Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

July 24, 2008

SEMBANG WARONG LILIN

UMNO TERDESAK?

Gawat, haru-biru, tonggang terbalik. Itulah ungkapan sesuai bagi menilai iklim politik tanahair. Bermula dengan kisah Altantuya, gadis rupawan Mongolia yang menjadi mangsa kerakusan manusia Melayu, keberanian Raja Petra dengan akuan bersumpahnya yang mengaitkan dengan golongan bangsatwan UMNO, diikuti rapat dengan akuan bercelaru penyiasat persendirian P. Bala, memesongkan pandangan tadi kepada isu kaum Nabi Luth yang boleh dikatakan satu kenangan yang berdarah kembali dan klimaknya isu muzakarah UMNO-PAS, dua entiti berbeza sama sekali walaupun mempunyai persamaan dari segi keahliannya.

Umum menyedari, polemik politik tanahair cuba di alih pandang dengan membangkitkan isu-isu yang boleh mencetuskan pro dan kontra di kalangan rakyat bawahan. Ketika UMNO bergolak dengan masalah dalaman yang tiada berkesudahan dan menunggu masa untuk tercabut nyawanya oleh golakan perasaan rakyat yang mula menyedari akan ketemberangan pemimpin UMNO yang gemar mencetuskan isu perkauman di kala tersepit di celah-celah kebangkitan rakyat untuk menerima perubahan. UMNO cuba mengalihkan bahang tsunami yang melanda mereka dengan cuba berkongsi bahang tersebut dengan PAS yang ketika ini cukup bersyukur dengan nikmat kemenangan yang Allah berikan pada PRU 12 yang lepas. UMNO memang tersepit ketika ini, seperti anjing yang tersepit di celah-celah tayar lori tangki najis Indah Water dan menyalak sekuat hati meminta perhatian. UMNO menyalak di media perdana dengan menyatakan ingin bermuzakarah dengan PAS seolah-olah minta PAS melepaskan anjing yang tersepit tadi. Tapi PAS lebih awal menyedari dan belajar dari kesilapan lalu. Anjing yang tersepit jika di lepaskan dari celah-celah tayar tersebut besar natijahnya untuk di gigit kembali. PAS tidak mudah menari mengikut gelanggang tarian yang di sediakan oleh UMNO.

Apa sebenarnya yang ingin di sembunyikan dengan membangkitkan isu muzakarah ini yang akhirnya di tukar kepada muqabalah oleh Majlis Syura semalam? Banyak sekali kebobrokan pemerintahan kerajaan yang di pimpin UMNO, BN ini yang tidak mampu lagi di tutup umpama bangkai gajah yang hendak di tutup dengan daun pisang. Inilah pegangan pemimpin UMNO yang mengamalkan politik Machivali iaitu matlamat menghalalkan cara. Mereka bukan serius hendak mengembalikan ekonomi negara ke landasan yang betul sebaliknya sibuk mengalpakan pandangan rakyat untuk terus membongkar kisah pemimpin UMNO ini. Lihatlah ketika ini dengan kenaikan inflasi yang meningkat seperti yang di umumkan oleh Menteri Shahrir Samad bahawa negara sekarang sedang berhadapan dengan indek harga pengguna (CPI-Consumer Price Index) yang paling tinggi dalam sejarah negara selama 27 yang lepas iaitu pada tahap 7.7% kesan daripada kebijaksanaan pemimpin UMNO menaikkan harga bahanapi baru-baru ini. Bulan Mei yang lepas, indeks harga pengguna ini baru sekitar 3.8% dan baru dua bulan berlalu kesannya terus di rasai. Rakyat makin merasai penderitaan kesan kenaikan harga bahanapi tersebut. Kemarahan rakyat masih belum reda walaupun di gula-gulakan dengan pemberian rebat baru-baru ini. Rakyat sebenarnya menantikan suatu perubahan pemerintahan yang lebih berkalibar dan berkeupayaan menerajui ekonomi negara ke tahap yang lebih selesa. Rakyat bukannya hendak mendengar tukang-tukang karut pemimpin UMNO yang hanya pandai berpura-pura kononnya turut sama merasai penderitaan rakyat bawahan.

Kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), permaianan UMNO ini layaknya di mainkan di gelanggang gasing yang di bina mereka di persimpangan Kg. Makam. Biar mereka yang menjerut gasing tersebut tanpa Pakatan Rakyat perlu gusar. Manusia belajar dari sejarah. Allah menurunkan Al-Quran yang di dalamnya penuh dengan pengajaran yang di ambil dari sejarah silam. Allah mengajar manusia melalui junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w supaya mengkaji isi kandungan Al-Quran untuk dijadikan sebagai rujukan. Bukannya membongkar kitab suci hanya untuk di jadikan puisi dan mencari harta peninggalan abadi untuk anak bini.

~matahijauku~