Sesuatu yang menjadi persoalan di sebalik pendedahan kontroversi ini. Apakah ini gambaran sebenarnya atau hanyalah rekaan bagi menjatuhkan kredibiliti/mengaibkan seseorang?
Program Ceramah Isu Semasa - Fedlot Bersama Saudara Rafidzi Ramli Pengarah Strategik PKR Tarikh : 15.3.2012 Tempat : Bilik Gerakan P156, Taman Hijrah Kota Tinggi Masa : 9 malam
Program Ceramah Isu Felda Bersama Presiden ANAK - Sdr Mazlan Aliman Tarikh : 17.3.2012 Tempat : Felda Pasak Masa : 9 malam
AKTIVITI HARIAN PAS KOTA TINGGI
Hari Isnin - Usrah mingguan di Bilik Gerakan P156 PAS Tmn Hijrah Hari Rabu - Usrah pemuda (tempat akan diberitahu kemudian) Hari Khamis - Usrah mingguan di Markas PAS Tg. Sedili
BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA Ada beberapa jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut ; i. Al-Muawwizat ii. Ayatul Kursi iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
CARA : 1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat. 2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa. 3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah). 4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas. 5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruhan anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit. 6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari.
2.0 AYATUL KURSI
Terjemahan; Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat 255) CARA : 1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf. 2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri. 3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.
3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN
Terjemahan: (1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai. (7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.
CARA : 1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda. 2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.