Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

May 13, 2009

Nizar akur keputusan 'luar biasa'

IPOH - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan anggota Exconya akur dengan keputusan Mahkamah Rayuan dan telah mengosongkan pejabat mereka mulai 2.30 petang semalam.


Bercakap pada sidang akhbar di Wismat DAP Perak, beliau berkata, pihak peguamnya sedang mengkaji kemungkinan memohon rayuan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

"Setakat ini saya tidak dapat memberikan penjelasan lanjut mengenai keputusan mahkamah itu kerana belum melihat dokumen berkenaan," katanya.

Beliau berkata, pakatan DAP-PKR-Pas akur dengan perintah itu walaupun menyifatkan keputusan berkenaan sebagai ‘luar biasa’ dan menimbulkan banyak lagi persoalan yang akan merumitkan lagi keadaan.

“Situasi ini akan menimbulkan lagi banyak persoalan lain dalam kalangan rakyat negara ini khususnya rakyat negeri Perak. Kami akan mendapatkan nasihat daripada panel peguam kami untuk tindakan selanjutnya. Kami akan mengikut peraturan undang-undang yang dibenarkan,” katanya.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga mengulangi pendirian pakatan pembangkang bahawa mereka tetap mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memulihkan keadaan politik di Perak.

“Apa yang kami mahukan ialah hak rakyat dikembalikan. PR berpendapat bahawa mahkamah bukanlah cara terbaik menyelesaikan krisis politik di Perak. Orang yang layak menyelesaikan masalah di Perak ialah rakyat," katanya.

Ketika ditanya kesediaan pakatan itu jika usul undi tidak percaya terhadap beliau sebagai menteri besar dibawa ke dalam persidangan DUN, beliau berkata: “Kita akan tengok jika ia dilakukan dengan syarat-syarat yang dibenarkan.

“Setiap ketika jawatan menteri besar itu, iaitu dari saya mengangkat sumpah ia tidak pernah dikosongkan dan saya tidak pernah letak jawatan.”

Ditanya pertemuan beliau dengan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah semalam, Nizar berkata, beliau berbual panjang dengan baginda secara am dan bukan isu politik.

Sebelum itu, Nizar dikatakan mengutus surat memohon menghadap Sultan Perak bagi meminta perkenan baginda membubarkan DUN Perak.

Ekoran perkembangan berkenaan, polis terus mengadakan kawalan di pintu masuk ke bangunan Perak Darul Ridzuan.

Dipetik dari Sinar Harian.