Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

June 04, 2008

Kerajaan BN Berbohong Lagi!!!

Bermula daripada pengumuman TPM, Datuk Seri Najib bahawa tiada kenaikan harga bahanapi pada tahun 2008 ini diikuti dengan kenyataan Menteri KPDNHEP, Datuk Shahrir Samad bahawa harga petrol & disel akan mengikut harga pasaran mulai OGOS... hari ini PM yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen dan disel sebanyak RM1 berkuatkuasa tengah malam ini. Syabas dan tahniah kepada para pengundi Umno Barisan Nasional!!!

Sepertimana para pengguna kenderaan bermotor yang lain, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk membeli minyak dengan harga lama setelah mengetahui bahawa harga akan naik tengah malam nanti. Agak lewat mengetahui berita ini, selesai solat maghrib saya pun keluar untuk membeli minyak di stesen Petronas Jalan Mawai. Saya sangka belum ramai yang tahu minyak nak naik harga namun jangkaan saya meleset apabila mendapati kenderaan sudah mula berbaris panjang dari jalan Kota Kecil sebaik sampai di Taman Guru.

Akhirnya, setelah berbaris kira-kira 2 jam setengah saya sampai juga ke stesen Petronas Jalan Mawai. Nasib kurang menyebelahi saya kerana sistem kad kredit tidak berfungsi, manakala dalam kocek cuma ada RM26. Terpaksalah saya mengisi minyak sebanyak RM25 sahaja sedangkan tangki kereta saya benar-benar kosong. Lagi RM1 saya simpan agar kocek tidak kosong terus.

PM Abdullah yang dituntut berundur memang tidak peduli sama sekali akibat pengumuman yang dibuatnya. Kita tidak tahu entah berapa kes kemalangan jalanraya yang berlaku akibat rakyat berpusu-pusu hendak membeli minyak. Entahkan ada nyawa yang melayang (semoga dijauhkan Allah). Masa saya nak isi minyak tadi pun nyaris berlaku pergaduhan apabila sebuah bas kilang tak dapat masuk ke stesen minyak akibat ada pemandu kereta yang enggan memberi laluan.

Tiada apa lagi yang mampu diucapkan melainkan ucapan setinggi-tinggi tahniah sekali lagi kepada para pengundi BN... lihatlah betapa prihatinnya kerajaan yang dipilih oleh kalian. Kepada para pengundi Pakatan Rakyat... takziah. Namun yakinlah, Allah bersama-sama orang yang dizalimi.

~ melukut.com ~
kota tinggi