Maka berakhirlah bicara diskusi atau debat yang selama ini dinanti-nantikan oleh sekalian rakyat Malaysia. Biarpun ada yang menjangkakan ia akan dibatalkan atau tidak dibuat secara langsung. Namun semuanya kini menjadi kenyataan. Debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan UMNO , Shabery Chek telah disiarkan terus menerus selama satu jam iaitu kurang dari jadual asalnya. Pengantara popular Johan Jaafar sekali lagi dipilih untuk menjadi hos rancangan berkenaan. Tahniah diucapkan kepada Johan Jaafar yang lebih nampak profesional pada kali ini cuma ada ketikanya mirip kepada membela Shabery Chek ketika lari dari topik apabila di ajukan soalan oleh Saudara Zilkifli Sulong. Apabila Saudara Zulkifli Sulong cuba untuk mengembalikan soalan yang tadinya masih tidak di jawab malah Shabery Chek dilihat merapu meraban untuk kembali ke soalan dasarnya maka tugas Johan Jaafar memainkan peranan utama dalam menjaga maruah Shabery Chek. Nampaknya tidak sia-sia di beri nama Johan kerana ianya sentiasa membesar sebagai Johan..(macam iklan susu). Ternyata homework yang dilakukan oleh Shabery Chek dengan lawatan ke Venezuale bagi mengkaji dan membandingkan kesan inflasi kenaikan harga minyak di negara tersebut seperti yang diperkatakan oleh beliau sendiri hanyalah retorik dan membuang duit rakyat sekiranya lawatan tersebut atas nama kementerian penerangan yang mana hasilnya dapat diterjemahkan dengan isikandung yang diluahkan dalam perdebadatan tersebut.Banyak soalan dan kenyataan merapu telah dikeluarkan oleh Shabery. Anwar beberapa kali menempelak beliau kerana lari dari tajuk dan membuat hujah peribadi pasal Anwar. Tajuk debat "Hari Ini Memerintah: Esok Minyak Turun" tidak sesuai untuk Shabery. Beliau lebih banyak mengungkit kisah lama, dan menggunakan isu yang sama bahawa minyak naik kerana mengikut harga minyak dunia. Dari segi kadar inflasi pula, beliau banyak membandingkan dengan negara yang harga minyaknya lebih rendah seperti Venezuale, Iran, Iraq dan lain-lain lagi. Pernyataan beliau itu banyak dimatikan oleh Anwar dengan hujah-hujah yang cukup bernas dan bertenaga.
Dalam pada itu, Shabery pula lebih banyak merapu dan tidak menjawab soalan yang ditanya. Hinggakan Zulkifli Sulong agak pening dengan jawapan beliau perihal kerajan menyelamatkan hampir RM4.2 bilion ketika minyak naik 30 sen awal tahun lalu. Janji kerajaan untuk menaiktaraf prasarana pengangkutan awam, tapi hanya sekitar RM700 juta sahaja yang digunakan sehingga kini. Maka apa lagi alasan dengan naik 78 sen dan kerajaan bakal perolehi keuntungan hampir RM13 bilion. Apakah lagi alasan kerajaan untuk membelanja wang sebanyak itu, jika sebelum inipun kerajaan sudah tipu rakyat bagaimana pula kali ini. Namun jawapan profesional yang dinantikan dari Shabery ternyata gagal. Hujah beliau mengarut dan merapu. Banyak menghentam peribadi Anwar hingga sesekali Anwar menjeling tanda kecewa.
~matahijauku~




