Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

June 28, 2008

Fikirkan Sejenak..

Apakah tanggungjawab anda kepada pemimpin dan apakah tanggungjawab pemimpin kepada anda?

Ketika rakyat di himpit oleh kesempitan hidup yang semakin mencengkam, segelintir penguasa di kalangan pemimpin yang di lantik oleh tangan-tangan kita bersikap cakap tak serupa bikin. Melihatkan gaya hidup yang serba mewah, kehidupan yang di bayar dengan keringat wang rakyat dengan sengaja mengajak rakyat mengamalkan gaya hidup yang sederhana, berjimat cermat dan yang gelinya di minta mengubah gaya hidup. Rakyat yang kehidupannya kais pagi makan entah dapat entah tidak, di minta untuk mengubah gaya hidup?? Apa lagi yang perlu di ubah, sedangkan yang di kais tersebut entah ada atau tidak rezekinya pada waktu itu. Melihatkan kepada pekerja-pekerja kilang dengan pendapatan yang mencecah seribu ringgit tapi perlu untuk menghabiskan kehidupannya di dalam kilang untuk mendapat pendapatan yang lebih, apa lagi yang hendak di ubah? Sesungguhnya kenaikan minyak sekali lagi akan merubah kesemua gaya hidup rakyat kebanyakan tapi bukannya pemimpin yang tamak dan egois.

Meneliti akan fakta-fakta yang di ketengahkan oleh pemimpin kesayangan ahli–ahli UMNO, Be End iaitu Dato' Seri Mohammed Nazri Aziz dalam sidang Dewan Rakyat penggal ke-11 yang lalu mengenai kos ubah suai rumah mereka menterjemahkan segalanya tentang hati busuk pemimpin UMNO Be End yang ada ini. Dengan bangganya menyebut kos pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya yang dilaksanakan tahun tersebut berjumlah RM15.81 juta.

Beliau berkata kerja pengubahsuaian itu meliputi kerja membaik pulih dan menaik taraf sistem penyaman udara, pendawaian elektrik, lanskap serta pengubahsuaian dalaman termasuk ruang dapur dan bayaran juruperunding.

"Kerja pengubahsuaian telah pun siap sepenuhnya dan Perdana Menteri telah pun berpindah ke kediaman rasmi beliau," katanya dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh).

Mohamed Nazri berkata kos penyelenggaraan bulanan yang melibatkan keseluruhan kompleks kediaman Perdana Menteri termasuk blok rumah persendirian beliau hanya berjumlah RM2.9 juta setahun iaitu dengan purata RM242,991.50 sebulan.

Beliau berkata kos asal pembinaan kediaman rasmi Perdana Menteri dengan merujuk khusus kepada blok rumah persendirian di mana Perdana Menteri dan keluarga tinggal berjumlah RM24.17 juta.

Mohamed Nazri berkata kos asal kontrak pembinaan kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dengan merujuk kepada blok rumah persendirian di mana Timbalan Perdana Menteri dan keluarga tinggal berjumlah RM13.51 juta.

Beliau berkata kos penyelenggaraan tahunan kompleks kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri berjumlah RM1.46 juta setahun iaitu dengan purata RM122,267 sebulan.

Hakikatnya, rakyat di bawah sana terus menderita, dan ada juga yang kini sudah mula berkira-kira untuk mengurangkan belanja dapur, belanja susu dan pampers anak selain menutup ruang untuk berjalan-jalan atau melancong dalam negara sekalipun.

Mungkin inilah yang terpaksa rakyat hadapi, dalam keadaan pemimpin di atas sana masih meneruskan amalan bermewah ke sana ke mari dengan tanpa membayar kos minyak kerana kos minyak mereka ditanggung rakyat. Lihatlah sendiri betapa sikap kepura-puraan yang ditonjolkan oleh kepimpinan Islam Hadhari ini. Walaupun pengumuman PM Islam Hadhari menyatakan potongan 10% elaun keraian para hulubalangnya serta dikehendaki bercuti di Negara Asia sahaja tapi jika di teliti sehalusnya apakah kerja yang dilakukan oleh hulubalang berserta Imam Besar Hadhari tersebut untuk meringankan tanggungan penderitaan rakyat sehingga masih lagi di beri peruntukan bercuti? Mereka masih memiliki peluang untuk bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Sedangkan rakyat terpaksa berkorban berhempas pulas mencari pendapatan lebih serta melupakan erti cuti semata-mata kerana kos sara hidup yang semakin meningkat? Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.

~matahijauku~