PAS perlu respon isu-isu dan serangan bertubi-tubi
UMNO-MCA-Perkasa yang datang sekaligus.
Walaupun provokasi dan serangan mereka membara hati, PAS
perlu menjaga etika dalam membalas serangan.
Ahli dan para pemimpin PAS diseru jangan beremosi semasa
menjawab isu-isu yang bermotifkan provokatif.
Tujuan mereka menyerang adalah untuk mengharapkan kita
memberikan reaksi yang salah dan rakyat mendapat persepsi yang menyimpang.
Tapi mereka silap. Ahli dan pemimpin PAS ditarbiah untuk
menjaga etika sepanjang masa walaupun serangan itu berjenis menyinggung emosi.
Tidak perlu untuk mengulangi di sini apa yang diserang
Umno-MCA-Perkasa termasuk kesanggupan mereka membiarkan agama Islam
dipersendakan,
Kenyataan pimpinan MCA menggambarkan kejahilan mereka
terhadap Islam khususnya hukum hudud dan kegagalan Umno memahamkan mereka
tentang Islam.
MCA perlu diajar menghormati budaya dan agama lain serta
memahami sensitiviti umat Islam.
Islam mengajar kita agar menjawab hujah dengan hujah bukan
emosi amarah yang tidak terbendung. Firman Allah, “Dan apabila kamu berbicara
dengan orang yang jahil, maka ucaplah selamat kepada mereka.
Seluruh pimpinan dan ahli PAS ditarbiah untuk beristiqamah dalam perjuangan. Respon dengan
berhemah dan tertib. Kita menjawab isu dengan hujah.
Dengan ini, muka-muka hipokrit Umno dan Perkasa akan
terlondeh sendirinya untuk dililhat rakyat.
PAS mengingatkan semua tentang operasi Lalang yang
dicetuskan oleh MCA dan Umno. Namun yang ditahan ialah pimpinan PAS dan DAP.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat