Mereka bukan dijadikan rujukan untuk mengemudi negara. Sebaliknya sijahil yang menjadi kepala, manakala si alim menjadi pengikut. Apabila ini terjadi banyak dasar yang bertentangan dengan Islam telah berlaku.

8. Dasar Umno putera bukan bumiputera. Menindas sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Sebab itu DEB gagal mencapai matlamat pemilikan ekuiti bumiputera sebanyak 30%. Kenapa gagal walaupun ¾ jamaah menteri Melayu Islam, Pegawai melayu. Jawabnya kerana dasar Umno putera.

9. Diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsa dan seagama di Kelantan sebagai satu contoh yang ketara. Apakah layak Umno hendak mendakwa mereka sebagai tulang belakang orang Melayu. Apakah slogan kalau kuat Umno maka Melayu akan kuat menjadi realiti?

10. Khianat bahasa sendiri. Umno sudah membunuh bahasa sendiri sebagai bahasa ilmu. Sudah berbilion wang negara hangus untuk projek Methematik dan Sains dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003. Berjuta anak Melayu dan rakyat pendalaman menjadi mangsa.

11. Politik khianat bangsa. Yang penting ialah kuasa, samaada mengorbankan kepentingan agama dan bangsa lain bicara. Persempadanan semula dalam pilihanraya 2004, bagaimana Umno telah mengkhianat orang Melayu-Islam semata-mata untuk melawan Pas.

12. Umno mengajar rakyat rasuah dalam berpolitik. Mereka yang dipilih bukan berdasarkan kewibawaan masing-masing dalam mempertahankan bangsa dan agama. Mereka bukan menjadi pemimpin orang Umno tetapi menjadi boneka kepada tauke-tauke yang memberi wang kepada mereka akhirnya inilah yang memusnahkan bangsa dan agama.

12. Tun Musa Hitam mengatakan Umno dilanda penyakit “Ketuaan” ertinya Umno sudah sampai umur nyayuk yang sikit masa lagi sudah tidak kenal antara air milo dengan air longkang.

13. Tun Dr Mahathir mengatakan umno sudah busuk sampai ke usus.

14. Kewujudan PERKASA menunjukkan umno gagal membela melayu.

“DAMAINYA RAKYAT TANPAMU UMNO”

April 10, 2010

Umno Guna BN Perkudakan Komponen Lain

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan ucapan perkauman Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang membangkitkan isu kerakyatan kepada bukan Melayu di negara ini yang didakwa perlu berterima kasih kepada Umno.

PAS tidak melihat isu ini perlu dibangkitkan kerana soal kerakyatan bukan Melayu sudah lama selesai dan generasi Cina, India dan kaum bukan Melayu yang menjadi warganegara ini telah diberikan kerakyatan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan bukan Perlembagaan Umno.

Malah selepas lebih 52 tahun negara ini merdeka, rakyat bukan Melayu telah memberikan banyak sumbangan kepada pembangunan negara ini dan mereka seharusnya tidak dijadikan bahan politik untuk dihina demi untuk menunjukkan Umnolah juara rakyat sebenarnya.

Ucapan Noh ini bukan pertama kali keluar dari mulut pemimpin Umno. Februari lepas Datuk Nasir Safar, Pegawai Khas Perdana Menteri turut membakar kemarahan kaum bukan Melayu dengan menggelarkan kaum Cina dan India dinegara ini sebagai pendatang.

PAS menolak sebarang ucapan, slogan atau kempen perkauman yang diterapkan oleh Umno dan BN kerana jelas ia hanyalah merugikan rakyat. Isu perkauman dan kewarganegaraan tidak seharusnya berbangkit dan PAS berharap kaum Melayu dan bukan Melayu dapat hidup dengan harmoni dinegara ini serta menghormati hak masing-masing.

PAS menyeru Komponen BN menilai kedudukan mereka dalam BN kerana akhir-akhir ini Umno sudah kembali menunjukan dasar perkaumannya. Umno hanya menjual slogan demi slogan bagi menarik sokongan rakyat.

Malah dalam konvensyen itu, hanya lagu BN dan Umno sahaja yang dinyanyikan seolah-olah dalam BN hanya ada parti Umno sahaja. Jawapan Pengerusi Penganjur Konvensyen, yang mendakwa beliau tidak melihat sebarang isu dalam hal ini menjelaskan lagi sikap Umno yang memandang kecil kehadiran komponen lain BN semasa majlis itu. Malah Umno sampai hari ini tidak pernah berhenti menyalahkan MIC dan MCA diatas kekalahan teruk mereka di Selangor.

Oleh itu, PAS melihat komponen BN bukan Melayu kini ibarat anak tiri yang sudah kematian bapa. Sudah kalah, Umno pun tak pandang.

PAS juga yakin, rakyat akan menghukum BN dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor 25 April ini dengan sikap yang ditunjukan oleh Umno dan Komponen lain yang masih bacul untuk tinggalkan BN kerana menjaga periuk nasi mereka.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

SEBELUM BERJANJI DI HULU SELANGOR: SELESAIKAN MASALAH SEKOLAH BOCOR DI SJKT BUKIT DARAH

Parti Islam Se-Malaysia Pas (PAS) mendesak supaya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang diterajui oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yasin supaya menyelesaikan masalah sekolah SJKT di Bukit Darah dekat dengan Sungai Buluh. Sekolah yang begitu dhaif dengan bumbung bocor dan struktur bangunan yang merbahaya kepada pelajar.

Menurut laporan Utusan Malaysia online (6/4/10) Guru Besar SJKT Bukit Darah, A. Rajendra Devi berkata dia mula mengenalpasti keadaan itu sejak memulakan tugas di situ pada tahun 2006. Menurutnya, keadaan itu bukan sahaja dihadapi murid-murid tetapi juga guru-guru kerana setiap kali musim hujan ia begitu membimbangkan.Beliau mengakui agak terkejut dengan maklum balas yang diterima bahawa peruntukan RM150,000 untuk sekolah berkenaan telah habis digunakan.

Apakah pihak kerajaan Umno/BN akan memperbaiki apabila ada pilihanraya kecil sahaja. Pemimpin Umno/BN menjadi buta mata apabila tidak ada pilhanraya kecil, mereka celik hanya apabila ada pilihanraya. Malahan ada bangunan sampai berkali-kali dirasmi sempena kempen pilhanraya.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS), mengharapkan pemimpin Umno/BN jangan menambahkan senarai yang bakal tidak ditunaikan kepada rakyat dalam setiap kali pilihanraya kecil. Walaupun peruntukan sudah diluluskan sebanyak RM150 ribu, namun tidak ada apa-apa perubahan fizikal yang dibuat. Pas meminta supaya satu siasatan mesti dibuat untuk menyiasat perkara ini. Pihak SPRM mesti bertindak untuk menyiasat laporan mengenai peruntukan wang sudah diluluskan tetapi projek tidak berjalan dan wang sudah habis.

PAS ingin menasihati pemimpin Umno/BN usahlah berjanji banyak sangat dalam pilhanraya kecil Hulu Selangor ini. Jangan menambahkan senarai pembohongan dan janji kosong dalam setiap kali pilihanraya. Kalau SJKT yang sudah lama pun tidak terbela bagaimana pula Tan Sri Muhyiddin boleh berjanji untuk mendirikan empat sekolah baru di kawasan Parlimen Hulu Selangor.

PAS mengharapkan semua pengundi di Parlimen Hulu Selangor sekali lagi bangkit menolak calon BN, supaya tercatat lagi satu sejarah keberanian pengundi di Hulu Selangor yang akan menjadi guru politik di negara ini. Bahasa undi sahaja yang pemimpin yang rakus ini boleh faham, mereka tidak faham dengan undang-undang, tidak faham dengan dialog ilmiah, tidak faham dengan teguran di parlimen tetapi akan faham dengan bahasa undi.

Ustaz Idris Haji Ahmad

Ketua Penerangan Pas Pusat

April 07, 2010

Najib Akui Kerajaan Tiada Duit, Kakitangan Kerajaan Di Paksa Sokong GST Kalau Mahu Gaji Naik


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) persoalkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengakui bahawa asas perolehan negara pada masa ini tidak kukuh dan Kerajaan tidak mampu untuk membayar gaji penjawat awam, sedangkan pada akhir tahun lepas kerajaan bangga mengumumkan bahawa ekonomi berkembang dengan baik iaitu 4.5 peratus dan tahun ini dijangka melebihi 5.5 peratus pula.

Najib terdesak membuat pengakuan itu demi untuk menarik perhatian kakitangan awam untuk menyokong pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang kini ditolak oleh majoriti rakyat. Kenyataan Najib itu membuka pekung pemerintahannya yang kini sedang sibuk menabur duit di Hulu Selangor sempena pilihanraya kecil.

Tindakan Najib memaksa kakitangan awam menyokong dasar ini secara membuta tuli adalah tidak wajar dan bertentangan dengan prinsip demokrasi negara ini dimana setiap warganegara berhak untuk membuat pilihan sama ada mahu menyokong atau tidak.

Tidak guna gaji kakitangan Kerajaan dinaikan sedangkan dalam masa yang sama cukai GST diperkenalkan. Jika GST dilaksanakan, keadaan ekonomi kakitangan awam mungkin lebih teruk kerana kenaikan gaji hanya sekitar RM200-RM500 sahaja sedangkan pertambahan kos sara hidup berkemungkinan meningkat lebih dari kadar itu.

Najib juga dilihat zalim kerana menjadikan kakitangan kerajaan sebagai 'hamba' yang kena terima apa sahaja yang kerajaan ingin lakukan. Oleh itu, kakitangan kerajaan harus bijak dan menolak dasar ini. Kerajaan boleh tangguhkan kenaikkan gaji sehingga ekonomi pulih sepenuhnya tanpa perlu perkenalkan cukai baru.

Jika GST dilaksanakan, bukan sahaja 1.2 juta kakitangan awam akan jadi mangsa, lebih 25 juta rakyat Malaysia akan terima kesannya. Pekerja swasta yang tidak mendapat kenaikan gaji akan menerima kesan yang lebih teruk, kerana kos hidup mereka secara purata bertambah 4 peratus.

Oleh itu PAS berharap agar kakitangan Kerajaan tidak menurut sahaja kehendak Najib. Jika dasar ini dilaksanakan bersama Model Ekonomi Baru, maka rakyat negara ini akan lebih sengsara. Ketiadaan syarat ekuiti tempatan akan menyebabkan pasaran negara akan datang dimonopoli oleh pelabur dan perniagaan asing. Dan pastinya mereka tidak peduli kesusahan rakyat dinegara ini dan mereka boleh kuasai harga jual beli pasaran dalam negara dengan mudah. Jika mereka naikan harga, maka nilai 4 peratus cukai GST juga naik.

Kerajaan tidak mampu kawal perkara ini, malah Kerajaan kini cuba juga untuk hapuskan subsidi bagi melepaskan diri dari tanggungjawab membantu rakyat. Jadi bayangkanlah harga gula, beras, minyak tanpa subsidi tapi ditambah dengan cukai GST 4 peratus.

Tidak cukup dengan itu, dengan begitu banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), pelabur dan peniaga tempatan juga akan bungkus kerana tidak dapat bersaing kerana harga barang mereka akan jadi lebih mahal jika dicampur dengan GST, berbanding harga barang China yang lebih murah kos pembuatannya.

Jadi, GST bukan sahaja akan beri kesan kepada Kakitangan kerajaan, ia akan memberikan kesan kepada seluruh sistem ekonomi negara. PAS tetap akan menentang dasar ini untuk kepentingan rakyat.


Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat