Beliau menyifatkan pemilihan cawangan Umno paling buruk pernah di alami sepanjang menjadi ahli parti.
Syed Hamid yang juga Ketua Umno bahagian Kota Tinggi, berkata berdasarkan pandangan peribadinya, secara keseluruhan politik wang sudah menjadi barah serta semakin merebak bukan hanya peringkat tertinggi tetapi juga akar umbi.
”Pertandingan kali ini, mempunyai kemaruk yang buruk...semua pihak bertanding bersungguh-sungguh seperti hendak berperang,” katanya, semalam.
Harian Metro, Isnin 4 Ogos 2008.
Petikan diatas adalah keluhan rasa seorang pemimpin Umno bahagian yang rasa sedikit kecewa bercampur terkejut dengan fenomena yang berlaku di peringkat cawangan. Umum sedia maklum bahawa DS Syed Hamid Albar di tentang oleh seorang lagi ahli Umno yang mendapat sokongan padu daripada ahli Umno bahagian Kota Tinggi. Sehingga tarikh blok ini di tulis, beliau masih mendahului DS Hamid Albar dari segi jumlah pencalonan yang diperolehi dari setiap mesyuarat Agung peringkat cawangan. Sesungguhnya Umno masih lagi dikira kerusi selamat terutamanya di Kota Tinggi tapi juga merupakan mimpi ngeri bagi DS Hamid yang sebelum ini cukup selesa memimpin bahagian Kota Tinggi tanpa banyak perubahan. Pertikaian kedua-dua tokoh yang bakal menerajui Umno bahagian Kota Tinggi ini menyaksikan sesuatu yang menyeronokkan. Seorang cuba mempertahankan kedudukannya sekarang ini manakala seorang lagi mencuba nasib untuk mengubah suasana Umno Kota Tinggi ini. Kita saksikan perlawanan yang menyeronokkan dengan taktik masing-masing tapi yang pasti Umno memang sudah sinonim dengan politik wang ini. Kita juga tidak merasa terkejut dengan percaturan politik masing-masing kalau di lihat di Harian Metro pada hari yang sama juga melaporkan bagaimana Naib Ketua Umno Kota Tinggi menerima kiriman makanan anjing sebagai suatu bentuk penghinaan kepadanya. Tidak terkejut juga sekiranya Jawatankuasa Disiplin Umno menemui bukti wujudnya politik wang semasa pemilihan peringkat akar umbi? Tengoklah kejadian sebelum-sebelum ini, pemimpin manakah yang di dapati bersalah oleh majlis Disiplin parti mereka?
Ini memang tidak menghairankan lagi, biasalah, peringkat akar umbi juga teringin untuk merasakan imbuhan yang tidak semene-mene begitu mudah di perolehi. Biasanya hanya mampu membaca, mendengar daripada berita sahaja tapi kalau imbuhan sudah terhidang di depan mata....apa lagi nak di tunggu!! Yang jelas Umno tak perlulah nak mengajak Pas untuk bermuzakarah tapi elok rasanya di kalangan kepimpinan Umno peringkat bahagian-bahagian seperti ini dulu yang mengadakan muzakarah. Cari dimana silapnya sehingga perebutan jawatan menjadi suatu agenda yang wajib bagi mereka walau apa cara sekalipun. Mereka sepatutnya berasa gentar bilamana amanah terpikul di bahu mereka atas setiap tanggungjawab yang diberikan sebagai pemimpin. Kerana manusia akan di soal oleh Allah atas apa yang dipimpinnya. Bukannya menjadi seorang pemimpin itu bagaikan batu loncatan untuk memiliki apa saja yang di hajati di dunia ini tanpa memikirkan soal pembalasan di akhirat kelak. Inilah yang membezakan ideologi pemimpin PAS dengan Umno ... nilaikanlah sendiri wahai bangsa yang ingin memertabatkan Umno ini???