Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

October 28, 2010

Hiburan Malam, Candu Supaya Rakyat Leka Kegagalan Umno

Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap cadangan kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Ini adalah petanda pemimpin negara ini sudah bangkrap idea dan muflis akhlak sehingga sanggup memperjudikan moral rakyat di negara ini. Kenapa pemimpin BN sanggup untuk mencadangkan idea yang melawan arus dan berpaling ke belakang seolah-olah tidak ada jalan lain untuk menjana kewangan di negara ini.

Ketika semua pihak memikirkan mengenai keruntuhan akhlak seperti buang bayi, perzinaan, gadis hilang, gadis lari rumah, pembunuhan, lumba haram dan sebagainya, tiba-tiba kerajaan boleh mencadangkan program yang boleh diibaratkan seperti meletak baja di sebelah tangan kanan dan mencurah racun di sebelah kiri. Apakah ini sabahagian daripada cadangan APCO Yahudi yang memang hendak menawan dunia melalui penaklukan moden tanpa pertumpahan darah sebaliknya dengan membunuh benih iman dan akhlak di negara ini.

Mereka mencari jalan pintas dengan mencadangkan perkara tersebut untuk meningkatkan pendapatan negara sebagai sebuah negara maju 2020. Lebih mengejutkan lagi Projek Penggerak Ekonomi (EPP) juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Walaupun projek ini untuk menarik pelancong luar negara berhibur dan berbelanja, namun kesannya tetap akan dirasai oleh rakyat di negara ini.

Sebenarnya rancangan ini untuk menjadikan rakyat lalai dengan hidangan “candu hiburan” dan melupakan malapetaka rasuah yang terus mencengkam negara di tangga ke 56. Buktinya Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4. Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.

Laporan Ketua Audit Negara 2009 , menggambarkan kegagalan kerajaan Umno BN berterusan tidak menunjukkan kebolehan mengurus sehingga banyak berlaku ketirisan di banyak Kementerian. Walaupun dengan berbagai slogan yang dikemukakan seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP), namun hasilnya adalah sama sahaja. Semuanya akibat kejahilan dan rosaknya integriti di kalangan pemimpin negara menyebabkan pelabur luar meluat untuk datang ke negara ini. Buktinya laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara ASEAN, Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD 1, 381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD 7, 318 juta pada 2008. Kejatuhan nilai pelaburan ini adalah yang tertinggi berbanding negara ASEAN lain.

Hutang Negara, Setiap Rakyat Menanggung RM14 000

Parti Islam Se-Malaysia PAS merasa kesal terhadap pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun. Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan. Ini bermakna setiap rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang.


PAS menganggap bahawa hutang yang meningkat dengan mendadak kerana ketirisan dan rasuah. Pendedahan Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa negara kerugian akibat rasuah setiap tahun RM10 bilion. Laporan Ketua Audit Negara 2009 mendedahkan berlaku penyelewengan mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka meragukan. Malah, ada penerima didapati memiliki kemudahan tidak sepadan dengan kedudukan kewangan diisytiharkan seperti saluran televisyen berbayar Astro, lebih sebuah kenderaan dan ada penghawa dingin di rumah. Begitu juga dengan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah disediakan sandwich tanpa sardin, tomato, timun dan salad. Semuanya adalah contoh yang menunjukkan kegagalan kerajaan Umno BN yang akan digalas oleh rakyat Malaysia akibat kecuaian kerajaan pada hari ini menguruskan pentadbiran negara.


Apakah ini merupakah sebuah kerajaan yang berkesan dalam mentadbir negara ini. Selalu pemimpin Umno di negara ini sering mendabik dada bahawa parti yang bijak memerintah ialah Umno dan BN. Selain daripada BN maka tidak mampu untuk memerintah. Tidak hairanlah kepada kita apabila negeri yang diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat terpaksa memikul bebanan hutang yang perlu dilangsaikan. Kerajaan baru perlu melunaskan hutang,kerana kita ambil alih kerajaan, bukan ambil alih parti. Pengalaman PAS di Kelantan terpaksa memikul hutang kerajaan BN sebanyak RM740 juta selama 12 tahun mereka memerintah Kelantan. Begitu juga hutang kerajaan Kedah sebanyak RM2.3 bilion selama 51 tahun Umno BN perintah. Kebijaksanaan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang menguruskan kewangan dan cuba berusaha membayar balik hutang amat dikagumi oleh pegawai kerajaan pusat

Persoalannya apakah rakyat mahu membiarkan keadaan ini terus berlaku dan anak cucu kita yang akan menanggung derita pada masa akan datang. Pemimpin Umno BN hanya pandai berbelanja dengan boros dan tidak serius untuk menentang rasuah dan membetulkan kepincangan. Mereka akan mengorek lombong-lombong yang masih ada, seperti Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP), Petronas, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan sebagainya. PAS menyeru rakyat supaya cukuplah memberi mandat kepada Umno BN yang mengkhianat rakyat dan masa depan anak cucu kita.

Malaysia, Bukan Wasiat Umno Melalui Amanah Raya

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno yang hendak mempertahankan kemenangan Umno BN, mestilah dengan cara demokrasi, bukan dengan bermain dipadang yang tidak sama dan mengubah tiang gol. Ucapan beliau di perasmian persidangan agung Umno di PWTC , yang meyebut "Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!"

PAS berpendapat ucapan ini membayangkan mimpi ngeri pemimpin Umno untuk menghadapi kebangkitan rakyat dalam pilhanraya akan datang. Mereka membayangkan apa akan terjadi kepada rumah banglo mewah mereka, kereta mewah mereka dan perniagaan mereka jika kerajaan BN jatuh. Sebenarnya mereka bukan takut rakyat tidak boleh makan, bukan takut hak Melayu akan hilang. Kerana selama ini pun mereka tidak pedulikan rakyat. Banyak perwakilan Umno telah membangkitkan bagaiamana pemimpin Umno yang tidak memperdulikan rakyat selama ini. Turun berjumpa rakyat hanya ketika hendak pilihanraya.

PAS mengharapkan supaya Umno belajar menjadi orang kalah, kerana dalam negara demokrasi ada masa turun naik. PAS hendak tahu juga apa maksud ucapan Presiden umno “walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!. Apakah kalau BN tidak mendapat suara majoriti adakah mereka tidak mahu menyerah kuasa juga? Demokrasi apakah ini. Belajarlah daripada PAS yang pandai menghormati demokrasi di negara ini. PAS pernah memerintah Kelantan pada tahun 1959 , tapi tewas pada tahun 1978 walaupun dengan tektik undang-undang dharurat, namun PAS menyerahkan kuasa kepada Umno, kemudian kembali memerintah pada tahun 1990 hingga kini. PAS juga pernah menang 1959 dan kalah di Terengganu pada tahun 1961 melalui tektik kotor. Kemudian menang pada tahun 1999 dan tewas pada tahun 2004. Walaupun pada ketika itu emosi penyokong PAS tidak boleh menerima kekalahan ini, namun kebijaksanaan pemimpin PAS telah berjaya menenangkan rakyat supaya menghormati suara rakyat. Begitu juga dengan peristiwa jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak walaupun dengan cara tidak demokratik, namun PAS dan Pakatan Rakyat terus bersabar dan akur dengan keputusan ini.

Datuk Seri Najib Razak kena sedar bahawa Malaysia ini bukan harta pusaka Umno BN yang telah diwasiatkan melalui Amanah Raya, tetapi ia adalah hak rakyat untuk menentukan kepimpinan di negara ini melalui pilihanraya.

Alasan Pak Pandir, PNB Yang Cadang Bina Menara Warisan

Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan, beliau tidak mengarahkan membina Menara Warisan , sebaliknya ia dicadang oleh Pemodalan Nasional Berhad (PNB). Ini adalah alasan “Pak Pandir” dan melucukan daripada seorang Perdana Menteri. Kenyataan ini seolah-oleh hendak melepaskan bebanan ini kepada PNB, bukannya kepada beliau. Kerana ia mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak. Wang sebanyak RM5 bilion mampu membina 1667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu pelajar dengan kos RM1 juta di United Kingdom.


PAS berpendapat, kalau pun benar ini cadangan daripada PNB kenapa beliau sebagai orang yang berkuasa dan tahu bagaimana kedudukan kewangan negara sekarang, yang lebih perlu kepada projek yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara. Sejak bila pula pula beliau begitu lemah sampai terpaksa mengikut cadangan PNB. Bukankah beliau selama ini begitu gagah sekali membuat keputusan yang merugikan negara tanpa meminta pandangan orang lain termasuklah ahli Parlimen, ketika melepaskan khazanah berharga 217 hektar tanah KTMB kepada Singapura dan telaga minyak blok L dan M kepada Brunai yang bernilai RM320 bilion.


Nampaknya pemimpin Umno cuba hendak menyalahkan orang lain ketika tidak mampu menghadapi satu situasi. Samalah Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika ditanya apa tindakan terhadap dua orang pengetua yang dituduh rasis. Beliau menyatakan beliau tidak ada kuasa sebagai seorang Menteri, kerana bukan bidang kuasa Menteri. Sedangkan jawapan ini orang buta dekat Pagoh pun ketawa.

October 16, 2010

Perkongsian Maklumat-Teks & Touch Point Budget 2011


Perkongsian Maklumat-Teks & Touch Point Budget 2011

INSENTIF CUKAI

1.Memansuhkan duti import 5% -30% ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan barangan harian
2.Mengecualikan cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit
3.Mengecualikan duti eksais 100% ke atas pembelian sebuah kenderaan nasional oleh OKU
4.Memperluaskan pelepasan cukai ke atas perbelanjaan perubatan ibu bapa sehingga RM5,000
5.Mengecualikan 50% duti setem ke atas surat cara pindah milik & perjanjian pinjaman bagi rumah kediaman pertama
6.Mengecualikan 100% duti import & duti eksais ke atas kereta hibrid

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

7.Melaksanakan Program Latihan 1 Malaysia dengan peruntukan RM500 juta (Kolej Komuniti, IKBN, ILP dan Pusat Giat Mara)
8.Menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara sebagai platform dalam penetapan gaji dan pengenalan gaji minimum mulai Januari 2011
9.Menambah baik peluang kenaikan pangkat pensyarah di IPTA ke peringkat tertinggi Gred Turus III,II & I serta penganugerahan Profesor Ulung
10.Menubuhkan Dana Belia 1Malaysia berjumlah RM20 juta
11.Menyediakan peruntukan pembangunan sebanyak RM250 juta untuk Sekolah Bantuan Modal Agama, Sekolah Kebangsaan Cina & Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Bantuan Kerajaan
12.Membiayai bantuan per kapita untuk Sekolah Agama Rakyat (rendah & menengah) dengan peruntukan RM95 juta ELAUN
13.Menaikkan imbuhan guru KAFA dari RM500 kepada RM800 sebulan
14.Menaikkan elaun bulanan RM750 sebulan kepada Imam
15.Menaikkan elaun kepada Pengerusi JKKK & Pengerusi JKKP, Tok Batin & Pengerusi JKKK Orang Asli, Pengerusi JK Kampung Baru, Pengerusi JK Kampung Baru Rangkaian & Pengerusi JK Kampung Bagan dari RM450 kepada RM800
16.Elaun kehadiran mesyuarat kepada semua ahli jawatankuasa (JK) dinaikkan dari RM30 ke RM50


PENJAWAT AWAM

17.Bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah, pegawai kontrak dan pesara Kerajaan
18.Memansuhkan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
19.Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember2010 untuk tempoh 1 tahunl agi
20.Kemudahan pinjaman perumahan kepada penjawat awam:
a)Menaikkan kadar pinjaman kepada RM20,000 untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua
b)Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000
21.Menaikkan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada RM3,000
22.Memberi fleksibiliti dengan menentukan cuti bersalin sehingga 90 hari kepada penjawat awam wanita tertakluk kepada had semasa 300 hariSKIM PERUMAHAN
23.Skim RumahPertamaku dengan jaminan Kerajaan keatas bayaran pendahuluan 10% bagi harga rumah dibawah RM220,000
24.Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN
25.Program BantuanRumah(12 ribuunit) untuk golongan miskin & miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta

PENGGUNA

26.Mewujudkan “Portal 1Malaysia PenggunaBijak”
27.Memperkenalkan Program PengedaranBarangPerlubagimenyeragamkanhargabarangan
28.Memperkenalkan Program TransformasiKedaiRuncit, BengkelAutomotifdanProjekPasarKomuniti

MENCERGASKAN PASARAN MODAL

29.Melancarkan Dana Pencen Swasta
30.Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariah
31.Suruhanjaya Sekuriti akan menawarkan 3 lesen broker saham baru kepada syarikat tempatan dan asing
32.Bursa Malaysia akan membangunkan international board
33.Bursa Malaysia akan melancarkan sukuk dan bon runcit
34.Dana Permulaan Perniagaan bernilai RM100 juta untuk menggalakkan industri modal teroka

KUALITI HIDUP

35.Menyediakan multi-vitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara
36.Meneruskan Projek PIA & PIAS dengan peruntukan RM500 juta
37.Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan
38.Kadar tol di 4 lebuh raya milik PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun akan datang bermula serta-merta
39.Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000
40.Permohonan PR boleh dilakukan selepas 5 tahun
41.Menyediakan 4 buah bas sebagai Klinik Bergerak
42.Merangka Model BaruPembangunan OrangAsli dan Pribumi
43.Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan OrangAsli

October 13, 2010

Jangan Percaya Rayuan Presiden Umno

Parti Islam Se-Malaysia PAS menyeru rakyat Malaysia jangan terima rayuan Datuk Seri Najib Razak supaya rakyat memberi mandat kepada Umno BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Beliau mengajak rakyat berkongsi impiannya untuk menjadikan Malaysia negara kelas pertama bertaraf dunia pada abad ke-21. Katanya lagi kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.

PAS menyeru rakyat menggembelingkan tenaga untuk menolak kerajaan Umno BN, kerana sudah cukuplah setengah abad, kehidupan rakyat semakin tenat dengan tekanan hidup yang memuncak. Indeks pengguna semakin menekan rakyat terutama, yang berpendapatan rendah. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan Umno BN jujur dan amanah dalam mentadbir negara. Pemimpin Umno BN pada hari ini merasa tidak berdosa dengan pengkhianatan amanah yang diberikan kepada mereka. Sepatutnya pemimpin Umno BN merasa malu kenapa negara jiran seperti Singapura walaupun tidak mempunyai khazanah alam tetapi mampu memacu ekonomi setaraf dengan negara maju.


Rakyat perlu bangkit menolak BN untuk membentuk kuasa politik baru dengan meninggalkan kerajaan yang ada pada hari ini. Sukar untuk mengubat penyakit misteri yang tidak boleh dikesan dengan x-ray, penyakit ini hanya dapat diketahui apabila kerajaan BN jatuh. Pengalaman kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang apabila bertukar kerajaan baru kita mengetahui banyaknya” jerangkap samar” yang ditanam dalam pentadbiran BN selama ini. Kelantan yang telah lama memerintah sejak 1990 terpaksa membuang jerangkap samar secara berdikit-dikit seperti hutang yang ditinggal sebanyak RM740 juta. Alhamdulillah dengan berkat kebijaksanaan dan ketelusan hutang lapok yang ditinggalkan oleh kerajaan Umno dapat diselesaikan sikit demi sedikit. Begitu juga dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang baru mengambil alih telah menjumpai terowong yang tersembunyi sewaktu 51 tahun memerintah, sekarang cuba untuk menutup kembali.

Rakyat sudah mual dengan janji dan slogan pemimpin Umno BN untuk membela rakyat, tetapi dari segi amalannya tidak berlaku. Malahan kesusahan rakyat iniah yang dikeskploit untuk memancing undi. Tambahan pula dengan Perdana Menteri pada hari ini yang kaya dengan slogan yang retorik tetapi, keberhasilannya tidak ada. Rakyat tidak boleh menerima dengan tindakan Perdana Menteri hari ini dalam menyelesaikan tanah Keretaapi Tanah Melayu yang diberi kepada Singapura seluas 217 hektar dan menyerahkan telaga minyak RM320 bilion blok L dan M kepada Brunei dalam sekelip mata. Orang mula membandingkan dengan kepimpinan Tun Abdulllah Ahmad Badwi walaupun nampak lembut tetapi sekurang-kurangnya sewaktu hendak menyerahkan Pulau Batu Putih beliau tidaklah menyerah selepas makan buah durian sahaja. Sekurang-kurangnya ada juga usaha membawa kes ini ke Mahkamah Antarabangsa, walaupun terpaksa berbelanja berjuta-juta ringgit untuk mempertahankan maruah negara. Kenapa perkara ini tidak dilakukan oleh Datuk Seri Najib, hanya Allah dan beliau sahaja yang mengetahui.


Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

700 Ribu Rakyat Malaysia Bekerja Di Luar Negara, Jangan Salahkan PAS

Parti Islam Se-Malaysia PAS ingin mengingatkan kepada Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa seramai 700 ribu rakyat rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara bukan sahaja rakyat daripada Kelantan.Beliau yang berucap di Sydney Australia menggesa penuntut Malaysia yang telah pun menamatkan pengajian di luar negara supaya pulang berkhidmat dalam negara sendiri.


PAS ingin mengingatkan kepada pemimpin Umno yang selalu menjadi modal kempen dalam setiap kali pilihanraya kecil Kelantan, menuduh kerajaan Kelantan gagal memberi peluang pekerjaan sehingga ramai rakyatnya berhijrah ke luar Kelantan. Modal inilah juga yang akan didendangkan dalam pilihanraya kecil Galas pada 4hb Nov 2010 nanti.


Rayuan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno menunjukkan bahawa bukan rakyat Kelantan sahaja yang berhijrah daripada Kelantan, malahan rakyat Malaysia daripada negeri yang Umno perintah. Contohnya setiap hari berpuluh ribu rakyat Johor yang di bawah Umno terpaksa berulang alik ke Singapura bekerja disana. Bukankah ini juga penghijrahan. Kenapa pihak Umno tidak menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Johor yang memang negeri Umno. Kenapa hendak sibuk dengan rakyat Kelantan.


PAS mengharapkan isu penghijrahan rakyat Kelantan usahlah dijadikan kempen, kerana ia akan menjadi paku buah keras kepada Umno kembali.


Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Rebut Jawatan : Umno Sudah Kehabisan Oksigen

Parti Islam Se-Malaysia PAS berpandangan kekecewaan yang diluah oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dengan pergerakan Pemuda dan Puteri yang dianggapnya seperti tidak bermaya dan hanya ghairah untuk merebut jawatan bagi kepentingan peribadi menandakan Umno sudah hampir kehabisan oksigen dalam politik.


Teguran beliau yang mangatakan masalah itu berpunca apabila mereka yang bertanding merebut jawatan dalam kedua-dua pergerakan itu mempunyai matlamat mendapat jawatan dalam kerajaan. Sebenarnya penyakit merebut benda ini bukan sahaja dialami oleh Pemuda dan Puteri, malahan boleh dikatakan sudah melanda kepada semua organ parti. Mereka menyertai Umno bukan ikhlas, sebaliknya hanya untuk “E-Class”, yakni untuk kepentingan dunia dan isinya sahaja. Perjuangan untuk menegakkan ideologi Umno dalam batang tubuh sudah terhakis, terutamanya generasi muda pada hari ini. Masuk Umno bukan atas kefahaman sebaliknya kerana untuk mendapat projek dan menjadi jutawan “mee segera” dengan menjadi “ jutawan 10 persen”.


Tengku Adnan tidak boleh marah kepada anak buahnya, kerana bapa borek anak rintik. Bukankah bapa-bapa dalam Umno pun terlibat dalam rasuah politik ketika setiap kali pemilihan Umno yang sudah menjadi barah tahap empat. Mantan Presiden Umno Tun Dr Mahathir pernah menggelarkan Umno sudah busuk sampai ke usus. Maka bukan suatu keganjilan anak-anak yang melihat gelagat bapa-bapa mereka untuk ditiru sama di peringkat Pemuda dan Puteri. Bertepatan pepatah mengatakan kalau guru kencing berdiri anak murid kencing berlari.


PAS berpandangan apabila parti Umno yang tidak mempunyai ideologi yang jelas, melainkan untuk kepentingan benda sahaja maka inilah yang terjadi. Jika jawatan dianggap untuk mengumpul kekayaan dan bukan lagi satu amanah maka tunggulah saat kehancuran. Manusia tidak pernah puas dengan benda dan pangkat melainkan apabila tanah merah masuk ke dalam mulut barulah mereka puas. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW mengingatkan “Sekiranya anak Adam diberikan dua telaga emas, maka mereka akan menuntut telaga yang ketiga, sehinggalah di dalam mulut mereka dipenuhi dengan tanah (yakni mati)”.


Oleh itu PAS sering mengingatkan kepada semua ahllinya, bahawa perjuangan ini ialah menuntut mardhatillah, bukan selainnya. Kalau ahli dan pemimpin PAS bersikap untuk benda dan dunia, kita adalah orang yang paling rugi, kerana habuan di dunia belum tentu kita perolehi dan habuan akhirat pasti akan lari.


Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat