Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

October 29, 2009

Kenyataan Media Sivakumar : Siapa yang berbohong?





















Gambar yang ditunjukkan oleh Sivakumar membuktikan bahawa benar beliau dikasari dan dicekik oleh polis.

IPOH, 29 Okt : Saya memanggil sidang media selepas penafian Ketua Polis Perak dalam akhbar Sinar menafikan polis bertindak kasar dan saya berbohong. Demikian kenyataan media oleh Speaker Dun Perak, V.Sivakumar dalam sidang media sebentar tadi di sini.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Adun-Adun Pakatan Rakyat, Drs. Khalil Idham Lim (Titi Serong), Ong Boon Piao (Tebing Tinggi), Chang Min Kai (Simpang Pulai), Tai Sing Eng (Kuala Sepetang), Chen Fok Chai (Keranji) dan Yee Siew Kai (Pokok Asam).


Rakan media ditayangkan rakaman kekasaran polis yang dilakukan terhadap Adun Pakatan Rakyat.

Beliau menegaskan siapa tipu, saya atau akhbar?, tanyanya.

Kenyataan Ketua Polis Perak seperti dibaca dalam Sinar Harian, apa yang dikatakan oleh Adun Pakatan Rakyat tidak benar.

Sivakumar mengatakan mereka merancang untuk membuat kekasaran kepada Adun dalam bangunan SUK. Saya juga mempersoalkan ramai orang lain termasuk peguam UMNO boleh masuk, namun kenapa kami Adun hanya satu persatu dibenar masuk ikut pintu besar yang buka sedikit sahaja.

Siva mengatakan yang sebenarnya yang mengatur drama ialah Zambry.

Bukti saya bukan buat drama ialah cebisan baju yang koyak yang ditunjukkan kepada media kelmarin, katanya lagi.

Saya menegaskan saya bukan menipu dan yang menipu ialah Ketua Polis Perak.

Saya mempersoalkan kenapa Ganesan di kawal oleh 22 orang yang mengelilingi tempat duduk Ganesan. Sedangkan saya pada 7 Mei lalu, saya tidak dijaga langsung oleh polis dan membantu apa yang saya arahkan.

Sementara itu, mengulas di atas isu yang sama menterinya di dalam satu kenyataan media.





KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V Sivakumar dicekik anggota polis ketika hendak menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, berpuas hati dengan perjalanan sidang DUN Perak yang berjalan lancar, walaupun terdapat insiden melibatkan Sivakumar, yang juga bekas Speaker DUN Perak, dengan anggota polis itu.

Menurutnya, Sivakumar tidak sepatutnya memakai jubah speaker kerana beliau bukan lagi memegang jawatan tersebut.

"Disebabkan beliau ingkar arahan, polis terpaksa berusaha menanggalkan jubah itu," katanya.

“Kita lihat pembentangan belanjawan berjalan lancar. Ini perkembangan baik. Saya yang memantau perkembangan bersama Polis Raja Di Malaysia rasa agak lega. Terima kasih kepada semua pihak kerana kita bimbang insiden yang sebelum ini berulang, tetapi jelas hari ini, walaupun terdapat sedikit insiden yang kita akan siasat, saya lihat ia tidaklah berat sangat untuk ditangani,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Beliau berkata, pihaknya akan memeriksa rakaman insiden tersebut dan akan meneliti dakwaan Sivakumar.

Menurutnya, sekiranya benar dicekik, mengapa Sivakumar boleh duduk dalam sidang DUN dan mampu berjalan semula.

Sivakumar bukan macam si Aziz yang harap badan je besar tapi tak kuat. Aziz tu hanya kuat temberang.

"Kalau teruk sangat seperti yang didakwa, tentu tidak mungkin beliau mampu berjalan dengan sihat," katanya.

Belum siasat dah boleh bagi ulasan yang mengatakan Sivakumar hanya berlakon. Masa Aziz dulu..wayang kuat!

Beliau turut mengingatkan polis tidak melakukan perkara "yang melebihi undang-undang" dalam menjalankan tugas dan beliau tidak tidak akan teragak-agak mengambil tindakan.