Inilah salah satu perkataan yang tidak ramai raayat ingin ambil berat dan ambil tahu disegi makna dan pengertian sebenar. Yang pastinya perkataan “subsidi’ inilah menjadi bahan mempertahankan kewajaran politik pemerintah hari ini-BN. Saban hari melalui media massa milik parti politik BN baik surat khabar harian, mingguan, tv dan apa sahaja sistem penyampaian maklumat digunakan bagi menterjemahkan perkataan subsidi mengikut pandangan dan pengertian politik dari kerajaan yang diteraju BN.
Subsidi, dijadikan alasan dan faktor perbandingan dalam apa juga bentuk tindakan dan rasional bilamana satu-satu keputusan yang dibuat melibatkan kepentingan raayat.
Tiada ketelusan, tiadanya keikhlasan malah kerana tiada sikap keadilan inilah perkataan subsidi terus digunakan sebagai, gendang propaganda politik yang meloyakan lagi murahan. Saya kira majoriti raayat dinegara tidak pasti apakah subsidi itu sebenarnya, makna serta tujuannya.
Maka raayat terus merasa, kerajaan pemerintahan BN selama lebih 50 tahun ini telah melakukan yang terbaik untuk mereka. Dimana subsidi yang diberikan kerajaan inilah justifikasi kenapa masih ada lagi segolongan raayat terus menyokong dan mengundi BN.
Kononnya kerajaan pimpinan BN ini baik, dan selalu mendahulukan raayat terbanyak dengan ungkapan propaganda “tradisi membela raayat” “Jasa kepada Raayat –JKR” terus dicanangkan dan ditanam dalam jiwa setiap raayat yang lemah dan kurang daya berfikir.
Jadi raayat memahamkan subsidi itu samalah dengan bantuan bukannya kewajipan. “Not A Responsibility, but given”
Kita ambil contoh ini sebagai pemahaman tentang subsidi:
Tuan Abdullah adalah pelombong pasir, yang diberi lesen oleh Pejabat Tanah Daerah. Setiap 5 tan pasir yang dijual harganya RM500.00. Harganya memanglah murah sedikit dari harga pasaran semasa iaitu RM700.00 setiap 5 tan. Pasir sememangnya hasil bumi yang banyak terdapat terutamanya di pisisiran pantai-anugerah tuhan yang tiada tanda harga.
Jadi Tuan Abdullah mengatakan, walaupun harga pasaran RM700.00 setiap 5 tan, tetapi dia menjual hanya pada kadar RM500.00 setiap 5 tan, secara tak langsung dia memberi subsidi RM200.00 setiap 5 tan. Walaupun dia rugi sedikit tak apalah kerana “tradisi membela” dan “Jasa pada raayat” itu lebih utama.
Soalan: Adakah Tuan Abdullah rugi RM200.00 atau untung RM500.00? dan RM200.00 itu dipanggilnya subsidi.
Jawapannya: Tuan Abdullah masih lagi untung RM500.00 (tolak kos melombong pasir/cukai RM50.00 setiap 5 tan) RM 450.00. Kerana pasir adalah anugerah tuhan tak payah buat pasir pun. Jadi yang sebenar tidak tepat mengunakan perkataan subsidi itu sendiri.
Kerajaan BN mengatakan itulah subsidi, kerana menganggap minyak yang dihasilkan oleh bumi bertuah ini adalah milik seseorang. Disini milik kerajaan BN yang memerintah. Raayat mesti akur dan mesti menerima kenyataan ini – kerana subsidi yang diberi kerajaan BN adalah kebaikan dan keprihatinan kerajaan BN terhadap raayat. Soalnya siapakah itu kerajaan? Adakah kerajaan BN ini sama dengan Barisan Nasional Sdn Bhd atau entiti niaga korporat multinational yang tersenarai di BSKL?
Maka subsidi yang diberikan adalah pemberian syarikat BN diatas dan bukan hak raayat!!!
Raayat mesti ingat “ tangan yang memberi subsidi lebih mulia dari tangan yang menerima – raayat” itulah hujah keparat yang membungkam fikiran raayat yang diperkudakan dan dibodohkan.
Seharusnya raayat mesti sedar, minyak adalah milik raayat dinegara ini kerajaan BN hanyalah pemegang amanah bagi pihak raayat.
Jadi, ungkapan subsidi tidaklah tepat sejak dari mula lagi. Inilah istilah-istilah negatif serta busuk dan hina yang tanam dalam pemikiran raayat teritamanya kepada orang melayu.
Tiada negara-negara membangun dan yang telah membangun mengunakan istilah ini kepada raayatnya.
Hanya negara yang dipimpin oleh mereka yang tidak telus,diktator dan salah guna kuasa sahaja yang seringkali mengungkapkannya.
Malah istilah atau perkataan subsidi begitu leluasa digunakan oleh mereka yang memegang tampuk pemerintahan. Hampir semua harga barangan keperluan harian untuk raayat diberikan subsidi oleh kerajaan. Inilah jasa kerajaan yang paling besar kepada raayat… kononnya, supaya raayat dapat hidup dalam keadaan selesa.
Hakikatnya…… raayat bertambah susah dan perit untuk menjalani hidup seharian,keperluan keluarga dan rapuhnya masa depan yang makin menyesakan nafas.
Kadar inflasi yang melonjak naik di sebabkan tingginya harga minyak, bilamana setiap barangan dan kos perkhidmatan turut naik setiap tahun tanpa nampak noktahnya.
Umumnya, kesannya kepada raayat dalam pelbagai bentuk dan pada kadar yang berbeza, mengikut jumlah pendapatan isi-rumah.Ada yang terjejas sedikit ada yang menderita teruk setelah harga minyak dinaikan begitu tinggi.
Tetapi yang pastinya, majoriti raayat yang terkesan diatas kenaikan harga minyak kali ini. Malah visi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada dekad yang akan datang semakin kabur dan tidak jelas lagi. Bilamana taraf dan mutu kehidupan raayat terus merosot dan tercicir jika dibandingkan dengan negara sedang menuju maju yang lain.
Kerajaan BN yang ada sekarang terus, memberi alasan yang retorik tidak mampunya kerajaan BN meneruskan subsidi kerana harga minyak yang melambong naik dipasaran global.
Kita tidap menafikan akan kesannya kepada negara,secara relatif teori ekonomi pasaran bebas yang kita sertai.Sudah pasti kenaikan kos baik dalam apa juga bentuk kegiatan akan meningkat disebabkan kenaikan harga minyak di peringkat global.
Soalnya mengapa kenaikan harga minyak dinegara ini terlalu tinggi?
Janganlah dibuat perbandingan dengan negara-negara yang tidak pun ada minyak untuk digali. Mengapa harus dibandingkan taraf pembangunan dan harga minyak yang tinggi dengan negara-negara yang telah maju dimana kadar pendapatan dan taraf hidup raayat jauh lebih baik dari raayat negara ini?
Ini satu helah jijik dan bodoh untuk menidakan ilmu ekonomi yang sebenar.Janganlah mengangap raayat tidak ada pengetahuan tentang ekonomi, asas dan makronya.
Itulah, kebenarannya, raayat terus disuap dengan alasan-alasan yang begitu murah setaraf dengan hujah sang-kancil membodohi sang bedal.