Saya tidak melihat ini adalah keperihatinan kerajaan bagi membantu rakyatnya dalam menghadapi tekanan kesan daripada kenaikan harga petrol. Bagi saya, ini adalah lakonan dan retorik semata-mata bagi dipertontonkan kepada rakyat bahawa kerajaan BN begitu mengambil berat dalam menjaga kebajikan rakyatnya. Sememangnya semua ini termasuk di dalam skrip lakonan Minyak Naik Kerajaan BN. Alasan yang di berikan selama ini adalah kenaikan harga minyak global rasanya tidak relevan bilamana rakyat sekarang boleh mengakses untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat.
Kalau dilihat mengapa kerajaan hendak bersusah payah mengadakan berbagai-bagai kerja tambahan sedangkan asas kepada perkara ini berpunca daripada sikap mengada-ngada kerajaan menaikkan harga petrol. Apakah rasional semua ini? Jika diperhatikan kronologi isu minyak ini iaitu dari isu subsidi minyak, isu ekploitasi penjualan minyak kepada rakyat asing, penyekatan pembelian untuk kenderaan asing dan akhir babak yang menyakitkan hati semua iaitu kenaikan harga petrol yang mendadak bagi sebuah negara yang dianugerahkan Allah dengan kekayaan hasil bumi ini? Untuk episod yang seterusnya kerajaan mula menunjuk-nunjuk keperihatinannya dengan memberikan saguhati kepada rakyat dengan memulangkan wang subsidi mengikut kategori kenderaan. Rakyat sekali lagi menjadi mangsa provokasi kerajaan sehingga keadaan menjadi riuh rendah apabila rakyat berpusu-pusu menyerbu kaunter Pej. Pos untuk menuntut wang tersebut. Sekali lagi rakyat menjadi gundah gulana dengan situasi begini walaupun kerajaan mengumumkan bahawa tempoh untuk menuntut wang tersebut akan dilanjutkan. Tetapi rakyat tidak ingin menunggu lama untuk mendapatkan hak mereka kerana dalam keadaan ekonomi yang mendesak ini wang tersebut amat diperlukan. Akhirnya rakyat juga yang dipaksa bersusah payah dengan kerenah kepimpinan kerajaan BN yang membuat keputusan yang menyusahkan semua pihak.
Saya menjadi hairan dengan situasi ini bilamana bila melihat dari sudut perniagaan, contohnya Sam Dol ah mengusakan perusahaan menjual minyak urut. Semakin hari permintaan minyak urut Sam Dol ah mendapat sambutan. Sambutan minyak urut Sam Dol ah ini hingga ke pasaran global dan urusniaganya pula dalam USD. Sam Dol ah mepergiatkan produktivitinya dari hari ke hari sehingga kini jualannya mencecah USD 130 setong sehari. Dalam ertikata lain kenaikan harga minyak urut Sam Dol ah ini membawa kepada keuntungan yang berlipat kali ganda. Keuntungan ini dapat di nikmati bersama dan diagih-agihkan kepada kesemua pekerjanya dengan pemberian bonus dan insentif lain yang menarik. Dengan kejayaan ini Sykt Sam Dol ah dapat melaksanakan kewajipan dengan membayar zakat perniagaanya sebagai tuntutan Islam untuk mendapat baraqah dan keredhaan Allah atas rezeki yang di kurniakannya. Dengan kenaikan ini juga Sykt Sam Dol ah tidak perlu menaikkan harga keluaran minyak urutnya dan memadai dengan harga yang lama atau jika ingin mendapat pahala lebih alangkah baiknya dengan keuntungan ini, ia dapat menurunkan lagi harga tersebut dan dengan itu permintaan ke atas produknya akan meningkat.
Tapi senario berbeza yang berlaku bagi Syarikat PETRONAS yang perlu melapurkan urusniaga dan keuntungannya terus kepada Menteri Kewangan ini. Atas kebijaksanaan Menteri Kewangan ini lah yang mencorakkan anugerah Allah ini samada untuk kesejahteraan rakyat atau sebaliknya.
matahijauku