Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

June 04, 2008

Catatan ke Persidangan Sekretariat Dewan Pemuda PAS



CATATAN KETUA PEMUDA KE PERSIDANGAN SEKRETARIAT DPPP

29 Mei 2008

6:30 petang : Bertolak dari Kota Tinggi ke Terminal Bas Larkin.

9:30 malam : Bertolak dari Johor Bahru menuju ke Kuala Perlis.

30 Mei 2008

Sepanjang perjalanan menuju ke destinasi yang dituju tiada apa yang dapat digambarkan. Perjalanan yang terlalu lama dengan keadaan heningan malam yang dingin ditambah dengan sistem penghawa dingin yang begitu sejuk mencengkam tulang dan menganggu lena yang sememangnya tidak begitu lena jika dibandingkan dengan keseronokkan merebahkan badan di rumah. Walau apa pun, perjuangan tetap diteruskan.

Fajar Subuh mula kelihatan diufuk langit menandakan siang bakal menjelma. Sesudah menunaikan tanggungjawab Subuh di perhentian R&R Seberang Perai, perjalanan diteruskan dengan hidangan panorama yang menghijau menghampar dikiri kanan jalan. Kehijauan yang menyegarkan mata memandang dan menenangkan jiwa begitu juga dengan kehijauan yang sinonim dengan PAS. Menyentuh soal warna hijau ini, saya teringat ketika perbincangan Usrah minggu lepas yang masih membincangkan penafsiran Surah Yassin ayat 38-40. Ayat tersebut menceritakan bagaimana kejadian cekerawala yang dicipta oleh Allah untuk kegunaan makhluk yang ada di muka bumi ini. Dari segi ilmu Sains, cahaya matahari di perlukan untuk menggenapkan kitaran proses fotosentesis bagi tumbuh-tumbuhan yang mana melalui proses tersebut akan menghasilkan udara oksigen untuk kegunaan manusia bernafas manakala manusia pula akan menghasilkan karbon dioksida untuk kegunaan tumbuhan pula. Begitulah peri pentingnya warna hijau bagi manusia namun di sebalik itu ada juga segelintir manusia yang menumpang di bumi Allah ini cukup fobia dengan warna tersebut. Sehingga idea-idea dangkal terhasil dari otak-otak manusia yang berwarna merah ini untuk mengurangi komposisi warna hijau daripada mewarnai muka bumi ini. Saya tertawa sendirian bila terlihat stesen minyak Petronas yang menjadi mangsa kedangkalan pemikiran tersebut malah turut membazir wang petronas dan juga wang rakyat semata-mata untuk mengubah keseluruhan warna yang terdapat di dalam logo tersebut.

Sementara pelayani khayalan sendiri sambil melihat panorama yang terdapat di alam geografi negeri yang baru dimenangi Pakatan Rakyat ini, bas melintas kawasan Kubang Pasu. Sekali lagi, pemikiran melayang mengingati gempa bumi politik yang melanda parti keris bogel tersebut. Bermacam-macam andaian terkeluar apabila melihat muka anakanda mantan PM tersebut yang beria-ia mempertahankan tindakan ayahandanya. Sekali lagi pemikiran saya tersentak bilamana bas melewati sempadan negeri Jelapang padi dan mula bergerak melewati setiap inci bumi Perlis Indera Kayangan. Melihatkan hasil buah mangganya yang banyak disepanjang jalan mengingatkan saya akan projek yang di war-warkan oleh kerajaan negeri tersebut. Mungkin saya tidak melihat akan sistem penanaman dusun mangga yang lebih tersusun di sepanjang jalanraya menuju ke Bandar Kangar maka saya membuat andaian penanaman pokok-pokok mangga tersebut merupakan usaha pemilik tanah tersebut.

9:30 pagi : Bas selamat tiba di destinasi iaitu jeti Kuala Perlis. Selepas bersarapan, saya bergerak menuju ke jeti. Melihat akan begitu banyak kereta-kereta yang ’parking’ di tempat-tempat letak kereta maka saya membayangkan bahawa pulau lagenda ini tengah sibuk menerima kedatangan pelancong sempena cuti sekolah. Andaian saya tepat apabila melihatkan berduyun-duyun menusia beratur mendapatkan tiket feri untuk ke Kuah.

1:30 petang : Selamat tiba ke destinasi yang di tuju. Terus daftar di kaunter pendaftaran dan merupakan peserta yang terawal tiba di pulau lagenda tersebut.

Berehat di bilik bersama-sama rakan S/U daripada kawasan Tebrau, Gelang Patah, Pontian dan Muar. Sementara menantikan taklimat program di sebelah malam, saya mengambil kesempatan ini untuk keluar meninjau persekitaran resorts tersebut sambil menjamu selera. Memang status sebagai pusat pelancongan maka tidak hairanlah apabila menjamu selera di sini dengan hidangan ikan kembong sederhana saiznya, berlaukkan kuah asam pedas dan sedikit kacang boncis serta air limau ais maka agak terperanjat juga apabila di kenakan bayaran RM8.50. Rasanya makan di bandar Johor Bahru pun tidaklah semahal begitu.

8:00 malam : Makan malam di sediakan oleh pihak urusetia.

Selepas makan malam, sesi taklimat mula di adakan. Majlis berakhir dalam pukul 10:00 malam. Kesempatan ini juga tidak di lepaskan dengan melihat situasi di luar sana apabila malam menjelma.

31 Mei 2008

7:30 pagi : Sarapan pagi dan seterusnya program persidangan bermula. Program padat sehingga petang.

Pada petangnya, saya sekali lagi pergi ke Pusat Membeli belah The Zon..Pemerhatian pertama yang saya lihat ialah penjualan arak secara besar-besaran dengan harga yang cukup murah. Rasanya mampu di beli bukan sekadar untuk minum sahaja tetapi boleh juga di buat mandi. Yang tidak sedap mata memandang bahawa kebanyakan pekerja di situ adalah pekerja melayu dan ada ketikanya saya dapat melihat di kalangan orang melayu sendiri yang membeli beraneka minuman Syaitan tersebut.

Saya memerhatikan penjualan baju dan aksesori lain yang pada anggapan saya murah. Tapi, tanggapan saya agak meleset apabila melihatkan harganya serta jenama yang di jual agak mahal. Saya rasa masih ada untung kalau beli di Singapura walaupun setelah di buat pertukaran duit.

Saya terus mengambil teksi menuju ke pekan Kuah. Melihatkan kelibat manusia berduyun-duyun keluar masuk premis kedai dengan memborong berbagai-bagai barangan. Saya tinggalkan lautan manusia tadi untuk balik ke tempat penginapan kerana malam ini akan diadakan presentation laporan UKJ bagi setiap negeri.


8:00 malam : Makan malam dan selepas itu persidangan di mulakan.

Saya mendapat banyak pendedahan dan pengajaran daripada persidangan ini dengan melihat gerakkerja DPP Negeri masing-masing. InsyaAllah, selepas program ini saya akan berkerjasama dengan Dewan Pemuda PAS Kota Tinggi untuk mempertingkatkan gerakkerja parti.

Program berakhir pada pukul 1:00 pagi.


1 Jun 2008

7:30 pagi : Sarapan pagi dan selepas itu menghadiri sesi terakhir persidangan dan juga merupakan perasmian penutup persidangan selama 2 hari tersebut.

11:30 pagi : Persidangan berakhir dan bersiap sedia untuk berangkat pulang ke Johor.

Sekian catatan daripada saya.

Mohd Azlan Bin Hj. Toriman

Ketua Dewan Pemuda PAS Kota Tinggi.