Jumaat, 13 Jun 2008 tepat jam 10:30 PAS Kawasan Kota Tinggi bersama-sama PAS Tenggara turut sama membuat laporan polis berhubung kenaikan harga minyak yang di umumkan Perdana Menteri minggu lepas. Difahamkan laporan tersebut susulan daripada protes kenaikan harga minyak diseluruh Johor amnya. PAS Kota Tinggi juga tidak ketinggalan dalam usaha memprotes kenaikan yang membebankan tersebut. Jika diperhatikan fenomena kenaikan yang berlaku di negara ini, ia seperti kenaikan yang berantai bermula dengan kenaikan harga beras dipasaran, kenaikan barang keperluan harian yang tidak disedari dan klimaknya kenaikan harga minyak. Semuga dengan usaha yang sedikit ini akan dipandang oleh Allah s.w.t sebagai usaha dakwah dalam menentang penyelewengan hak rakyat yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO,
Be End.